Posts

Showing posts from April, 2018

KENANGAN MENUSUK KALBU

BEZA BERANAK DI HOSPITAL KERAJAAN DAN SWASTA

Anak sulung lahir di Hospital Sultanah Aminah,Hospital warna bata mengadap Pantai Lido.Sebelum kelahirannya,teman ada le simpan sikit duit,hati ingat nak ke swasta.
Dek hasutan kawan2,teman akur untuk keHospital Besar Johor Bahru.
Tak payah buang2 duit,beranak tu sama je!ada duit baik buat benda lain.
Sakit sama je...hospital swasta,hospital kerajaan sakit tetap sama.
Jururawat pun baik2....
Bla.bla,bla....Macam2 pendapat teman dengar,semuanya buat teman kepala pusing.
Akhirnya teman relakan diri untuk ke Hospital Kerajaan.

Pagi tu air ketuban pecah,terus ke Hospital daftar masuk.Malangnya...jalan tak buka lagi,air je keluar tapi resa bersalin tak ada lagi.
Makanya....dari subuh hingga lepas maghrib baru rasa sakitnya.
Mula2 jarang2,lepas tu makin dekat dan makin dekat sakitnya.Bila sakit tak tertahan jumpa nurse bertugas,pekse jalan tak luas lagi.
Muntah beberapa kali,pergi tandas sendiri.Cuci kain baju sendiri.
Lebih kurang pukul 2 pagi,s…

PAS, BN ,PH

MANA SATU PILIHAN HATI

Sahabat buka bicara...
U pilih parti mana?
Teman jawap rahsia....
Sahabat tanya lagi..ngade2 lah!pilih yang mana?
Satu benda yang paling teman tak suka ialah...bila orang memaksa!tak suka di asak.Kalau teman tak nak jawap itu maknanya tak akan jawaplah!jangan lah tanya banyak2.Kalau jawap juga,teman tak ikhlas,teman bosan dan mula merapu.

Sahabat  tanya lagi...
Cepatlah cakap!u pilih yang mana?
Dalam hati alamak!dia ni.....suka mendesaklah!macam nak tendang je..
Benci betul....
Undi adalah rahsia jawap teman lahan....
Sahabat desak lagi cepatlah cakap!pilih yang mana satu?

Kalau saya kata saya pilih BN?akhirnya teman akur....
Sahabat kata kenapa u pilih BN?
Itu sebab teman tak suka menjawap soalan tu.
Teman tanya balik kenapa tak boleh pilih BN?
Dia kata eh!jangan jadi bodoh!tak ada orang pilih BN lagi,u tau tak?BN yang buat orang susah.BN yang buat hidup kite tak gembira.BN yang naikkan harga barang.Menteri BN semua tak ada otak bla.bla.bla...
Semua list yang d…

ULANGTAHUN KE 50THN

ANGKA KERAMAT BUAT DIRIKU

Selamat Hari Lahir....
Rakan taulan beri ucapan mesra.Teman suka campur duka..
Suka sebab...ALLAH beri pinjam nyawa sampai 50thn,Duka ...semakin tinggi usia,semakin dekat dengan tempoh mati.SubhanaALLAH!
Misalannya... sejak azali ALLAH dah tulis,umur kau hanya sampai 55thn.Maka teman ada masa hanya 5thn sahaja.
Bayangkan?5thn itu tak lama,5thn tu tak akan buat teman gembira.

Selamat Hari Lahir....
Dalam FB beri ucapan.Whatsapp pun bertalu ucapan dari sahabat handai.
Terima kasih...
Teman tak war2...
Anak yang nombor 2 letak kat FB,kalau ikut2kan...biarlah masa tu berlalu pergi...
Teman tak kisah...

Selamat Hari Lahir..
Dapat hadiah apa?
Tak ada apa.....anak2 beri dompet,belanja makan...
Suami?
Tak ada apa....
Sahabat kata tak kan le tak ada...
Teman jawap suami saya ni bukan tak nak beri,kadang2 apa yang dia belikan tak sesuai,membazir nanti.
Saya boleh beli apa je,pada saya,itulah hadiah yang sebenarnya.Bebas!

Selamat Hari Lahir.....
Syukur pada ALLAH...
Seb…

DERA ANAK

MAKIN MENJADI JADI PULA

Kerap dah kite baca budak mati kena dera.Kadang2 tercarut di mulut,kadang2 termaki sendiri.
Tak dapat bayangkan betapa zalimnya mereka.
Marah boleh,pukul boleh...hanya untuk mengajar,bukan pukul sampai mati!
Gilalah ko orang...jahat macam setan!

Semalam baca lagi...seorang budak lelaki bernama Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan 6thn,mati kena dera.
Ibu dan BF hantar hospital dengan alasan jatuh bila si kecil muntah2 dan tak sedarkan diri.
Hasil bedah siasat,kanak2 malang ni telah mengalami kecederaan si luar jangkaan.
Usus pecah angkara si bf ibu pukul dengan benda tumpul.
Si ibu dan bf duduk serumah tanpa nikah.
Mana keluarga?mana rakan taulan?mana saudara mara?tak kan le seorang pun tak tahu status mereka.

Bila kite komen,mesti ada orang akan kata...kite tak ada di tempat mereka,kite tak faham masalah mereka.
Bila ada ramai orang macam gini,maka semakin ramailah kanak2 akan mati kena dera.
Teman rasa ramai sangat ibubapa atau penjaga yang dera kanak2 sampai ma…

KEMPEN PILIHANRAYA 2018

BUKAN MUDAH NAK RAYU UNDI

Teman bukan sukarelawan,teman juga bukan perayu undi.Teman  tak pernah bertugas kecuali pernah membantu menyelenggarakan bendera Parti Rakyat satu masa dulu.
Teman ingat lagi,tugas kami klip bendera kat tali sepanjang yang boleh.Tanpa upah malahan keluar duit sendiri untuk benda2 yang tak cukup.
Malam....adik abang gantung di jalan.Parti Rakyat tak boleh pasang siang2 buta,orang tak suka.
Kami kena pasang malam2 buta,orang dah tido,masa tu kami buat keje.
Tau2 esok pagi,bendera dah penuh kat jalan.
Kembang hati,bila nampak hasil kerja berkibar di jalan2 utama.

Jika tak mampu sumbang tenaga,biasa teman sumbang duit.Parti Rakyat tak kaya,mereka tak ada duit yang banyak.Berbeza dengan Parti Kerajaan,mereka dah banyak duit.Maklum....dah lama perintah Malaysia.
Parti Rakyat tak mampu nak tanggung semua.Kami kena agih2kan kerja.Yang pasti tenaga percuma.

Pernah teman hadirkan diri ke perhimpunan2 Rakyat.
Mula2 dulu,takut juga.Lepas pergi,tengok sendiri keadaan kat …

BILA ANAK DI RISIK ORANG...

HATI SAYU BERCAMPUR GEMBIRA.

Minggu lepas,ada orang risik anak dara.Orang tu tak lain tak bukan ibubapa BF dia.Lama mereka berkawan,rasa2nya dah jejak 5thn.Dari mula2 asasi hingga tamat degree,mereka tetap berkawan.
Teman kenal anak muda tu...bukan untuk apa,sekadar untuk memastikan anak dara teman selamat di sisinya.
Nak ikutkan,teman nak salinan ic,nak tahu siapa ibubapanya.
TAPI....
Kite tak boleh mendesak orang lain,kite hanya mampu doa agar ALLAH selamatkan mereka.

Bila anak teman kata...
Ibu,minggu depan ibubapa dia nak datang jumpa ibu ayah...
OMG!saat yang semua ibubapa akan lalui.Saat di mana,anak kite akan berkahwin.
Walaupun itu pilihan dia!
Rasa bimbang tetap ada....
Teman selalu pesan...kite kahwin bukan untuk sedih2,bukan untuk kena pukul bantai.Duit bukan segalanya.Yang penting setia,kerjasama,saling memahami dan menyayangi.
Teman pernah tanya suami....kamu sayang saya?
Suami jawap tak!sayang jatuh nombor 2,tanggungjawap jadi nombor satu.
Okay...fine....
Sekarang teman …

SERVIS BATERI 24JAM

Image
DAH TERANTUK BARUTERGADAH

Semalam...anak dara call...
Ibu kereta tak hidup.
Teman pandang jam di dinding...10.30 malam.
Dalam termangu mangu,teman tanya kat mana?
Dia kata kat Petronas Putra High.
Teman tanya buat apa kat situ?
Dia kata dia baru balik makan,baru nak hantar kawan balik kat kawasan situ.
Teman marah sebenarnya.Tapi nasi dah jadi bubur...
Kawan ada tak?
Dia jawap ada,nasib baik tak hantar dia lagi.Dia panggil emak bapak dia..
Kau ni...buat malu je,nanti orang kata anak dara apa,jalan malam2 buta.
Dia diam je....

Tindakan?
Ayah dia ambil jumper untuk hidupkan enjin,kalau tak boleh ,tinggal kereta kat sini ya.
Apa lagi yang boleh dibuat?tinggal je..urus esok je..
Dalam termangu teman goggle SERVIS BATERI 24JAM.Ada banyak pilihan....teman tekan satu iklan..


Cuba call malam2...
Talian di jawap.sayup suara anak muda lelaki....
lepas teman citer lebihkurang...Maaf Puan,perkhidmatan hanya sampai pukul 11mlm tapi...kami masih boleh memberi perkhidmatan untuk Puan tapi tunggu leb…

ZAIHANI MOHD ZAIN

Image
KALAU BERAT LEBIH 60KG.....TAK PAYAH LE DATANG TENGOK 'FESYEN SHOW'

Jujur kata....teman tak kenal dia,mengapa?sebab teman bukan hamba fesyen.Teman akan pakai baju yang sesuai mengikut usia.Siapa dia?dia seorang pengulas fesyen.Sebab tu dia mahir bab fesyen bagai.Konon...... Lepas baca status dia kat FB,ramai orang kutuk dia...
Pada teman itu maunya.Dia dalam tak sedar telah menghina orang berbadan besar.Dia rasa dia hebat,walhal....dia hanya sebahagian kutu dalam rambut.Tiada apa yang menarik padanya.Dia dah tua,dia tak cantik,dia perempuan yang dah tua ,pada kaca mata teman...biasa2 je.Hanya kerana dia berbaju jenama terkini,dia nampak hebat dalam golongannya.Bagi kami atas 50thn,dia di ketegorikan sebagai orang tua tak sedar diri.

Sebagai orang ada nama,dia kena pandai mengeluarkan pendapat.Dia tak boleh mengeluarkan kenyataan2 buruk macam tu.Dia tak hebat mana pun...hanya pandai mengulas fesyen orang tapi tak sedar fesyen sendiri pun bak kata orang...
Rumah kata pergi,kubur…

ZAMAN YANG MENCABAR

SAMPAI HILANG KEWARASAN.

Sahabat tanya ..
U tak nak ulas pasal anak raja u yang baik hati beri 3ribu setiap pelanggan Aeon minggu lepas?Dengar2 anak raja u tu bawa 1,5JUTA kau!
Teman senyum je...
Dalam hati...ada aku kesah?
U ulaslah sikit....dia tu kan TMJ kesayangan u....
Dalam hati....entahlah!sayang tak sayang....dia tetap anak raja,dia tetap hati gembira ria...tak ada kene mengena langsung dengan ku...

Teman baca semua tu,teman lihat dia FB....mula2 semua gembira,tokey Aeon,pekerja,TMJ dan isteri tersenyum lebar.
Semua orang bersorak riang.Semua orang berasak asak memenuhi troly masing2.
Cuma itulah....
Manusia mudah lupa,manusia suka barang percuma,manusia tamak haloba!kalau tak sebab ketamakan melampau!Malaysia pasti aman sentosa.
Pemimpin2 kite mesti buat kerja betul2,tak makan rasuah,tak pecah amanah.
Sahabat kata pandai je...mana u tau?
Mak aiii...dah jelas lagi bersuluh.Satu dunia mengumpat negara kite,mengumpat rakyat Malaysia yang bebal.Membenarkan pemimpin berkuasa sehin…

RUMAH KUCING

Image
ISTIMEWA UNTUK 3 EKOR SAHAJA.

Teman jaga 3 ekor kucing dah bertahun.Dah masuk tahun ke 5 kot....
Mula2 bela sekor....nampak cakar kerusi,teman jerit kuat!suami kata...tak pe,nanti saya kaya saya belikan yang baru.
Mula2 bela....syarat utama jangan kurung kucing.Biar kucing2 ni sepah2 dalam rumah.
Mula2 bela....dek kerana sekor...mampu le beli macam2.

Teman jenis berfikir....kesian kucing ni duduk sekor2.Cer bayangkan kalau kite dok sorang2,mesti kite sedih,mesti kite sunyi.4 bulan kemudian,teman cari sekor lagi buat teman bermain.
Hiduplah ekor2 ni rukun damai.

Tak lama kemudian,teman bawa balik sekor kucing.Kali ini bukan sengaja mencari kerja,tapi terjumpa dia di luar sana.Bermain2 sendiri tanpa penjaga.Ibunya mungkin keluar cari makan atau mati dilanggar kereta,
Mula2 susah juga nak rapatkan ekor2 ni,lama2 okay lah...

Sesekali atau seminggu 2 kali,ekor2 ni akan keluar ronda taman perumahan.Atau kadang2 terlepas pandang,dah lari keluar rumah.Ekor2 ni pandai balik sendiri cuma...baru…

PRU PADA 9HB MEI 2018

RABU

Terkejut bukan kepalang.Teman fikir PRU akan diadakan pada sabtu atau hari2 cuti yang lain.Rupa2nya RABU (9hb Mei 2018)
Panik sekejap.Macam mana nak balik?
Isnin sekolah,selasa sekolah,rabu cuti peristiwa,khamis hari sekolah juga,jauhnya kampung teman antara utara ke selatan Malaysia.
Sahabat kata tak jauh lah...
Teman sengeh je...tak jauh?kebas punggung saya ni ah!laju sikit kena saman,bawa le 110km/j .Kadang2 kalau waktu2 perayaan,boleh jejak  12JAM!
Sahabat gelak je...padahnya tak tukar alamat.........
Benar salah teman tak tukar alamat.Sebagai rakyat Johor,rasa sayang pulak nak isytihar diri jadi orang Phegak.
Sahabat pandang bulat mata...ngaku je le....Perak Johor sama je...Bumi ALLAH juga.

Rasanya tak pelik ngundi hari kerja,pernah berlaku juga.Cuma pada tarikh tu Kerajaan isytihar cuti umum.kali ini TIDAK!kerja macam biasa,majikan pun tak dipaksa untuk bagi cuti atau tanggung apa2 pun.Kalau nak mengundi juga,rakyat pandai2 lah nak hidup.Pergi pagi balik petang ke atau tak …

PEREMPUAN DAN TUDUNG

BILA DI SUSUN NGALAHKAN NEELOFA!

Teman semangat baru...
Kemas gobok yang dah macam kucing beranak.
Kadang2 geli tengok ghupe gobok sendiri.
Sahabat tanya gobok tu apa?
Oppps!lupa.....orang JB panggil almari tu GOBOK!
Kadang2 kite lupa,tak semua orang faham loghat kite.

Tahun lepas,teman dah kemas tudung bawal....teman cuci bersih,pack dalam plastik kecil,teman past kat Kak Minah untuk di jual murah murah dan duitnya di masukkan dalam tabung masjid.
Nampak gaya....tahun ni pun ada harapan teman buat benda yang sama.
Cuci bersih,pack dan serah kat kak Minah.
Selesai masalah.....
Gobok tak mebuak,pahala dan gembira.

Sahabat call banyak kali,teman tak ambil....teman malas,sebab akan ganggu aktiviti hari ini.
Bila selesai semua....baru teman call dia...
Oii buat apa?sibuk sangat!
Teman jawap lahan..tak ada apalah,kemas2 tudung2 ni je...Bila dah susun cantik2 baru perasan,betapa kite telah bazirkan duit hanya untuk berpesen.
Tak pernah cukup2!pantang nampak kedai tudung ,MESTI MEMBORONG.Lag…

PRU14

AKAN DI ADAKAN PADA BILA2 MASA SAHAJA.

Mana u tau?
Teman jawap kawan2 saya dah sibuk,call tak angkat.pesanan pun tak berbalas.
Apa kene mengena kawan2 u dengan PRU?
Teman jawap mereka jentera kerajaan.Mereka yang sibuk berkempen siang malam pagi petang.
Oooo....gitu....rasa2nya dalam bulan Mei ni kot...
InsyaALLAH.....mungkin....

Sahabat tanya u ngundi mana?
Teman jawap  JB.....
Awat tak tukar2 alamat tu?
Teman jawap saya orang JB,suami orang KL....belum muktamad nak pencen kat mana.
Sahabat cemek bibir....tak tahu malu!duduk Perak,cari duit kat sini,tapi masih ada hati nak duduk tempat lain.
Hakikatnya.....kite mesti nak balik kampung halaman sendiri.Nak mastautin di negeri sendiri.Indah negeri orang indah lagiiiii negeri sendiri.

Anak2 u ngundi kat mana?
Teman jawap Perak.Celaru sikit....saya dengan suami kena balik JB.InsyaALLAH akan tukar alamat lepas PRU ni.Kesian budak2....balik sini,ibu dia tak ada pulak.
Yang penting,teman kena pastikan anak2 balik mengundi.Mengundi hak kite,j…

TUKANG KAYU

PROJEK PERTAMANYA.....SYUKUR TAK TERHINGGA!

Teman sedang mencari TUKANG KAYU.Teman cadang nak buat kabinet anak2 dan kabinet buku. Rumah teman dah macam stor.Banyak sangat barang,buku2 dan lain2. Mata dah tak larat nak pandang,jalan mudah....cari TUKANG KAYU untuk selesaikan masalah. Teman cari melalui FB... Keluar nama sipolan.Terus hantar pesanan dan dijawap sopan.
Temujanji di buat,pada hari tu....dengan kereta wiranya,dia datang bersama seorang kawan.Ukur sana sini.... Esoknya....kesemua kabinet yang teman mahukan berharga RM15500. OMG!mahalnya!tak tercapai akal ku... Tawar menawar berlalu....akhirnya....dia kurangkan pada harga yang berpatutan.Teman dapat kabinet buku penuh dinding,kabinet 2 bilik anak dara separa penuh.Satu meja solek. Fikir punya fikir....tak tahu nak cari TUKANG KAYU yang lain.Teman terus ON.
Seminggu dua...siap semua.
Hasil kerja...biasa2 je...teman tak le kata bagus sangat. Pada teman....tahaf orang baru nak up.Dia kata saya biasa buat masa kerja dengan syar…

PERTUNANGAN YANG KESAMPAIAN

SEMUGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN ANAK2

Tahun lepas anak dia tunang dengan lelaki sekampung yang dah lama kenal.
Dengar2 budak jantan tu baik dan berakhlak sempurna,
Dengar2 mereka berkawan dari kecil lagi....
Dengar2 begitulah....

Bila langsungnya?
Dia jawap insyaALLAH tahun depan,memandangkan kau dah tanya...aku jemput kau.Kira kau orang pertama aku jemput ya...
Teman gelak je..
Dalam gelak teman dah pahat kat kepala otak....bulan Ogos 2018,anak si polan akan kahwin.Majlis akan di langsungkan kat area rumah mereka sahaja.

Bulan berganti bulan....2017 dah berlalu pergi.Teman menghitung hari nak penuhi jemputan kahwin anak si polan.
Tup2....anak teman dah hadiahkan teman trip ke Indon pada bulan tu.
Teman hantar pesanan ringkas...
Anak kau kahwin berapa haribulan?
Dia jawap kenapa?
Teman balas...aku nak ke Indon bulan Ogos tu..takut terserempak hari.Kempunan aku nak makan nasi minyak kat rumah kau.Lagi pun....kau dah jemput aku dari tahun lepas!
Dia diam lama.....
Teman tak terfikir apa…