HIKING

Tak pernah terlintas di kepala otak nak 'hiking'
Jalan kaki sikit nak mengah
Dek hasutan adik2,cuba juga.Ketinggian 128M,bukit Tiz di terokai.
Pengalaman indah
Menikmati indahnya alam ciptaan TUHAN.

Tak penat ke?
Soalan baik untuk kami yang dah tua
Penat jangan cakap le,kepala lutut macam nak tercabut!
Untuk permulaan,bukit ini sesuai.
Tak bahaya,landai dan bersahaja untuk sampai di puncak.

Adik2 panggil kite komando
Sebab kite cekap,pantas dan pentingkan diri.
Yang mereka tahu,kite dah turun dulu,dah selamat makan aiskrim abang Bangla.
Tak boleh jadi ketua!Penting diri!Kata adik
Kite senyum je
Pada kite bukit ni,senang sangat.
Lagi2 bila nampak keluarga yang bawa anak2 kecil,berjaya sampai ke puncak.
Kite orang dewasa apatah lagi!
Kena buktikan orang tua juga BOLEH!

Pelajaran yang kite dapat masa mendaki bukit
Ialah...
Terfikir macam mana pokok2 boleh melambak masa banjir di Karak
Nak ikut2kan..
Akar kayu cukup kuat mencengkam bumi
Berakar,berbelit belit di atas tanah
Kite boleh jadikan pemegang masa nak naik ke atas
Cukup kuat,cukup cantik susunan akarnya.

ALLAH dah jadikan dunia begitu sempurna
Dek tangan2 puaka,habis di potong kayu2 balak
Untuk memberi untung diri sendiri
Mangsanya ialah rakyat2 tak ada apa2
Habis ranap rumah,di langgar kayu2 balak yang turun bersama kepala air

Semuga ALLAH sahaja membalas kerosakan yang mereka2 tu buat
Untuk kite semua
Doa supaya ALLAH gantikan benda yang lebih baik.

Target ke 2
'Hiking' ke Bukit Angsi Seremban
Boleh?
InsyaALLAH
Semuga ALLAH permudahkan 'Hiking' kami.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH 7 EKOR KUCING

POLITIK MALAYSIA

LAMA BERTAPA,SAMPAI LUPA NAK MENULIS DIARI