Posts

Showing posts from March, 2017

HIDUP TIDAK SELALUNYA INDAH

APA YANG BERLAKU..BERSYUKURLAH..

Pagi tadi teman sendirian,balik dari mengaji perut krak kruk..
Teman lapar dan perlu makan.sat lagi hipo lah pulak!
Teman terus ke tempat biasa.Sedang teman menunggu hidangan,teman nampak seorang remaja perempuan bersama seekor anak kucing kaler kuning bergurau senda.
Jam tunjuk pukul 9.30 pagi,setahu teman klinik haiwan tu buka pukul 10 pagi nanti.
Budak tu perlu bersidai lagi 30minit di tepi parit tu.
Ringan je tangan melambai dia datang,teman ajak bersarapan sama.kebetulan teman sendirian tak berteman.
Dia datang....
Teman nampak dubur kucing tu terkeluar.Kaler merah menyala!OMG!ngilu perut nampak dubur/usus tu terjuntai keluar.Dubur atau usus,teman tak pasti,yang teman tahu ada bende pelik kat bontot kucing tu.
Kenapa tu?tanya teman..
Dia jawap tak tahu,saya jumpa kucing ni kat belakang kedai.
Teman rasa pelik,mungkin lihat muka teman macam orang pelik,dia sambung lagi..saya duduk sewa bilik je kat kedai tu.
Oooo.....awak sewa dengan emak dan adik2…

MANGSA ALONG

BUKAN SEMUA SUKA MEMINJAM..

Sebut ALONG,dah macam2 kisah kite baca,kite dengar..
Baru2 ni,ada kes orang kena sembelih kat taman sebelah kejiranan teman....
Dengar....
Kes ALONG.
Dengar....sikit lagi kepala terpisah dari badan.
Dengar...sikit je lagi putus leher hamba ALLAH tu.

Masuk paper...seorang lelaki mati di kelar.
Agak 2 kenapa?
Teman sebagai rakyat Malaysia cuba buat andaian...Maaf kalau salah.Ampun ya ALLAH...
Satu....zaman sekarang kecurangan dah biasa.Suami ada hubungan dengan isteri orang,Suami orang ada urusan cinta dengan teman sepejabat.
Situasi ni dah biasa...
Orang tak pelik.Paling2 kite akan kata....teruknya bini dia tu,ada pak we baru.Suami keje siang malam,dia berpeleseran.Kesian suami dia...percaya sangat!

Balik pada kes kat atas...
Semua orang tutup mulut...
Orang dah tak ada,nak di sebut nanti salah pula....
Kalau cerita elok,baiklah jadinya.Kalau benda salah?tak ke susah nanti.Orangnya dah mati.Nak jumpa kat mana le gamaknya.
Ustaz kata tanda2 ilmu sampai pada d…

DIABETES..

MENGHANTUI HIDUP..

Teman berisiko kencing manis.Umur awal 30an,glokus dah sampai sempadan.Teman mulai pantau makan,cuma kadang2 terlajak jua...
Tahap glukos tetap sama....BORDER.....

Mengandung anak ke 4,masuk bulan ke 5,baru kencing manis timbul..
Doktor hanya nasihat jaga makan,buat regangan sederhana.
Yang pasti...kencing manis tetap...BORDER.
Makan macam biasa,cuma hati hati sahaja.

Mengandung anak ke 5,awal2 lagi doktor dah dapat kesan kencing manis.Masa tu bacaan glokus teman jejak 12!
OMG!..doktor kata...sama ada sebab mengandung atau awak sudah ada kencing manis dalam diam.
Ada tak simptom2 yang berikut?
Kerap kencing siang atau malam?
Jawapan TIADA
Rasa haus atau dahaga sangat?
Jawapan TIADA
Kuat makan tapi cepat lapar?
Jawapan TIADA
Terasa letih yang teruk atau kurang tenaga
Jawapan TIADA
Berat badan turun mendadak
Jawapannya TIADA

Doktor kata,kalau simptom kat atas tak ada,simptom2 ni ada kah?
Mata kabur.
Rasa kebas tangan atau kaki.
Luka payah nak sembuh.
Jangkitan kulat k…

LELAKI TUA YANG DULU GEMBIRA

KINI KESUNYIAN SENDIRI

Kisah ni benar,tapi anggaplah tauladan di masa akan datang.
Teman bukan nak mengumpat bagai,sekadar kongsi kisah sepi seorang lelaki.
Dia kawan suami,satu tempat kerja.
Pernah jumpa beberapa kali,sekadar senyum itu dah memadai.

Kisah bermula bila dia berkenalan dengan perempuan muda.Isteri di kampung dah mula di lupai.
Kenapa isteri tak duduk bersama?
Dia melarang isterinya tinggalkan kampung di utara sana,alasan...kesian anak bungsu akan bertukar sekolah.
Maka....tinggallah isteri dan anak2 di sana,dia tetap di sini sendirian.

Dia nakal,termaktub begitu...Ada dengar2 kisahnya yang suka berpoya poya dengan perempuan.
Tapi...sekadar tu je...
Teman tak kisah,sebab dia tak ada kene mengena dalam hidup teman.

Sekitar tahun 2009 kalau tak salah..
Dia mengerjakan umrah.Itu pun setelah campur tangan boss mengizinkan dia ambil cuti.Dalam diam,isteri minta jasa baik majikan untuk selesaikan masalah.
Akhirnya...dia pergi bersama isteri mengerjakan umrah.
Sebelum tu,doa se…

L'OREAL ABUSING MONKEY DURING ANIMAL TESTING

Image
SEDIH AMAT SANGAT



Teman kongsi...
JIka anda peka...sila jangan pakai produk ini.
Mereka menganiaya binatang.
Saksikanlah...betapa sakitnya dia..
Terketar2 menahan rasa...menundukkan kepala tak larat nak memandang.Nampak keuzuran yang amat nyata.
Semuga ALLAH permudahkan dia...
Ambillah dia...daripada dia merana dek perbuatan manusia durjana.


PERJUMPAAN KAWAN2 LAMA

18HB MARCH 2017

Mereka pernah ada dalam hidup  teman..
Sejak tingkatan 1,merekalah kawan,merekalah lawan.
Ada kawan yang mula rapat lepas tingkat 5,tapi...mesra sampai ke hari ini.
Tak pernah bergaduh,tak pernah benci membenci...Yang kami tahu...persahabatan yang baik lahir dari hati yang ikhlas.
Jika kite ikhlas terima kawan2,maka sampai bila2 kite akan tetap sayang pada mereka.

Diantara mereka ada seorang yang agak pelik perangai.Terpisah lepas sekolah,bila jumpa buat2 tak kenal.
Mula2 teman sapa juga...
Tapi dia buat tak endah...
Makanya...teman belajar terima dia dah tak ada...
Dah mati mungkin...
Atau dia tak pernah wujud dalam hidup teman dan mereka2 yang lain.
Kami belajar perlahan2 untuk lupakan dia....
Syukur...akhirnya...dia makin hilang dalam ingatan.Yang pasti...kami hanya harap dia bahagia dan sejahtara hendaknya di samping keluarga tercinta.

18hb ni,teman akan jumpa sebahagian darinya..Kebetulan teman balik kampung,maka pertemuan diatur walaupun tiada gilang gemilang.
Se…

LINE CLEAR DI ARAH TUTUP SEBAB KOTOR YANG AMAT SANGAT

MEMANG PATUT PUN....

Suami teman selalu ajak makan kat Line Clear Ipoh.Sejak menetap di utara hampir 11thn,tak sekali pun teman piiii sana.
Tapi suami teman suka tahap tak boleh tahan2 seleranya.
Selalu dia kata...saya hantar kamu kat Jusco Kinta,saya piii makan sat kat Line Clear.
Teman setuju asalkan teman tak di bawa pergi.
Kenapa?
Teman tak selera pada pekerjanya,makanannya,minumannya...semua tu tak berjaya mencuri hati.
Pada teman...dari makan mamak ,lebih baik teman makan roti Gardenia 80sen tu.

Kalaulah terlepas,adalah sekali dua...tu pun nak layan suami makan je...
Tapi tekak bagai di sekat.Tak boleh masuk juga...
Pujuk2 pun masih tak boleh terima kecuali maggi rebus air panas.

Pelik juga...restoran terkenal tak serik2.Rasanya tahun lepas dah kantoi sekali,tahun ni lagi...
Masih ada yang sanggup pii lagi...
OMG...kepada peminat nasi kandaq..agak2 le ..
Dah jelas2 kotor masih nak pi makan lagi ke?
Pelik lagi..ada NAJIS manusia,ada bangkai tikus...ada aneka lagi kekotoran...masih…

ORANG KITE..

SEMEMANGNYA BERMASAALAH!

Lama dulu teman ada ke kedai tu,teman cari kendi air...
Puas cari merata tempat tapi tiada dalam simpanan kami.Terakhir teman ke kedai tu...
Ada kendi air atau bekas basuh tangan?
Anak dara kat situ jawap tak ada...kalau ada pun kat situlah.
Teman tengok arah muncung anak dara tu...
Kosong sekosongnya rak yang dia tunjukkan dengan muncung dia tu.
Teman sabar....
Teman bersangka baik...budak zaman sekarang kurang budi bahasa.

Siang tadi teman pergi lagi,kebetulan ada kawan order mug untuk hadiah ke kawan2nya.
Teman singgahlah dengan tujuan ..kalaulah ada, rezeki hari ini...tak payah pusing2 cari.
Teman cari satu satu...semua bercampur2,tak sama size dan bentuk.Teman tanya...mug kat sini je ke?
Anak dara kat situ jawap ya...kat situ je.
Teman tanya ada tak yang ni?sambil tunjuk mug kaler merah.
Dia jawap tak ada,kalau ada pun kat situ lah...
Sabar hati.....budak zaman sekarang kurang budi bahasa.
Teman tanya lagi ada kotak tak?
Anak dara tu jawap tak ada....
Tem…

PLASTICINE CLAY...

Image
ILMU BARU...

Teman lama mengidam nak belajar ilmu baru ni.Mengentel tanah liat untuk di jadikan hiasan.
Kebetulan seorang rakan dah masuk kelas clay.Teman sekadar belajar asas seni ini dengan dia.
Yang pasti,mudah dan mudah hadam.
Teman tanya...apa barang2 untuk projek kali ni?
Dia jawap..
Plasticine,gam,losyen dan lain2 lagi.
Teman suruh dia belikan nanti teman bayar ke dia..
Sahabat ni orangnya baik....apa yang di surih tiada bantahan langsung.

Sebenarnya..teman nak kongsi ilmu buat semua...
Ilmu ni tak percuma,berbayar sebenarnya...sekali piiii berguru RM150 hingga RM200 pasti terbang melayang layang...
jadi...kepada yang minat.Seni kraftangan guna plasticine ni cukup mudah.Semuanya di hujung jari anda.
Mula2...anda cuma perlu ada plasticine berbagai warna.Nak murah sila ke Blakong,disana ada satu kedai jual berbagai bagai bahan untuk kraftangan jenama Multifilla.
Teman belum pernah pergi,teman sekadar kirim kirim dari kawan2 je.
Mesti ada pencetak atau acuan,kalau2 tangan tu lembu…

KERASUKAN TIADA HUJUNGANYA

ANTARA PERCAYA ATAU TIDAK...IANYA TETAP BERLAKU.

Anak kawan dari selatan demam berpanjangan.Balik dari umrah,dia demam tak kebah 2.Masuk hospital keluar hospital...Segala macam ujian dah buat.Jawapan 100% SIHAT.
Tapi...
Kenapa panasnya tak kurang...itulah kata Doktor.Tiada yang pelik dalam badan,tapi kenapa masih tak turun2 suhu badan tu..
Akhirnya....Doktor angkat bendera putih..
Berdoalah,banyak2kanlah solat hajat...itulah kata2 akhir dari Doktor sebuah hospital terpakar di sana.

Kawan tu pun bawa anak balik ke rumah.
Kawan2 datang melawat,kata2 simpati di beri,kata2 semangat terluah.
Seorang rakan datang,rakan tu sama2 satu sekolah dengan kami.
Heii!anak u ni lain macam lah!u bawa jumpa adik i.Ini nombornya.Sambil hulur sehelai kertas tercatat nombor seseorang.

Temujanji di buat...
Datanglah seorang perempuan muda.Antara yakin dan tidak...
Usaha diteruskan.
Ini kali ke 3 usaha dari perawat islam.Dah macam2 air dah di mandikan.bermacam2 air dah di minum.Anak tu tetap sama.Malah lagi…

MAK CIK TEMAN YANG DI SAYANGI

MERANA AKIBAT KANSER PAYU DARA

Teman pernah menulis mengenainya.
Tak sedar.tau2 dah tahaf EMPAT!
SubhanaALLAH!maha suci ALLAH....dia yang mengatur semua perkara,semuga Mak Cik teman tabah menghadapinya.

Semalam...
Kakak,emak dan adik beradik yang lain ziarah dia...
Kata kakak....sedih tengok Chik.Murung...Dia selalu telefon mak dan kata dia putus asa.
Kite dengar kite rasa tak patut dia buat diri dia macam tu.Kite rasa dia tak redha...
Kite rasalah kan?
tapi....
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikulnya.

Rambut gugur...
Chik malu,Chik macam tak boleh terima semua ni.
Mak Cik teman ni pemalu...apatah lagi dalam kepala tak berambut.Botak licin berkilat!
Malu yang amat sangat.
Pak Cik kata....biarlah rambut tu gugur,sementara waktu je tu...Nanti dia tumbuhlah.
Kali ini mesti rambut awak cantik,kalau boleh saya nak awak gerbangkan rambut tu,tak payah tutup2.
Kakak kata...sambil berkata sambil menangis.kesian...

Mak Cik teman pandai masak.Asam pedas.sambal sotong...antara menu utama …

HOBI BARU

TERNAK AYAM

Perasaan ini mencuba membuak buak dalam hati.Bila lalu depan gerai ayam...
Hati berbelah bagi...
Boleh ke?mampu ke?

Tanya suami...Jom bela ayam?
Suami terkejut sampai tercopong mulut..kamu dah gila?nak bela ayam?
Teman gelak je...
Dalam hati...bukan awak yang bela,tapi saya.....
Jawapan......apa nak jadi,BELA TETAP BELA!

Teman singgah tinjau2 gerai ayam...
cari apa amoi?sapa nyonya separuh umur...
Teman jawap saya mahu bela ayam...
Dia tanya untuk makan kah?
Teman jawap tak..untuk suka2 je...
Dia buka satu kotak,penuh dengan ayam berjambul..Ini ayam banyak baik.U angkat ini looo!
Teman tanya ayam serama ada tak?teman terbayang bayang ayam serama kecil je...sesuai lah dengan keluasan lama rumah teman.
Nyonya jawap ayam serama tak adalah.Ini ayam pun baik...ini ayam nama dia ayam selasih.
Teman angguk tanda faham.Ooo...ini ayam selasih.
Nyonya kata lagi...baik u angkat kecil punya.Saya tengok u takut2 mahu pegang,amacam mahu kasi bela?
Hehehehe...dia perasan siak!

Nyonya kat…

LEMBAM..

KETEGORI OKU..

Ada sepasang remaja lembam,di kahwinkan dalam satu majlis gilang gemilang.
Majlis tu dah beberapa tahun berlalu..
Mereka hidup aman damai walaupun tak seperti pasangan suami isteri yang lain.

Pernah risik sang isteri...
Suami ada usik2 awak?
Si isteri jawap sambil tersenyum malu..
Tak ada.....dia nak kacau kite marah dia.
TAMAT.....
Setakat tu kite boleh faham..mereka tak normal,mereka tak sepatutnya kahwin.Tapi...dah jodoh sejak azali...
Kite hanya merancang,TUHAN yang menentukannya..

Orang bentah,tapi baiknya tetap ada..
Dia yang lembam,boleh juga merasa disayangi oleh suami.Walaupun tak normal..paling tidak ada juga komunikasi antara mereka.Ada juga teman borak sebelum tido.

Selepas menikah,isteri terus duduk rumah suami.
Walaupun lembam,suami masih mampu berkerja di kedai runcit hujung kampung.Dengan duit yang ada....hiduplah mereka aman damaiOpss!mereka tinggal bersama ibubapa suami.Dan kehidupan mereka macam adik dengan abang je...tak ada apa2 yang berlaku.
Si dara…

CABARAN JAGA ANAK ZAMAN SEKARANG

ANTARA TERCEKIK LEHER ATAU SESAK NAFAS!

Rata2 kawan mengadu pasal anak2 zaman sekarang,yang agak buas dan tak mendengar kata..
Teman tak kata semua!
Teman hanya kata contoh yang ada  di depan mata.

Sahabat teman ni ada 4 orang anak lelaki.
Yang sulong....okay lah!
Yang no 2......ehmmm.....boleh lah...
Yang no 3.....dah mula mengikut jejak anak terdahulu.
Yang ke 4....still masih muda dan tak perlu  kite fikir2 lagi.

Kisah bermula awal thn 2016,anak no 2 sakit kerasukan dan melarat hingga kini.Walaupun sesekali...
Tetap dia ada dalam diri..
Tak boleh suka sangat ,marah sangat,stress sangat2...pendek kata kena sentiasa jaga emosinya.
Susah kan?
Kite dengar kite yang sakit kepala,inikan pula si ibubapanya.

Berbagai ikhtiar keluarga tu usahakan.Masih belum memberi pulangan yang baik.Anak tu masih sama,masih tak tetap besar kepala.
Si ibu kata kalau kite tak ikut kata dia,jadi hantulah dia..
OMG!tak boleh bangkang walau tak suka...
Kena sentiasa redha walaupun hati parah.

Masa keputusan …

BOTOX

WANITA SEMAKIN BERANI TANPA FIKIR KESAN ZAHIR BATHIN

Botox..
Fatwa dah keluar....BOTOX HARAM.Tapi...tidak di ambil perihatin oleh penguna.
Akak dapat tahu dari mana?
Kadang2 teman malas nak ulas....zaman serba moden,kite boleh tahu jika kite ingin tahu.
Tapi...hati menolak untuk tahu...
Bila ada maklumat...was2?Google le..Banyak maklumat kite boleh dapat hanya dengan hujung jari je...
Akak mana tahu?
Itulah soalan yang teman dapat bila isu BOTOX di perkatakan.
Teman bukan le pandai sangat,tapi melalui pembacaan kite akan jadi pandai akhirnya....

Saya botox sikit kat dagu...kata seorang kawan
Teman jawap tahu....nampak keras dagu awak tu
BOTOX merangkap Susuk moden.Memasukkan sebarang cecair bagi tujuan kecantikan hukumnya HARAM.
Dia tak kekal kak...kata kawan tu mempertahankan pendapatnya.
Teman tak tahu nak jawap apa....kalau di lawan dia akan kata...kak,saya sekolah agama tinggi kak oiii.....
NAMPAK?
Macam mana nak berhujah kalau akhirnya kelayakan dia di katakan.Teman tak pasti sam…