Posts

Showing posts from May, 2018

RAJ 'S BANANA LEAF

Image
CUCI PINGGAN GUNA AIR LOPAK


Dah banyak kali teman pesan atau teman bagitau anak2...
Jangan makan kedai mamak,kedai ni kotor!
Semua pakat gelak,mereka kata habis nak makan mana ibu?Mamak je yang murah dan boleh duduk lama.

Tak tahu le nak kata apa lagi..
Setiap yang di kata ada je alasannya.Suami pun sama...
Suka sangat makan mamak!Ish...pening kepala fikir..
Nak makan kat mana lagi?mamak je buka 24jam.

Kenapa pihak berwajib benarkan mamak beroperasi 24jam,bila difikirkan...bila mereka nak bersihkan kedai,bila pulak mereka nak ajar pekerja mereka tentang kebersihan kalau dah buka 24jam selama setahun.Maknanya tak pernah tutup.
Sahabat kata bulan puasa?
Bulan puasa pun bukak!separuh pintu je...
Itu yang diaorang panggil plastik hitam.Pelanggan beli makan lepas tu letak dalam plastik hitam.
Kedai mamak ni islam kan?
ENTAH!Tak tahu nak kata...
Kalau betul2 islam.mesti tahu hukum hakam.
Masalahnya....bukan berlaku baru2 ni...sejak sekian lama...ketegori restoran,hanya mamak sahaja yang buk…

MAJLIS TUNANG ZAMAN SEKARANG

MERIAH MACAM MAJLIS KAHWIN!

Jujur kata...teman tak setuju!
Pada teman....tunang kena buat senyap2.Nak tahu kenapa?bila putus orang tak tahu.Tak perlu le nak soal jawap bila orang bertanya.
Orang dulu tunang....hanya keluarga terdekat je yang tahu.Orang2 jauh tak tahu langsung!
Kadang2 kawan2 pun tak tahu...
Semuanya senyap dan sunyi.

Zaman teman bertunang....
Ada majlis minum petang sikit,tak ada pelamin.Sarung cincin kat bilik atau sudut2 rumah.Baju pun biasa2 je...Paling cantik kain lace sederhana gayanya.
Zaman sekarang dah macam2.
Majlis tunang dah macam majlis kahwin.Siap pelamin bagai.Silap cara tu...kite dah terikut2 gaya artis.
Yang mampu okay je...
Takut yang tak mampu nak juga!

Ada artis tu tunang bukan main meriah.Tak sempat kahwin dah putus,bukan putus je,gaduh lagi.Kata mengata mula kite baca kat FB kat media sosial yang lain.Tambah rancak bila ibubapa masuk campur.Pada teman....tak bagus macam tu.Putus maknanya jodoh tak ada.Tak payah lah nak kutuk2.... kata pihak lelaki…

TABUNG HARAPAN MALAYSIA

Image
ANTARA USAHA KERAJAAN UNTUK PULIHKAN NEGARA
Artikel asal teman copy & paste je.... RAKYAT Malaysia yang ingin menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi menangani masalah hutang negara boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 566010626452, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Beliau berkata, penubuhan tabung itu yang diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Kabinet hari ini, adalah bagi membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus. “Derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam bentuk mata wang tempatan (Ringgit Malaysia) sahaja,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini. Lim turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan di atas keprihatinan dan segala sumbangan ikhlas rakyat Malaysia dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa. Menurutnya berdasarkan kepada perkembangan semasa ekonomi negara dan keprihatinan rakyat terhadap kedudukan hutang negara, wujud kesedaran dalam…

BILA ORANG PAS BERKATA KATA

RASA SUMBANG BETUL!

Teman ahli PAS,teman dah lama daftar dan tak pernah keluar2 lagi.
Teman mula berubah sejak kes Anwar,teman bukan penyokong tegar Anwar,cuma cara pemecatan dia tu macam tak kena je...
Rasa macam ada pakatan jahat!

Setiap kali PRU,PAS jadi taruhannya.
Setiap kali PRU,teman akan pastikan pangkah calon PAS.
Jujur kata....betul2 nak PAS perintah Malaysia.Atau masa tu teman tak de pilihan.
Setiap kali ke Kelantan,,MESTI singgah rumah TGNA.Suami MESTI solat berimankan TGNA.
TGNA betul2 melayu islam yang baik.Masjid dengan rumah kongsi dinding.Ada satu laluan dari rumah ke masjid.
Lepas jemaahkan rakyat,TGNA akan masuk satu bilik untuk mengaji.Lepas solat tiada acara salam2 bagai.Lepas doa terus bangun dan balik.
Terasa berdosa jika kite mengutuk dia,Kite tak layak nak kutuk atau komen TGNA.
Dia pewaris NABI,dia ulamak sejati,dia luaskan ISLAM dengan caranya.Semua orang sayang TGNA.Tak kite Cina India....TGNA tetap di kenang.

Selepas TGNA meninggal,PAS mula kalut!
Tak tahu…

POTONGAN KWSP 2% UNTUK BINI YANG TAK KERJA

TAPI MASIH ADA YANG MEMBANTAH!

Pakatan Harapan janji akan wujudkan satu skim caruman 2 % dari gaji suami untuk isteri2 yang tak kerja.Caruman 2% diambil dari 11% caruman suami.Tiada penambahan jumlah,cuma bahagian suami hilang 2% je...
Tahniah TPM Kak Wan Azizah.
Kami surirmahtangga suka sesangat!
Yang baik kami ikut yang buruk kami tolak mentah2.

Potongan dari akuan suami 2%,kerajaan akan top up lagi 50 inggit.
Wah!banyak juga teman  dapat bila umur 55thn nanti.
Boleh buat pergi LONDON.Boleh beli macam2!

Rata2 ada suami yang faham,ada suami yang tak faham.Selalunya,yang faham ni tak ada masalah,yang tak faham2 ni hidup penuh masalah!Mungkin kahwin lebih dari 1,atau sememangnya berkire zahir dan batin.
Suami teman terima dengan senang hati...mungkin sebab suami teman okay selalu.Duit tu ibarat menyimpan juga,cuma atas nama bini.Bila keluar nanti,boleh guna sama2.Boleh melancung sama2,boleh buat haji sama2...
Pendek kata...kalau jodoh tu panjang,duit 2% tu akan memberi manfaat bersama.

BILA DOKTOR ANALISA DARAH KITE

SERBA TAK KENA!

Minggu lepas teman test darah hantar lab.
Sepatutnya teman kena test darah setiap 6 bulan atau setiap setahun.Ikut keperluan.
Selalu juga teman mengelak sebab...malas nak tahu apa ada dalam kandungan darah tu.
Sahabat kata...biar tahu dari tak tahu!
Okay......biar tahu dari tahu untuk dia,bagi teman.....biar tak tahu,tau2 mati je..
Sahabat kata kalau mati!kalau tak mati2?
Keh keh keh..ye tak ye juga!kalau mati okay...selesai masalah,kalau tak mati2....itu yang payah.

Sepatutnya teman kena datang semula minggu lepas,dek malas nak tahu....tangguh hingga ke hari ini.
Keseluruhan darah awak OKAY.
Tapi.....glokus ni tinggi,7.7...kalau boleh turunkan bawah 6.
Teman angguk je...nak bangkang pun tak boleh...Doktor akan bagitahu apa yang baik untuk kite.
Doktor tu kata lagi...kolestrol dah border,sila bagi perhatian..Walaupun keseluruhan baik,awak kena berjaga jaga.
Teman angguk lagi....tak kata apa,diam membisu
Doktor sambung lagi...buah pinggang pun okay,hati pun okay...Cuma …

MALAYSIA BARU

POLITIK MALAYSIA MAKIN BAIK DI MATA KAMI PENYOKONGNYA,BAGI ORANG SEBELAH?
HEHEHE....

Lepas PRU14,politik Malaysia makin baik,makin matang.lagi2 dengan kawalan Tun,bekas PM yang pernah menguasai Malaysia selama 22thn.
Dalam keadaan Malaysia yang agak tenat,marilah kite sama2 berdoa agar kesukaran itu cepat2 pergi.

Pembangkang....kumpulan manusia yang berjuang untuk satu perubahan.
Kemenangan yang PH dapat,satu kemenangan yang teman sendiri tak sangka2.
Sebelum PRU,risau juga kalau PH tak ada harapan.Takut juga kalau2 rakyat Malaysia tak memilihnya.
Takut2 rakyat Malaysia pilih yang lama,yang bermasalah.
Sahabat tanya mana u tau BN bermasalah.
Aduhai....satu Malaysia dah tahu,kalau ada pun yang tak tahu,kebanyakan dari pengundi saluran 1.
Warga emas yang awal2 hanya tahu lambang dacing.
Sahabat kata mak u?saluran 1 kan?
Teman jawap sambil gelak...emak saya terkecuali.Emak saya dah jadi pembangkang 20thn lalu.
Kuat betul hasutan anak2,emak teman ikut kata anak2.Emak teman cepat faham dan…

BUFET RAMADHAN

MAHAL2 BELAKA.

Satu masa dulu,teman tak suka sangat makan bufet ramadhan sebab..
1)Mahal
2)Anak2 tak makan

MAHAL tu normal...ada yang sampai beratus harganya.Ada menu sampai sebatu banyaknya.
MAHAL bagi kite bagi orang ado2.....harga tu sesuai dengan duit yang banyak dalam peti besi,dalam bagasi lepas kire semua dengar2 berjuta2 silap2 billion!
OMG!banyaknya duit dia!
MAHAL bagi orang macam teman,gaji ciput,gaji cukup2 makan.
TAPI...sesekali...okay juga kite manjakan diri,makan lahan2,sambil borak2 dengan keluarga atau kawan2.
MAHAL bagi kite yang tak mampu,penerima BRIM sepatah kata Najib...menantu dia bukan kakitangan B40 atau penerima BRIM.
Maka faham2 le......
Penerima BRIM jangan ada hati nak ngurat anak Najib atau puak2nya.

ANAK2 TAK MAKAN...satu hal juga.
Pernah teman bawa anak2 makan bufet dah bayar mahal2....
Masa tu le nak muntah le,sakit perut le...
Makanya...mereka makan yang wajib je...
Teman lah yang makan lebih sebab sayang duit dah beratus2 keluar.
TAPI...masa tu merek…

DR MAZLEE

Image
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Sebelum PRU 14,nama dia di calonkan kat Simpang Rengam.
Wah!kali ini PRU paling mencabar.Calon2 PH hebat2 belaka.Calon BN macam biasa,orang yang sama,orang yang kite dah hadap berpenggal2,orang yang tak membantu kite.
Jujurnya...dah tak minat nak pamgkah lagi.
KECUALI!
BN keluarkan muka2 baru.
NAJIB letak jawatan,dan ganti dengan orang lain.
InsyaALLAH...BN akan menang mudah.
TAPI...
Elok juga mereka tak buat perubahan,kalau tidak mungkin PH tak menang mudah.

Teman bantu kempen PH sebab teman pembangkang 20thn lalu.
Mustahil pula nak kempen untuk BN,ate parti tu dah sebati kat jiwa tok nenek kite semua.
Sebaik PRU14 sapu BERSIH JOHOR!
Teman hanya mampu sebut ALHAMDULILLAH.
SEGALA PUJI BAGIMU YA ALLAH,TUHAN YANG MENGATUR SEMUANYA.
SEMUGA PILIHAN KITE SEMUA BETUL2 BERADA DI PIHAK YANG BENAR.

Sebaik calon2 menteri di senaraikan.
Dr Mazlee antara yang berada di senarai itu.
Sekali lagi..ALHAMDULILLAH...semuga pilihan kali ini akan meleraikan isu2 pembelajaran a…

KUIH RAYA

Image
MANIS2 BELAKA.

Bila kawan2 jual  biskut raya....
Teman tak beli bukan bermakna teman kedekut,lokek atau seerti dengan nya.
TAPI...
Teman pengidap Diabetes.Teman dah kena makan ubat setiap hari.Teman dah kena jaga makan,kena jaga kesihatan.

Bila kawan2 jual biskut raya..
Teman buat tak tahu,bukan bermakna teman tak minat!
GILA KAU!teman adalah peminat kuih biskut bagai!
Sahabat kata patut le kena kencing manis!
Kan?
Antara sebab kenapa teman kena kencing manis,suka makan benda manis2.Selain keturunan....tabiat tu antara puncanya.
TUHANku....selamatkanlah aku...
Bila emak marah..ish!budak ni makan tak jaga!
Teman biasa akan jawap...alaaaaa .....,ALLAH ada,ALLAH jaga kite...mak jangan risau.

Bila kawan2 jual biskut raya..
Teman beli sekadarnya,buka bermakna kuih raya awak tak sedap.
TAPI....
Teman kena pantau pemakanan.Takut nanti diabetes melarat.Kalau dah sampai potong kaki!siapa yang susah?
Teman dan keluarga teman sahaja.kat rumah teman hanya teman yang suka ulang alik bukan penutup …

1MDB

SATU MALAYSIA HURU HARA

"Pengerusi 1MDB? Najib😂... Menteri kewangan? Najib😂... Perdana menteri? Najib😂.... Bila 1MDB tak cukup duit sebab belanja mewah, Najib mintak kat Najib😂, Najib kata nanti... ""Aku bincang dulu dengan Perdana Menteri, Najib😂... Setelah Najib berbincang dengann Najib😂, maka lulus lah duit rakyat kepada Najib. 😌. Kata Menteri pertahanan Malaysia yang baru
Hj Mat Sabu.

Jujur teman nak kata...teman sebenarnya malas nak tahu tentang 1MDB.
Pada teman itu urusan Najib dan kuncu2nya.
Teman rakyat biasa,hanya terima tempias untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

Setakat hari ini,dari kaca mata kasar,1MDB satu syarikat atas angin yang gagal.Pinjaman dijamin oleh kerajaan.Duit pinjaman di joli sana sini macam duit mak bapak sendiri tanpa rasa bersalah.
Itu yang teman faham.Bayar tak bayar...itu urusan kerajaan Najib.

Kalau ada pun pelaburan,semata untuk tutup mata je...
Untung atau rugi hanya kerajaan Najib je yang tahu...
Zaman Najib jadi PM,Malaysia…

PERDANA MENTERI KE 7

Image
TUN DR MAHATHIR...

Teman tahu tentangnya lama dulu...
Dari sekolah2 rendah teman dah kenal Tun..
Pertama kali dia angkat sumpah jadi PM pun teman masih ingat.

Dia jaga Malaysia baik
Dia jayakan Malaysia dengan baik.
Duduk bawah penguasaannya buat kite hati berbunga2.
Bila orang tanya awak dari mana?
Dengan bangganya...Saya Dari Malaysia.
kembang hati,jiwa semarak api Patriotik!Sayang Malaysia Sayang Tun!

Tapi....
Itu dulu....
Lepas pemecatan Anwar,teman dah tak minat lagi kat Tun.
Bagi teman,Tun dah mula mengade ngade...
Tak tahu apa yang di takut atau atas desakkan siapa Tun mengila hingga jadi tak waras!
Sejak itu teman mula membenci Tun.
Pada teman Tun melampau!Walhal..setiap kali PRU,teman akan pastikan Tun and The Gang menang besar!Bersusah payah balik kg kat selatan sana,hanya untuk undi BN.Takut benau!parti Tun kalah.

Bermulalah zaman Reformasi.Sana sini orang kata Tun.Dalam diam....rasa suka tak berubah,cuma sokongan untuk Tun,memang tidak le...
Sejak tu juga teman dah tak iku…

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

SEMUGA RAMADHAN INI LEBIH BAIK DARI YANG LEPAS.

Malangnya...teman tak dapat sambut.
Sahabat tanya kenapa?
Teman jawap uzur...
Sahabat kata lagi...aii!ingat dah monopause!
Pantas teman jawap..tolong sikit!

Malangnya lagi...tahun ini kami bertiga je...suami dan 3 anak yang lain tiada di sisi.
Suami kerja luar,anak2 belajar tak habis2 lagi
Hari pertama...kami mulakan dengan sahur.
Sahur kami ringkas je...seorang anak cerewet,menu dia susu segar dan kokocrunch.Seorang lagi selera jawa...nasi goreng pedas2 bersama milo panas.
Sahabat tanya tu je?cukup ke tu makan anak2?
Teman jawap cukup lah....kanak2 mangsa perang tu tak makan,okay je...anak2 saya makan lah juga.
Sahabat kata ...jangan lah samakan anak2 u dengan mangsa perang tu!diaorang dah biasa.
Teman gelak je...biasanya budak2 tahan puasa,yang tak tahannya kite...
Pagi2 sampai malam buta!keje tak habis2 lagi.Gerak cergas ke sana ke mari.Kalau tak kuat iman.mahu buka piok pelan2.
Sahabat kata tak kan le...u kan dah tua!
Mak aiii..orang…

KESIAN ZIANA...

Image
DAPAT SUAMI PANAS BARAN

Mula2 ingat mereka bahagia.Lama juga mereka berumahtangga...kalau tak silap 20thn.
Orang kata...tempoh macam tu dah serasi bersama.Rupanya tidak untuk mereka.
Panas baran suami semakin menjadi jadi.
Kalau teman pun tak sabar...teman mesti blah punya!

Tahaf kesabaran Ziana sampai kemuncak,bila anak2nya semakin mengasingkan diri.Bila tengah makan,si ayah duduk sebelah,anak tu akan bangun dan bawa nasi ke bilik.
Payah juga kalau suami panas baran.
Orang normal marah juga,tapi tak de le sampai anak2 tak hormat lagi.
Kadang2 Ziana ajak anak makan luar,jawapannya tak mahu mama...nanti ayah maki hamun depan orang ramai.Mereka tak sanggup nak hadap orang ramai.
Kesiannya....

Pernah suaminya cilikan kemaluan salah seorang anak kembarnya.Tak di nyata atas sebab apa..
Yang pasti...cili mulut anak teman pernah buat,sebab dia keluarkan kata2 kurang baik.Cili kemaluan tak pernah lah pulak.Lagi pun atas sebab apa nak cili kemaluan anak?
Peliknya...
Dah kes dera ni..

Sahabat k…

ROSMAH MANSUR DAH BEG2NYA....

Image
BANYAK GILLLLA!

Hebuh satu dunia..
Bini si Najib nak larikan beg jenama keluar dari Sri Perdana.
Bukan 10 tapi 50 biji!beg macam2 kaler.
OMG!Bini Si Najib memang benar2 berselera besar!sama macam bini si Marcos.
Sahabat tanya bini Si Marcos tu siapa?
Alahai...tak kenal ke?PM Filipina yang lari malam tu?
Spontan dia ingat,ooo ingat2...kasut dia banyak kau!berkaler keler!
Silap2 kasut Rosmah bini Si Najib pun macam tu kot?Silap2 lebih banyak dari Emelda Marcos.
Emelda bini si Marcos ada 1200 pasang kasut,teman rasa Rosmah bini si Najib,kemungkinan besar ada ganda dari itu.
Tiada yang mustahil.Beg jenama Birkin ada 50 biji,tak kan le satu jenama mesti ada jenama2 lain.Teman rasa ada lagi tu..
Tunggu...

Teman conggak kasar...sebiji beg RM200k di kali dengan 50 biji beg!Jumlah hampir RM15JUTA kau!
Ish ish ish....mahalnya!kayanya!
Gaji PM berapa sebenarnya?
Teman geleng....sebulan sejuta kot?

Belum lagi jam,belum lagi emas permata,belum lagi baju2,belum lagi aksesori yang lain.
Banyaknya Ro…

DULU TEMAN PARTI PEMBANGKANG

SEKARANG  PARTI TEMAN TELAH MAMPU BENTUK KERAJAAN

Ramai kawan2 ucap tahniah..
Teman hanya mampu jawap terima kasih...
Akhirnya...teman tak malu nak ngaku,teman dulu pembangkang tegar!

Ada kawan2 dulu dari parti kerajaan berkawan baik,laaa ni call pun tak nak angkat lagi.
Kenapa?
Ahh!teman tahu...mereka malu sebab kalah,mereka tak setuju dengan Kerajaan sekarang atau...dah itulah sikap orang2 kerajaan lama yang bongkak tak mahu mengaku kalah.

Dalam ramai2....ada juga yang terima kekalahan dengan baik.Ada yang sugul berhari2.
Kau orang suka lah!kami semua sedih tak lalu makan...
Hahaha...nak tahu kenapa? dah biasa mewah...
Pergi penang jalan2,dapat baju dapat tudung bagai...
Dapat makanan percuma,dapat duit dapat itu dapat ini.
Kami tak begitu...
Perjuangan kami tak di bayar.Kalah dah berkali kali.Dah lali dengan kekalahan.Kalah tak pelik,menang satu keajaiban.

Kepada kawan2 sebelah sana...mulai hari ini,belajar lah jadi pembangkang yang baik.
Jaga kebajikan rakyat.Nawaitu mesti baik2,j…

PRU14

AKTIVITI HARI INI 9HB MEI 2018

Pagi2 dah siap2 nak mengundi.lepas sarap,terus ke pusat undi.Orang ramai berpusu2.Peliknya....
suasana hambar.Tiada lagi sambutan macam PRU lalu.
kalau dulu....kat depan gate luar dah ada petugas sambut mesra para pengundi.Beri bantuan mana yang patut.
Hari ini,kami berdikari.Cari sendiri laluan undi.
Dan menunggu sampai 3jam.
Betul2 mencabar.

Datang 9.30 pagi,balik 12.30 tengahari.
kebetulan SPR dan sempadan semula pengundi,anak2 dan kami terpisah.
Kami dah boleh balik,anak2 masih beratur di sek lain.
Kebetulan pagi tadi...ada seorang perayu undi call nak hantar pi ngundi.Teman call nombor tu untuk dia hantar kami pulang.
Wah!dah mengundi berpenggal2,baru kali ini tahu..ada perkhidmatan pergi dan balik.

Dalam perjalanan,kami saja2 borak...
Tanya pemuda tu...Amacam dik?agak2 siapa boleh menang?
Dia jawap BN lah kak.....apa2 hal pun BN akan pastikan PRU ini mereka menang.Kalau kalah,kemungkinan Darurat.
Teman jawap mestilah dia menang.Kerajaan kawal semua…

UNDI POST DI TEMPAT KAMI

Image
5hb MEI 2018

Kami dah rancang nak jadi kak Nam dipondok2 panas.Bukan sebagai perayu undi,tapi sekadar meninjau proses undi tu di jalankan.Lepas sarapan,kami ke pintu utama TLDM di pekan Lumut.
Lenggang.....sunyi sepi..
Tak ada lah!mungkin pintu lagi satu kot?
Suami kata inilah pintu utama...Ya,ini memang pintu utama,masalahnya....TAK ADA!

Jomlah balik!kata teman...
Dalam perjalanan,fikir juga...pintu mana satu?ooo.mungkin pintu Kat Teluk Muruh.
Suami kata mungkin...
Kami ke sana....SAH!pintu tengah sebelum sampai pintu utama.
Ramai petugas kat situ,MB Zamri pun ada sama...
Paling best!mereka kempen sebelah menyebelah.BN,PH dan PAS.
Nampak harmoni,nampak sepakat.

Suami parking jauh dari mereka,jalan lahan2. Lihat gelagat petugas.Semua sibuk dengan urusan masing2.Tak kisah pada orang keliling.
Tetiba petugas BN beri 2 bendera kecil,mungkin dia mahu kami kibar untuk pancing pengundi.
Jujur kata...teman tak sokong BN,teman membangkang sejak Tun pecat Anwar atas tuduhan meliwat.Teman kelua…

CUAI BAWA PADAH

GARA2 ASAM PEDAS,MUJUR RUMAH TAK TERBAKAR

Teman dah lama tak masak,kalau memasak hanyalah menu2 simple..Goreng telo,speghetti bolognese dah nasi goreng.
Menu2 berat hanya dimasak bila suami dan anak2 balik kerumah pada hujung2 minggu.

Minggu lepas,teman betul2 teringin nak makan asam pedas masakan sendiri.
Teman beli bahan dan ikan parang.
Sampai rumah,teman siapkan semua.Tumis garing.Jam tunjuk jarum panjang ke 50 minit dan jarum pendek hampir2 ke angka 1.
Suka tak suka...teman kena keluar untuk hantar anak ke sekolah.
Teman tutup periuk dan terus keluar.

Lebihkurang 15minit,teman sampai rumah..
Sebaik buka pintu,aroma asam pedas memenuhi ruang.Dalam hati...macam mana pula ada bau asam pedas.Seingat2 teman....sebelum keluar teman tutup periok dan tutup dapur.
Bila dah jadi macam ni,baru teman berfikir...
Aku dah tutup api ke belum?
SAH!sebaik ke dapo,teman  nampak api ada,marak pulak tu...Buka penutup periuk,tinggal sikit kuahnya.Hampir2 kering.Hampir2 hangus semuanya.
Mujur teman ta…

IKAN BILIS PANGKOR

Image
KENAPA JADI PILIHAN?

Sebelum ni teman tak peduli pun pasal ikan bilis,ikan kering bagai!
Sebab...
Teman jarang masak,zaman kerja dulu....bawang tumbuh pokok.Nak pakai daun bawang,potong dari bawang yang dah bercambah.
Sebab.....
Teman guna ikan bilis,10 ekor je...Bukan banyak mana pun.Setakat beli kat Giant satu plastik kecil boleh tahan setengah tahun.
Tapi....ikan bilis Giant berlapok,berhabuk dan tenggek baunya.
Ikan bilis Pangkor,rupanya jauh lebih baik daripada ikan bilis kat supermarket di mana2 sekali pun.

Kenapa ada yang murah?
Soalan tu.teman tak mampu nak jawap..
Teman tanya juga dengan tokey kedai...kenapa mahal?
Dia kata...ikan bilis yang ada tu,kadang2 datang daru negara jiran.Kite tak tahu kesuciannya.
Teman pegang kata2 nya...
Mahal sikit tak pe,asalkan tahu punca datangnya.

Kite selalu mengeluh bila nampak gambar2 ikan bilis di jemur dengan anjing bagai.
Kite kecewa..
Tapi...kite tetap tak kisah nak beli ikan2 bilis dari sumber2 tak pasti.
Kite marah bila tahu cara buat…

JADI PENGAJAR SENI DECOUPAGE

Image
SESEKALI .....TAK SALAH KAN?

Sahabat ni merangkap pelanggan.
Dari awal...dia yang rajin order barang dari teman..
Tempat tisu,kotak,barang2 terpakai...dan lain lain...

Lama jugalah,dia jadi pelanggan setia teman.
Sampailah baru2 ni...dia tanya macam2 kat teman...
Teman tanya nak belajar ke?
Dia setuju tanpa fikir...boleh ke?
Teman jawap boleh je....sabtu ni teman ada ke sana.kalau nak belajar,comfirm le segere.
Macam biasa dia setuju dah berusaha datang ke rumah.

Dek macam2 masalah tak di duga...akhirnya teman ke rumahnya.
Seni Decoupage ni mudah sebenarnya.Seni ni ada macam2 teknik.Sahabat ni suka deco biasa,tanpa seni2 lain.
Bagi teman senang benau!Kacang sepatah kata orang.
Tapi...
Kite yang dah mahir cepat bosan,kite akan timba dan timba selagi boleh.
Saya tak suka cracker,saya tak suka teknik2 lusuh tu...
Dalam hati....kau belum tau!itulah cabaran namanya,Kalau setakat cat dan tampal....celah gigi je.

Sahabat yang lain tanya..berapa kau kenakan bayaran?
Teman jawap tak ada,freeee…

PRU MAKIN DEKAT

PERASAAN KITE MAKIN HANGAT

Esok pagi,nampak kibaran bendera di laluan depan rumah.
Bila le diaorang buat kerja?tau2 dah pasang penuh di jalan.
Baru sat,balik dari ambil anak balik dari panggung.Budak moden,tak di beri...memberontak!Di beri....sampai ke malam tunggu.Kata 11.30...tup2 jam tunjuk pukul 12malam!
Sakit hati tengok gelagat anak2 ni,mujur ada kawan dia tumpang balik,kalau tak...memang  kena le ....

Sepasang jalan,nampak sesak!
Bila dah hampir baru nampak....ooo...pasang bendera BN.
Sebelah sana pasang bendera Keadilan atau Pakatan Rakyat,yang pasti bendera Pas dan BN satu kumpulan.
Keliru aku keliru...
Sahabat kata diaorang past je keje tu pada kontraktor je...
Sebab tu satu gang!
Ooooo.....mungkin le...

Kawasan rumah teman ada bendera BN dan Keadilan,PAS tak ada ate selai!
Sahabat kata sebab kawasan u tu kawasan Cheng Peng!memang tak de le bendera PAS!
hahaha...betullah tu.Sape nak undi PAS kecuali teman...
Akan tetapi...kalau dulu,teman undi juga PAS.Laa ni minta maaf....t…

TOM KUCING BAIK

Image
COMEL DAN LEMBUT

Baru2 ni perasan kat hidung Tom banyak kaler hitam.Biasa tak ada,laaa ni kerap pulak dia keluar.
Baru lap,esok dah gelap balik.
Kalau kite lap dengan tisu basah,kaler hitam tu hilang...
Tapi....tak lama,kawasan tu gelap balik.

Tertanya2 juga...
kenapa lah pulak?takut sakit lain...
Walaupun perasan beberapa minggu yang lalu,tetap tak bawa dia ke klinik,hanya tanya je Doktor..
Apakah itu?
Jawapanya....mula2 saya ingat ada Fungus,lepas nurse cuci...baru tahu.Kawasan tu sangat aktif keluarkan minyak.Itu normal...macam kite ada itu hitam2 kat muka,sudah cuci tetap keluar lagi kan?
Tom okay!Awak jangan risau,Tom sihat.Bulu pun cantik sambil leka dia membelai si Tom.

NAMPAK?
Bukan manusia je ada blackhead,Kucing pun ada!
Yang pasti...kucing belaan mengade ngade .Kucing luar sihat belaka.Tak ada le blackhead whitehead bagai.
Sahabat kata u layan!
Kalau saya tak layan,siapa lagi,esok lusa kalau sakit saya juga yang kena....
Sebelum melarat,elok le bagi rawatan awal.

Kepada pen…