Posts

Showing posts from November, 2015

KISAH MASYARAKAT YANG BIASA KITA DENGAR

Image
PIHAK MAJLIS MACAM RAJA!


Seorang lelaki tua pengsan dek penangan pihak berkuasa tempatan Bukit Mertajam.
Hanya kerana berniaga kecil kecilan di kaki lima,satu nyawa melayang.
Sahabat tanya tak kan lah pasal tu je?
Teman jawap..itu yang saya baca kat blog.
Sahabat tanya lagi...teruknya!
Teman angguk kepala,teman tak ada kat sana,jadi tak berani nak ulas panjang2.
Yang pasti!
Pak Cik tu pengsan mungkin bergelut dengan petugas2 tu kot?yalahkan...orang nak rampas barang kite,mestilah kite bertahan?

Dalam video tu,teman nampak orang ramai cuba membantu orang tua yang pengsan.Tetiba datang seorang lelaki mengamuk sakan!
KAMI NAK CARI MAKAN!ITU ORANG TUA AKU....
Sambil menjerit marahkan petugas2 yang ada.

Orang ramai turut mempertikaikan tindakkan pihak majlis yang kelihatan begitu kejam.
Pada mereka...bukan itu cara sepatutnya.
Petugas dan penjaja perlu berbincang.Jangan lah main rampas2!
Teman pun boleh naik hantu!
Biasa teman tengok para petugas majlis2 bandaran kasar dan menjijikkan.

Zam…

BEIJING SEMAKIN HAMPIR

INSYAALLAH...

Semuga di permudahkan olehnya.
Amiin...

Persiapan kami serba sederhana.
Sebenarnya....perasaan teruja buat kami lupa...
BEIJING MUSIM SEJUK BUKAN DUNIA KITA.
Kawan2 tanya...kenapa pergi bulan ni?sejuk tau!
Dalam hati,serta merta terbayang salji putih berguguran ke bumi.
Tak terfikir dapat melihatnya sendiri,tak terfikir tangan ini bakal mengenggamnya.
Sahabat kata...yalah tu!sejuk nak mampus tau!
Dalam hati,teman tak terfikir susah itu,yang teman fikir hanyalah nak genggam salji puas2.

Teman bukan degil,anda semua yang degil..
Teman dan rakan2 nak rasa sendiri pengalaman tu,kenapa susah sangat nak faham?teman tak mahu dengar pengalaman orang lain,teman nak rasai sendiri.
Pengalaman orang tak akan sama dengan pengalaman sendiri.
Anda akan dapat mendengar keikhlasan teman menulis di blog ni,pengalaman teman jujur...
Teman akan kongsi dengan perasaan sayang,jika tidak menarik,teman akan jujur mengenainya.

Sahabat tanya...kot bulu dah beli?
Teman jawap...belum.Baru nak cari …

MASALAH RAMBUT

Image
TEMAN SEDANG MENGHADAPINYA.

Puas buat rawatan rambut tapi hasilnya tetap sama.
Hanya satu cara yang belum di cuba...
YUN NAM!
Muahaha!
Mujur tak ada kat tempat teman,kalau ada...
HARUS!

Dalam mencari punca...
Teman jumpa artikel ini...
RAMBUT MENGAMBARKAN KESIHATAN DIRI.

Rambut rapuh.
Jika kita dapati rambut kita rapuh dan mudah bercabang.
Perkara pertama yang kita kena buat ialah...
Tukar gaya pemakanan (diet).Berhenti dari makan,makanan yang diproses.Rambut kite  sedang menderita sebab kurang nutrien.
Cara atasi...
Makan makanan yang kaya dengan bijirin penuh,Omega 3 asid lemak,buah buahan dan sayur sayuran berwarna warni.


Rambut beruban
Kebanyakkan kerana faktor keturunan.
Dan ada juga yang dikaitkan dengan tekanan.

Rambut kelemumur
Antara sebab kulit kepala kite terlalu kering.Dan ada juga di kaitkan dengan pergunaan terlalu banyak produk.Atasi dengan pengunaan syampoo yang sesuai.
Dan kepada yang memiliki kelemumur berkeping2,gunalah syampoo yang sesuai atau syampoo rambut yang d…

BUAT KAWAN2...

Image
SESUATU YANG MENARIK UNTUK KITA KENANG...


Betul!Betul!...
Ada seorang yang pasti buat kita geram dan benggang!

Teman tak pandai berkawan sangat.
Yang ada2 tu,yang terbaik buat teman.
Teman tak sabar...
Tak boleh layan kawan2 yang mengada2,yang poyo bagai.
Sepatah kata...badan teman cepat ringan.

Tapi..
Tu dulu.....
Masa teman muda remaja.
Tapi sejak2 dah senja...
Teman banyak layan kan sahaja.
Malas nak berbalah balah.
Yang rasa dia hebat,cantik bergaya...
Teman biarkan sahaja.
Yang rasa dia kaya raya!
Itu pun teman biarkan sahaja...
Suka hati hangpa lah!Teman tak boleh buat apa2.

Semalam...
Ada seorang kawan cuba buat kelakar.
Pada teman itu bukan kelakar tapi...perbuatan paling bodoh yang pernah dia lakukan.
Walaupun remeh temeh..
Tapi kita tak boleh biarkan sahaja.

Teman ada group sekolah.Dalam group tu adalah list kawan2 lama,bukan yang terbaik tapi sekadar kawan2 satu sekolah.
Group tu dah lama..
Teman pun tak le aktif sangat.Cuma sesekali menyampuk juga.

Kami ada seorang kawan l…

SOLAT HAJAT BAYAR HUTANG

Image
AMALKANLAH...SIAPA LAGI YANG BOLEH TOLONG KITE,MELAINKAN ALLAH.



Assalamualaikum,
Solat Hajat menyelesaikan hutang,tak kisah la hutang kereta,hutang rumah,hutang bank,hutang ptptn,dan seangkatan dengan namanya hutang.

Yang mana bangun tahajud tu boleh lah solat hajat sekali,yang mane ade masalah masih tak jumpa jalan keluar boleh amalkan solat hajat ni.
Nak minta tolong dengan siapa lagi klu bukan dengan Allah,Allah yang Maha Kuasa Maha Kaya.

Rakaat 1&2 bacaan yang sama.
Wirid 100kali selepas solat hajat.
Mohonlah pada Allah apa hajat kita,sebab Allah lebih suka kita minta denganNya daripada kita meminta kepada yang lain.

solat hajat lebih afdal dilakukan selepas bangun dari tidur di 1/3 akhir malam antara jam 3.00 pg hingga 5.00 pg.
Teman jumpa kat FB.. Terdetik nak simpan untuk anak2. Teman dah tua.... Entah esok entah lusa.... Teman mati,ilmu tak dapat di salurkan kat anak2. Melalui penulisan yang lemah,paling tidak anak2 akan terhibur dan akan ingat teman sampai bila2.
Kepada yang ada…

HOTEL TAK ADA SURAU?

PERCAYA ATAU TIDAK KENA PERCAYA JUGA!

Petang tadi,hantar anak2 gi kelas renang.
Memandangkan asar pukul 4.30 petang dan kelas mula pukul 5 petang,teman  angkut sekali telekung untuk solat kat surau hotel.
Lepas urus anak2...
Teman terus mencari arah surau yang seingat teman ada di tingkat 2.

Pertengahan tahun 2005 kalau tak silap,teman pernah menginap di hotel ni.
Teman pernah juga berbuka puasa kat sini,dan teman ingat ada surau untuk kita solat.
Teman tanya penyambut tetamu..
Ada surau dik?
Dia jawap ada,di atas.
Teman naik ke atas,pusing sana pusing sini...tak nampak papan tanda SURAU.
Teman turun lagi...
Teman tanya lagi...Surau kat mana dik?
Mereka sesama mereka mula terpinga pinga.
Seorang perempuan cina menjawap...tak ada.
Teman tanya balik...tak ada?surau tak ada?
Terasa pelik sangat,sebuah hotel besar,tak ada surau?pelik kan?
Pekerja melayu,pekerja cina atau pekerja india......semestinya faham.....surau itu perlu di sediakan untuk pengunjung islam.
Teman tanya lagi...
Surau t…

ANTHONY KEVIN MORAIS

MATI KENA SIMEN DALAM TONG DRUM.

Teman tak kenal dia..
Sejak berita laporkan dia hilang..
Hati teman dah terasa....pasti ada yang tak beres lagi.

Keluarga buat laporan,dia tak dapat di kesan.
Hati teman dah terasa...
Sah! ada yang tak kena.
Dia Timbalan Pendakwa Raya,dia di katakan ada kaitan dengan penyiasatan kes 1MDB.
Opps!!sahabat tak kasi teman tulis perkataan tu...
Teman jawap...tulis je pun!bukan saya boleh bongkar pun isu tu.

Lama kemudian,dia dijumpai dalam drum,di simen dan mati.
Dalam hati...sampai hatinya orang jahat tu,sanggup simen orang dalam tong drum.Apa punya busuk hati tu?
Teman lihat gambar kat surat khabar,dia dah keras kejung.
Dalam hati...sampainya hati.

Sebagai manusia,kita dapat rasa kekecewaan hati bila ahli keluarga kita di perlakukan sedemikian rupa.
Kita mesti jadi marah dan menjadi pendendam tegar.
Sebagai manusia....kita tak layak buat macam tu kat manusia lain.
Sahabat kata....duit punya pasal!

Lepas jumpa dia..
Keluarkan surat khabar...kematian dia ber…

MATI GANTUNG DIRI

GARA2 TAK BOLEH JAWAP SOALAN SPM

Sebagai ibubapa,kita suka jika anak lulus cemerlang.Hari2,teman akan leter2,sampai sakit anak tekak.
Anak2 teman dah lepas 3 dari seksa SPM.
2 perempuan 1 lelaki.
Perempuan mudah jaga,lelaki payah sekali.
Perempuan di marah sekali,tak buat lagi.Lelaki dimarah 1000 kali!tetap selamba gillla!

Anak2 teman tak genius,biasa2 je...
Golongan kena baca buku lebih sikit dari orang lain.
Anak sulong,anak nombor 2.....okaylah...
Anak lelaki teman?
Subhanallah!terasa perit sikit untuk dikata...
Tak minat langsung bab pelajaran.
Semua orang cadangkan teman hantar kearah kemahiran.
Teman akui....penat marah dia.Huhuhu

Sebagai ibubapa,kita taklah paksa sangat,cuma....kalau berjayakan boleh sambung belajar di pusat pengajian bermutu sikit,jika tak....kena masuk ke swasta yang membebankan.
kata sayang ibubapa?
Kalau sayang....mudahkan lah urusan ibubapa.Kalau setakat susahkan hati dengan kos yang tinggi!itu bukan sayang....tapi mengabdikan ibubapa.
Bila di leter,tak su…

WAYANG MINGGU INI.

Image
SPECTRE JAMES BOND 2015



Minggu lepas,teman luangkan masa menonton JAMES BOND 2015 bersama anak2 dan suami.
Teman tak berapa minat,tapi dek nak penuhi aktiviti hujung minggu,teman relakan diri masuk panggung.
Panggung sekarang bukan macam panggung zaman muda teman...
Panggung sekarang canggih2 belaka.
Berkarpet,kerusi empuk dan selesa.
Panggung dulu,busuk,hanyir,lantai simen dan gelap sepekatnya.

Sebut je cerita James Bond,kita akan terus teringat....
Hero hensem,kaca lagi bergaya.Kuat dan gagah perkasa,kena tembak tak pernah kena,kalau di bom pun rambut tak mengerbang,malahan lebih cantik terbentuk di kepala.
Perempuan...seksi gillla!setakat alur buah dada,alur punggung semua ada.kalau tak ada adegan romen2,bukan filem James Bond.
Setakat cium mulut tu biasa,ada yang lebih ghairah dan seksi.

Opps!tutup mata tutup mata....
Dua2 anak tutup mata,teman tak pasti rapat atau tidak,yang pasti...tutup mata!
Teman cuma kata...kalau tengok nanti masuk neraka.
Tang ni yang kita tak suka,susah na…

ISU EDRA: UNTUK KITA RENUNGKAN BERSAMA

Image
SUKA TAK SUKA....
LEBIH BAIK KITA DENGAR PENJELASAN PEMBANGKANG DARIPADA PIHAK KERAJAAN.




Terkejut juga...
Tapi apakan daya...
NASI DAH JADI BUBUR...
Berdoalah banyak2 agar anak cucu cicit kita tak merempat di bumi sendiri.

Komen teman tak kemana...
Sekadar dipinggiran sahaja.
Kita tunggu je ya apa akan jadi di hari muka.

DATANG BULAN

NORMAL BAGI WANITA.

Dulu...
Masa mula2 didatangi haid,usia baru 12thn,teman bak buruk belicap,kesana kemari tak keruan.
Badan sejuk,malu takut semua ada.
Baiknya....ada asas2 agama.Budak perempuan baligh,keluar darah dari kemaluan.Seawal 9thn dan seterusnya.
Masa tu..teman masih ingat,panik betul!Tak tahu nak kongsi dengan siapa.
Bila bagitahu atok,pasti atok akan kata...ah!dah besar dah tu!jangan nak terkinja2!
Bila bagitahu kakak....pasti akan diejek...ayooo...ko dah besar,dah boleh kahwin.
Akhirnya....
Atasi sendiri...

Nak pergi kedai beli pad pun malu,takut orang kata teman dah besar.
Guna lipatan kain,sampai melecet kelengkang.
Bila datang bulan,itulah yang teman lakukan.Tanpa orang sedari.

Itu dulu...
Teman atasi masalah sendiri,budak sekarang lebih terbuka,ibubapa sentiasa peka.Duit pun ada...
Setakat pad,sepuluh kotak pun mampu dibeli.
Orang dulu....terlalu malu,nak beli pad pun berbungkus dengan surat khabar.Jika tak di bungkus...haramlah nak diangkut balik.Malu!
Teman dulu..…

PASTA OH PASTA

Image
LAGI SEDAP MEE MAMAK KOT?


Ringkasan cerita..
Semalam.masak spaghetti. Bila dah masak,anak2 makan... Kamal  anaknya bertanya... Umi.daging kecil yang masin ni daging apa? Rasanya seperti keju balls,Dikunyah rasa masin2 kata si abang pula. Kamal makan 2 pinggan,sedap sangat katanya.
Dalam tak diam,wanita ini terfikir akan sesuatu,biasanya suace spaghetti hanya ada tomato dan kadang2 cendawan.Tetapi yang ini pelik sikit.Wanita yang di panggil umi,bergegas ke dapur mencari botol sauce jenama terkenal. Prego made in USA.
Umi belek botol,umi rasa tak selesa,hati umi berdebar debar... TOMATO dan lain lain dan..... PORK MINCED MEAT! OMTUHAN! Tekak umi terasa mual.Umi istifar panjang...Umi tak sengaja,umi tak perasan sauce spaghetty ada babi. Akhirnya....merasalah mereka sekeluarga daging yang dari dulu mereka geruni.Mungkin kita pun sama... makan kat kedai,makan kat cafe... Mohon ALLAH ampuni kita semua atas perkara yang kita tak sedari.
Teman tak salahkan umi,teman pun kadang2 beli barang ma…

BILA ISTERI UGUT BUNUH DIRI

DI CHINA LAGI!

CHINA-seorang wanita tua,(warga emas) memanjat tingkat rumah dan mengugut nak terjun ke bumi.
Hanya kerana berselisih faham dengan suami.
Gilanya manusia zaman sekarang.Gaduh sikit nak terjun tingkap.

Menurut jiran atau saksi kejadian..
Si isteri memberi pilihan kepada suami samada nak mee atau nasi sebagai menu tengahari mereka.Apa yang berlaku...
Si suami telah memilih nasi dan tidak memilih mee sebagai menu pilhan.
Gilanya manusia...
Hanya kerana menu tengahari sanggup terjun tingkap?

Keadaan bertambah tegang dan mereka mula bertengkar sebelum si isteri panjat tingkap dapur dan mengugut untuk terjun.
Polis terpaksa memujuk isteri tu selama hampir 1jam hanya untuk menghalang dia terjun bunuh diri.

Kalau teman lah kan..
Masak je le...tadikan di tanya...Nak makan apa?
Mee ke nasi?
Bila suami pilih nasi!
Kenapa mesti marah?
Gilanya manusia laaaa ni....
Jiwa semakin kacau dan kusut masai.

Kepada suami di luar sana...
Jika isteri tanya nak makan apa...
Jawap je..
Ikut u la…

GANGGUAN SYAITAN DALAM IBADAT

Image
KONGSI UNTUK ANAK2.



Terjumpa ceramah mudah,ringkas dan tepat untuk anak2 semua.
Hayati...
Pekse diri....
ADAKAH ITU KITA?

BUNUH DIRI GARA2 HANTARAN TERLALU TINGGI

TAPI BUKAN DI MALAYSIA!DI CHINA.

Seorang lelaki membunuh diri 2 minggu sebelum hari perkahwinan,gara2 tertekan untuk menyediakan wang hantaran kepada bakal isterinya.Kesian...lagi 2 minggu je tu!
kenapa le tak sabar nak mati?
Tak berbaloi hidup tu...

Xiaoler sudah bertunang dengan pasangan pada Disember tahun lalu.Dia di minta untuk menyediakan 10,000 Yuan (RM6,714) kepada keluarga perempuan serta beberapa barangan lain bernilai lebih 30 Yuan (RM20,144)
Banyak juga tu...
Jumlah keselurunhan RM26,858 sahaja.
Kesian generasi laa ni....nak kahwin puluh2 ribu,kitaorang kahwin hantaran RM3500 je...
Gedebak gedebuk....tak habis pun RM15,000.
Tak cukup dengan jumlah kat atas,pihak perempuan minta tambah lagi...
Hadiah rokok dan arak lebih kurang 20 Yuan (Rm13,429)
Adat apa lah kan?
Mahal nak mampus!
Wajar lah Xiaoler bunuh diri.Mungkin bukan dia je yang akan bunuh diri,Xinlin,Kongling,Mintin....bakal bunuh diri juga.

Gara2 tertekan untuk memenuhi permintaan tu,Xiaolei dikatakan terjun dari b…

LELAKI MINTA NASIHAT POLIS UNTUK CURI PERHIASAN MAYAT DALAM KUBUR

Image
DENGAR APA KATA POLIS ITU.



KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak meminta nasihat dari polis untuk mengetahui akibat dari mencuri perhiasan di tanah perkubur cina.

Rakaman audio yang berdurasi 1 minit 17 saat itu memaparkan perbualan antara lelaki terbabit dengan seorang pegawai polis di Petaling Jaya.


“Kalau saya pergi itu cina punya kubur, saya kasi angkat korek itu mayat keluar, mahu angkat itu emas itu semua, mau ambil itu barang, boleh ka?,”kata lelaki terbabit.

Namun pegawai polis berkenaan bertegas tindakan itu sama sahaja seperti mencuri dan salah dari segi undang-undang.

“Apa hukuman? Ada denda ka? Penjara ka?,” tanya lelaki berkenaan lagi.

Pegawai polis itu kemudian menjelaskan reman selama 14 hari akan dikenakan dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mencuri. 

Pada teman lah kan...
Panggilan ini macam main2 je..
Budak darjah satu pun tau,tak boleh korek kubur orang,lepas tu curi barang2 kat dalam tu.
Teman dengar,mulut teman spontan je kata...
Macam orang bodoh je!
Teru…

ALASAN YaPEIM UNTUK SELESAIKAN MASALAH.

KURSUS DI OVERSEA JIMAT BELANJA.

Masalah jika itu alasannya.
Guna duit anak yatim untuk biayai kursus orang lain.
Cakap kasarnya...peduli apa dengan mereka yang nak kahwin tu!
Mereka nak kahwin mereka nak apa pun!
Apa kene mengena dengan  duit anak yatim ?

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mempertahankan Tindakan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menganjurkan pra-perkahwinan di luar negara keraha lebih menjimatkan kos.

Pengarahnya berkata,sebagai badan yang bertanggungjawap dalam urusan perkahwinan,usaha YaPEIM itu dapat membantu pelajar daripada membuat perbelanjaan besar untuk pulang ke Malaysia bagi mengikuti kursus kahwin.
"jadi dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus kahwin.Itulah keuntungan yang akan di perolehi pelajar,Bila balik ke negara kita,mereka tak perlu lagi menghadiri kursus.
Pasangan yang bakal berkahwin mereka wajib menghadiri pra perkahwinan,apabila di buat di luar negara,kita kumpulkan 150 pela…

BILA ALLAH TAK DI TAKUTI LAGI

Image
SEMUA YANG DI TEGAH TAK RASA BERDOSA


Teman tak nak komen lebih2..
Maaf ya Pak JAMIL....

1)Teman tak pasti betul ke tak betul cerita ni.Tapi dalam hati teman tetap kata....TERUKNYA JAMIL KHIR!Buruk perangai!

2)Teman juga tak pasti....samada pengadu tu benar atau salah!Tapi...kalau salah,tak kan le dia berani tampil buat dakwaan?Siap bukti bertulis.Kalau benar,mungkin inilah penutup nasib seseorang.Dalam hati teman tetap kata...Apa nak jadilah Si JAMIL KHIR.

3)Teman tak cemburu,JAMIL KHIR pergi ke luarnegara untuk menutup atau membuka majlis yang di beri nama Kursus perkhawinan.Dalam hati..jauh gila!kursus kahwin!teman kursus kahwin kat Jabatan Agama Islam Johor je...
JAMI KHIR jawap...untuk elak kahwin sesama jenis atau hubungan terlarang.
Kahwin sonsang ni,kat Malaysia pun ada Pak Jamil!tak payah le sibuk2 sangat nak didik manusia kat luar tu.

4)Teman baca berita tu...JAMIl KHIR dan ISTERI membeli belah!Subhanallah!suami isteri sama naik!
Teman juga tak kisah jika JAMIL KHIR membeli b…

BEIJING MUSIM SEJUK

DENGAR2 PALING MENCABAR

Sebelum kita gi cuti,kite kena mentelaah dan mencari bahan berguna untuk rujukan.
Teman bagitahu sahabat,saya nak ke Beijing!
Dia jawap...Good but very cool!sambil menunjuk gaya kesejukan melampau!
Dalam hati...ya ke sejuk melampau!macam mana teman nak mengembara,jika cuaca sangat teruk!

Travel agen kata...okay lagi Puan!kata nak pengalaman.Biasa selesa,kali ini kite cuba kesejukan pula.
Dalam hati...senang le ko kata!kang kami yang jatuh sakit.
Dalam hati memang nak tengok sendiri salji yang gugur ke bumi.Rasa teruja sangat2.
Suami kata...salji turun macam hujan,bukan hari2 bukan setiap saat dia turun,salji akan turun ikut angin.
Suami kata lagi...masa kamu pergi suhu tahaf beku tu.Sejuk!
Kalau boleh pakai pakaian yang sesuai.Biar baju banyak jangan baju sikit..
Lagi satu,elakkan mandi,lap je.Waktu cuaca macam tu mandi tak di galakkan selalu.
Losyen lip gloss kena selalu pakai,nanti kulit kering dan gatal.Kalau boleh jangan garu.Takut luka.

Dalam hati....parah…

BEIJING!MU TUNGGU KU DATANG

YEAH!

Apa?
Pergi BEIJING?
wah!seronoknya.

Cadangnya....
Teman akan berlepas bersama adik kakak  dan kawan2.
Kali ini teman akan pergi sendiri.Senang kata...perjalanan solo.

Perasaan?
Mestilah suka,tapi...sedih juga nak tinggalkan anak2 dan suami.Kalau boleh nak angkut semua.Nak suka sama2,nak duka pun sama2.
Tak pernah keluar sendiri,kecuali gi beranak kat hospital je.
Sakit pening....biasanya mereka ada di sisi.
Apa2 pun....tak cuba tak tahu.

Untuk pertama kalinya,keluar musim sejuk.Agen Perlancongan kata...inilah negara sejuk yang paling murah untuk kita pergi.
Tempat lain MAHAL2!
Perancangan tak lama....baru2 ni je..
Biasanya kalau rancang terlalu teliti,semuanya tinggal anggan je.
Yang pasti harap ALLAH limpah rahmat perjalanan kami ini.

Persedian?
Biasa2 je...
Teman ni orang biasa2 aje,tak banyak duit nak beli kot mahal.Cukup untuk tahan sejuk dah memadai.
Suami teman seorang pelayar,banyak negara dia dah lawati,4 musim dia dah jumpa.
Banyak pengalaman dia kongsi sama.
Katanya...

HARI ANUGERAH PELAJAR

Image
HARI ANUGERAH UNTUK SEMUA...


Hari ini teman seharian di sini.
Melihat kecermerlangan anak2.
Majlis bermula pukul 8 pagi,tapi macam biasa.....
Terlewat hingga 9 pagi.
Kelihatan ibubapa beransur memenuhi dewan.Satu satu mengambil tempat masing.
Teman ni jarang ada dalam majlis begini.Bukan tak minat tapi....masih banyak kerja di luar sana.

Semalam,bila anak2 tunjuk surat undangan,teman terus call suami..
Esok,saya tak masak,saya nak pergi tengok budak2 ni dapat anugerah.
Macam biasa...
Suami jawap...OKAY!

Seperti yang di janjikan...
Teman bangun macam biasa,sediakan sarapan,siapkan mereka...
Dan bertolak ke sekolah.
Teman sampai awal,tapi ada ibubapa lebih awal sampai dari teman.
Wah!begitu terujanya mereka.

Dalam dewan,teman hanya memerhatikan mereka.Paling ketara gelagat ibubapa kepada anak2 darjah satu,dua dan tiga...
Masing2 sibuk melayan kerenah anak2 yang makin demand tu..
Mentang2 cemerlang,kasut pun tak boleh pakai sendiri.
Apa2 pun tahniah ibubapa sekelian....
Sepatah kata guru…

ROGOL DAN BUNUH

Image
JENAYAH PALING KEJAM


Terkejut beruk baca kisah dia...
Di rompak,dirogol dan di bunuh dengan kejam
Bukan kes pertama,bukan kes kedua,ketiga,tapi dah beribu2 kes lainnya.
Kadang2 teertanya juga...
Tak ada cara kah?
PDRM mati akal kah?
Atau terlalu sibuk dengan jenayah politik yang tak ada kesudahan.

Kuala Lumpur,seorang kerani wanita di jerut,di rogol di rumahnya.
Semua orang marah!semua orang tak suka.Teman pun turut serta,terkejut dan jadi takut bila balik rumah seorang.

Kita dah tak selamat walaupun di rumah sendiri.
Apa yang kita mampu buat,bila tetiba ada orang lain dalam rumah.Sebab tu teman selalu ingatkan anak2,kunci pintu,jalan lupa...
Kalau anjing masuk kita boleh halau keluar!kalau orang?
matilah kita....

Bila balik dari hantar anak2,perkara pertama yang teman akan pandang ialah pintu.Kemudian akan perhatikan keliling.Jika rasa meragukan,teman akan jenggah dulu...
Manalah tau ada hantu kepala hitam.
Bila sampai rumah,sebelum matikan engine kereta,teman akan curi pandang kat l…

BUNUH DIRI

CITRA KATA...
KAK JIRAN SAYA BUNUH DIRI.

Eeeee takutnya!bunuh diri satu pekerjaan sia2.
Islam larang bunuh diri,jika kita lakukan juga...insyaALLAH masuk neraka jika tak sempat bertaubat.
Sahabat kata...sah sah lah tak sempat taubat!
Teman hanya mampu senggeh je...
Mungkin kot?bab2 dosa pahala hanya ALLAH yang bagi markah.
Sebagai manusia...kita jangan buat apa yang di tegah dan buat apa yang di suruh.
TITIK.

Citra kata...kak semalam jiran saya bunuh diri.Cara dia berkata...dia tak setuju dengan bunuh diri.
Walhal...ramai bangsa India bunuh diri.
Teman tanya..ya ke?kenapa?
Dia jawap...suami tu kecewa,isteri ada lelaki lain.
Teman angguk je,sebenarnya teman tak pelik pun,dah biasa dengar.Lelaki kecewa bila isteri ada lelaki lain,atau dah berhabis duit,perempuan tu tinggalkan dia.Sebab hutang Along,atau kalah judi atau apa2 sahaja yang membuntukan kepala otak lelaki malang tu.
Teman tanya...ada anak2?
Citra jawap..ada kak!4 orang,dia ada 2 isteri kak,satu isteri sudah lari,tinggal satu …

JIRAN SAYA SANGAT BISING!

SUKA GADUH HARI2!

Subuh hari ini,semalam,kelmarin dan dulu2 lagi.
Mereka selalu bergaduh.
Memekak terutama subuh2 sapie.

Apa yang digaduhkan?
Entah!teman pun tak tahu....mereka cakap Cina,tak faham...

Sahabat kata...tulah pasal!kenapa duduk tempat mereka.
Biasanya teman gelak je...
Dalam suka tak suka...
Ada baiknya....
Mereka tak pernah kacau teman.Mereka tak halang teman beribadat,mereka tak pernah umpat teman dan keluarga.Mereka baik2 sahaja.
kenapa kita mesti terlalu rasis?

Masa teman beli rumah,teman tak terfikir buruk mereka.Pada teman ini MALAYSIA!Ini negara teman!Atok nenek dulu berjuang untuk kita!kenapa kita mesti takut di bumi sendiri?
Masa teman beli rumah.....Betul!teman seorang sahaja yang buat perjanjian jual beli tu.Tapi...teman tak terfikir langsung!ada sesuatu yang buruk.Nak beribadat teman pergilah masjid.Azan pun boleh dengar sampai rumah teman.Jadi apa masalahnya?
Sistem jalanraya pun elok,tiada masalah jika kita nak ke masjid siang dan malam.
Yang penting...
Ruma…

SAYUR MASIN

Image
MUJUR TAK SUKA...


Macam gini rupanya...buat sayur masin.
Orang kata...sayur masin sedap masuk dalam masakan berkuah.
Tapi ..
Teman tak pernah lagi ikut.Kalau setakat asam pedas teman guna lemon atau limau sambal.Teman dah lama tak guna asam jawa kecuali asam keping.
Teman berhenti guna asam jawa,lepas keluar cerita jumpa kepala biawak.Sejak tu...
Tobat lahom!teman tak akan guna lagi.

Sayur masin pun teman tak pernah guna,ada juga sekali sekala nak cuba tapi...
Hati tak gembira.Selalu teman pegang dan letak semula.
Tekak tak boleh terima.

Sahabat kata...Peniaga suka lah letak sayur masin!dalam asam pedas.
Teman jawap..saya tak nampak,kira halallah!

Kadang2 terfikir...
Para peniaga,tak boleh ke jaga sikit kebersihan?jangan le kira untung je,amanah le sikit...
Sahabat kata...banyak lah u!diaorang tak akan fikir tentang u lah!
Kadang2...tak tahu nak makan apa?semua benda dah di ragui.
Sayur masin,ikan masin,kopok masin...
Semua dah tak sanggup masuk ke tekak.
Yang ada sekarang....hanya ik…

SIAPAKAH YANG MINUM ARAK KAT ARAB?

Image
ADA KE?


Pasti manusia berjubah,berserban.Cuma kita tak tahu siapa sahaja.
Pasti manusia yang bercakap arab,prong prang prong,prang.
Pasti manusia yang pura2 islam,tapi perangai macam syaitan.

Dari zaman kecik2,sampai tua bangka!
Teman tak terfikir orang2 kat Arab sama jahat dengan mereka yang di luar sana.
Pada teman...
Mereka mesti baik2 belaka..
Mereka faham,isi kandungan Al Qur an,mereka boleh hayati dengan baik setiap ayatnya.

Islam melarang kita mendekati arak.
Islam melarang kita mendekati perkara yang lagha.
Tapi....
Kenapa pada 12 Nov 2015,Badan Cukai Arab Saudi berjaya menyita 48ribu tin arak yang di lebel semula dengan jenama coca~cola.
Sedihkan....
Kita dari jauh,kalau boleh nak dok diam2 je kat sana..
Nak solat banyak2,nak ngaji lama2..
Pendek kata...
Nak dok lama2 dalam masjid.

Sayangnya mereka....
Tetap suka nak tiru gaya orang lain.
Tetap ikut hati...
Tetap ikut perasaan.
Sanggup seludup arak untuk kepuasan diri.

Sahabat kata...
Orang arab lagi jahat lah!sebab tu ALLAH …

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

MACAM2 ADA!

Sana sini ada sahaja program untuk anak2.
Teman minat tapi anak2 tak minat..
Sahabat kata...kalau tanya mereka,mesti tak minat!

Teman pernah hantar anak2 ke kem2 cuti sekolah,Terbaik kem kat Sek Ustaz qazim.Anak2 tak merungut dan selalu kata kem tu bagus dan mereka gembira.
Ustaz Qazim baik,lembut dengan kanak2,tempat dia pun bersih dan makanan berkhasiat.
Kem Mapetra,kem sesuai untuk kanak2 bermasalah,setakat anak2 kita yang malas atau suka tengok TV,usahlah hantar...Aniaya kat anak2 je.Kem mereka zalim dan pukul bantai.
Teman benar2 tertipu dan menyesal tak sudah.
2 minggu di Kem Ustaz Qazim,anak2 terbela.
2 minggu di Mapetra...nak neraka.
Penuh kepura puraan dan tak bertimbang rasa.

Sahabat tanya...tak hantar si kecil 2 orang tu?
Teman jawap nak ikut kan hati,nak hantar.Tapi...tak tahu nak hantar yang mana satu.Banyak sangat!
Sahabat kata...hantarlah kat Ustaz Qazim.
Teman hanya diam...tak tahu nak kata apa..
Hanya mereka je yang ada kat rumah,jika mereka tak ada...past…

MALANG TAK BERBAU

Image
BACALAH QURSI SETIAP KALI KELUAR RUMAH
INSYAALLAH.....KITA AKAN DI PELIHARA OLEH NYA.

Sedih...
Teringat anak2...
Mereka juga di luar sana,menuntut ilmu agar penuh di dada.
Teman belikan seorang satu kereta untuk mudahkan pergerakkan...
Setiap kami mereka balik,teman dah pesan...
Kalau tak ada apa2 yang penting.Jangan call teman,hati teman cepat berderau!

Sedih....
Bila lihat gambar anak muda berusia 19thn,Arfan Syazani nama di beri,bekerja sambilan di hotel tu.Dengar2 Hotel Equatorial,hotel yang selalu teman sewa bila datang ke Melaka.Teman suka hotel ni sebab betul2 kat tengah2 bandar.
Arwah baru sampai untuk mulakan tugas...
Tup2...ada benda berat jatuh atas bumbung kereta.
Semuanya PUNAH! termasuklah dirinya.
Bayangkan?
Seorang manusia jatuh dari tingkat 4,jatuh betul2 atas bumbung kereta tempat dia berada.Dia cedera parah dan mati di tempat kejadian.
lelaki yang kecewa juga mati semasa dalam rawatan.

Sedih.....
Anak muda jadi mangsa atas kekecewaan orang lain.
Lelaki malang mendaf…

SERANGAN DI PARIS

Image
TAK TAHU MUSLIHAT TERSEMBUNYI.

Tetiba2 je kita ada IS.
Apa tu ISIS?
Teman jujur tak faham...mula2 dulu,teman ingat benar2 pelindung buat kita.Bila fikir2 balik....
Entah2 apa2 lah!
Apa yang dia buat tak sama seperti yang kita faham.
Islam tak ajar kita buat tu semua.Islam tak mahu kita bunuh orang suka2.

APA ITU ISIS?
Mula2 dulu,teman ingat benar2 pasukan Imam Mahadi.
Iman Mahadi akan turun dengan ahli pasukan yang tak ramai.Jumlah mereka bawah 350 orang sahaja.
Mula2 kita umat islam tak akan percaya,tapi setelah mereka berjaya mengalahkan setiap peperangan,barulah ramai pengikutnya.
Bila teman terbaca banyak kisah2 pembohongan ISIS,teman buka mata...
Teman tak pernah percaya,teman anggap mereka hanya mainan kuasa besar untuk burukkan kita sahaja.
Semuga ALLAH akan bantu kita dan selamatkan kita semua.
Amiin..

Makanya..
APA ITU ISIS?
Salinan dari Sinar Harian.

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) adalah kumpulan militan radikal  menggunakan nama Islam untuk berjihad, dan kini telah mengu…