Posts

Showing posts from November, 2013

GOSSIP HANGAT!

Image
PUNCA ISTERI MUDA KENA CERAI TALAK 3!

Semasa pasangan ini bernikah setahun yang lalu,terdetik kat hati,pasti ada yang tak kena..
Semasa melihat usia pasangan ini,hati rasa semacam!pasti ada sesuatu yang kita tak tahu...
Mana mungkin ibubapa membenarkan anak gadis cilik bernikah di kala usia 12thn.
Gila ke apa?
Tapi,semua tu ku pendam di hati kerana semua nya dah berlaku dan mereka tiada kena mengena denganku.Suka hati hang le....
Melihat gelagat mereka,gambar kahwin mereka...so sweet!semuga kekal lah hendaknya.
Untung badan,awal2 dah berpunya!masa kita dulu2,tak ada pun yang sudi..

Tup!tup!
Kena cerai talak 3!
Gila ke apa?kalau ya pun,jangan le kasi 3 sekali!bagi le satu persatu...
Kebaikannya jika hati berubah untuk rujuk balik,kira oklahh!Jika 3 sekali....jangan harap le boleh patah balik!melainkan cina buta!



Tup!tup!..
keluarlah pula kenyataan demi kenyataan mengenai punca perpisahan mereka.Habis keluar semua cerita tanpa berfikir buruk baik.Si anak si bapa sama naik!
Habis di can…

TELEKONG MODEN

Image
ADA MACAM2 KALER!

Dulu2..telekung hanya kaler putih!
Bila sebut telekung!pasti kalernya putih berseri..
Dulu2 juga,telekung di buat daripada kain kapas atau cotton
Dulu2...telekung tak ada kerawang sarat barat macam sekarang!
Semuanya simple je...
Kita nak solat dengan ke khusukkan,bukan nak kejar glamour!
Cantik pun berpada2,Pada  pencipta pun kita nak menunjuk gaya!
memang tak lah..

Ada telekung yang berkerawang penuh!kat kepala kat bawah kain...penuh sulam tebuk.
Kalau dah berbiku penuh di dahi,bagaimana nak sujud lama2?sakit!...
Pernah beli satu,bila habis solat,dahi berlekak lekuk dek sulam yang tebal.
Tak selesa langsung!

Ada telekung yang jarang atau nipis
Kalau dah jarang bagaimana nak dapat solat yang sempurna,jika bayang tali bra pun boleh di lihat dari luar?
Terlalu nipis pun boleh menyusahkan bila tiup dek angin,telekung terserkup ke depan?
Pernah ada satu,konon2 untuk mudah di bawa berjalan...
Bila tiup dek kipas,telekung dan penuh ke depan,belakang,tengkuk dah terdedah l…

CELOTEH ANAK2

HARI@ ADA SAHAJA MAUnya...

Ibu!surat!Alif hulur sehelai kertas berwarna biru muda.. Ada apa?tanyaku Ibu baca le...jawapnya selamber sambil berlalu.. Sebaik habis baca! Oooo...patut le muka masam mencuka! Orang cuti sekolah,dia kena gi ngaji 2 minggu..
Ibu!cari le sekolah lain....katanya satu pagi Sekolah kat mana?jawapku acuh tak acuh Sekolah kat Taman Emas tu!katanya Mana ada sekolah agama kat situ?tanyaku pula Ada!ibu bayar RM10 je...jawapnya Ya ke?murahnya!balasku Yalah!kawan2 Alif ramai sekolah situ!katanya lagi... Tapi,sekolah yang ini,TERBAIK!kataku pula Tapi...mahal!ibu kena bayar RM150!mahal!Taman Emas RM10 je sebulan..katanya lagi Mana tau ni?tanyaku pula Azmi bagitau!katanya lagi... Pandai je....sambil menjeling,aku berlalu pergi... MALAS NAK LAYAN!
Ibu!kenapa sekolah Balqis ni rajin sangat?tanyanya satu pagi Ustazah As kata,dia dah ambil duit sebulan!rasa tak sedap makan duit orang tapi...tak cukup bulannya...kataku Kenapa nak rasa macam tu?ambil je le.....katanya lagi Yala…

REUNION LAGI!

KALI KE 3!

Tahniah AJK yang bersusah payah mengadakannya.Bersusah payah menemukan kawan2 lama.Sedih tak dapat sama2 berpesta!
Sampaikan salam rindu pada semua.Walaupun dulu2..kita bukan rakan pilihan di antara satu dengan yang lain,sekarang kita berkawan hanyalah untuk menyambung silaturahim.
Ustaz kata.....oppss!bukan ustaz kata tapi kitab kata....antara kebaikan kita menyambung silaturahim sesama insan ialah ALLAH akan memberi keberkatan dalam hidup dan memanjangkan usia kita.
Menyambung silaturahim sesuatu yang di tuntut dalam agama islam kita yang indah ini.

Apa2 pun di harap tiada lagi sok sek sok sek...umpama rumah siap pahat berbunyi.
Dalam 70 orang kawan baru kita,pasti ada satu dua yang sangat sempurna di 'mata sendiri'.Apa yang kita buat serba tak betul!serba kekurangan.Tapi...bab dia...TIP TOP!
Apa nak buat pihak penaja....sabarrrr

Dengar2 makanan yang di sediakan pun yang terbaik!
Syabas!selamat berjamu selera dan jangan lupa dalam hati untuk ingat mangsa2 perang d…

KULIAH RABU..

YANG MENYENTAK JANTUNG!

Ustaz baca surah An-Naba'
Walaupun tak sempat habis!sedikit sebanyak masuk juga di benak akalku.
Bermula dari ayat pertama ayat ke dua....dan hingga ke ayat 17!
Semuanya mengenai alam yang cantik dengan tumbuhan2 dan gunung ganang....
Tapi..
Bakal binasa!dengan sekali tiupan sangkakala!
Kiamat itu pasti!
Hanya kita tak tahu bila!
Itu rahsia ALLAH...
Ustaz kata..
Kiamat kita ada 2 kali je,satu bila nyawa keluar dari badan dan bila dunia musnah!

Ustaz kata lagi...had umur kita semakin kurang,umat Nabi Muhammad hanya bertahan antara 60thn hingga 70thn je...jika umur kita masuk 50thn,bakinya hanya tinggal 10 atau 20thn je...sempat ke nak kumpul pahala?sempat ke nak bertaubat?sempat ke nak menyambung silaturahim yang terputus?sempat ke?..
HUH!
Payah nak kata ustaz,sempat tak sempat..insyaallah,kami akan cuba yang terbaik!

Lepas dunia hancur!musnah!
Kita semua akan mati!semua makhluk tuhan akan mati!
Proses kiamat umpama sekali ALLAH jentik bola je..
Bam!hancur t…

KAHWIN MUDA

Image
WAJARKAH?


Gambar kat atas ni...
contoh je ya,kepada tuan badan,mak cik pinjam cerita kamu sat nooo...
Jangan saman lak,mak cik tak ada duit...almaklum surirumah tangga je...

Ceritanya bermula...
Bila mereka bernikah di kala si gadis berusia 12thn dan si teruna 19thn.Mungkin usia teruna nampak cantik dan sesuai tapi...usia si gadis,rasa2nya terlalu muda belia.Riuh lah sekejap.Sana sini orang pertikaikan.Tapi...alasan ibubapanya buat kita terkedu!elak zina,elak maksiat.Tang ni...aku angkat bendera putih!Tabik hormat kat keluarga mereka.
Dalam usia sebegitu,mak cik masih melenting!main kejar2 lagi...
tapi anda dan bernikah!
Dalam usia sebegitu,kawan sedang menimba ilmu,tapi anda dah pecah dara!hehehe..jangan marah ya...Mak cik cakap yang betul.
Usia 12thn,rasa2nya kawan2 seusia sedang mentelaah untuk menduduki UPSR,tapi anda dah di ulit mimpi indah dalam dakapan sang teruna yang pastinya masih gagah perkasa!
Tak sempat menyambut ulangthn perkahwinan yang pertama.Anda di ceraikan dengan t…

GAYA TUDUNG...

Image
MACAM 2 ADA!

Dulu2...masa mula2 pakai tudung...
Ada beberapa je peten tudung...
1-Mini telekung
Tudung jenis ni biasanya labuh melepasi punggung atau menutup dada dan paling sempurna.Biasanya yang memakainya pun wanita yang penuh ilmu di dada.

2-Skarf

Tudung jenis pula..biasa aku pakai ,masa awal2 dulu..kejap senget kanan kejap senget kiri.Bosan kiri kanan,ikat belakang je..hehehe..tambah bunga sekuntum!dah macam nak kahwin!

3-Selendang..


Tudung jenis ni..biasa di pakai dari dulu hingga sekarang!setakat ni...aku tak pernah cuba!tak selesa...Gambar contoh kat atas tu..cara paling biasa,Selendang gaya gini biasa di pakai dengan baju2 tradisional kebaya atau baju kurung.

Tak lama kemudian,keluar pulak tudung bawal...


Berbagai2 jenis tudung bawal di pasaran,Harga pun ikut jenis kain dan jenis sulam.Jika baik mutu kain dan sulamnya,boleh jejak ratusan ringgit!tudung ni serba ringkas hanya perlu pin atau brooch utk menaikan seri si pemakai.Sila pastikan kainnya lembut dan selesa,jika tidak.…

JOHOR ISYTIHAR JUMAAT CUTI

HEHEHE...LAGI HURU HARA!

Bila Sultan Johor isytihar JUMAAT SEBAGAI CUTI UMUM BERMULA JANUARY 2014.Semua orang kelam kabut!masalah baru mula timbul.Banyak pihak terlibat sama!walaupun Najib kata....
Cuti pada hari Jumaat dan Sabtu yang di umumkan di Johor tidak akan menjejaskan pelabur sektor swasta negeri berkenaan.Semuanya akan seperti biasa.Maknanya...cuti hari apa2 pun!tak akan menganggu kehidupan harian kita.Itu cakap orang besar2,orang kecil2 macam kita....besar punya masalah!

Bila cuti dah jatuh hari Jumaat,ianya bukan satu perkara yang mudah!anak2 cuti sekolah hari apa pun!kita tak kisah....
Tapi...
Bila membabitkan perniagaan TASKA.Ianya sesuatu yang sangat memeningkan kepala.
Ada ibubapa yang bekerja swasta dan ada juga yang berkerja di jabatan kerajaan.Ini bermakna kami kena mangadap dua ketegori tenaga mahir di Malaysia.Satu swasta dan 1 lagi kerajaan.
Telefon Jabatan Buruh,
Tak tahu lah...kami sendiri pun tak tahu lagi,cuti hari apa!slow gila suara pegawai bertugas!hehehe.…

HANTARAN KAHWIN TERKINI!

RM400 RIBU?SEJUTA?ISH,ISH,ISH.....

Mazuin Hamzah....masa awal2 dulu mendapat hantaran paling tinggi!SEJUTA!
Kira oklah tu....kahwin pun dengan suku sakat Sultan Brunei.
Bahagia awalnya...namun jodoh tak panjang,berpisah dan Mazuin hanya bawa gelaran Hajjah Mazuin sahaja.
Erra Fazira,Siti Nurhaliza dan banyak lagi...antara wanita2 yang beruntung kerana dapat hantaran beratus ribu atau BERJUTA JUTA!

Jika dulu2,bawah RM5000 itu kira normal,atas RM5000 kira dah mahal sangat lah tu!
Mungkin masa tu,nilai duit tinggi lagi dan sesuai dengan keadaan pasaran.
Tapi...jahatnya keluarga lelaki...
Habis majlis..
Ahh!mana menantu 5 ribu tu...pergi basuh pinggan!bayar mahal2 tak kan dok je....
Jahat kan?kita yang mendengar rasa nak pitam!bayar 5 ribu je,tapi ..mengungkit!
Bab mengungkit bagi kat mereka!
Lagi satu...
Hantaran pun di ambil kira ikut taraf pendidikan...
Jika setakat darjah 6 pun tak lulus!RM1000 tu kira dah mahal!
Jika ada SRP(Sijil Rendah Pelajaran),up sikit!RM3000 kebawah!hehehe
Jika…

SUMBANG MAHRAM

AYAH,ABANG,ATOK,BAPA SAUDARA DAN SEKUTU DENGANNYA

Masa tunggu kereta di service,duduk santai je di lobi...
Seorang lelaki India mengeleng kepala membaca tajuk akhbar dan cuba menarik perhatianku...
Hajjah!lihat ni!...Anak mengaku dengan rela hati melakukan seks dengan ayah kandung!
Subhanallah!terpacul dari bibirku perkataan itu.Sebagai wanita islam,aku malu juga jika diajak berbual mengenai seks secara terang terangan.

Mereka tak boleh lah buat tajuk macam ni kat depan sekali!malu lah!keluh lelaki India tu lagi.
Dalam hati,bukan kamu je malu!saya pun malu!

Banyak betul kes2 macam ni di Malaysia dan lebih memalukan ialah:
Pertama:
Kebanyakkan pelaku sumbang mahram itu adalah melayu!
Kedua:
Bila sebut melayu,pastilah beragama islam sama macam aku!
Ketiga:
Nampak sangat mereka mainkan hukum ALLAH!mereka tak takut ALLAH!
Ke empat:
Mengapakah lelaki2 itu tergamak melakukannya?perbuatan mereka,mengambarkan mereka kurang akal dan iman.
Anak gadis tu kan anak dia?lahir dari benih cintanya?

B…

KENDURI KAHWIN SEMAKIN MAHAL!

MAMPU KAH ANAK2 KU NANTI?

Kenduri kahwin Effa RM26 RIBU!kata kak Ngah petang tadi
Apa?RM26 RIBU!mahalnya....terkejut beruk aku mendengarnya
Pakej,semua ada....makan,pelamin dan mak andam....kata Kak Ngah lagi
Sayangnya duit....keluhku lagi,di akal fikiranku....baik lah buat bayar muka rumah ke,kereta ke...apatah lagi kereta 12thn dah tak di benarkan berada di jalan raya.
Dia buat kat mana?tanyaku lagi
Kat bawah flat tu je....jawap Kak Ngah lagi...
Oooo..ingat buat kat Dewan ..balasku,dalam hati tetap berkata ....MEMBAZIR!kalau orang kaya ok le juga,setakat makan gaji kat hospital kerajaan sebagai pegawai am,berapa lah sangat gaji yang di bawa balik.Sayangnya duitttt...
Tak membazir ke Kak Ngah?tanyaku memancing pendapat Kakakku itu.
Tak tahu...terpulang kat dia kot?balas Kak Ngah.
Suka hati lah!duit dia....esok jangan dah ada anak 2 hutang kahwin tak habis2 lagi...kataku lagi..

Mahalnya belanja kahwin zaman sekarang,kesian anak2..kalau perempuan tak membebankan sebab dapat duit!tapi..…

GPTD: Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)

Image
SIAPA KAH GERANGAN AHMAD AMMAR AHMAD AZAM?



Riuh orang memperkatakan mengenainya
Dalam wall pun ada orang share, orang tag artikel Ahmad Ammar untuk aku
tapi...aku lebih banyak mendiamkan diri..dalam hati...siapa lah budak ni,apa lah yang hebat sangat mengenainya?
Anak  sahabatku pun ada cerita mengenainya semasa melawat Turky,Ammar antara yang di temui.kecil molek orangnya dan berkaca mata.
Aunty!budak ni lah yang saya jumpa masa kat Turki!
Namun aku tetap mendengar sekadar halwa telinga di pagi hari,almaklum,pemergian manusia kepada yang esa acap kali berlaku.Pendek kata...setiap hari pasti ada kematian.
Sejak terbit matahari,kita akan dengar sana sini,orang mati.sesuatu yang tak pelik lagi.

Sehinggalah pada satu hari...
Aku sendiri terbuka hati untuk mengenalinya...
Aku buka youtube di atas,hati terus jatuh cinta padanya.
Ooooo ini rupanya Ahmad Ammar...
Dalam usia semuda ini,dia  bijak mengatur perjalanan hidup sendiri.
Sangat menarik hati..

Bila cerita dengan anak2,mereka akan kat…

TANDAS AWAM KITA MASIH KOTOR?

Image
SETUJU ATAU TAK?
SILA BUAT KARANGAN MENGENAINYA...

TINJAUAN: Audit Jabatan Kerajaan Tempatan keatas 10,257 tandas awam di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) antara Januari hingga Jun lepas mendapati 61 peratus daripadanya berada dalam keadaan kurang memuaskan. Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Abdul Rahman dahlan berkata..... 'star rating' jabatan berkenaan,2,733 atau 26,65% tandas yang di audit mencapai taraf 2 bintang,manakala 2,460 atau 23.98% mencapai satu bintang dan 1,086 atau 10.59% langsung tak layak berbintang! Manakala 350 atau 3.421% buah tandas mencapai taraf lima bintang!manakala 1,207 atau 11.77% menacapai empat bintang dan 2,421 atau 23.6% berjaya meraih tiga bintang sahaja. Angka2 tersebut menunjukan masih banyak yang perlu di beri perhatian oleh pihak2 tertentu.Sementelah negara kita bakal menyambut ketibaan tahun melawat Malaysia 2014. Kerajaan telah memperuntukan RM2.5juta!untuk projek2 naik taraf dan pembinaan tan…

AKU SEPASANG KASUT..

Image
BEGITU SETIA BERSAMA TUAN KU..



Namaku Clarks...
Warna biru campur kelabu...
Berharga lah juga...walaupun tak sampai RM200 punnnn!
Bak kata orang2 lama....Kalah membeli menang memakai!
Tapi..mahal lah juga untuk seorang kanak2 yang memakainya.
Orang tua2 kata...tak sepadan dengan usia!

Ibu tuan ku telah membeli aku di sebuah kedai di gedung ternama di bandar Kuala Lumpur kira2 bertahun2 yang lalu...
Rasa2nya hampir 3thn kot?
Dek lama sangat!hampir lupa usianya...
Daripada longgar hingga sempit!padat! di kaki nya...
Tuan ku tetap setia bersama ku...
Di pijaknya tali belakang agar kakinya tetap di atas badanku.

Beliau begitu mengemari aku walaupun aku dah tak layak tersarung di kakinya
Aku dan cukup kecil buatnya,aku dah tak sesuai untuk di pakai lagi walaupun keadaan aku masih utuh dan cantik!

Ibu tuan ku telah mengantikan aku dengan sepasang kasut baru dari jenama yang sama,namun aku tetap menjadi pilihannya.
Ada sahaja alasan mengapa kasut baru tu tak menepati citarasanya..
walhal,sam…

MAKAN MAMAK?

MAKAN SESEKALI SESEKALA..
Hehehe...

Suami sering ajak makan kat Mamak!
selalu juga mengelak!
Tak kiralah alasan apa....
sanggup makan maggi atau roti gardenia..
Untuk makan mamak!
Sesuatu yang amat menyiksa jiwa dan raga..

Tak tahu kenapa..
Sebut je Mamak!tekak terus tertutup rapat!
Bila jalan jauh ke selatan..
Adakalanya terpaksa menyinggah juga..
lapar perut tiba2 buat kami kena juga makan mamak!

Pernah sekali tu...
Dalam perjalanan ke KL,singgap di Salim Kepala Ikan di Bidor Perak
Hari2 lalu...tak terfikir untuk singgah menjamu selera di situ..
Selalu dapat elak!
Tapi..kali ini,anak2 kecil juga turut lapar termasuk suami yang PANTANG!perut kosong!
Mood hilang terus garang!

Anak sulung terus meluru ke tempat makan,ambil pinggan dan nasi kosong..
Tetiba...
Datang balik dengan muka yang muram..
kenapa?tanyaku
Tak jadi makanlah!jawapnya...
Kenapa?tanyaku lagi
Dia tunjuk bawah pinggan kaler pink!kotor!berlumut!tak pernah basuh!berminyak kehitaman..
gelinya....
Kembang tekak! tapi...orde…

BILA TERTANGKAP!1001 MACAM ALASAN DI BERI..

APA NAK BUAT.....
NASI DAH JADI BUBUR...




Bukan nak malukan dia..
Tapi..sekadar kongsi untuk ingatan...
Malu bukan kepalang...
Namun...semua nya dah berlaku...
Tak boleh pusing balik!
Tak boleh nak patah balik!
Yang pasti........
Lepas ni dah tak boleh angkat muka!satu kampung tahu angkara..
Alasan biasa....
Anak anak..
Tiada pekerjaan,walhal badan sasa bukan main!
Sihat cukup sifat..
Sihat hingga boleh jadi bapa kepada anak2 yang setia menanti di rumah...
Malangnya...
Si ayah mencuri duit di masjid demi sesuap nasi anak2
Si ayah sanggup melakukannya walaupun di rumah ALLAH..
Nak kesihan pun tak boleh...
Sebab...
Tiada sebab dia melakukan perkara ini semua..
Dunia luas!
Orang Indon,orang Nepal,orang Bangla dan lain lain bangsa lagi...
bermaharaja lela di sini..
mencari rezeki dan menjadi kaya di bumi ALLAH ini..
Tapi...
Lelaki ini....
Masih mencari pencuri di tanah sendiri
Kenapa?
Hahaha....jawapan paling tepat!
Pemalas!,tak tahu malu dan tak takut dosa!
ALLAH tak tidur En Abang wehhh!

UPSR,PMR,SPM,STPM

ANTARA PEPERIKSAAN BESAR DI MALAYSIA

Masa anak kecil2... Tak peduli semua ni.. UPSR,PMR,SPM atau STPM.. Yang kita tahu... Alahai...anak2 comel berlari kesana kemari bersama rakan2. Masa ni...semua yang di buat dek anak2 menarik di pandang mata.
Bila naik darjah 1, Subhanallah.....tekanan mulai terasa namun ok lagi Begitulah seterusnya hingga ke tahaf 6.. Kat sini,kelayakan anak2 teruji dengan UPSR.. Kehulu ke hilir,ibubapa menghantar anak2 gi kelas tambahan Termasuk lah aku... HUH! Bermodal,berhabisan!hanya untuk meraihkan A dalam keputusan. Bila keputusan keluar.... yang berjaya dapat banyak A.. Suka! bersorak seronok..kesana kemari nak tayang anak2 yang berjaya mengharumkan nama Semua kenalan ucap tahniah! hidung ibubapa kembang sekembang kacip Fatimah!

Yang gagal.. Tunduk malu,kalau boleh...muka nak sapu ke jalan.. Punyalah malu! Subhanallah...malu yang amat malu! tak boleh di kata tak boleh di lukiskan... Malu bukan kepalang... Semua kenalan hanya mampu ucapkan...sabar lah,bukan r…

BILA AIR TAK ADA!

APA PUN TAK BOLEHHH

Dah solat?tanyaku pada anak dara
Lum..jawapnya hambar
Hai!dah pukul berapa ni?tak solat lagi?jerkahku bila lihat jam
Nak solat macam mana?air tak ada!katanya
Haii!tak kan le semua tempat tak ada air?tanyaku lagi..
Tak tahu!tapi...kat hostel kitaorang memang tak ada!ibu tau tak?dah hampir 2 minggu!nak buang air nak mandi nak apa pun susah!kitaorang tak mandi tau!katanya panjang lebar
Mandilah kat tempat lain...saranku
Ibu cakap senang,kat tempat lain pun tak ada....kalau ada pun penuh dengan orang!kalau ada pun ada aje masalah,macam tak sepakat je pengurusan U ni!katanya lagi
Tak bagitau pihak U?tanyaku lagi
Dah!hari2!dah nak menyampah nak cakap lagi..katanya lagi
Ooo...tapi...tetap kena solat!kataku lagi
Nak buat macam mana?nak buang air pun susah!Aina dah kurang minum sebab takut nak terkencing!katanya lagi...
Tak boleh juga...nanti air kurang dalam badan,sakit kepala pula..kataku lagi
Habis nak buat macam mana?malam2 pun tak minum,takut nak terkencing..sambung la…

PENYAMPAIAN SIJIL HUJUNG TAHUN..

TANDA BERAKHIRNYA ZAMAN  SANTAI  ANAK2!

Ibu!ini surat cikgu bagi!kata Aaliya sambil menghulur sehelai surat berkeler pink pekat Ok hanya itu jawapan yang mampu sebab tengah memandu Ibu!baca tau!surat cikgu bagi ni!katanya lagi Ok hanya itu jawapan yang mampu di ucapkan... Si anak tak berpuashati.... Ibu!dengar tak?ibu jangan lupa baca surat cikgu ni!katanya lagi bila aku endah tak endah sahaja Dalam hati....kena sekel juga ni karang,orang tengah memandu di suruh nya baca surat! Ok...awak baca lah!ibu kan tengah bawa kereta,karang masuk longkang!kataku Oooo....sambil merangkak membaca surat rasmi yang di beri. Walaupun terhegeh2 tapi...boleh lah!faham lah juga... Tak sangka kan!anak yang dulu2 kita jaga,kita peluk,kita belai.... Dah besar! dah nak masuk darjah 1!
Yang paling penting!dah pandai baca surat!
hehehe
Surat itu membawa maksud aku,suami kena menghadirkan diri di hari penyampaian sijil pada ahad nanti. Ibu pergi nak tengok apa?tanyaku Tengok saya lah!jawapnya.. Ooooo...untuk a…