Posts

Showing posts from June, 2015

KUIH RAYA

SEMAKIN MAHAL DAN SEMAKIN KECIL SIZENYA.

Semalam teman gi KLCC.Macam biasa cari kuih kat tempat biasa di ruang legar  aras bawah sekali.
Teman belek punya belek...
Mak aiii!makin MAHAL!
Ya Puan...boleh saya bantu?tegur seorang perempuan merangkap tokey kot?
Saya nak cari kuih yang paling sedap!kataku...
Itulah aku,kalau cari apa2 pun,tak perlu nak belek lama2,terus tanya mana satu yang terbaik!
Dia pun tunjuk itu dan itu dan itu....
Ok!aku pun bayar....
Satu botol kecil acar ikan masin,kuih 4 jenis,rendang tok 2..
TOTAL:RM290.00 sahaja.

Terkejut beruk juga,kuih tu bukanlah 100 biji macam dulu,rendang tu pun setakat seorang makan pun dah habis licin,acar ikan masin tu je boleh tahan lama.Selebihnya....
Raya baru boleh buka.

Kakak kata...mahal betul kuih sekarang!kuih tart botol kecil dah RM40.00.Sedap atau tak kita tak tahu lagi!
Teman pun ceritalah kisah teman...
Kakak kata...memang cekik darah diaorang ni.MELAMPAU!

Semalam,kawan teman bagi testing cake buah,cake marble...
Sedap meman…

IBU MAKAN KULIT KEPALA ANAK

Image
KETIKA MABUK!



Macam2!
Antara sebab ALLAH larang kita minum ARAK.
Bila mabuk,kepala anak pun rasa keropok.

Teman tak tahu nak kata apa lagi...
Yang pasti....
Pemabuk memang pelik!

DERA

Image
MANGSA TERBARU ADALAH KANAK2 5THN.

Teman terkedu masa baca kisahnya.
Di dera hingga cacat!
Dalam hati...
HARAM JADAH punya manusia!

Budak kecik je kot?


Tengok lah!
Sampai macam gini sekali?
Sampai jadi bongkok hamba ALLAH ni..
ish,ish,ish...
Apa sebenarnya yang berlaku,kita tak tahu..
Yang pasti!
Apa pun masalah anda,anak2 terkecuali.Mereka tak tahu apa2.Jika anda rasa tak mampu nak jaga...Hantarlah kat JKM,atau beri kat orang2 yang tak ada anak.Mereka akan jaga anak2 anda lebih baik dari anda.

Ibubapanya dah berpisah.
Hak penjagaan jatuh pada si bapa.
Dalam hati...kenapa ibu dia tak dapat hak tu?selalunya hak akan lebih berpihak pada ibu,tapi...kali ini nampak pelik sikit.
Tak mengapa....itu urusan mereka.
Yang pasti....
Kes dera ni antara paling zalim dalam  Malaysia.

Lepas ayah berkahwin lagi...
Anak tu di jaga oleh ibu kiri yang tak berkerja.Maka dia di jaga sepenuhnya oleh si ibu tiri.
Penderaan di kesan berlaku 6bulan sebelum di ketahui umun.Ada tanda2 lebam,putung rokok di kema…

CELOTEH ANAK

PUASA

Anak teman baru berusia 8thn.Setakat ni belum buang lagi puasanya.
Teman tak paksa,dan dia sendiri tak pernah kata tak mahu puasa!
Jadi..
Teman ikut sahaja.

Masalahnya....
Tiap2 hari bila balik,dia pasti mengadu...
Ibu!ada budak tak puasa minum air depan saya.
Teman kata...bagitahulah cikgu.
Dia jawap...cikgu dah pesan,jangan minum tapi mereka tak faham
Dalam hati...apa nak teman buat nak oiiii....Tak kan le ibu nak gi sekolah sekel kepala budak2 tu!

Hari2 itulah aduan yang dia buat.
Teman kata...apa yang buat adik tak tahan?
Dia jawap...air dia kaler merah!
Rasa nak tergelak ada,rasa nak termarah pun ada...
Teman balas...biarlah diaorang makan,orang yang makan depan orang berpuasa itu tandanya dia tak hormat dan dia kurang ilmu.Biarlah diaorang makan,adik sabar je...ALLAH sayang adik sebab adik boleh terus puasa sampai balik.
Dia kata...yalah!tapi...saya terseksa!
Dalam hati...TERSEKSA?hahaha...pada kita kecil,tapi bagi dia sangat BESAR!

Teman tak dok diam,teman msg cikgu kelas…

AZWAN LAGI!

Image
ENTAH BILA LE NAK BERUBAH!

Azwan Ali nama yang tak asing buat hal lagi.
Kali ini....
Serang padunya kepada seorang peminatnya.

Di sini mulanya...


Dah baca?
hahaha...
payah kalau kita berurusan dengan orang sombong bodoh.
Dahlah kurang pengetahuan am berlagak lak tu!
ish,ish,ish..
Apa nak jadilah di Azwan ni.Teman tak berani nak kawan dengan dia.
Dia sangat menakutkan!

Sahabat kata...u jangan komen lebih2,nanti dia serang u pulak!
Teman jawap..tak mustahil tu.Kalau dah dasar kaki gaduh.Kemana pun akan bergaduh juga.

Lepas tu...
Ada maklum balas dari Tokey ..
Dia pelawan mangsa datang berbuka di kedai steak mahal tu.
Wah!untung besar peminat tu,walaupun kena maki,dia tetap di hargai kerana menjadi mangsa keadaan.


Lepas tu...
Azwan Ali tak senang duduk....
Sakit hatinya terserlah jua...
Dia balas lagi....dengan membabitkan restoran hebat tu.Dan memaki hamun tuan punya kedai dengan penghinaan paling dahsyat!


Kadang2 terfikir di hati...
Apa sebenarnya sakit Azwan agaknya?
Hati dah mati ata…

TADARUS AL QUR AN

SEPANJANG BULAN PUASA SAHAJA.

Masa sibuk keje,masa anak2 kecil2 lagi...
Langsung tak pernah pergi pun...
Pada teman...
Tak sesuai...

Sejak dua tiga tahun ni,baru ada peluang bersama mereka mencari pahala di bulan puasa.
Mula2..
Malu2 kucing,almaklum....baca merangkak dek jarang mengaji pun..
Al Quran jika kita jarang baca,akan buat bacaan kita terhegeh hegeh.
Untuk sambung dari satu ayat ke ayat yang lain.cukup susah.

Teman akui....
Kalau teman tipu,ALLAH akan tahu...
Teman sibuk sangat!kalau baca pun...surah2 biasa je.

Masa mula2 bersama mereka,teman datang sekali je..
Lepas tu,teman tak datang lagi.
Bukan apa.....
Malu...
Baca terhegeh hegeh macam budak baru belajar.
Masuk tahun ke 2,mula berkeyakinan....tetap datang setengah bulan je...
Lepas tu dah sibuk dengan urusan dunia,dan hanya menkhatamkan diri sendiri di rumah.
Masuk tahun ke 3....
Hahahaha!teman ni hangat2 tahi ayam je...
Sehari dan esok dan tak datang lagi.
Bukan teman malu,sebab teman dah kenal mereka.Cuma teman tak sel…

MEE MAMAK ALA ALA TEMAN

SENANG DAN MUDAH DI SEDIAKAN

Sahabat tanya...macam mana?
Senang je...

Dulu...
Kalau buat mee goreng..
Teman letak macam2 ramuan.Ada bawang mereh,bawang putih,cili dan udang kering.Kisar semua dan goreng hingga garing.
Lepas tu masukkan udang atau daging atau ayam atau apa2 pun.
Tambah sos cili atau tomato dan kicap lemak manis.
Pecahkan telur (pastikan pecah di tepi2 kuali,biar kering sikit dan kacau rata.
Lepas tu masukkan mee,taugeh sawi dan kacau rata dan angkat.
Jadilah MEE MAMAK!

Satu hari...
Teman gi makan kat sebuah kedai.Teman order MEE MAMAK RENDEK!
Kebetulan tukang masak tu dah kamceng dengan teman,Dari dia teman dapat satu lagi resepi baru MEE MAMAK.
SENANG DAN MUDAH DI SEDIAKAN.

Teman tanya...cepatnya MEE MAMAK sampai!
Dia jawap...
MEE MAMAK ni senang je buatnya.
Teman terpegun bila dengar kata2 dia..
MACAM MANA?
Dia jawap...yang penting sambal tumis mesti ada.
Teman balas...ooooooo....
Dia kata lagi..ambil sambal tumis,letak sos,kicap,telur mee....
SIAP MEE MAMAK KERING YA…

ORANG SUSAH TAMBAH SUSAH!ORANG SENANG TAMBAH SENANG...

Image
EHMMMMM......

Masa baca cerita dia...
Hati rasa geram.Itulah kelemahan kita..
Terlalu banyak KETUA!terlalu banyak KEPALA yang berlagak macam TUAN BESAR.
Berurusan dengan mereka..
Seolah2 duit tu milik mereka.

Untuk memohon bantuan,terlalu banyak BORANG dan TANDATANGAN pihak berkenaan.
Kadang2...
Sangat menyusahkan!
Sahabat kata...ikut undang2 le...setiap permohonan mestilah ada aturcaranya.
Teman jawap...betul,mesti ada aturcaranya,tapi...kalau mudahkan lebih baik.Orang MISKIN tak pandai macam orang KAYA.Permikiran dia hanya untuk makan,minum dan tido je.
Orang KAYA cerdik sikit,orang MISKIN agak lemah sikit ilmunya.
Tanyalah apa pun...
Mereka tak tahu dan tak pernah nak ambik tahu.
Itu normal.....

Masa teman baca cerita dia...
Teman cakap dalam hati...alangkah baiknya kalau aku orang kaya!pasti aku beri pertolongan pada mereka.Setakat RM300.00 sebulan,apa ada hal!Duit  kekayaan kita tak luak mana pun....
Cukup bulan duit bunga masuk,silap2....lebih berganda dari RM300.00 tu.
Duit bun…

SOLAT SUNAT TERAWIH

YANG HANYA 2 HARI TEMAN HADIRI..

Teman bercita2 nak pergi...
Tahun2 lalu teman tak dapat sertai sebab anak2 kecik tak ada orang nak jaga.Teman tak mahu bawa mereka sebab kerja sekolah banyak!lagi satu...mereka akan tido dan teman takut kacau jemaah lain.Almaklum...bulan puasa,aktiviti sekolah macam biasa je.
Teman tak mahu le buat sesuatu yang akan susahkan orang lain.
ALLAH maha mengetahuinya.

Malam pertama..
Teman sampai awal,teman dan suami keluar rumah sebelum azan ke udara.Dalam masjid lenggang,orang ada tapi tak seperti sebelumnya.Padat dan sesak.
Tahun ni..
Lenggang selenggangnya.
Teman dapat tempat yang selesa.
Syukur...kami buat 8 je...
Teman tak mahu nak berbalah balah!8 rakaat atau 20 rakaat.Yang penting!SOLAT!

Malam kedua..
Teman sampai lewat siiiiiiikit je.Fuhh!dah penuh,nak langkag pun susah.
Teman dapat hujung sekali.Depan teman ada ibu bawa anak2.Bersama teman pula,ada seorang anak dara yang sedang2 paras rupanya.
Teman tinjau2 juga kat depan,manalah tahu boleh menyeli…

ASAM JAWA OOO ASAM JAWA

Image
MACAM MANA BOLEH JADI MACAM TU?

Aduhai..kembang tekak!
Macam NAJIS!sebiji macam TAHI!
Syaitan betul tokey kilang ni...
PENGOTOR!
Akal letak kepala lutut agaknya.





Apa2 pun....
Teman dah lama tak guna asam jenis ni...
Dulu2 ada le pakai,tapi sejak beberapa thn lalu....
Tak terfikir nak gunakan lepas isu kepala biawak dalam asam jawa.
Langkah bijak,teman guna limau kasturi.Mahal sikit tapi hati tak was was.

Bila baca cerita ni...
Mungkin tobat lahom teman tak akan gunakan asam jawa lagi.
Sahabat kata...ok ke guna limau?
Teman jawap....ok je,yang penting ada bawang,ada halia ada garam dan ada gula...
BEREH!
Sedap tak sedap...kita yann acukanya.

Dalam kilang ni juga ada tepung jagung,dah kebersihannya di ragui.
Teman tak kisah sebab teman guna jenis lama,keturunan teman hanya guna jenama ini je!...itulah yang teman guna hingga kini.Harap2 tak ada le kes sama kat jenama ni,kalau ada....
Tepuk dahilah!


Masalahnya?
Kenapalah dah bertahun baru keluar isu kotor macam ni?
Kenapalah dah bertahun …

HINA ORANG TAK PUASA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

SEHINGGA DALAM BILIK AIR PUN ORANG AGAMA KENA PANTAU!

Pagi tadi teman terdengar berita dari corong radio,di bulan penuh barakah ni,pegawai2 dari pejabat agama akan memantau tandas2 awam kerana di syaki menjadi tempat untuk si pemonteng puasa makan.
Dalam hati...
Sampai ke situ hinanya manusia tak berpuasa.
Bila bulan2 biasa,tak kan maunya makan kat dalam tu.
Tiba bulan puasa...
Demi melayan nafsu makan,kat JAMBAN pun sanggup meratah lauk berserta nasi putih.

Aaliya tanya...Ibu orang dewasa ada yang tak puasa ke?
Teman jawap..ada..
Dia kata lagi...orang macam saya tak puasa pun tak apa,tapi orang macam ibu,ayah,angah,Aina,Akif...Wajib puasa.
Teman balas..betul lah tu!budak kecik tak wajib,orang tua je yang WAJIB puasa.Kenapa adik tanya?
Dia kata..tu...dalam radio tu kata ada orang makan kat dalam bilik air!tak kotor ke ibu?
Teman jawap....tulah sebabnya,kita kena belajar puasa,kena solat...kalau semua tu kita tak nak buat!kita nak jadi apa?kucing?
Dia balas....hahaha...kucing tak payah…

HAMBA WHATS APP

MULA2 SUKA LAMA2 DUKA...
Di kutip dari blog orang lain dan berjaya buka mata teman untuk kongsi.

Nama saya Ali Abu (bukan nama sebenar). Berumur 45 tahun dan bekerja sebagai seorang eksekutif dalam bidang minyak dan gas. Apa yang saya ingin ceritakan lebih kepada luahan perasaan saja tentang aplikasi mesej yang bernama WhatsApp.
Tujuan saya menyatakan umur saya di atas sudah pasti ingin menunjukkan saya bukanlah muda, bukan generasi Y dan tidaklah terlalu hebat dalam penggunaan teknologi masa kini.
Saya mempunyai tiga cahaya mata yang berumur 5 hingga 16 tahun.
Selama hampir 20 tahun saya bekerja, waktu bekerja yang biasa adalah sekitar 8 pagi hingga 6 petang. Kadang kala apabila ada kerja lebih terpaksa dilakukan, ia dianjak hingga ke pukul 9 malam.
Cara kami berkomunikasi sesama rakan sekerja dan pihak pengurusan lebih atas selalunya melalui mesyuarat atau berjumpa secara berdepan. Tiada satu pun urusan kerja dilakukan selepas waktu bekerja.
Tahun lepas, terdapat perubahan baru secar…

JIRAN PELIK...

HARI2 MERAUNG!

Dah masuk 5thn,dia anak beranak terjerit terlolong. Hari2 buka sesekali. Pagi2 lagi...mereka dan bangun dan mula bergaduh.Tak tahu biji butir sebab mereka berbangsa Cina. Yang pasti!hari2 acara wajibnya ialah bergaduh.
Dua hari lalu... Mereka bergaduh pagi hingga petang. Prang prong bunyi barang di buang. Si isteri meraung bak nampak syaitan!
WuaaAAAAA!WuaaAAAA!
Terpacul dari mulut teman..apa kene le orang tu?
Anak teman kata...dia dah gaduh 2 hari lepas,ibu tak dengar ke?
Teman jawap...dengar!dia selalu gaduh,Pagi2 buta dah gaduh!

Siang tadi,baru nak terlelap,teman dengar lagi isteri meraung!macam orang sakit gigi.Suami terpekik terlolong,anak2 pun sama....buang helmet,hempas pintu...
Pendek kata...
Sejak dari teman datang menetap kat area situ,mereka dah begitu.
Selalu gaduh dari berbaik.

Cuma satu teman terfikir...
Mereka tak bosan ke?
Mereka tak penat ke?bergaduh hari2?
Kadang2 teman rasa kesian pada suami dia,sebab dapat isteri yang suka meraung sakan!teman tak fah…

PUASA 2015

HARAP DAPAT MELAKUKANNYA DENGAN BAIK.

Dalam usia tua macam ni,puasa tu dah jatuh WAJIB.
Dalam usia dan nak melangkah ke warga emas,amat mustahil jika teman malas puasa.
Dulu2....
Teman ada juga lah tak puasa,macam2 akal teman beri kat mak..
sakit perutlah,terkorek hidung lah,tak ada niat lah...
Pendek kata...
Teman tanya,teman jawap dan teman sendiri makan.Emak tak sempat nak kata apa..
Teman dan terrrrmakan.
Tapi tu dulu.....masa teman kecik2.

Bila teman dah ada anak...
Seawal usia 5thn anak2 dah di ajar puasa.
Tapi tak wajib,jika mereka tak tahan,mereka boleh makan.
Pada teman...ajar je untuk memastikan mereka faham apa itu puasa.
Syukur anak2 teman cepat apatah lagi sejak dah sekolah agama.Kefahaman mereka tentang puasa lebih mendalam.
Aaliya bagitahu teman...
Batal puasa ada 5 perkara:
1)Makan dan minum dengan sengaja
2)Memasukkan sesuatu kedalam rongga2 badan.
3)Muntah dengan sengaja
4)Haid dan nifas
5)Pitam atau hilang akal.
6)
7)Dua perkara ini,dia kata dia tak ingat.Teman tung…

ISU LURAH FARAJ FARAH ANN.

Image
AHLI GIMNASTIK YANG DAPAT PINGAT EMAS DI SINGAPORE.

Sebagai rakyat Malaysia...
Pastilah kita bangga!
Manakan tidak,Farah berjaya mengharumikan nama Malaysia,walaupun nama tu dah tak sewangi dulu.Sebagai rakyat Malaysia...
Itulah nama yang paling kita sayangi.

Sebenarnya..
Teman tak tengok atau tak nampak gambar Farah yang nampak lurah faraj tu.Jenuh cari!tetap tak jumpa...


Yang teman jumpa semua gambar dia sedang beraksi,dan pastilah terkangkang terkiap!
Sukan gimnastik kan memang macam tu,mana ada gimnastik malu malu nak buka kaki?

Lepas kejadian tu...
Ramai orang kutuk Farah.Kata macam2 kat dia...
Pada teman....
Ini semua masalah dia dengan tuhan.
Kita mungkin boleh menegur,tapi dengan cara paling berhemah.Mungkin jumpa dia,cakap elok2,terangkan perlahan lahan.Kalau hentam kat FB atau kat media masa,teman rasa tak baik lah.Memalukan dia je,walhal...tak semua tahu kisah tu,tak semua perasaan lurah farah Farah.Bila dan kecuh2,semua mula ambik tau.

Diakan ada ibubapa,mustahil ibubapa d…

NAZRI LAWAN TMJ

Image
KITA TUNGGU SIAPA YANG KENA!

Cerita bermula dari kegagalan PM datang 'Nothing2hide'.
Semua orang tak setuju dan rasa marah dengan PM,apa pun alasan,jika DIA benar...
Datanglah...
Tun Mahathir tunggu 2 jam sebelum meminta izin untuk bercakap seminit dua.Malangnya,sedang Tun memberi ucapan,pihak penganjur memaksa Tun berhenti dan membawanya turun dari pentas.

Semua orang benggang!
Semua orang tak gembira Tun di perlakukan begitu,walaupun teman PEMBANGKANG TEGAR!teman tak setuju malukan Tun begitu.Walaupun Tun pun pernah buat orang,dalam saat ini,teman tak terfikir pun nak balas dendam.Pada teman,tulah harga yang perlu Tun bayar.
Memandangkan usaha dia untuk membongkar silap laku PM,teman terus sebelahi dia.Pada teman...Kita gang!

Dalam FB,penuh orang kutuk PM.Hahaha...
Tup,tup....teman dapat tahu,esoknya,PM dah ada di Jeddah,lawatan rasmi katanya.Lusa dan buat umrah bersama isteri dan rakan taulan.
Punyalah tak peka...
Punyalah dahsyat perangai PM kita,beri alasan demi keselamat…

ADAT BERUMAHTANGGA

BANYAK PANCAROBANYA...

Sebentar tadi,teman terdengar suara menjerit jerit.
Teman pusing keliling,mencari suara itu.
Kebetulan,teman nak keluar buang sampah.
Sebab tu...
Jeritan tu jelaslah di telinga.

Masalahnya!
Teman tak faham,pasangan muda berbangsa cina baru beberapa bulan pindah di hadapan rumah.Selalu bergaduh.
Teman nampak kelibat motor kecil permainan kanak2,tapi kelibat kanak2 itu tak pernah teman lihat.
Dalam hati...jangan di bunuh dan ditanam kat dalam rumah sudahlah!

Masa teman keluar,teman nampak seorang lelaki bergegas menuju ke kereta.
Dalam hati....cepat2lah masuk,takut ada peluru sesat!
Sahabat kata...tingginya syak wasangka u!
Teman hanya buat andaian,maklum le...orang zaman sekarang membunuh dah jadi trend!

Sahabat tanya...dia gaduh pasal apa?
Teman sekadar angkat bahu tanda tak tahu...
Entah!cemburu kot?
Sahabat sambung kata...budak2 sekarang tak macam kita,zaman kita,kahwin tu penamat aktiviti bujang.Taat setia tak berbelah bagi.Hubungan dengan kawan putus sama se…

PERINGATAN BUAT PENGANTIN BARU

Image
JANGAN SAMPAI BERLEBIHAN...



Teman menikah sekitar awal 90-an.
Masa tu....dah moden sikit dari dulu...
Masa tu,teman akad nikah pagi,sanding petang dan makan malam.
Mak aiiiii!bila ingat balik...MEMBAZIR!

Masa tu teman kurang ilmu.Banyak kesilapan yang teman lakukan.
Ampunkan aku Ya ALLAH.
Teman nikah awal pagi.Masa tu...rambut mengerbang macam pontianak.
Tak tahu nak kata...kenapa teman tak pakai tudung kan?walhal...teman dah memakainya sebelum tu,ikutkan hati,teman sanggup buka tudung hanya semata2 menikah.Bodohnya teman masa tu.Semuga ALLAH nak mengampuni dosa teman  dulu.
Anak2 kata...ibu tu dulu tak pakai tudung,kenapa kitaorang kena pakai?
Teman hanya mampu kata...Masa tu,ibu JAHIL.
Bila teman sebut macam tu,teman teringat....betapa majlis teman penuh gemilang.Ada pelamin,ada khemah,ada makan damai dan macam2 lagi.
Masa tu...teman akui,kekurangan ilmu buat teman tak pandai susun atur majlis dengan baik.

Sekarang..
Teman tengok ada macam2!
Pelamin yang cantik,persembahan yang mena…

UCAPAN KITA (ISLAM) UNTUK KEMATIAN BANGSA ASING

PERLU ATAU TAK?

Pada pendapat teman lah kan....
PERLU...
Sebagai menghormati si polan,tak pe lah...
Ucapan takziah je pun...
Ucapan takziah tu tak bermakna kita dah ikut fahaman dia.
Kita cuma melahirkan rasa simpati,rasa hormat pada orang lain.
Si mati tak tahu apa...
Yang tinggal memerhatikan kita.
Mungkin si polan kawan baik kita,mungkin ibubapa sanak saudara si polan mengenali kita.
Tak salah kita ucapkan sesuatu yang boleh buat mereka gembira.

Semasa teman tahu suami Citra mati,teman cuba elak ke rumahnya,dalam waktu yang sama,teman kena jaga hati Citra,teman tak mahu Citra kecik hati,teman tak mahu dia terasa teman hanya pentingkan diri sendiri.Bila dia susah hati,teman sibuk hal agama,walhal...islam tu mudah je.Kita yang sibuk rumitkan benda2 yang remeh temeh.
Sahabat kata...ini soal akidah wehh!
Teman jawap...betul,soal akidah.....tapi kita bukan ikut cara dia,menangis,meraung!Kita cuma kata...jangan sedih,jangan nangis...suami Citra gembira sekarang.kalau Citra nangis,suami a…

SURATAN ATAU KEBETULAN

Image
GEMPA DI GUNUNG KINABALU

Agak lewat teman nak ulas mengenainya...
Lama teman fikir....
SURATAN ATAU KEBETULAN.

Sebelum tu ada beberapa pendaki yang berjaya naik ke atas dan berjaya membogelkan diri mereka di atas sana.
Masa tu dalam hati hanya mampu kata....ORANG GILA!KURANG AJAR dan macam2 lagi perkataan kesat tapi hanya terluah dalam hati je.
Sahabat kata...u baca pasal pendaki yang berbogel kat atas Gunung Kinabalu?
Teman angguk je,teman baca lebih kurang je...Malas lah nak fikir bab kemaluan orang lain.

Sahabat kata lagi...
Kenapa diaorang bogel?
Teman jawap...saya lagi pelik!kalau berjaya pun naik ke atas tu,kenapa sampai bogel?pakai baju pakai seluarkan lagi baik..
Sahabat kata....dah itu maunya.
Teman hanya mampu kata.....otak dah mereng le tu.
Kadang2 pelik tabiat manusia,kita nak beranak pun malu nak buka kain,apatah lagi buka seluar!kena paksa dengan akak misi barulah terbuka kain...
Alahai kak...apa nak malu,kami dah biasa tengok dah!
Kata2 semangat kak misi,berjaya buka ka…

GELODAK POLITIK KITA...

SEMAKIN PARAH!

Dari awal2 lagi teman dapat rasakan...
PM kita GAGAL.
Bukan GAGAL bab tertentu,tapi....GAGAL KESELURUHANNYA!

Sedih?
Sebagai rakyat Malaysia,pastilah teman sedih.
Teman tak gembira dengan apa yang berlaku.
Teman bukan orang kaya,teman orang biasa2 je...

Bila ekonomi tak menentu,teman susah hati...
Hari2 doa supaya ALLAH permudahkan urusan suami temam.Almaklum,hanya dia yang cari rezeki untuk kami semua.
Anak2 teman tak dapat bantuan dari kerajaan.Semua teman kena bayar kena pinjam.
Esok...
Sebaik keluar atau habis belajar...anak2 teman dah tanggung hutang keliling pinggang.Kesian diaorang,muda2 dah banyak hutang.
Ada kawan kata....dah pandai hutang,bayarlah!
Teman tahu......adat berhutang pastilah kena bayar.Tapi...teman hanya luahkan,alangkah baiknya kalau kerajaan dapat peruntukkan bajet untuk bagi pendidikan percuma buat anak2 kita.Mereka kan generasi kita,mereka kan bakal menganti tempat kita,dalam apa juga industri.Mereka juga akan membaikpulihkan negara kita yang d…

RESEPI AHMAD MASLAN BUAT SEMUA..

Image
PALING BAIK TANPA GST...


Teman teringat pesan seorang ustaz..
Kadang2 ALLAH beri kita dugaan dengan berbagai bagai cara.Tak semua dugaan tu berbentuk malapetaka atau bencana atau kesakitan...
Ada dugaan hanya di depan mata.
Dugaan berbentuk manusia yang sentiasa menguji kesabaran kita.
Ini juga dugaan dari ALLAH untuk kita.

Dalam banyak2 manusia atau senangkata kawan kita.Pasti seorang yang paling suka menyakitkan hati kita.
Kadang2 kita rasa malas nak jumpa dia,nak dengar suara dia...
Kadang2 kita rasa MUAL nak pandang muka dia apatah lagi bertentang mata.
Tapi...
kita kena ingat...
Itulah sebenarnya DUGAAN buat kita,

Hari ini,teman tahu...
Apa yang ustaz tu maksudkan....
Manusia di datangkan pada kita..
Hanya nak melihat kekuatan hati,emosi dan tindakkan kita.
Jika ikut panas hati!pasti kita dah maki...
Jika ikut jiwa kacau!pasti kita dah hantar santau!
Inilah manusia yang paling menyakitkan hati dewasa ini.
AHMAD MASLAN nama di beri...
Cakap senang mentang2 FREE.Gaji di bayar hanya…

TELUR TIRUAN...

Image
SELALU BACA PENGALAMAN ORANG,KALI INI...
TEMAN SENDIRI YANG TERKENA!
Kelmarin,teman gi beli telur ayam kat Aeon.
Biasa teman beli 10 biji je,kali ini...memandangkan keluarga nak maii...teman terus beli 30 biji!

Pagi tadi,teman buatkan suami telur separuh masak.
Teman rebus 4 biji.Masa suami pecahkan telur tu,teman nampak putih telur warna putih betul2!biasakan...telur separuh masak,putih dia akan ada cecair macam lendir kan?tapi..yang ini TIADA!putih macam air susu.Kuning pulak berketul ketul.
Teman perhatikan je...
Dalam hati...lain macam pulak rupa telur tu.

Teman pecahkan bahagian teman,air tetap tak rasa gembira,sebab keadaan telur tu semacam je..
Masa teman sudukan ke mulut,baunya juga tak menyelerakan.
Teman tak jadi makan,teman buang...
Teman cuba pecahkan 1 biji,sebaik kulit tu pecah!lelehan air dan bukan lendir macam biasa.
Kuning dia pun bulat semacam je.
Teman cuba rebus sebiji.Teman biarkan sejuk sebelum di kupas.
Dalam hati...jangan2 telur tiruan kot?
Masa teman kupas tel…