SELAMAT TAHUN BARU 2022

Diam tak diam,kite makin tua
Bertambah tahun ,maknanya bertambah le umur kite
Ramai tanya kenapa padam catatan lama?
Jawapanya tak ada alasan kukuh,sengaja padam
Sejak anak2 PDPR,PKP bagai,kite dah tak dapat guna laptop sendiri
Semua anak2 dah kontrol,kite hanya mampu pandang je.Maklum,ibukan umpama lilin,menerangi hidup orang lain,padahal dia pun dah nak malap tak bersinar lagi.

Tahun baru 2022,kite sambut biasa je.Tak ada apa yang menarik nak di ceritakan.
Yang pasti,kite sambut tahun baru di Kuantan
Amboiii,diam tak diam dah sampai Kuantan!
Hahaha itu le kawan kite,selalu ambil tahu hal kite,bukan dia menyibuk tapi dia sayang kat kite.
Bersyukur dapat kawan baik.
Kawan baik,rezeki tak ternilai,hargailah ianya.

Kite bertolak Jumaat ,lepas kemas kandang kucing,kite dengan suami memulakan perjalanan.
Dalam hati doa banyak2,jangan le banjir,kalau banjir...habis le..
Sepanjang jalan,hujan panas,hujan panas
Cuaca okay je
Tak ada apa yang perlu di bimbangkan.

Sampai Kuantan pukul 3 petang
Uruskan apa yang patut,kami balik Hotel Zenith Kuantan,tajaan anak2.
Oii!Kuantan banjir kan?berani betul!kata Kak Anum.
Antara sebab tak nak kecuh,bila kami nak ke Kuantan
Tau2 dah sampai
Orang kata benda yang sama 40kali ,jadi doa
Sebab tu,diam je..
Tahu2 dah sampai!Taraaa!

Kuantan dah menarik sekarang ni
Dah banyak kedai makan bagus2.Sedap tak sedap,ikut selera sendiri
Yang penting,kedai makan mesti bersih.
Kalau awak nak niaga kedai makan,petuanya mesti menarik dan bersih.
Kite kalau pergi kedai cantik macam istana tapi kotor
Tekak mual
Tekak tak boleh terima
Ceeewah!ngade2 kan?selalunya macam tu le.Kite akan makan,tapi...tak ada perasaan.
Tak akan rekemen pada orang lain,kalau orang tanya...sedap tak?jawapnya tak sedap!

Depan hotel ni ada mall,yang di panggil East Coast Mall
Orang Kuantan kata Mall terbaik setakat ni
Malam minggu orang Kemaman akan datang memeriahkan Kuantan
Kalau kite biasa pergi KLCC,PV,kita akan kata East Coast Mall,biasa2 je
Yang pasti tak ada gading,tanduk pun berguna juga.

Malam tu,kite sambut tahun baru di Lobby Hotel je
Hujan berserta angin kencang
Teringat banjir,teringat selut,waduh2 takut juga
Tapi..
Seminggu sebelum,air dah naik dibeberapa tempat di Kuantan
InsyaALLAH malam2 berikut ni,air tak naik lagi kot?
Sendiri tanya sendiri jawap
Gitu le manusia,cuba menafikan sendiri apa yang dia sendiri fikirkan.

U buat apa di Kuantan?tanya Kak Anum
Saya teman anak buka opis baru.Kebetulan kawannya tak ada,pergi menyengkit ke oversea
Kesian...dia sorang nak urus semua.Kalau kite tak nolong,siapa lagi?Ibu ayah umpama lilin,yang bersinar untuk anak2.Tak buat apa pun,sekadar teman2 je.

Esoknya,kite makan pagi di sebuah kedai Hipster
Tak salah namanya Kuantan Pickers and Kedai kopi
Ada banyak pilihan makanan,paling best suami kata ada mee rebus,satey
Sebut satey,di Muar je ada jual satey pagi2 bute,tempat lagi jarang berlaku.
Cafe ni boleh di ketegori bagus juga
Boleh terima di otak,cuma parking susah,kena parking seberang jalan atau parking jauh sikit  dan jalan kaki.

Lepas makan,kami pergi Teluk Cempedak
Wah!Pantai dan suasana dah banyak beza,dulu2 sunyi sepi
Sekarang dah maju,ada banyak kedai2 makan,ada MCD,ada macam2.
Pendek kata ranciak
Menantu kata malam lagi meriah ibu
Oooo.....gitu ke?Nanti malam kite datang lagi
Cadang je,malam tu hujan petus,sejuk.Orang tua macam kite tak sesuai berembun.
Elok le duduk bilik,tidur..

Tengahari,kami makan di Mohd Chan Muslim Seafood
Macam biasa,makanan ala2 china ni rasanya sama je.,Ikan stim,udang,sotong mana2 pun boleh dapat
Suami kata datang Kuantan makan le makanan tempatan
Ikan patin!
Wah!terliur di tekak mereka
Tekak kite,mana maunya,orang Johor suka asam pedas,setakat ikan patin masak lemak kuning campur tempoyak,pada kite biasa2 je.
Pergi juga ke satu kedai,orang kata ikan patinnya sedap,sampai2 dah TUTUP!
Buang masa je...
Jalan2 makan angin.
TUTUP maknanya bangkrap.Kedai di mana?
Biarlah rahsia.

Malam,kami datang lagi ke kawasan kedai2 hipster
Bukan suka sangat cuma tak tahu nak ke mana
Nampak di situ je ada banyak pilihan
Kedai2 di ubahduai jadi macam kedai antik.Banyak barang2 lama jadi hiasan.
Sebab kite dah tua,suasana tu dah senonim dengan jiwa kite
Maklum orang kampung.Jiwa tetap kekampungan.

Esok,lepas makan ,siap2 teruskan  perjalanan balik Johor.
Sepanjang jalan,hujan
Hati bimbang,dalam hati yakin tak akan ada apa2 yang buruk berlaku
Sebab tu kite tak suka kecuh2,kite selalu buat kerja diam2,Tak suka dengar orang komen2 negatif.
Hujan memang le hujan 
Tapi yakin insyaALLAH tak ada apa2 yang membimbangkan.

Sampai Rompin,ada beberapa tempat air naik,deras
Depan kereta kite ada kereta comel2 
Kereta comel boleh lepas,tak kan le Ranger sangkut!
Buat malu je..
Perjalanan kami selamat,alhamdulillah
ALLAH ada jaga kite
Kite rancang,ALLAH jua yang menentukan.

Semuga urusan anak2 sukses,ibu ayah hanya pemberi semangat
Semuga ALLAH permudahkan.Semuga awak berjaya di masa akan datang.
InsyaALLAH
Aamiin

Comments

Popular posts from this blog

KISAH 7 EKOR KUCING

POLITIK MALAYSIA

LAMA BERTAPA,SAMPAI LUPA NAK MENULIS DIARI