Posts

STATUS FB

KADANG2 MENJADI PUNCA KERETAKAN HUBUNGAN RAKAN TAULAN

Dalam ramai2 rakan taulan,teman ada seorang kawan status maknyah.
Kami rapat juga,cuma dek kejauhan,hubungan tu sedang2 sahaja.
Dalam ramai2 rakan juga,ada seorang dua yang suka keluarkan status mak nyah.Terutama isu2 si sajat yang merepek meraban tu.

Teman taklah baik sangat,tapi cuba jadi baik dalam urusan dunia.
Dalam FB tu teman ada 2 atau 3 orang golongan Nyah.Maka sebab tu,teman cuba elak dari mencuit isu2 kebapukkan.Demi mereka.
Isu Sajat,isu siapa sahaja yang bergelar Nyah tak mungkin teman kongsi atau like sebab....
Teman tak tahu penerimaannya.
Mungkin akan jadi gaduh pulak.

Baru sat....ada seorang rakan msg teman...Katanya...
Kau baca tak status si polan tu?Minggu lepas dia keluarkan isu bapuk mati kemaluan keluar ulat.Hari ini dia kongsi pulak isu Si Sajat.
kenapa dia tu?Kawan kite tu marah tau!dia kata....kenapa perlu share isu2 macam tu.
Jujur nak kata..teman tak tahu apa2.Belum buka FB pun...
katanya lagi...cuba kau …

CERAI BERAI

HANYA MENYUSAHKAN ANAK BINI

Teman ada seorang kawan berbangsa cina.Orangnya lembut beranak 3.
Teman kenal dia dah 4thn.Itu pun melalui anak2 kat sekolah.Anak dia sama kelas dengan anak teman yang bungsu.Oleh kerana hari2 nampak,tak kenal nama tapi kenal rupa adanya.

Petang tadi,teman jumpa dia seorang.Senyum dari jauh.
Masa nak balik,teman sapa dia...
Borak lebihkurang....bertanya khabar lebihkurang...
Dia tanpa di suruh mula buka mulut...
Sekarang saya sudah,Saya sudah kerja.
Teman tanya ya ke?dulu u tak kerja kan?
Dia angguk...saya sudah cerai.Suami sudah kahwin lain tinggalkan saya dengan 3 anak.
Teman diam,dalam hati....ingat orang melayu je ada kes macam ni,orang cina pun ada juga?
Dia sambung lagi,saya sekarang kena kerja,suami sudah hilang dengan perempuan Viatnam.Tak ada kasi saya wang.
Teman tak terkejut,di pekan ini,perempuan cina paling takut perempuan luar,Vietnam atau Cina tanah besar yang datang berduyun duyun mencari laki di sini.
Jiran teman pun cerai,kahwin orang Viet…

TRIP KE BANDUNG

AKHIRNYA...SHOPPING SAKAN KITE!

Nak raya mana?tanya teman pada kakak.Selalunya kami beraya dirumahnya memandangkan emak ada kat sana.
Kakak jawap kite keluarlah!malaslah nak dok rumah.
Teman mati akal!alamat!nampak gaya tak raya le kite.....huhuhu..
Kena bergulai sendiri le jawapnya.

Beberapa hari lepas,kakak teman call,kite gi jalan2 lah!tarik beg troly pun best juga.
Maksud dia nak FLY di awan biru le tu...
Teman jawap okay juga....JOM!
Plan lebih kurang,terus  check tiket paling murah dan destinasi paling murah.
Anak teman jawap Indon je le...
Kami sepakat kata Okay!JOM kite ke Indonesia.
Terus cari flight.....sap sup sap sup.....
BANDUNG MU TUNGGU KAMI DATANG!

Di sebabkan lagi 2minggu trip kami,harga tiket agak mahal jika kite bandingkan beli 2 bulan yang lalu.
Sahabat tanya u dapat berapa?
Teman jawap RM650 sekepala
Sahabat jawap mahal tu!boleh dapat lagi murah!
Kadang2 para sahabat tak faham,lagi murah bermakna perancangan cuti ni dah d buat setahun yang lalu.Tapi trip kami ni 2…

SIKAP KITE

IBUBAPA ALAF BARU

Baru2 ni Pihak Sekolah Agama anak,buat undang2 baru...
1)Kedatangan mesti sebelum pukul 3.Pada bulan april,teman dah bincang dengan pihak sekolah tentang masalah ini,jawapannya...baik Puan,asal datang....
Pukul berapa pun ok yang penting datang sekolah macam biasa.
Masalahnya sekarang....lepas pukul 3,pintu di kunci ketat2.
Terlambat seminit pun tak boleh masuk....
Sakit kepala ibubapa.....
Berdenyut denyut bila fikirkan semua ni...
Teman tanya...awat lagu ni Ustazah?
Kami sebenarnya...tak jadi masalah,tapi ada ibubapa yang tanya...begini ke sekolah agama ?tak ada disiplin.Pukul  berapa pun masih ada kanak2 sekolah berkeliaran.Ikutkan kami,kedatangan wajib pukul 2.30 tapi di sebabkan macam2 hal,kami longgarkan ikut kesesuaian anak2.
Masalahnya....kami tak mahu di pandang serong,Kami ada syarat2 atau undang2 sekolah.Banyak ibubapa tak ambil kisah,semua perkara ikut suka mereka.
Lagi satu anak2 yang datang lewat selalunya tercicir Puan,mereka bermasalah dalam pembelaja…

RUMAH SEWA ZAMAN SEKARANG

MAHAL NAK MAMPUS!

Anak teman nak mulakan hidup di kota metropolitan.Kota besar penuh cabaran.
Anak teman baru je habis belajar dan sekarang lagi praktikal.
Anak teman seorang gadis cantik kecil molek orangnya.

Sebagai ibubapa,kami akan pastikan dia menetap di tempat yang elok2.
Malangnya.....
kami tak mampu nak sewakan dia sebuah rumah kerana sewa rumah zaman sekarang mahal2 belaka.
Sudah menjadi trend,sebuah rumah di kongsi ramai2.
Setiap bilik ada nilaian tersendiri.Kalau sebuah rumah RM1500.00.Akan dibahagi mengikut bilik dan keluasan.
Kalau rumah tu ada kelengkapan tertentu,harga melambung sampai beribu ribu.
Ini semua harga rumah bertingkat tingkat.kalau rumah tanah,lagiiiiii le mahal!
Jenuh mencari kesana ke mari....
Ada sahaja yang tak kenan di hati.
Ada yang bercampur lelaki perempuan,ada yang bercampur bangsa dan macam2 lagi.
Semua ni buat hati teman tak keruan.
Susah hati ni.....teringat kisah2 gelap kat media2 masa....
Anak2 hidup di kota besar,hilang semua pegangan agama d…

KISAH HARI INI

MELAYAN SIKAP MANUSIA

Malam tadi teman pergi buang sampah kat pasar di pekan teman.Undang2 Majlis...daun dalam kawasan rumah.walau selai,kite kena buang sendiri.
Sebab tu teman malam2 buta cari tempat pembuangan sampah,kalau harap mereka angkut naik lori!mimpi siang hari lah....
Teman nampak beberapa orang sedang cuba mengangkat sekor anjing yang patah dek kecuaian manusia.
Dia patah ooo,kaki dia dua dua patah ooooo...Tu yang teman dengar.
Kesian?
MESTI!siapa pun yang patah,selagi dia makhluk ALLAH teman mesti kesian.

Pagi tadi,teman pergi pasar beli lauk,masa balik teman akan lalu tempat kejadian.
SubhanaALLAH!anjing tu masih ada kat situ,terkial2 nak keluar dari longkang tepi tandas awam.
Teman kata kat anak...eh!anjing tu ada lagi lah!Kesiannya....

Sebaik sampai rumah,teman call nombor MPM yang teman ada...
Mereka sambut baik dan bertanya tujuan teman menelefon mereka.Teman pun....bla,bla,bla...
Setelah panjang lebar bercakap....
Ooo....kalau masalah ni,Puan kena call nombor bla,bl…

ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT

MANA SATU PILIHAN HATI

Tajuk teman ni tak selari dengan apa yang nak teman luahkan.
Teman sedar.....antara dunia dan akhirat,teman mesti kejar akhirat.Dunia hanya sementara,akhirat kekal abadi.
Dunia tempat persingahan sebelum kite ke alam barzakh.Sepatah kata ustaz teman.....jika kite kejar akhirat,dunia akan ikut kite,jika kite kejar dunia akhirat akan tinggalkan kite.

Kite bermula dalam rahim ibu 9 bulan 10 hari....kemudian kite menjalani kehidupan tak tahu sampai bila...Kalau ALLAH pinjamkan umo kite setakat 50thn.Sampai 50thn nanti,matilah kite.
Apa2 pun kite semua sentiasa mohon ALLAH panjangkan usia agar kite boleh beramal untuknya.

Atas sebab2 inilah!teman memaksa diri untuk meyekolahkan anak2 ke sekolah agama.Bukan untuk suka2 tapi terpaksa demi kebaikan.
Anak2 teman bersekolah agama sampai tamat.
Ramai kawan2 tanya kau hantar anak kau sekolah agama?
Teman jawap...hantar!nanti petang aku ambillah.
Soalan dari kawan2 anak kau tak penat ke?anak aku tak sekolah,kesian.....penat.