Posts

Showing posts from March, 2018

BAYVIEW FERINGGI

HOTEL SEDERHANA,MAMPU INAP...

Berulang kali kami ke sini...
Hotelnya maintain cantik dan kemas.
Pada satu masa dulu....ramai pengunjung asing.Orang putih,orang arab dan perbagai lagi bangsa yang maiii sini.
Pada teman....
Hotel mampu mententeramkan jiwa.

Minggu lepas,suami ajak ke mari..
kami cuba nasib je...last minit baru nak book.
Dengan harga 700++....teman dapat sebuah bilik sesuai untuk sekeluarga,sarapan pagi untuk 5 orang.
Bagi teman cukup murah dan berpatutan.
Sahabat kata mahal lah!
Teman jawap okaylah.....Kalau nak murah buat hotel sendiri.

Sarapan macam2 ada!
Menu tak tercatat di sini..Pendek kata....bersyukur sebab perut teman kenyang sampai ke petang..Cafe atau restoran pun okay...
Teman makan...
Chicken Chop air milo ais,mee spore,2 mee goreng jemput ikan bilis,semua terasa di tekak.
Tak nak puji sangat2 sebab...mungkin pengurusan baru.
Pernah datang,rasa2nya....makanan tak berapa nak halal.Tukang masak bukan orang melayu.Jadi..seperti hotel lain....makanan di ragui.
Ka…

WAKTU KERJA 8 PAGI HINGGA 5 PTG

MAJIKAN BAKAL DI DENDA JIKA BUAT STAFF STRESSSS!

Elok le tu....
Pekerja pun ada masa untuk diri sendiri.
Ada keluarga,ada BF ada GF ada suami ada isteri ada anak2...
Sepatutnya majikan kena had masa nak ganggu pekerja.
Waktu kerja,tak de masalah.Lepas kerja....majikan tak ada HAK untuk ganggu pekerja.

Anak teman baru beberapa bulan kerja di sebuah Firma Guaman ditengah2 Kuala Lumpur.
Awal2 lagi...dia dah bising sebab....
Dia kena kemas opis baru,dia kena datang hari minggu,dia kena buat kerja lebih masa walhal...itu semua bukan kerjanya.Lebih2 buat dia tak gembira,kedatangan wajib,tapi tak ada OT.
Anak teman...bossnya melayu.Ada 2 boss....satu okay dan satu tak okay.
Awal bulan lepas,dia nak bercuti.Tiket fly dia dah beli dari Okt 2017,bila dia hantar surat cuti,boss dia tanya nak kemana?
Anak teman jawap gi Perth...
Boss jawap ooooo.....awak belum comfirm kan?macam mana awak boleh cuti?
Anak teman kata tiket ni saya beli lama dah...murah sangat Encik.
Boss kata...u siapkan kerja ni,s…

GOSSIP TERKINI

HIBURAN SENSASI..

Teman hantar servis kereta..
Kereta lama nak di baharukan.Kereta comot dek tak jaga,si anak lelaki..
Sana sini kemek,sana sini..tertanggal.
Sakit juga hati....bila nampak keuzuran kereta lama tu.
Sahabat tanya berapa lama?teman jawap dari tahun 2005.
Mak aiii lama tu...Bagus lagi ke?
Dengan bangga teman jawap...BAGUS! gearbox tak pernah rosak macam Honda teman tu.Baru pakai 4thn,gearbox dah rosak.Cikai betul!

Orang kata,kedai hujung jalan tu bagus.
Di mana?tanya teman
Otw nak ke jerat cina tu....terang sahabat.
Okay...nanti saya cari.Ada kedai letak harga 2500,ada kedai letak harga 2800...pendek kata atas 2000.
Sahabat kata biar mahal sikit,asal senonoh.kalau murah takut kena tipu pulak.
Okay...murah potensi kena tipu,mahal  potensi kena kelentong juga.
Yang pasti...zaman sekarang duit bukan satu gurauan.Semua orang boleh jadi gila kalau tak menipu.

Lepas berurusniaga,bini si tokey hantar balik...
Sampai area rumah...dia tengok teman...u duduk sini?
Teman jawap ya...…

KISAH ANAK ZAMAN SEKARANG

DEPAN MAK BAPAK,PIJAK SEMUT TAK MATI!

Sahabat satu ni dok jauh di utara tanahair.Lepas pencen,dia balik kampung tanam jagung.
Lepas pencen,dia dapat duit dan joli sampai habis!
Lepas pencen,dia dapat sikit imbuhan....repair kereta motor,buat modal beli bot,konon2 nak sewa kat kaki pancing.
Malangnya...zaman dia berniaga,ekonomi meleset,orang dah tak ramai gi ke laut.Daripada ke laut,baik le depa....beli ikan kat kedai je.
Lagi murah dan menjimatkan.

Suka duka dia sebagai warga pencen amat dahsyat sekali!
Dalam tempoh tak sampai 1thn,duit HABIS!
Dia sendiri tak tahu mana piiii duit2 dia tu,yang pasti...dia cuma boleh meneruskan kehidupan dengan bot sewa tu je.
Raya lepas dia pinjam duit...
Anak2 tiri aku nak raya dengan aku,tak kan aku nak minta duit belanja dari diaorang.
Dia nak pinjam 2k,tapi teman bagi 1k je..
Teman kata...satu ribu lagi,usaha le kat lain.

Hari berganti,minggu datang dan pergi,bulan silih berganti.Raya akan berkunjung lagi.
Hutang yang di janji masih samar2..
Bila …

SIHAT SEBELUM SAKIT

SAKIT SENDI TANDA DAH TUA!

Teman sakit sendi.
Siku,lutut dan tumit kaki.
Doktor tanya dah lama?
Teman jawap sejak Nov tahun lalu..
Doktor conggak dalam kepala....lama juga tu,dah hampir setengah tahun.
Ada pergi mana2 doktor?
Teman geleng kepala.

Doktor pegang tangan teman...sakit?
Teman kata bukan di situ,tapi di sini doktor...teman arahkan doktor di kawasan siku bela depan.
Doktor kata selalu atlit2 atau orang yang suka bersukan selalu kena sakit ini.Sakit ini di namakan sebagai Tendinitis.Kalau ikut keadaannya,dah mula merebak ni...Apa2 pun nanti kite xray dulu.Tumit sakit ini normal,semua orang akan kena.Kecuali yang mati awal.
Dalam hati...oooo...kalau gitu tak perlu takut lah kan?semua orang AKAN KENA!
Sakit tumit ada banyak sebab...ianya berpunca dari plantar fascia.Ini juga normal.Jangan risau.TAPI!kite cuma boleh kurangkan sakit,tapi tak akan baik sepenuhnya kecuali bedah!
OMG!bedah2 jangan sebut Doktor.
Okay2....itu langkah seterus selepas suntikan,Sakit2 awak ni semua hanya…

DILEMMA SEORANG ISTERI TUA

YANG AKHIRNYA DI TINGGALKAN....

Ramai sangat janda kat dunia ni,janda ada di mana2,di dalam negara di luar negara.Janda melambak lambak!
Tak terkire dengan jari,tak terkira dengan calculator.
Ramai sungguh!

Teman tak mengutuk janda,bagi teman janda yang baik itu adalah dari Takdir TUHAN,janda yang kurang baik itu adalah datang dari silap mereka sendiri.
Kenapa teman kata gitu?
Janda yang baik contohnya di aniaya suami,di tinggalkan suami atau janda2(balu) kematian suami.
Janda yang kurang baik contohnya...curang,tak jujur dan banyak lagi sikap2  buruk mereka yang kite boleh kata datang dari silap mereka sendiri.
Sahabat tanya kenapa u kata gitu?
Teman jawap janda ada banyak ketegori.Tak semua janda tu sama.Ada kawan teman jadi janda sebab suami curang,ada yang sendiri curang,ada yang suami meninggal.Dari list tu,kite sendiri boleh mengagak....jenis2 janda.

Kakak teman pun janda merangkap balu.Suami pergi tinggalkan dia cara baik.Suami tinggalkan dia tika dia sedang setia.Ada kawan tem…

LUAHAN HATI ANAK MUDA

MATANG SEBELUM WAKTUNYA

Umurnya baru 18thn.Pertama kali jumpa,nampak keremajaannya terserlah dari air mukanya.
Walaupun agak gelap,ada manis disebalik senyumnya.
Walaupun masih remaja,akalnya mencapai matlamat jauh kedepan.
Berbual dengannya,kite sedar....dia seorang remaja yang matang sebelum waktunya.
Anak teman 18thn,masih terkapai2 tak tahu nak buat apa.
Bila kite tanya dia...semuanya dijawap dengan terang.Teman tak perlu tanya banyak kali.Jawapannya tepat dan jelas.

Umur awak berapa?tanya teman...
Dia jawap 18thn Puan.
Teman kata lagi...jangan berpuan puan,panggil saya Mak Cik.
Dia angguk tanda faham.Sesekali tersasul juga dia berPuan Puan dengan teman.

Teman kagum  dengan nya,anak2 teman tak pernah fikir akan kesusahan.
Tiada erti kesusahan buat mereka.
Saya pergi mengajar anak Doktor,saya suka lihat kehidupan mereka.Nampak mewah!
Saya juga ada jumpa anak2 yang benar2 gembira,saya rasa hidup mereka pasti indah.
Teman berani bertanya...kenapa awak kata macam tu?
Saya tak sesenang…

BRIM

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA

Teman tak layak..
Pendapatan terlebih had dari yang di tetapkan.
Sejak di perkenalkan,teman tak pernah lagi merasa BRIM.
Yang teman tahu...setiap tahun segelintir rakyat Malaysia dapat BRIM.
Semua orang suka hati dan berjanji akan sokong pemerintah dgn harapan tahun hadapan dapat BRIM lagi.Pandai kerajaan pancing undi.

Setiap tahun kite akan baca,akan dengar kat corong radio,TV....cerita kebaikan BRIM.
Semua orang yang dapat,akan cerita dengan megahnya pasal BRIM.
Yang tak dapat BRIM macam teman...
Senyap sunyi,tiada apa yang dapat di perkatakan.

Kawan teman kat selatan akan minta teman kemaskini maklumat,takut kerajaan terlupa akan dirinya.
Teman masukkan no ic dan semuanya akan terpampang depan mata.
Ada kawan kata aku dapat 2 kali,satu tunai,satu kali lagi pihak berwajib masuk dalam bank.
Wah!untunglah kau dapat 2 kali.
Yang untung suka,yang rugi berduka.

Teman tak faham mengapa perlu ada bantuan2 duit macam ni.Alangkah bagusnya kalau kerajaan salurkan BRIM…