Posts

Showing posts from January, 2014

MALAM TAHUN BARU CINA

Image
EWAH,EWAH.....SUKANYA DIA!

Sempena malam tahun baru,jiran tetangga ku tak melepaskan peluang untuk meriahkan malam bagi menyambut tuhan mereka turun ke bumi.Itu kepercayaan mereka lah!bagi kita....entah apa2 lah! Bunyi mercun macam medan perang! Tam! tum! tam! tum! Bising! Adakalanya,kita boleh termelatah angkara BOM ATOM mereka..
Jika dulu,zaman aku kecil2 dulu... Bom atau mercun paling kuat,adalah meriam tanah! Sekali meletop!satu kampung boleh dengar! Zaman moden dah tak ada itu semua,nak cari buluh pun tak tahu kat mana?anak2 pun tak pandai lagi menjelajah hutan belantara,mereka lebih leka bersama games2 serba moden.Anak2 terkini tiada kemahiran hidup!mereka generasi cerdik bukan melalui pengalaman,tapi..melalui pembacaan! Macam kita dulu2.. Subhanallah!macam lipas kudung! kesana ke mari tiada larangan. Kejap kebaruh ,kejap ke hulu,kejap ke hilir! Satu hari jalan tak habis2!
Meninjau mereka dari jendela.. Seronok sungguh! Sebagai jiran,kita tak perlu le sensitif sangat! Bising tet…

JUBAH ZAMAN MODEN

Image
MAKIN KECIL ATAU BODY MAKIN BESAR?

Semalam,gi tinjau2 dalam kedai jubah di pekan kecil ini.. Selak punya selak... Subhanallah!mahal gila! Pengunaan kain lycra buat jubah tambah cantik! Tapi..... Kecil ikut badan! Minta saiz M,tapi...pakai di badan..sebiji sarung nangka! Padat dan kejap di badan..
Dalam hati... Baju kecil atau badan aku makin besar? Aduhai...sakit kepala lah!
Berapa ni dik?tanyaku pada jurujual yang macam puasa jer...macam lapar jer.. Nak bangun pun malas! RM199 kak...katanya Amboiiiii!mahalnya,pekan kecil macam ni pasaran dah macam kolompo!kataku mengeluh Ini ikut design Dr Muhaya....katanya Ya ke?kenapa  nak guna nama dia?Dr Muhaya orang dah tak suka lah dik!kataku Dia sekadar senyum kambing,tapi..aku tahu dia tak faham2 apa2 pun.Baca paper pun tak sempat mungkin.
Berapa  ni dik?tunjukku pada sehelai jubah labuh berjela... RM169 kak...katanya Mahal nya!kain jarang,kena pakai seluar kat dalam,kalau tak,pasti macam tiang eletrik...kataku Dalam hati,baju macam ni pun ma…

BILA KEBOSANAN MENJELMA

Image
IANYA BUAT KITA MACAM AYAM BERAK KAPUR!

Pasti semua orang pernah bosan. Budak kecil pun pandai  bosan. Ibu!bosanlah...jom kita gi jalan2? Ibu!bosan lah...asyik makan menu yang sama.. Cehwahhhh!itu budak kecil..
Belum lagi budak besar sikit dari budak kecil... Kebosanan dalam diri mereka lagi dasyhat bila ianya melanda diri Ibu!bosanlah..hari2 pinjam motor orang.. Ibu!bosanlah...hari2 gi sekolah jalan kaki.. Cehwahhhhh!itu bosan anak remaja..
Kalau dah dewasa.. Bosan betul lah boss aku tu!main order je...Cakap macam pandai,tapi....entah apa2 je le yang dia nak!bosan betul lah! Bosan betul lah!duit tak ada nak gi dating.. hahaha... Bosan tahaf ni lagi teruk! ada yang bunuh diri,ada yang lari ikut lelaki atau perempuan ke sempadan Bosan mereka kerana kepapaan,kekecewaan dan putus asa! Amboi....mudah sungguh hangpa kata bosan naaaa,dulu2 mak bapak hang suruh piii mengaji!hangpa lari!tak suka... Sekarang! Hangpa rasalah,bila hidup miskin dek tak ada ilmu. APTB
Kita cerita bosan seorang ibu…

POLITIK ERA BARU

FITNAH SEMAKIN BERLUASAN

Pagi....
Ibu!hari ini,ada ceramah dari Jabatan Perdana Menteri anak dara mulakan bicara..
Ok....jawapku
Satu hari tau Ibu!mesti penat....keluhnya sendiri.
Ok...nak buat macam mana?kena dengar lah,mesti diaorang bagi ceramah untuk naikan semangat untuk maju..balasku..
Itulah jawapan yang tepat!biasanya,ceramah untuk kanak2 tajuknya mesti bekisar pada kefahaman peringkat mereka.Dan seterusnya.

Petang..
Ibu!diaorang bukan cerita pasal pelajaran tapi...mengutuk Anwar Ibrahim!boring betulll...Mira mula bicara
Dia kata apa?tanyaku pula
Dia kata macam2,teruklah!geli nak ingat.....katanya lagi
Mereka cakap apa?tanyaku tak sabar
Diaorang kata Anwar liwat budak lelaki yang ada kat surat khabar tu,jumpa spermalah!,benci Najiblah!,benci Rosmahlah! tapi banyak cerita baik Mahathir...terangnya.
Anakku baru je berusia 19thn,seorang anak gadis yang masih mentah mengenai sex apatah lagi kes main belakang!
Selalunya...bila anak2 tanya macam mana nak dapat adik baru?kita sebagai…

RINDU...

Image
SAAT2 BERADA DI TANAH AMBIYA.

Dulu2,masa tak pernah lagi jejakkan kaki... Perasaan..hambar je... Tak ada perasaan!
Bila kawan2 cerita.... Biasa je.. Tak terfikir apa pun! Bukan tak minat,tapi...kesibukan masa buat kami tak terfikir mengenainya.
Dulu2,masa kelas agama... Ustaz cerita macam2! Tapi...perasaan tetap sama,tak terfikir dapat hadirkan diri di sana... Bukanya apa,duit nak buat pasport pun aku tak punya...
Bila sering di tanya  Akak tanya,mak tanya,kawan2 tanya.... Terdetik juga di hati... Tapi.. Layakkah aku? Aduhai...tang ini buat kita fikir lagi... Jangan banyak fikir,umur kita tak tahu bila,jika tak buat haji,cukuplah dengan umrah.Sekali seumur hidup,biarlah kita dapat berada di sana.Menghayati sirah nabi,melihat sendiri kaabah kiblat kita,memijak bumi di mana nabi di lahirkan,dibesarkan dan berjuang demi islam.Sekurang2nya kita dah lihat dengan mata kepala kita sendiri! Ok....aku faham.... Kau mampu,kau ada daya...pergilah.... Sekali seumur hidup,kita lupakan kerja dan ru…

KURSUS HAJI

Image
MAKA BERMULALAH IA...

Kak!kursus haji minggu depan tau!kata Ina isteri bilal masjid. Ok...jawapku ringkas Berapa orang akak nak daftar?tanyanya lagi 2 je...akak dengan suami je..jawapku ringkas Perbualan itu terhenti begitu sahaja, sebaik kelibat ustaz muncul di meja depan.
Aduhai....azam tak mahu tinggal walaupun satu minggu pun!tapi...2hb ni ada pula kerja nak di buat. Benarlah kata ustaz,urusan hidup di dunia ini,tak mungkin TAMAT!
Lihat tajuk,bab kesihatan...oklah,ponteng satu hari.

Sampai harinya...
Kami lewat sikit,daftar dan melabuhkan punggung di dalam masjid
beriktikaf dengan niat...
Sahaja aku beriktikaf dalam masjid sunat kerana ALLAH Ta ala.Seelok eloknya buat le tahayatull masjid,tapi kalau dah lewat dah bakal menganggu orang lain,cukuplah dengan niat iktikaf sahaja.Teringat kata2 ustaz,untuk dapat ilmu dengan mudah.Datanglah sebelum ustaz sampai.Hehehe...memang tak le ustaz,teman anak ramai.nak siapkan mereka barulah boleh keluar rumah.

Diam dan kursus di mulai...
Seoran…

KISAH WANITA DAN HIJAB

Image
SESUNGGUHNYA,BUKAN MUDAH RUPANYA...

Selama ku kenal,beliau sempoi je walaupun dah masuk 5series lebihhhhh!
Putih bersih kulitnya,gempal badan dan gaya sesuai mengikut usia.
Namun tetap menarik pandangan mata..

Semalam
Nampak kelibatnya,lalu kami minum sama....
U cantik lah pakai hijab kataku memuji
Tak lah,biasa je...jawapnya malu
Betul!cantik,kemas....dah lama pakai ke?tanyaku lagi
Actually,I dah niat nak pakai dah lama,tapi...My husband tak suka sangat,suka gi club,minum2,nyanyi dengan kawan2.Almaklum le,kawan2 my husband banyak bangsa lain terangnya panjang lebar.
Oooo...gitu ke?tanyaku pelik
Itulah!adakalanya,kitaorang nyanyi sama...Kalau I pakai hijab rasa macam tak sesuai lah.I ni tak lah baik sangat,tapi...asas agama dah ada,itu yang fikir,hijab tak sesuai untuk I selagi my husband suka ke tempat macam tu...katanya lagi
Oooo...gitu ke?tanyaku bertambah pelik!
Lepas dia tinggalkan I,tak rasa nak berdandan sangat,banyak barang2 I beri pada anak2 je....kecewa...jawapnya lagi
Kenap…

SELAMAT TAHUN BARU

UNTUK JIRAN TETANGGAKU

Pejam celik pejam celik,dah hampir 4thn tinggal berjiran bangsa Cina. Pejam celik pejam celik,dah besar anjing Ah Siong,bukan besar sikit!tapi....besar macam gergasi! Suara dulu king,king,king...sekarang dah macam MONSTER! Kuat dan menakutkan.
Sempena tahun baru yang bakal menjelang tiba,sebagai jiran,aku kena le ucapkan sikit tanda hormat.Lagipun....perayaan yang ini hanyalah menyambut tahun baru buat mereka dan bukan perayaan agama.
Sambutan masyarakat Cina lebih kurang je dengan Melayu,India.. Tukar langsir,cat rumah,cuci rumah yang setahun tak berbasuh! Kecuh tak? hehehe...sama aje! Kecuh!kalau buat kerja,bising mengalahkan pasar! Rumah yang dulu kusam,bertukar menjadi ceria!berlampu lap lip dan tangklung yang berganti baru.Pastinya...MERAH MENYALA!
Kelmarin,aunty sebelah minta nombor telefon Citra pembantu aku.Seorang wanita India yang dah lama bersama. Bila tanya... Citra dah pergi cuci rumah aunty sebelah? Sudah Kak jawapnya sambil tersenyum. Kenapa?tanya…

JATUH CINTA LAGI

MUAHAHAHA!

Boleh ke orang tua2,jatuh cinta lagi? Bolehh! pasti boleh...selagi lelaki itu mampu angkat sebaldi air,dan perempuan tu belum putus haid.
Lelaki mungkin manis sikitttt
Tapi
Perempuan,rasa2nya macam tak sesuai gitu..
Atau dua2 tak sesuai !

Siapa kata tak sesuai?selagi ada kemampuan di situ ada jalan..teman berbunyi
Hak masing2,tapi...orang tua jatuh cinta tak macam orang muda.
Orang tua,kulit pun dah kering...
Badan pun dah tak menarik..
Alahai...
Siapa yang jatuh cinta? Adalah!hehehehe.... Kau ke? Gila!tak sesuai untuk aku tapi sesuai untuk orang lain kot? Merepek le!tak senonoh rupanya bila tua2 jatuh cinta! Kenapa kata gitu? Yalah...dah tua2 kan sesuai pergi masjid je.Ingat tak ustaz kata,kanak2 dunianya di sekolah,remaja dunianya di kolej atau universiti,dewasa dunia mereka banyak untuk kerjaya dan rumahtangga tapi.... ORANG TUA!dunianya wajib di masjid!susun sejadah,mengaji,berzikir sebelum MATI! Pandai lah kau cakap!orang tua pun ada perasaan juga.Ada hati untuk di say…

MAULIDUR RASUL BERSAMA IMAM MUDA USTAZ ASYRAF

SANTAI DAN BERSAHAJA

Sampai sebelum ustaz datang..
Mak aiiii!Ramainya orang yang hadir,hampir penuh masjid!dewan yang biasa kosong sepi,kini penuh berpenghuni...Syabas kawan2,marilah kita ubah hidup kita,jangan ingat sangat dunia ni,ia amat melekakan!

Dengan kehadiran manusia sebegini ramai!ternyata....
Kami amat rindukan mu Ya Rasulullah
Andai Rasulullah masih ada,pasti semerbak bau harumannya.
Ustaz kata....
Haruman sentiasa melekat di tubuh baginda.sekali lalu pun! sahabat tahu akan kehadiran baginda.

Tunggu punya tunggu...
Akhirnya...
Suara ustaz kedengaran di udara.
kebetulan tak dapat masuk dek keuzuran,hanya dengar suara lelaki muda bergelar Imam Muda dari luar sahaja.
Suaranya serak2 basah dek penangan durian katanya.
Tapi..
Masih boleh di fahami dengan baik.
Tajuk?
pastinya berkisar mengenai kehebatan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Semua orang cinta kan nabi,semua orang hendak shafaatnya kelak
Tapi...
Ralatnya,mengapa hanya hari ini sahaja kalian dan aku hadir?
mengapa …

MALAYSIA MAKIN PANAS

DUNIA POLITIK MAKIN KOTOR!

Muahaha!
Bila baca artikel2 politik di Malaysia,buat dada kita sesak!
Tak tahu nak gambarkan macam mana?
Nak kata deman,badan panas suhu bilik
Tapi dedooo semacam je...

Bila baca satu demi satu artikel yang  ada...
Subhanallah!Politik Malaysia makin haru biru!
Gara2 kuasa,gara2 nak bolot apa yang ada,Pihak kerajaan main hantam saja labuuuuuu!
Ralatnya,tak sampai setahun!kenaikan harga minyak dan barangan lain memuncak muncak!
Mendadak kenaikan itu buat kita rasa di tipu!
Kita rasa teraniaya..

Bila di tanya pada pihak kerajaan khasnya pak menteri
Jawapan yang di beri,buat kita tergolek2 ketawa!
sah!mereka sekadar menjawap untuk melepaskan batuk di tangga je..
Mereka tak bodoh!
Mereka sangat cerdik!
Mereka bukan tak faham...
Tapi..
Mereka ada agenda sendiri,yang pastinya....akan lebih menjerut leher rakyat jelata.
Mereka sarankan kita menjalani hidup berjimat cermat!
dalam waktu yang sama...
Mereka horrey!horrey!horrey!

Wang tabungan habis!
makan pangkal!
PM y…

JUNJUNGAN MULIA

Image
MAULIDUR RASUL 14HB JAN 2014



Suka sangat lagu ni,tak pernah jemu dan berjaya menghafalnya dengan baik.
Pernah ajar anak2 di Taska untuk peraduan sempena Maulidur Rasul buat aku berjaya menghafalnya hingga habis!
Dalam kelas tadi,ustaz tanya
Bagaimana sayang kita dengan Junjungan Mulia Nabi Muhammad?
Semua senyap,tak berketik tak berbunyi...
Bagaimana rasa sayang itu?
Tetap kaku membisu... Tak tahu nak luahkan.
Hipokrit kah kita?sayang di mulut tapi tidak di hati?
Bila orang menduga,kita terus kata sayangggggg...
Sayang hanya untuk menutup muka?
Atau..
Sayang kita hanya kerana kita di lahirkan sejak kecil sebagai orang islam.
Itu yang kita tahu,itu yang kita dengar,dan itu yang sering di sogok dalam otak kepala kita sedari kecil lagi.
Subhanallah...
Ampunkan kami Ya ALLAH.
Kami sayang ALLAH
Kami sayang Rasul
Dan
Kami sayang kedua ibubapa kami sebagaimana yang di kehendaki dalam Islam.

Tapi,mengapa tidak menjawap dengan  yakin?
Mengapa masih teragak2 untuk menjawap soalan penting itu?
K…

CELOTEH ANAK

SISTEM BARU DI AWAL TAHUN...

Tak boleh tengok TV,tak boleh main games,tak boleh ngadap Ipad,Ipod dan segala macam gadget lain. Jawapannya.... Ibu ni! boringlah! Ibu ni!jahat lah!
Rungutan demi rungutan kedengaran saban hari. Tapi...sebagai ibu,lagi di bantah selagi itulah!sistem terus di perkenalkan. Melayan anak2 kecil tak sama dengan anak2 besar.Mereka masih takut dan taat kepada ibubapa. Masa kecil kita boleh susun atur hidup mereka.Kita cakap 10 mereka akan jawap 50 patah perkataan. Bila dan besar panjang.kita cakap satu,langsung tak ada jawapan.Mereka lebih sukar di dekati. Mungkin malas nak layan atau sebagainya. Anak2 muda,hanya akan terpaut hati pada rakan taulan,ibubapa bukan tempat mengadu tapi hanya individu yang sering mengancam mereka.

Tak ada kerja sekolah?rilek je....kata perli sering si ibu luahkan,bila lihat anak2 santai...
Anak kecil anak besar sama sahaja!
Jawapan yang di beri...
Tak ada!dah buat kat kelas tadi...
Ok...kalau dapat komplen dari guru,SIAP!

Ibu ni maca…

CIKGU KENA KERAMBIT

Image
HANYA KERANA MENEGUR ANAK MURID...

Di awal persekolahan,di hari pertama pula.. Seorang guru berusia 50an telah di serang oleh murid tingkatan 5 yang pastinya baru je berusia 17thn. Ish,ish,ish... Ganas anak2 zaman sekarang. Mengada ngada pun ya...
Cerita bermula di pagi hari,seperti biasa,anak2 murid sampai dan di tunggu di depan pintu oleh para guru sekelian. Hanya kerana menegur gaya rambut murid tersebut!

Si anak murid pulang dan kembali semula dengan ibunya bagi bersekemuka dengan guru tersebut. Dalam  perbincangan itu,tetiba... Zupp! Pisau kerambit mengenai dahi guru.Darah keluar dan guru pun jatuh!

Si ibu memarahi anak atas tindakkannya itu,lalu pulang..... Itu sahaja! Muahahaha... Ibu anak sama je... Si anak yang macam bagus,macam terror... terus menghilangkan diri. Di buru dan akhirnya di tangkap.

Kesudahan... Apa yang anak muda itu dapat? Terasa hebat bila di tangkap begitu? Di gari di tangan di seret ke pengadilan? Hebatkah? Ish,ish,ish...
Anak2 muda sekelian,jangan ikut hat…

BILA SUAMI ISTERI BERBICARA

ADAKALANYA BAWA KEPADA PERANG DUNIA!

Dalam bersuami isteri,banyak perbualan berunsur anggan2 akan di bualkan. Kalau kita ada itu ini,kita akan jadi itu dan ini dan bla,bla,bla.. Akan tetapi.... Selalu juga perbualan mesra itu, bertukar menjadi huru hara!
Sangat menjengkelkan!
Adakalanya,isu2 remeh temeh je.. Atau tersalah kata,suami akan naik HANTU! Bagi wanita,mudah je,angkat kaki dan BLAH!
Atau
Isteri akan cakap tak sudah sudah!
Muahahaha!
Selalunya juga,suami tak faham... memujuk tidak,memohon maaf taubat lahom tak pernah! Ego atau sombong bodoh!tak tahu lah... Isteri selalunya beralah,malas nak layan.. Tapi...itu jika isteri yang malas nak layan!jika yang rajin nak layan.... Perang boleh jadi berbulan bulan! Sejak hari pertama gaduh!makan minum atau apa2 pun masalah tak mungkin ada pendekatan yang baik.Perang dingin mulai terasa,jika tak di atasi,bakal terus terlerai.
Pernah seorang sahabat,bila bergaduh,kuali melayang kedinding,apa sahaja akan terbang!mujur batu lesung tak boleh …

POLIGAMI

Image
KEISTIMEWAAN BUAT SANG SUAMI

Poligami itu di beri buat sang suami
poligami itu di tuntut jika sang suami mampu dari segi zahir dan batin
Poligami itu di haruskan bagi yang mampu sahaja.
Yang cuma ada gigi dan lidah!
Dok tepi2,jangan nak mengada2 berpoligami.Simpanlah anggan2 tu bawah bantal sana!

Sebelum berpoligami,latar belakang sang suami akan di teliti.
Ada had limit gaji agar matlamat poligami tercapai.
Ada garis panduan,agar tiada yang teraniaya

Sebut je Poligami!sang suami akan tersenyum girang.Masa tu,halang bagaimana sekali pun!mereka akan kata!
Kalau aku nak kahwin,aku akan kahwin!tak perlu di halang lagi.Bongkak kan ayat itu?seolah2,tiada lagi peluang untuk berkomunikasi.Ayat2 yang terhambur hanya menjadikan hati sang isteri keras sekeras batu!
Pergilah!jika itu pilhan kamu wahai sang suami.Pergilah!kahwinnya kamu bukan bermaksud dunia ini akan kiamat!

Entah apa yang mereka faham mengenai Poligami.Mungkin pada mereka,poligami membawa makna dapat berkebun di ladang yang baru…

KALIMAH ALLAH JADI REBUTAN

Image
MENGAPA?

Pasti ada sebab musabab mengapa ianya terjadi. Mengapa begitu beriya iya,Kristian ingin berkongsi mengunakan kalimah itu? Mengapa?Dah tak ada nama lain kah untuk mereka memanggil Tuhan mereka? Sudah tak bersesuaian kah nama2 tuhan yang mereka miliki? Atau Ada agenda di sebaliknya? ish,ish,ish...
Apa pun alasannya.Sebagai penganut islam,aku sendiri tak suka! Perkataan ALLAH yang kita sebut itu adalah merujuk kepada ALLAH Yang Maha Esa,Tuhan kita! Tapi... bagi orang kristian ianya merujuk kepada "Bapa Tuhan iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity.Mereka juga mendakwa perkataan ALLAH telah di gunakan oleh mereka sebelum kedatangan  Rasulullah s.a.w. Apa pun pendapat mereka mengenai kalimah ALLAH,aku tetap tak suka untuk mereka mengunakannya,dan yakin ada agenda buruk di belakang kehendak mereka itu.
Sebenarnya kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat islam.Bukan mereka atau siapa pun!jika mahu gunakan kalimah itu,boleh.....tapi masuklah islam dulu.Apa yang kecuh2 sang…

BORAK SEORANG MAK CIK TUA

BERBAJU T PUTIH DAN BERKAIN SARUNG BATIK

Mulutnya riuh!bak murai tercabut ekor!
Tampak macam peranakan India campur Melayu,senang kata....macam rupa mamak lah!
Bersamanya seorang warga emas,bertongkat dan hanya tunduk memandang lantai.
Berbual kuat tanpa menghiraukan pelanggan yang lain
Aku sekadar melihat gelagatnya,sesekali menjeling jam di dinding,ramainya manusia...
pukul 1 anak dah keluar dari sekolah.ish,ish,ish...
Ditangannya,ada sekeping gambar lelaki muda,kacak dan tampan.
Dia macam tau2 je, aku mencuri pandang
tetiba...
Ini adik Mak Cik,dia baru je mati...katanya tanpa di tanya
Ooooo....sakit apa?tanyaku pula
Penat sangat!jawapnya lagi
Mak Cik rindu kat arwah...luahnya lagi
Aku sekadar mengangguk dan membisu,tak tahu nak kata apa...
Dia sakit apa mak Cik?tanya ku pula
Sakit  biasa2 je...terlalu penat!katanya lagi
Dalam hati,banyak kes macam ni,penat keterlaluan!boleh bawa maut.
menakutkan!

Tetiba....
Kamu ada pinjam wang AMANAH?tanyanya spontan
Aku geleng kepala sahaja.
kala…

2014 YANG PALING MENCABAR!

Image
MAMPUKAH KITA MENERUSKAN PERJALANAN INI?

Dengan kenaikan harga barang yang menjadi jadi.. Mampukah kita terus bertahan? Mampukah kita terus hidup aman damai seperti dulu? Mampukah?
Wakil2 rakyat terus mencaci rakyat dengan kata nista.. Tak suka pendidikan Malaysia!Keluar dari Malaysia! Tak suka kenaikan harga barang!keluar dari Malaysia! Mudahnya kamu2 menyelesaikan masalah!
kalau setakat halau rakyat!
baik lah kamu semua yang BLAH!

Dulu... Sebelum menang PRU13 kamu kata...RAKYAT DI DAHULUKAN,JANJI DI TEPATI!

Bila dah menang! Janji2 terus di capatikan!rakyat terus kamu tipu!
Sebelum menang PRU13,kamu janji...tiada kenaikan harga barang! Kamu janji sana sini.. Tiada kenaikan harga,tiada kenaikan tol,tiada kenaikan bla,bla,bla. Akhirnya.. Kamu HANTAM!satu kali! Padan lah muka2 penyokong BN... Undi lagi,undi lagi... Pangkah lagi,pangkah lagi... akhirnya...kamu sendiri yang kono! Tapi..mungkin ada yang kata...ADA AKU KESAH! Yalah!kamu boleh le kata tak kisah!sebab kamu dapat banyak imbuha…

JAGA MAKAN

SEBAB DAH GEMUKKKK!!!

Dulu2...
Bila timbang...
53 kilo sahaja!
Sekarang bila timbang....
60 kilo sahaja!
Subhanallah!
Badanku telah naik 7 kilo!
7 kilo?
Ish,ish,ish...
Kacau bangat nih!

Habis lahhh....
Sakit nanti,habis lahhh..
Azam tahun baru...
Antaranya,nak turunkan 7 kilo itu!
YES!aku boleh!

Caranya?
Itu lah yang tengah aku fikiaq ni!
Boleh pasti boleh..
Nafsu makan tu yang payah nak bendung.

Kena ikut cara lama....
Menu makanan untuk orang2 diabetes
5 kali sehari dalam jumlah yang sikit2 bukan banyak2!
Tanpa nasi tapi di gantikan dengan roti gandum
Nasi boleh makan tapi sehari 2 sudu je..
Elakkan roti putih,elakkan mee,pasta,macaroni tapi mee hoon bisa aje..itu pun sikit je..
Kalau boleh..katakan tidak pada karbohidrat!

Makan banyak sayur sayuran..
Oh TIDAK!
Kalau boleh makan macam kambing,siang malam pagi petang sayur je...
Banyakan makan atau hirup sup2 bagai..
Elakkan makanan manis
Oh TIDAK!
Itu yang aku suka....
Kuih kuci,kuih sri muka,kuih tart atau semua jenis kuih muih..I …

GELAGAT IBUBAPA..

Image
DIHARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Sibuk!
Kecuh!
Mengalahkan mereka yang nak masuk kelas

Kita semua sayang anak2
Apatah lagi,di hari pertama mereka berdikari di sekolah
6thn mereka kita jaga,kita belai..
Tiba masanya,dia keluar dari kepompong
Tiba masanya,dia mencari ilmu
Dan tiba masanya dia berdiri di kaki sendiri

Ibu2 tak di benarkan datang ke sekolah pada waktu rehat,kami ada!
kami guru2 akan memantau mereka,kami akan bawa mereka melawat persekitaran sekolah,kami akan ajar mereka ke kantin,ke tandas dan ke mana sahaja.Ibubapa jangan bimbang,kami akan anggap anak2 ini seperti anak kami sendiri.Guru kelas akan memantau mereka.Malahan akan menjaga mereka seperti menantang minyak yang penuh!
Di zaman serba moden,mustahil!anak2 tak kenal duit seposen,dua posen..
Games,komputer semua mereka tau!
Mustahil!mereka tak boleh beli makanan sendiri!
Percayalah!tolong jangan menganggu pihak sekolah dengan campurtangan ibubapa.Ibubapa tak di galakkan duduk menunggu di depan kelas.Ia akan menganggu guru…