Posts

Showing posts from February, 2016

2 HARI SIBUK MENGENTEL CHUP CHUP UTK MAJLIS KAHWIN SAHABAT

Image
SERONOK WALAUPUN PENAT LAH JUGA...

Sahabat nak sambut menantu..
Masa makin dekat,dia kata dia makin cemas,banyak benda tak buat lagi.
Teman diam je..
Teman faham,buat majlis kahwin bukan mudah,banyak keje!

Adik2 kahwin kami sama2 buat persediaan.Dari A ke Z.Kami adik beradik bergotong royong sempurnakan majlis.
Tapi untuk majlis kami je,majlis orang tak tahu nak campur tang mana,takut orang tak suka.

10thn kenal dia,teman dapat rasakan...
Dia perlu di bantu,orang yang nak sambut menantu,tak akan dapat fikir perkara2 yang remeh temeh.
Kelmarin dia beri teman wang RM5 dan brooch utk di beri pada kenderat(pembantu majlis)
Semalam...
Kami pergi cari gula2 utk kanak2.
Utk dewasa,dia beri telur yang di letak dalam bekas cantik.
Semalam...teman sorang ikat dan bungkus gula2 chup chup..
Potong kertas,potong reben potong kawat @ dawai.
Lepas tu mula mengikat satu persatu gula2 bertangkai tu.
Lepas siap hampir 300 biji,teman ikat pula reben satu persatu.Teman minat,,cuma cepat jemu.Jika dah jem…

PEMANDU LORI LANGGAR 22 BUAH KERETA BERJAYA DITAHAN.

Image
DAN SEDANG MENUNGGU DIHUKUM

Semalam kite di kejutkan dek kejadian lori langgar kereta yang parking ikut suka.
Teman tengok video tu...
laju semacam je!langsung tak rasa bersalah.

Hari ini dia berjaya di tahan.Malangnya dia kata...
Saya tarak salah!
hahaha...
Tarak salah?
Balai cerita!
Gila betul!

Pemandu lori yang merempuh 22 kereta yang di letakkan di hadapan sebuah pasar di Nibong Tebal telah berjaya di tangkap dan tidak mengaku bersalah.
G.Mathan berusia 30thn mengaku tidak bersalah.
Dia berkata...
Dalam kejadian tu,dia menjadi marah selepas tidak dapat mengerakkan lori yang di pandu dek kerana tuan punya kereta letak kereta ikut suka hati.
Ehmm...logik juga.
Kadang2 kemarahan boleh buat orang hilang pedoman.
Kadang2,bila badan kite ringan kite tak akan fikir panjang lagi...

Sebab tu G.Mathan kasi hantam satu kali!

AWAS untuk pemandu yang lain..
Kite beresiko untuk dihantam oleh pemandu lori serupa Mathan


TIP MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA(USTAZAH NORHAFISAH MUSA

Image
TERKESAN DIHATI...



Sengaja kongsi kat blog utk renungan anak2..
Mana tahu esok lusa teman mati..
Ada juga pesanan terakhir buat mereka sebagai rujukan dimasa hadapan.

Teman sengaja buat blog ni,bukan untuk kejar apa2..
Teman sengaja sediakan sesuatu kenangan untuk anak2.
Teman ada 5 anak...
Dan mungkin mereka masih boleh membaca apa juga coretan hati si ibu.
Semasa hidup,mungkin kita tiada masa bersama..
Selepas mati,masih ada sesuatu yang kite boleh kongsi bersama.
Tu je..

PERANGAI BURUK SEORANG PENGASUH

Image
JAGALAH AMANAH YANG DI BERI
Luahan hati seorang ibu... Teman terbaca sebaik buka FB. Pada teman...memang kurang ajar pengasuh tu.Tak tahu apa masalahnya,sanggup dia tampar muka anak sekecil tu. Pada teman...pengasuh tu jiwa kasar atau sedang mengalami kemurungan dek beban hidup. Kite baca,kite akan tahu...ibu ini amat bertimbang rasa,hanya pengasuh tu sahaja yang tak tahu menghargainya.
Bersabarlah duhai hati, kuatlah duhai anak. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa terpaksa meninggalkan Nawra dengan orang lain kerana pergi mencari rezeki. Nawra sayang, maafkan ummi dan papa yang tidak pandai menilai orang. Kami fikir manusia berhati suci punya kasih dan sayang terhadap bayi sekecil Nawra. Segalanya nampak sempurna untukmu sayang.
Tidak pernah terlintas orang akan memukul anak ummi ini sampai begitu sekali. Apa dosa bayi 10 bulan yang masih belum boleh merangkak dengan baik, apatah lagi memanjat atau nakal. Sungguh hancur hati ummi apabila pengasuh mengaku menamparmu. Hancur hati ummi…

KERANA PULUT SANTAN BINASA,KERANA MULUT BADAN MERANA...

PERIBAHASA....

Semalam,teman baca kat group sekolah...
Kawan2 teman sedang bercakaran.
OMG!
Hari2 lalu,comolot!hari ini dah bercokak bagai!
Hari2 makan sama2,borak sama2...
Hari ini dah bergaduh?
Benarlah pendapat orang bijak pandai,orang melayu susah nak sepakat.Kalau sepakat ada sahaja batu apinya.Benarlah kata ustaz...dua orang pasti ada orang ke3 di tengah2nya....
Zahirnya manusia tapi hakikatnya syaitan yang di rejam.

Teman ditanya tentang status seorang kawan...
Janda atau isteri orang?Dengan tak bersalah teman kata isteri orang!
Kawan tu tercopong mulut!
Habis tu,dia ikut kawan lelaki kite tu kenapa?
Teman jawap...tu yang aku pelik,aku ingat ko orang suka,sporting.
Kawan kata....kami tak tahu...
Teman kata...perkara ni dah lama aku tahu,sejak mula2 jumpa dulu,dia sendiri yang cerita.Bukan orang lain.
Kawan teman ternganga mulut,laaa selama ni kami subahat ke?
Teman gelak...yalah tu....nasib ko orang la...
Kawan kata...aku mati hidup ingat dia janda.Patut le susah sangat nak kahwi…

PENANG TERKENAL DENGAN..

Image
NASI KANDAR,CHAR KOAY TEOW

Berulang alik ke Penang.
Laa ni teman tak pasti...kedai mana paling baik kecuali Kapitan di Jalan Chulia Penang.
Puas Goggle,tetap Kapitan Jln Chulia keluar list pertama selain Line Clear.

Mula2 dulu,teman tak lalu sangat..
Bila nampak gambar2 individu ternama.Baru tekak ni belajar menerimanya.
Teman memang payah nak terima masakan2 lelaki berbulu lebat.Teman rasa semacam.Bukan suka tapi....eeeeeee...

Semalam,teman pergi lagi ke Penang.
Teman lalu Jembatan ke dua Pulau Pinang.Jembatan terpanjang dan mungkin antara terpanjang di dunia.Kepanjangannya lebih dari 20km dan bengkang bengkok pula.
Kagum?
Mestilah...Malaysia kan negara teman,teman lahir di sini.Teman tiada negara lain selain Malaysia.

Kami sampai awal,kami search di internet...
Perut mula berboria...
Suami kata kat anak2,cube le cari makanan terbaik kat Penang ni,balik2 kapitan tu je...
Anak balas,nanti cari tak mahu pergi pulak!ibu ayah makan je le makanan yang ibu ayah suka.
Teman menyampuk...cube…

BAKAR DIRI KAT MELAKA

Image
SESUATU YANG TAK DI DUGA.

Berlaku kat Melaka,seorang wanita,berusia 37thn,seorang guru mengajar diSaratok,Sarawak.Sedang bercuti sakit.
Nama dikad pengenalan diri ialah Siti Wahida Bte Ali.
Cantik orangnya...


Malangnya...dia sakit.
Sakit jiwa selepas putus tunang.Pada hari kejadian,ayahnya Ali Mikram 62thn,menyedari kebakaran bila terdengar satu letupan sebelum melihat cahaya dari tingkap rumah.
Saya fikir dia sedang tidur,dan kejutkan adiknya untuk padam api guna air.
Bila tak jumpa kunci dan dia tiada dalam bilik,baru kami sedar dia ada dalam kereta yang terbakar tu.
Menurut rakan2,Siti wahida sering berkata dia diganggu oleh makhluk halus sebelum kejadian berlaku.

Perkara inilah yang sangat kite takutkan,bisikan2 halus ni bukan kawan tapi lawan.Sana sini,kite baca kat surat khabar..
Makhluk halus inilah yang menyuruh bapa sembelih anak,suami sembelih isteri dan sebagainya.

Nak kata kesian pun tak boleh...
Dia tak sedar,niat dia pun baik,tak mahu makhluk tu ada dalam badan dia...
Di…

KES LORI REMPUH 22 KERETA DI NIBONG TEBAL

Image
OKAY  KE?



Terkejut teman..
Semalam otw dari Penang,lalu Nibong Tebal..
Tapi lalu kat highway je,baca kat signboard...NIBONG TEBAL.

Macam mimpi,ada pemandu macam ni,walau marah macam mana sekalipun!tak kan le sampai langgar laju macam tu,bayangkan kalau ada manusia dalam kereta2 tu?
Tak ke aniaya orang?
Tak terfikir dek akal,ada manusia sanggup buat macam tu.

Sahabat kata...ada masalah jiwa kot?
Teman angguk,mungkin...kalau normal tak akan buat macam ni.
Sahabat kata...kadang2 kite marah juga bila orang parking tak betul,paling marah sebut bodoh je le..
Tak le sampai laju je langgar kereta orang.Siapa nak ganti tu?
Teman jawap...insurance dia le kan?Video ni bukti kukuh.Peninglah tokey treler tu.Mahu bunuh diri!
Sahabat balas..tau tak pe..

Buat semua pemandu termasuk teman...
Pastikan tak letak kereta merata rata.
Jangan sakitkan hati pemandu lain,takut kena langgar laju macam ni!


BUDAYA KUNING MULA MERESAP MASUK DALAM MASYARAKAT KITE

Image
MOTIF?
TEMAN PUN TAK TAHU....

Teman tak minat nak kongsi tapi...terpanggil juga untuk meluahkan isi hati tua ni..
Teman rasa,kite ni dah jauh tersasar dari landasan yang benar...
Masyarakat kite semakin terhakis sifat malu,walhal...malu tu separuh dari iman.
Orang tak tahu malu,tanda kepada orang tak beriman.
Gitulah gamaknya.

Semalam,dah nampak cerita kuih bentuk kemaluan lelaki ni,terkedu juga..
Dalam hati,entah apa2 le...
Kalau teman anak dara pun tak mungkin teman beli kuih macam ni...Mengarut!Nak beli pun malu,nak pegang pun malu,nak makan lagi lahhh malu.
Siapa lah yang tergamak buat kuih bentuk ni...
sampai kesitu akalnya?

Melalui pembacaan,kuih ni ada dijual kat Langkawi,Kedah.
Harganya pun murah,RM4 satu,jika beli 4 boleh dapat free satu.Dengar2,boleh dibeli kat online juga.
Mungkin ramai peminat kuih ni.
Selalunya benda2 yang merepek ramai yang suka.Tepatlah sasaran peniaga ni,untuk dapat untung yang banyak,terpaksa lakukan sesuatu yang salah dimata kasar kite.

Ramai orang m…

JIN OH JIN 4

AKHIRNYA....

Mak teman datang dari Johor,singgah bermalam kat rumah adik teman kat Rawang.
Baru sebentar borak dengan mak,macam mana anak adik?
Mak kata...entahlah,rasa2 dah selamat.
Adik teman pun dah buat pulut kuning sebagai tanda kesyukuran atas segalanya.

Mak kata..kesian tengok orang yang ubat tu,kalau beri RM20inggit memang tak berbaloi!
Kesian mak tengok,berpeluh2 melawan jin 2.
Teman teruja,teman tanya macam mana mak?
Mak kata...dia gaduh2lah!tapi dia je yang tahu,kite cuma tengok juga.Sesekali ada dialog antara mereka.

Teman  tanya lagi...sekarang dia dah okay ke?
Mak jawap...nampak okay,tak tahu le...esok lusa.
Agak lama kami berbual,sebelum mak beri ganggan phone kat adik.
Kesian adik teman..demam,batuk dan selsema.
Manakah tidak.dari Raya Cina lalu,dia sibuk uruskan anak2.

Teman buka kata...okay dah?
Dia jawap insyaALLAH,harap macam tu le...
Semalam,Pak Ali datang,berbincang dengan wa,jin yang degil asyik nak berperang je tu.
Sebelum tu,wa kata dia nak bawa jin naga,tapi …

PEMILIK RESTORAN HARAMKAN PEKERJA BANK MAKAN KAT RESTORANNYA

Image
HANYA KERANA LOAN TAK LEPAS!


PARIS - PERANCIS. Seorang pemilik sebuah restoran di Paris mengharamkan pekerja bank memasuki restorannya kerana kecewa gagal mendapatkan pinjaman kewangan dari mana-mana bank.

Alexandre Callet, 30, berkata permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bagi membuka cawangan kedua restorannya ditolak oleh semua bank beberapa kali malah mendakwa dia dilayan seperti anjing.

Keengganan bank untuk memberi pinjaman menyebabkan ramai rakyat Perancis berpindah ke Londan, dakwa Alexandre lagi.

Lelaki itu bertindak meletakan papan tanda di luar restorannya Les Ecuries de Richlieu.

"Anjing dialu-alukan, pegawai bank diharamkan (kecuali anda membayar bayaran masuk €70,000 (RM325, 629)," tulisnya.

Alexandre berkata jika pegawai bank yang dikenalinya, dia tidak akan membenarkan pegawai bank masuk ke restoran

"Mereka telah melayan saya seperti anjing, jadi saya akan menafikan hak mereka"

Tujuh tahun lalu, permohonan pinjaman lelaki itu ditolak 20 kali seb…

JIN OH JIN 3

RUPANYA BELUM ADA JALAN PENYUDAH.

Awal pagi teman dah hantar pesanan ringkas kat adik..
Apa citer?
Tak berjawap...mungkin dia sibuk atau mata2 jin ada kat rumah.

Teman tunggu dengan sabar,teman tak mahu call sebab dia dah kata tak boleh cerita apa2 kat rumah,nanti jin2 tu marah.
Akhirnya lebihkurang pukul 11pagi,baru adik teman jawap..
Katanya....
Semalam,pukul 10malam,Jal datang...
Dia kata...daripada 300 ekoq jin yang nak berperang,hanya tinggal 170ekoq sahaja yang masih bersemangat kental.
Runding2 punya runding,mereka tetap nak berperang.
Gaya mana peperangan berlaku tak pula di gambarkan.
Akhirnya...Si Gadah dipanggil pulang untuk berunding dengan jin2 yang lain.
Selepas di pujuk rayu dek Gadah atau nama islamnya Siti Khadijah,hanya tinggal 100 ekoq sahaja yang masih nak meneruskan peperangan.
Lagi 70 dah dok tepi sebagai pemerhati.

Adik di wakili oleh jirannya yang pandai dalam bab ni,dia yang terjebak dalam pencarian benda yang di tanam di hadapan rumah adik teman.
(Cerita ni k…

JIN OH JIN...2

LOGIK ATAU SEKADAR REKAAN,HANYA ORANG YANG MELALUI SAHAJA TAHU
SIAPA ITU JIN.

Jin atau makhluk halus memang wujud,cuma kite tak boleh percaya sangat,jin juga makhluk ALLAH.
ALLAH jadikan jin dari api.
Jadi...Faham2 lah ya....
Jahatnya mengalahkan HANTU!

Anak sedara teman di ganggu lagi.Dari hari kejadian,dia hanya berehat sabtu dan ahad sahaja.
Ingatkan dah selesai,Adik teman muka dah merah!
Bila kite call,suara pun nampak bahagia.

Semalam,dia bagi WhatsApp kat group keluarga.Katanya...anak pengsan,cikgu hantar gi klinik.Mohon doakan kami sekeluarga.
Sedih kembali...
Tak terkata walau sebaris ayat.
kena lagi?
Semalam elok je berbual dengan teman..
Dia anak baik,lembut dan sempoiiii je..
Marahlah bagaimana sekalipun,dia tak ambik hati.

Teman ada seorang kawan,dia ada saka.
Dengan bangga dia kata dia ada saka 7 ekoq!
Semua datuk nenek dia...
Dek kepakarannya,teman ada cerita sedikit tentang anak sedara tu.
Dia kata...kalau sekali dah masuk,susah nak keluarkan kecuali jumpa ustaz yang se…

EDAH WANITA KEMATIAN SUAMI

4BULAN 10HARI SAHAJA.

Bila kite kematian suami,kite akan di panggil balu,bukan janda.
Bila kite kematian suami,kite mesti sedih tahaf tertinggi.
Bila kite kematian suami,maka bermulalah edah yang di maksudkan.
Iaitu :
Tak dibenarkan berbiasa (bersolek,berhias macam orang nak pergi kerjakahwin)
Tak boleh keluar rumah kecuali darurat.

Teman tahu tu semua...
Edah ni hukum dari ALLAH.
ALLAH tetapkan semua tu,ada dalam Al Qur an,surah Al Baqarah.
Ayat berapa tak pula teman  ingat tapi ada didalam nya.
Tercatat hukum hakam tentang edah kematian dan edah cerai hidup.

Tadi ustaz luangkan masa mengulas isu edah.
Cerai hidup...3 kali suci.
Kak Min tanya...kalau perempuan tu datang bulan tak menentu ustaz?
Ustaz jawap 3 kali suci. TITIK
Kak Min tanya lagi...kalau waktu cerai isteri tengah haid?
Ustaz jawap kalau begitu,edahnya kena anjak ke depan lagi.
Kak Min tanya lagi...kalau cerai mengandung ustaz?
Ustaz jawap....kalau mengandung,edah akan mula lepas bersalin.Jika hari ini bercerai esok bers…

TIADA MELAYU HILANG DI DUNIA

AKAN TETAP JADI SLOGAN KITE.

Dulu...
British angkut Cina untuk buat melombong,alasan!
Melayu tak mampu buat kerja2 tu.
British angkut India untuk buat estet,alasan!
Melayu tak akan mampu menoreh getah.
Melayu?
Di letakkan di persisiran pantai sebagai nelayan,di desa2 untuk bercucuk tanam.

Cina ditempatkan di pekan2,sambil melombong sambil berniaga.
India di estet2 dengan acara sendiri.
Melayu di kampung2 leka dengan adat istiadat melayu.

Maka bermulalah hidup kite..
Melayu Cina dan India dalam satu negara yang di beri nama Malaya dan kemudiannya di tukar kepada Malaysia.
Sifat melayu...
Mudah bertolak ansur,baik hati dan pemurah.
Kalau boleh semua benda di kongsi bersama tanpa sengketa.

Bertahun2 lamanya...
Kite hidup aman damai hinggalah di hujung kehidupan..
Timbul isu perkauman timbul isu2 agama
Pada teman....dari dulu,semua bangsa tahu Islam agama rasmi Malaysia.
Semua orang tak berani ungkit tak berani sebut atau tak berani perlekehkan agama islam.

Sejak dua menjak ni...
Ada yang…

CELOTEH ANAK2

KADANG2 SAKIT HATI JUGA DIBUATNYA.

Alif demam,sejak balik dari Johor Bahru.
Deman dia tak berkurang walaupun dah di pantau dek Doktor.
Risau juga...takut denggi atau virus Zika.
Apa2 pun harap anak teman cepat sembuh.

Doktor ada bagi MC sehari.Doktor kata kalau tak baik,elok le cuti.Dan cuti tu tertera 15hb Feb 2016.Teman kata kat suami,apasal doktor bagi MC awal sangat?Biasanya 3 hari tak baik,kena datang balik dan baru di beri MC.
Suami jawap entah,saya tak tahu,doktor bagi,saya ambik je..

Sejak tu...anak bujang teman mula menrenggek nak kan MC tu.Hari2 dia kata dia masih demam,dan rasa perlukan MC tu.
Teman kata...kite tak boleh lari dari masalah,kite tinggalkan masalah dia akan datang juga.Hari esok cuti,lusa tetap mengadap muka cikgu.Kerjarumah pun bertambah.
Dia diam je...

Teman fikir dia faham tapi malangnya...
Ibu!Alif rasa Alif perlukan MC tu.
Dalam hati...grrr...geram betul dengan budak ni.Tak tahu kenapa tak suka pergi sekolah.
Teman serkap jarang..ibu tahu kenapa beriya iy…

RINDU SEORANG ADIK TERHADAP SEORANG ABANG YANG TELAH PERGI...

Image
TAK TERBENDUNG  LAGI..

Dia hanya abang ipar teman..
Kakak teman mengahwininya 27thn yang lalu.
Tapi teman mengenali lebih beberapa tahun sebelum tu.
Masa berkawan beberapa kali dia dan kakak teman bergaduh dan tak bertegur sapa.
Teman tempat dia mencurah hati.
Dia selalu telefon teman untuk tanya perkembangan kakak.
Walaupun rahsia,hubungan kami diketahui oleh kakak.Bukan apa...teman tak mahu kakak kata teman tikam belakang pula.

Masa dia berkawan dengan kakak,dia punya satu matlamat.3thn perkenalan dia akan melamar kakak untuk jadi isteri.
Masalahnya!kakak teman ego.
Sekali kata tak sudi,akan di kotakan sampai bila2.

Sebelum sampai tarikh yang di hajati,dia ada jumpa teman...
Masa tu,teman ni masih muda,masih tak pandai keluar dengan sebarang lelaki.
Almaklum gadis sunti baru berusia 19thn.
Tak bebas macam anak2 sekarang.Sekali janji teman mungkir,teman malu..
Tapi kakak teman suruh juga pergi jumpa dia untuk tahu apa yang dia mahukan.

Teman pun jumpa dia dan kami borak2 kat Avonday …

KERAJAAN ANGKUT BANGLA 1.5JUTA HANYA KERANA BELIA TAK SUKA KERJA KASAR2

YA KE?

Cerita ni dah lama...
Dari tahun lepas,cerita ni dah timbul.
Di bantah bagaimana pun,kemasukkan tetap jadi.
Keputusan kerajaan tetap...MASUK.
Bantahlah macam mana sekali pun,jawapan...tetap MASUK.

Dalam minggu ni,timbul balik isu ni..
Kerajaan bawa masuk 1.5JUTA atas permintaan majikan.
sakit dada ni,bila fikirkan kerajaan kite sekarang.
Kerana nak kekalkan kuasa sanggup angkut warga asing atas alasan tuntutan industri.

Bila kecuh2...
Kerajaan slow sikit...
Diam sampai reda isu ini.
Tup2...Keluar balik.Kerajaan jadi masukkan warga asing untuk penuhi permintaan majikan.Walhal...ramai rakyat kena berhenti kerja.
Ramai rakyat tak ada kerja.
Dalam hidup kite,jika dah terdesak apa kerja pun kita akan sapu.Apa peluang pun kite akan sakau.
Tak ada sebab kerajaan nak angkut warga asing untuk penuhi permintaan majikan.
OMG!sakit,sakit...kerajaan kite semakin sakit.

Dari tahun lepas,teman ada terbaca...kemasukkan ini melibatkan adik TPM kite.
Urusan kemasukan ini di uruskan oleh syarikat…

KERJA KAHWIN DI BOTE KANAN

Image
BETUL2 ORI..

Teman dapat jemputan kahwin kat Bote ,Selama ni hanya sebut sahaja,tapi tak pernah lagi jejak kaki kat Bote.
Suami kata..kite kan dah pernah pergi,masa tinjau banjir tahun lepas.
Teman jawap betul...tapi tak pernah lagi jejak kaki kat Bote.

Sebaik dapat jemputan tu,seronok betul!
Tambah2 lagi...Norlie kata kiri kanan bendang semata!
Di mata dah tergambar pemandangan yang cantik,dengan bendang terbentang di ruang mata.

Janji pukul 11pagi.
Katanya takut jalan sesak.
Teman faham,bila kite ikut rombongan yang ramai,kite kena awal dari sepatutnya sebab ramai orang ramai ragamnya.
Teman pergi dengan suami sahaja,anak2 tinggal bersama si kakak dek demam melanda.
Sebelum pergi teman dah sediakan makanan dan telah memberi mereka ubat ubatan.

Pergilah kami dengan penuh semangat.
Sampai je...pengantin belum sampai,masih di Sri Iskandar mengambil baju.
Kata dengan suami,kalau kite lambat sikit pun okay,lambat ni!rungut teman.
Teman tak suka menunggu,kalau janji pukul 11,maka pukul 11…

GARA2 TAG NAMA ORANG LAIN KAT GAMBAR ANAK

Image
FACE BOOK LAGI!

Seorang wanita dipukul sampai bengkak mata,gara2 ada nama lelaki lain kat atas gambar yang ada dalam FB dia.Suami dia berang bila nama yang di tag atas gambar tu lelaki bernama Sh Dato Lee.
Pada teman..
Tak perlu le sampai pukul bantai.Tag je...belum tentu kekasih gelapnya.
Facebook ni luas,satu dunia orang mengunakannya.
Kalau kite buat lawak bodoh,satu dunia akan baca dan akan lihat kebodohan kite.

Teman baca teman perhatikan muka wanita itu...Terdetik di hati..apalah punya laki macam tu.Siasatlah dulu...
Tanya elok2..
Main bantai je pun tak membantu.
Silapharibulan boleh bercerao berai.

Wanita yang bernama Stella Ooi,rasa sangat kecewa dan tak lagi bersama tinggal bersama.Katanya...dia tak tahu apa2,lelaki tu pun dia tak kenal.
Sesiapa sahaja boleh tag gambar di Facebook katanya.
Saya dipukul hanya kerana hal ini katanya sedih.Suami menuduh dia ada hubungan dengan Sh Dato Lee.Walhal dia langsung tak mengenalinya.

Kesian?
Rasa2nya...tak kot?
Siapa suruh tag nama lela…

JIN OH JIN 1

CATATAN DARI HARI PERTAMA HINGGA AKHIR...

Biar teman tulis nama sipolan sebagai Ali sahaja.Baru berumo 15thn.Budak yang baik dan sempoiii..
Cerita benar yang berlaku di depan mata.Selama ini,teman hanya melihat melalui drama,youtube dan cerita dari orang lain.
Khamis lepas,Ali malas nak kesekolah,ayah Ali naik angin lalu memukulnya.
Akhirnya...Ali menapak juga menuju ke sekolah dengan hati kecewa.

Perjalanan hidup Ali seperti biasa.Esoknya,lepas solat jumaat bawah mata Ali kelihatan bengkak yang ketara.
Ibu!ali gaduh kat sekolah Kata si abang.
Ali tak mengaku,mana ada!katanya membalas tuduhan si abang.
Ibu menjeling sahaja,melihat gelagat anak bujang sedang meningkat usia.
Dalam gaduh dalam hati masih ada sayang.

Sabtu ke esokkan harinya,ibu,ayah,Ali dan adik2 meneruskan perjalanan balik kampung.Seperti yag di rancang tanpa ada rasa sangsi.
Kebetulan cuti umum,jalan raya penuh sesak.Perjalanan yang memakan masa hanya 4jam telah melarat menjadi hampir 9jam.
Biasalah...cuti kan?semua or…