Posts

Showing posts from January, 2018

SATU MASA DAHULU..

Image
LAMBANG TANGAN NI JADIKAN KITE BERMUSUH.


Satu masa dahulu..
Teman ada beberapa kawan lama...
Tak tahu mana silapnya,hubungan kami tak baik gara2 sampai menyampai cerita yang tak benar.

Seorang dua  kawan2 mengalami masalah rumahtangga kronik,masing dengan masalah rumahtangga tak ada akhirnya.
Teman sebagai kawan,cuba nasihat supaya mereka akan jadi lebih sukses dalam berumahtangga.
Malangnya....ada sahaja kawan2 yang tak suka kecintaan sebaliknya suka permusuhan.Suka mengadu domba,perkara kecil jadi besar dan meletup bak gunung berapi muntah lava paneih2.

Mereka hanya satu sekolah tapi bukan kawan2 yang mesra seiring sejalan.
Teman jumpa balik sekitar 2011,selepas reunion pertama kami.Dah tua2 macam ni,tiada apa yang membanggakan selain silaturahim berpanjangan.
Beberapa tahun hubungan baik2 aje..sehinggalah salah seorang kawan jumpa cinta FB.Di nasihat berbuih mulut,mati hidup dia nak juga BF Facebook yang tak nyata.
Jalan cerita sama macam cerita2 penipuan dalam Metro muka depan.
Di…

CARA MENGAJI ALAF BARU

BUKAN LAGI PERCUMA KAK LONG Oiii...

Ada yang masih macam dulu....Alif Ba Ta.Ada yang moden sikit...Iqra atau ikut kaedah2 yang ada.
Dulu...teman mengaji dengan atok sendiri.Alif di atas Aa,ba di atas Ba ,Ta di atas Taa.. sampai surah Adh Dhuha,naik Al Qur an.
Baca Al Qur an sampai tamat.Lepas tu dah boleh makan pulut kuning cecah rendah ayam atau daging.Jangan lupa telo sebiji.
Bila kawan2 kasi menu tu,tandanya ada yang khatam lah.

Zaman anak2,dah moden sikit...
Dah guna kaedah2 baru,tak ada Alif Ba Ta....tapi terus sebut Aa Ba Ta...
Makin mudah dah mungkin lebih baik dari dulu.Apa2 pun...semua kaedah itu baik dan manfaat pada semua.
Yang penting pii mengaji dan kenal huruf.

Siang tadi teman carikan tempat mengaji untuk si bujang teman,Dia dah khatam sekali dan agak cemerlang dalam agama.
Teman takut dia lupa dan tak mesra Al Qur an,sebab tu susah payah teman piii cari tempat untuk dia mengulang Qur an.
Pergi satu tempat...kelas hanya 1 minggu sekali.Tu pun hari sabtu.
Bayaran hanya R…

KAWANKU PONDAN

TAK BOLEH KATA APA...LEBIHKURANG SAJAT JUGA!

Teman kenal dia lama dah....sejak sekolah menengah hingga sekarang.Walaupun dah tak berapa rapat,tapi boleh lah...
Kami saling hormat menghormati.Orangnya baik,peramah...
Cuma macam pondan2 yang lain,kelemahan dia satu je....kuat mencarut!
Dulu muda belia....boleh lah teman terima,dah tua2 gini...rasa2nya tak lagi.Teman dah malu2 alah bila dia mencarut bagai.
Biasa golongan ni,suka menarik perhatian.Kalau bercakap bab dalam seluar!kusss semangat!silap2 dengar,macam terapi seks gamaknya.

Baru2 ni,dia berkecimpung dalam MLM makanan atau sapuan untuk lelaki.Teman kurang pasti.
Katanya...yang pendek jadi panjang.Yang panjang jadi tebal.SubhanaALLAH!tak tertadah telinga ni nak dengar.
Kau tau tak?sekarang ramai anak muda sakit.Muda2 dah lemah tenaga bathin.
Teman buat bodoh2 gitu,mana kau tau?
Dia jawap dengan lantangnya..I tahu lah,I jual produk ni,ramai budak2 muda datang minta nasihat.
NAMPAK?
Budak2 muda ni bukan jumpa pakar sakit Tuan,tapi …

GAWAT..

MALAYSIA MAKIN GAWAT.

Sejak 2 thn lalu,suami dia tak dapat gaji.Bayangkan?gaji biasa dapat 9k,kali ini tidak lagi..
Boss merangkap kawan dia hanya mampu bayar sikit2.
Daripada 9K..kadang2 boss hanya mampu bayar seribu je...
2 tahun dia tak berhari raya
2 tahun dia hidup dalam duka...
Sabar ya dik non...hanya ALLAH sahaja yang dapat membantumu.
Jangan putus harap...ALLAH tak suka orang yang mudah putus asa.
PANDAIIIII kite beri nasihat.Yang menanggungnya dia seorang!

Dia bukan tak pandai menyimpan.2thn hidup tak ada gaji,duit segunung pun akan habis.
Dia teruskan hidup,apa sahaja dia buat.
Kecuali merompak!
Dia suami dan anak2 teruskan hidup.Yang faham hanya saudaranya sahaja.
Kawan2 tak pernah tahu kecuali jiran2 yang senasib dengannya.

Orang boleh kata tak usaha..ulat dalam batu pun boleh hidup!inikan pula manusia yang ALLAH beri akal.
Senang je kite hukum orang...
Dia dah buat macam2!
Jual air,jual nasi bajet,jualan di parking2 serata KL.Pantang ada offer tapak jualan,pasti dia daft…

TAK RINDU SAYA?

HAHAHA!GILA PIANG KAU!

Bila seorang  jantan muda bertanya awak rindu saya tak?Apa yang kite boleh rumuskan?
Dia gila atau kite yang gila? Jawapannya adalah.....dia le gila,kenapa pulak kite nak ngaku gila?
Dia yang rindu kite kan?bukan kite yang rindu dia!

Biasanya....bila kite dengar soalan macam tu,samada kite suka atau terkejut...
Semuanya dah berlaku. Masa baca ayat awak tak rindu saya?rasa nak tercabut jantung!rindu kepala otak kau! Apasal pulak aku nak kau?.......Kite bukan bercinta pun..... Awak tak suka saya ke? Kenapa pulak aku nak suka kat kau syaitan?.....kenal pun tak,hati pun tak kata suka,Gilllla! OMG!dunia akhir zaman,orang berkenan tak kire siapa.Asal kenan terus ajak cinta2.
Sahabat kata I rasa dia ada niat tak baik lah.
Mungkin........
Sebab,tetiba je...rindu bagai.

Jujur kata.....perkara tu walaupun kecil bagi orang tidak buat teman.... Ianya satu dugaan dihujung2 usia... Teman dah tua,bukan muda lagi... Teman kata padanya...umur awak setengah umur saya.Sebaya denga…

KEJUJURAN

PERLU UNTUK KESEJAHTERAAN SEMUA

Beberapa bulan lalu,suami tukar tayar kereta.
Tayar lama tembus dek paku.Bila sampai di kedai...macam biasa,ada saja yang perlu di buat...
Lu punya tayar sudah botak maa....tak ada bunga kata peniaga.
Suami tak banyak cerita terus tukar 2 biji untuk sementara waktu.Kire2 ada duit terpijak boleh le tukar 4 sekali.

Pakai tak berapa bulan,semalam teman pergi kedai depan Old Town untuk pekse keadaan tayar.
Bila teman bawa...teman rasa goyang2,tak rata....
Teringat tayar anak dara dulu,keadaan sama...tayar  gelembung dek panas sejuk cuaca.
Bila dia kata ayah,kenapa tayar rasa semacam.Bila hantar kedai...puhh!mujur tak apa2...

Bila teman rasa jalan tak rata,dalam hati mesti ada yang tak kena...
Tokey kedai kata...tayar bengkak,kena tukar..
Teman jawap...nanti saya kena pergi kedai hujung tu,saya baru je tukar..
Dia balas okay,u pergi sana,tapi jangan kata saya sudah pekse ya...nanti susah.
Teman jawap okay...

Bila teman gi kedai tu,dia pekse dia bukak tayar..

RAYUAN HAJI

SURAT BALASAN DARI TABUNG HAJI TELAH DI TERIMA
INSYAALLAH....
Bila nampak sampul surat ada lambang Tabung Haji,hati berdebar debar,yang pasti teman tahu ianya sekadar surat balasan dari pihak TH. Teman hantar sendiri surat rayuan kat pejabat TH berdekatan. Teman daki tangga dengan harapan....rayuan di terima.
Rayuan anda di pertimbangankan,keputusan akan di beri sebelum Ramadhan. Luluh hati... Lamanya nak tahu. Sementara tu,doa banyak2,minta pada TUHAN supaya panggil kite sebagai tetamu. Kenapa Neolofa dapat pii?Walhal...dia baru je sebulan mendaftar? Jawapan poyo...dia lain,pakej dia orang ado ado je yang mampu. Ooo gitu.......ibadat sekarang dah macam berniaga.Kalau ada duit baru di pandang mulia.
HUH!

Kawan di selatan bertanya wehh!dah dapat keputusan?
Teman jawap belum,sebelum ramadhan nanti,Kau?
Kawan tu jawap belum juga,kau dapat surat?kenapa aku tak dapat?
Wah!banyak betul persoalan tak de jawapan.
Teman gelak,teman sakat dia...tak dapat le tuuu.....
kami gelak,dalam hati masih…

CERITA KAWAN YANG DI NGURAT ANAK IKAN

KELAKAR TAPI SANGAT MENAKUTKAN

Kawan teman ni simple je orangnya,tapi gaya macam orang ado ado.
Pada satu hari di ke klinik berhampiran tempat tinggalnya.Klinik yang selalu dia kunjungi yang selalu dia datangi bersama keluarga.
Suami,anak2 semua akan ke klinik tu sebab dekat dengan rumah.

Sekian lama dia berurusan,sehingga dia kenal dengan semua staff yang ada.
Apa2 pun....staff tu dia anggap macam anak2 dia je...
Muda2 dan sebaya anak2 nya.

Keesokkannya,dia dapat satu pesanan ringkas dari salah seorang staff klinik tu,dia layan tanpa fikir yang bukan2.
Berbalas msg bukan bermakna dia suka...
Tapi menghormati staff lelaki tu sahaja.
Teman kata kenapa kau layan?
Laaa dia tanya aku baik2,aku jawap le baik2...
Tu je....

Tak habis kat situ,msg beberapa hari kemudian datang lagi...Kali ini lebih serius.
Pujian melambung lambung,sampai kawan tu lemas dan geli geleman.
Kenapa?
Staff tu budak muda,lepasan SPM rasanya,sedangkan dia seusia dengan teman.
Budak zaman sekarang dah gila2 belaka.Tak…

PENGANIYAAN BINATANG

ANJING DAN KUCING....

Sejak kebelakangan ni,banyak betul orang berhati hitam mendera binatang terutama anjing dan kucing.Almaklum...2 binatang ni hidup rapat dengan kite.
Sejak dunia tanpa sempadan,banyak betul kite tahu berita2 gila kat internet.
Anak kucing kena lenyek dengan tumit kasut,pukul bantai jangan kire..
Silap2 haribulan ada kucing kena tendang masuk longkang atau kena campak dalam Laut China Selatan.

Teman ada seorang kawan,tak suka langsung kat kucing.
Pada dia kucing ni patut di hapuskan!pantang kucing lalu lalang depan laman,di tangkap dan dibuang kat tempat yang jauh dari perumahan.
Alasan...kucing tu berak kat atas rumput....
Ada tu....benci sampai sanggup bubuh racun dalam makanan.Lepas 10 minit berbuih mulut kucing2 tu..
Muntah hijo!Mengeletar sebelum mati..Aduhai...sedih betul...
Ada tu campak dari flat,anjing kucing...berterabur gigi menyembah bumi.
Sedih betul..Tak takut dosa gamaknya.

Teman pernah ternampak video perempuan potong kaki anjing hidup2.Bila di tany…

GARA GARA WHATSAPP

Image
BANYAK PASANGAN BERCERAI...

Tak boleh di nafikan... Banyak kawan2 teman terbabit dalam masalah ni... Ada yang bercerai berai,ada yang hampir2 bercerai berai... Semuanya gara2 leka berwhatsapp.
Ada kawan tinggalkan anak bini gara2 whatsapp,ada yang bercinta dalam whatsapp.... Janji kahwin bagai! Bila nak jumpa....hamba ALLAH tu tak ada.Perhubungan tu tidak wujud,individu yang di maksudkan tu tak muncul,walhal....dah janji sehidup semati,pihak lelaki anak bini pun dah lari.Malangnya,kekasih yang dimaksudkan tak wujud. Pelik kan? Tapi ianya benar2 terjadi... Teman pun tak tahu kesudahan ceritanya... Yang teman tahu,kawan2 sibuk ubatkan lelaki tu bila rumahtangganya dah bergoyang kencang.
Dek sibuk berwhatsapp...bini pun jadi benggang kalau minum semeja,tapi macam dok dengan hantu. Perbualan kena ulang banyak kali... Sepanjang masa tangan menekan butang hp,tumpuan perbualan dah tak ada... Macam mana si bini atau si laki nak sabar? Bila masing2 sibuk berwhatsapp.....kemanisan berumahtangg…

RAUDAH

Image
BILA RINDU DATANG....RASA NAK TERBANG JE.....


Kali pertama teman menjejakkan kaki ini ke RUADAH pada 1hb April 2013.Teman bawa bersama anak2,suami dan emak.Teruja sangat!
Teman sampai di Madinah lebihkurang pukul 12 malam.
Dari jauh dah nampak cahaya menerangi segenap ruang.Wah!hebatnya masjid Nabawi.Cantik betul!

Esok pagi,kali pertama subuh dia sini,Alhamdulillah....Lepas sarapan,kami ikut mutawif susuri pintu 25 untuk ke RAUDAH.
Masjid Nabawi sangat luas!sangat besar!....
Ada laluan ke RAUDAH,kite hanya ikut sahaja arahan yang di beri.

Sebaik sampai,kite akan nampak notis Bahasa Malaysia.Kite yang berBahasa Malaysia dan Indonesia akan tunggu turn sebelum dapat masuk ke RAUDAH.
Perhentian pertama....masa yang di perlukan 1JAM!kesempatan ini,kite gunakan solat sunat,mengaji atau berselawat keatas NABI.

Perhentian ke dua juga ....1JAM!
Sambil menunggu sambil berselawat.Atau duduk diam kuis karpet.
Pendek kata...
Ikutlah apa yang kite mahukan...
Teman nak muntah masa kat perhentian ke…

ZAINAB GADIS MALANG MATI GARA2 NAFSU LELAKI DURJANA

Image
MANGSA ROGOL...



Teman sedih kenang nasib dia...
Anak kecil ni baru balik dari mengaji.CCTV tunjuk Zainab berjalan kaki dengan selendang di kepala.
Berbaju pujabi,di ekori seorang lelaki..
Dari sudut lain,nampak Zainab di pimpin pergi..
Tak tahu macam mana lelaki durjana dapat pujuk Zainab.
Masa kejadian ibubapa Zainab ke Mekah mengerjakan Umrah.

Malang Zainab,tiada perhatian....Mungkin rutin harian dia macam tu...
Sekolah,mengaji...dah jadi biasa,makanya penjaga Zainab tak terfikir bahaya yang datang.
Dari berita yang tersebar...Zainab bukan mangsa pertama...ada lagi mangsa2 yang lain dan tiada pembelaan.
Polis Pakistan tak pandai cari punca...
Laporan senyap macam tu je..
Hasil CCTV pun dari usaha keluarga Zainab,sebab tu balai polis kena serang.
Walaupun ada yang mati kena tembak,paling tidak...Dunia tahu apa yang berlaku.Paling tidak polis Pakistan baru ada akal!

Zainab di rogol kemudian di cekik kemudian mayat Zainab di campak dalam longgokkan sampah sarap.
Lelaki apa lah macam tu…

SELAMAT HARI LAHIR KE 50 BUAT KAWAN2

Image
JANGAN LUPA 7hb APRIL 2018

Kami kawan dah lama...
Ada yang dari  1981 hingga ke hari ini...
Dari umo 13thn hingga ke 50thn.Lama kan?Hampir seabad lamanya.
Tapi...makin lama,kami makin memahami di antara satu dengan yang lain.

Gaduh?
Tak pernah lah,mungkin sentap tu ada le sekali sekala...
Kadang2 bergurau terkasar,terkutuk terngata....semua tu lumrah hidup.
Mana ada orang nak tegur terang2 kalau tak puashati selalu kite cakap belakang2 kan?
Apa nak buat...jaga hati kawan2...

Zaman sekolah,sama2 nakal,sama2 kaki borak.Kelas tak sama....
Ada yang A ada yang B..
Apa2 pun waktu rehat tetap sama2 ke kantin.Ingat lagi...makanan utama kami hanyalah kopok lekor cecah sos.Air minum kongsi2...
Ada antara kami anak yatim...bila dah tua2 baru sedar...
Kau selalu bagi aku duit,kalau tak...aku tak makan...
Oooo...lupalah,aku tak ingat aku sebaik tu...apa2 pun...syukur kawan2 tetap menghargai walaupun tak seberapa sen duit tu.
Aku pernah raya kat rumah kaulah!
Teman termanggu ya ke?lupa lah...
Ya!ma…

15hb JANUARI 2018

Image
ANAK TEMAN SAH PEGUAM MALAYA

Lepas SPM,anak teman kata tak nak lagi ada kaitan dengan kire mengire ,formula bagai!
Kite tak nak ambil bidang yang ada kire mengire..
Spontan ayah kata ambil lawyer.
Keputusan ayah dia ikut,dia mengorak langkah sebagai mahasiswi dia UIAM.

Dek anak pertama....dia sangat istimewa.Semua cuba kami sediakan.Semua kemudahan di beri agar dia selesa.Pantang sebut!semua pasti dihantar.
Ibu...panaslah....esok lusa sampai kipas
Ibu...susah tak ada printer...esok lusa printer sampai.Pendek kata..pantang sebut!pasti cuba kami adakan.
Asasi di PJ setahun setengah,setiap 2 minggu teman MESTI datang.Kalau dia tak balik rumah,teman pasti redah jalan jumpa dia...
Lepas asasi dia ke UIAM Gombak..
Lawatan tetap sama....
Dia teristimewa hanya kerana dia anak pertama yang duduk di luar.

Lepas dia,anak ke 2 dan ke 3 keluar tinggalkan teman dan ayahnya.
Sedih?
Mula2 dulu sedih,lepas pengalaman pertama teman dah tak sedih lagi..
Bagi teman...terpaksa!tiada pilihan.

Anak teman bu…

ANAK INDIA TU MATI ANGKARA...

Image
KERUSI JATUH DARI LANGIT

Semalam,teman baca berita ngeri,tak dapat nak bayang,betapa dahsyatnya cerita ini.
SEORANG REMAJA INDIA,MATI AKIBAT KERUSI DI BUANG DARI TINGKAT 21.
Negara kite ni,nama je maju,tapi otak kepala rakyatnya macam zaman batu.
Akhlak tak ada...
Sahabat kata...sekolah sekarang tak ada subjek SIVIK ke?
Teman jawap ada kot....Tak kan le tak ada.
Sahabat kata lagi kalau ada kenapa perangai orang kite macam tu?
Soalan tak ada jawapan...

Anak malang tu mati depan mata emak dia sendiri.Mak dia kata...saya tadah otak anak saya dengan tangan saya sendiri.Emak dia kata....kenapa anak saya?anak saya tak kacau orang,anak saya baik...
Anak malang yang bernama S.Sathiwaran baru berusia 15thn,turun ke kedai untuk beli top up kat kedai runcit bawah PPR tu.Masa kejadian,dia dan emak sedang berjalan untuk naik ke rumah di tingkat 16,tetiba kerusi jatuh dari atas menghempap kepalanya.Akibat kejadian,anak malang parah,akibat kerusi menghempap tepat di kepala.
Cuba bayangkan?
Kerusi ya…

HASSAN DIN TAK BOLEH CERAMAH KAT JB

Image
KENAPA?

Hanya TUHAN sahaja yang tahu..
Teman tanya kawan yang keje kat Jabatan Agama Johor..
Wehh..kenapa Ustaz Hassan Din kena haram ceramah kat JB?
Jawapnya..Nampaknya begitulah sementara ni.sebab fahaman dia ada yang mengelirukan orang ramai.Takut orang terpengaruh.
Tu je....alasan yang teman dapat.

Entahlah...kadang2 kite pun naik pening dengan semua ni..
Hassan Din bukan nama cikai,Tokoh Agama yang di segani.Tokoh Agama yang mengafal setiap baris2 Al Quran.
Hanya kerana mengatakan cukur jambul bidaah dan khurafat,semuanya jadi keliru.
Mudahnya kite lupa...

Dalam islam memang tak ada cukur2 jambul.Yang ada....
7 hari lepas beranak,cukur semua rambut kat kepala anak,lepas tu timbang,nilai ikut harga emas.Duit tu sedekah kat orang miskin.(dalam islam,cukur habis rambut anak baik,sebab rambut yang akan tumbuh lebih sihat)
7 hari tu juga beri nama.....
7 hari tu juga buatlah akikah.
7 hari tu juga....boleh le jamu makan dengan kambing yang di akikahkan tu...
Sekor untuk anak perempuan…

CELOTEH ANAK

PEMBELAJARN DALAM BAHASA ENGLISH

Anak teman masuk umo 11thn.Seorang yang petah,keletah dan spontan bila berkata.Dia kata...ibu setuju tak pembelajaran dalam Bahasa English?
Teman jawap okay je...pada teman,bagus untuk dia juga...
Baguslah,kite digalakkan untuk belajar 3 bahasa.BI salah satu lah...
Dia kata..saya tak setuju!ada kawan2 yang tak tahu bahasa English akan terus bodoh,ketinggalan dalam pelajaran.Ibu tau tak?ada kawan saya stupid pun tak tahu!dia tanya  cikgu...
Teman tanya balik....cikgu kata apa?
Cikgu kata bodoh!
Kelakar tau ibu!stupid pun tak tahu!
Teman umpan lagi kenapa adik tanya soalan tu?
Dia jawap saya tengok,ada kawan saya tak faham....terus tak buat soalan tu,saya pun kesian...Orang bodoh akan terus bodoh.Orang pandai akan terus pandai...
NAMPAK?
Budak kecik je yang beri pendapat.Mungkin orang bandar dah biasa speaking,orang kampung...
Haram nak cakap omputih!
Sebab dah bercakap melayu dari kecil sampai tua!

Harap2 PPD tak perlulah sibuk mengkaji bagai!sistem yan…

ANAK DARA PUTUS CINTA

PELAJARAN BUATNYA...

Dia kata.....Ibu,kite dah tak kawan mamat tu...
Terkejut juga OMG!mamat tu yang ngurat dia,mamat tu yang mula bicara dan mamat tu juga yang buka mulut....'saya suka awak'.
Ayat 'saya suka awak' itulah yang buat anak teman bahagia.Laaa ni....dah tak suka?
Keh keh keh.....macam2 anak2 zaman sekarang.
Buat teman...okay je,ada jodoh adalah.....tak ada jodoh apa nak buat.....

Teman jumpa sekali je,bukan apa....untuk kenal pasti mamat tu ada hidung ada mata atau OKU.
Sekadar kepastian.Kalau apa2 berlaku,teman boleh hantar samseng sekel kepala dia.
Mamat tu okay okay je...tak de le istimewa sangat.
Sekali pandang tak de le kite nak memandang lagi...Bukan ketegori artis Korea atau Pan Asia.
Biasa2 je...

Apa2 pun....boleh lah..cukup sifat dah memadai kan?di tambah pula ada otak kepala.Bagi teman syukur pada ALLAH.
Pertemuan sekali tu,teman dah kata pada dia...kawan elok2,maksud teman bukan ajar anak teman yang bukan2.Maksud teman bukan sibuk nak jadikan ana…

PELAKON LELAKI SAKIT..

TETIBA MELALUT TAK TENTU PASAL!

Sahabat kata u dah tengok video pelakon lelaki,entah apa kenamanya,lupa lah pulak..
Teman tunggu dia ingat nama pelakon tu,sampai ke sudah!teman tak dapat.
Balik rumah....goggle...
Pelakon lelaki buat tarian lucah!
Jeng jeng jeng.....
Keluar berderet artikel tentang lelaki buat lucah!
Keh keh keh...
Antaranya...Iqram Dinzly atau nama betul dia....Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin.
Umur 36thn...
Ehmmm dah tua,dah patut menikah!

Teman tonton video dia...memang sah!dia sakit.Sakit apa?
Sakit jiwa!
Mana ada orang siuman buat lagu tu?
Berjoget joget macam orang gila,melucah bagaiiii...macam orang gersang.
ish ish ish....Pelik lah tengok gelagat dia..

Teman teringat kawan teman merangkap suku sakat Iqram...
Wehh!kenapa sedara kau tu?
Dia jawap entah lah.....dia gila isim,lepas ayah dia meninggal,dia jadi kemurungan.Lepas tu mula melalut macam tu...tak kuasa nak ambil tau..
Teman kata dalam hati...kan betul?mesti ada hal,baru jadi macam tu...
Teman kata…

TUN MAHATHIR PM KE 7?

ASALKAN BUKAN NAJIB!
TEMAN SOKONG AJE....

Sejak kebelakangan ni,Najib bukanlah penenang hati.Dia umpama tikus membaiki labu.Labu hancur,tikus pun lari!
Teman tak kisah siapa pun yang jadi PM.Asalkan negara selamat kite rukun damai,teman pasti bersyukur.

Selepas Najib jadi PM,negara kite semakin huru hara!
kalau dulu,kite bangga jadi rakyat Malaysia,sekarang tak lagi...
Kite malu sebab Najib..
Sahabat tanya kenapa mesti malu?
Teman tak tahu,samada sahabat teman ni menduga atau betul2 tak tahu..
Kalau menduga okay lagi,kalau benar2 tak tahu!sayang lah....anak teman yang kecik pun kenal Najib dan tau perilakunya.
1MDB orang kata sana sini.Najib tetap selamba.Para menteri sama naik!sentiasa pertahankan Najib walaupun dah terang lagi bersuluh.
Rakyat tak bodoh.Rakyat tunggu masa ..tapi...sayang,kuasa rakyat hanya untuk pilih calon,lepas tu...bolayan!kuasa di tangan,rakyat di ketepikan.
Sahabat kata lagi...boleh ke kalahkan parti memerintah?Najib "CASH IS KING" u tau?
Teman pening…

MULA SEKOLAH...

SIBUK 24JAM!

2hb Jan 2018,hari pertama anak2 teman sekolah.
Perempuan masuk darjah 5 dan si abang tingkatan 2.
Perempuan menyambung je...si abang hari pertama sekolah baru.

Jalan sesak,jangan cakap lah!semua menghala ke satu arah.Semua nak hantar anak2 depan pintu sekolah.Ada yang ringkas,ada yang meleceh masa orang lain.
Masa tu le nak peluk cium,masa tu lah nak betulkan baju tudung si anak...
Diaorng tak tahu,betapa lenguhnya kaki tekan brek.
Sahabat kata macam lah jauh nau!
Jauh wehh!lepas tu kena hati2 takut terlanggar kanak2 sedang berlari.
Sekolah anak2 teman tak luas,sekolah lama beratus tahun dulu...laluan tak luas macam sekolah2 zaman sekarang.
Kanak2 lari ikut suka,silap2 boleh bertembung muncung kereta.
Bahaya bahaya....

2 minggu sebelum sekolah bukak,teman dah piii beli buku bagai.Baratus2 juga lah duit keluar.
Sahabat kata baru 2 orang anak.....tu pun dah kecuh!saya ni 5 orang kak oiii...
Dalam hati...dulu anak aku sekolah 5 orang juga,bukan kecuh cakap2 je....haish!
Saha…

CERITA DUKA ISTERI PERTAMA

BILA SUAMI SYOK SENDIRI..

Awal dulu...
Sebelum kahwin berjanji tak akan berubah.Si isteri mula2 bantah,lama2 ikutkan juga.
Perangai lelaki ...selagi tak dapat,selagi tu dia menyaran.Sebiji macam perangai budak2 kemaruk gula2.
Dalam marah,isteri ikut juga...
uruskan semuanya!
Kawan2 tanya...kau buat semua?
Jawap isteri malang...biarlah,aku sayang suami aku,tak nak dia benci aku.
Okaylah,itu pilihan kau wahai isteri malang....

Berlangsunglah perkahwinan kali ke dua buat suaminya.
Senyum suami sampai ke telinga.Gembira tak terkata,almaklum...dapat isteri muda.
Mula2...semuanya berjalan lancar,kire2 sebulan lah...
Masuk bulan ke 2,suami mula belot,sana sini bawa isteri muda,isteri tua di suruh jaga kedai...
Isteri malang yang sayang laki sangat,hanya mampu menangis hiba.
Bila jumpa kawan,mula lah cerita...
Kami bukan tak nak bantu,setiap masalah,isteri malang akan bangkang!dengan alasan...
Kite sayang suami kite...
Dah tu!kau ingat kami ni apa?jadi tukang dengar cerita?
Ingat kami tak ada…

SELAMAT TAHUN BARU

DUA RIBU LAPAN BELAS
YAHOOO!!!

Sambut tahun baru bermakna umo kite naik setingkat lagi.
Seandainya ALLAH beri kite pinjam nyama sampai 60thn,makannya sisa umo teman hanya tinggal 10thn sahaja.
Takut?
COMFIRM!siapa yang suka mati?kucing pun takut mati doww....

Tahun baru atau tahun lama...teman tak sambut.Bukan teman ni terlalu islamik.Biasa2 je...
Antara sebab teman tak sambut ialah....tahun datang pergi sama sahaja.
Bila dia pergi,maknanya umur kite kurang setahun dari ajal ALLAH.
Jangan lah susah hati sangat,semua orang akan hadap semua tu..
Mati,di mandikan di kapankan...
Kite balik pada asal....
Dari kecil orang mandikan,bila dah tua pun orang mandikan.
Sebab tu,sebelum beri salam...doalah supaya ALLAH lindungi kite dari godaan dajjal.

Masa anak2 kecil,ada juga bawa tengok mercun.
Masa tu ilmu tak ada.....sibuk dengan urusan dunia.Bila dah tua2,baru tahu banyak perkara kite kena elakkan.
Walaupun sekadar suka suka...
Lama2 takut ketagih...
InsyaALLAH...
Ilmu penerang hidup.

Sambut…

POLITIK DAN EKONOMI

PERKARA ASAS KEMAKMURAN NEGARA

Ramai kawan2 tak minat ambil tahu,ada yang kata malaslah nak tahu,lantak diaorang lah!
Pendek kata....rata2 dah macam patah hati.
Ramai2 kawan2 yang dulunya setia pada parti,sekarang dah beralih arah.
Teman tak tanya,malas nak tahu...
Lantak kau lah!

Semalam,ada seorang kawan,yang menjadi penyokong tegar UMNO,telah menunjukan minatnya ke arah parti lagi satu...
Pada teman,padan muka kau!dulu aku cakap macam2 kau orang selalu kata aku tak tahu bersyukur.
Laaa ni awat hangpa u turn?
Mereka jawap...orang atas banyak dah gila!
Ooooo.....baru perasan kah?
Kami dah lama tahu....

Masa teman gi perhimpunan bantah GST.Kawan tu kata teman melayu bodoh!melayu yang di peralatkan oleh orang Cina.
Dalam hati hanya mampu kata,orang yang kata orang lain bodoh sebenarnya dia lagiiiiiiiii bodoh!
Betul tak?Walhal....
Sepanjang teman ada dalam perhimpunan tu,bukan melayu je yang bantah!orang Cina,India semua ada..
Awat kata mereka tak ada?merekalah bangsa yang kuat semangat…