Posts

Showing posts from August, 2013

NYAMUK AEDES YANG NAKAL

CATATAN KE 261
BILA MENYAPA TERUS DEMAM!

Pagi hari.. Kenapa Laila?tanya aku pada seorang sahabat Demam....jawap sahabat Tak bawa jumpa doktor?tanyaku lagi Belum...rasa2nya macam demam biasa kot?jawapnya pula Bawalah...takut melarat...cadangku Tunggu lah,petang nanti kalau tak kebah demamnya,aku bawalah...jawapnya berserah
Petang hari.. Apa citer si Laila tu Nah?tanya aku sebaik sahaja terlihat kelibatnya
Tak bawa lagi pun,Si Laila kata dia dah ok jawapnya
Jangan main2 Nah,takut2 denggi pulak...kataku lagi
Ish...tak lah!demam biasa je..jawap Nah penuh yakin
Cuba kau tanya....
Ada tak rasa lenguh kat sendi atau pergelangan tangan?
Ada tak rasa pedih kat mata?
Ada tak rasa seram sejuk?
Ada tak rasa perit kat tekak,atau tekak dia tak rasa apa jika masukkan apa pun makanan?
Ada tak ruam kat badan?
Ada tak badan letih lesu tak bermaya?
Kalau ada...aku rasa elok le kau bawa dia ke Hospital,kalau dah melarat lagi lah susah!kataku
Ish..kau ni menakutkan je..jawap Nah yang sibuk manjang..

Aku ca…

PEREMPUAN 2 SUAMI?

Image
CATATAN KE 260
AMBIK KO!



Nairobi: Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.
Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.
Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.
Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.
Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.
“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.
Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu d…

MALAM MERDEKA!

CATATAN KE 259
HOREY!MERDEKA!

Si bujang nak rike bersama rakan2
Si dara nak minum2 sambil menunggu detik bersejarah
Sebaik jarum pendek dan panjang melabuhkan diri di angka 12!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
YES! kita sudah MERDEKA!...
Tapi...apa itu MERDEKA?

Cuba tanya anak2 kita,apa yang mereka tau mengenai KEMERDEKAAN?
HAHAHAHA....
Jawapan yang mereka akan beri semuanya tak ada kena mengena dengan KEMERDEKAAN NEGARA.
Ali!apa itu MERDEKA?si ibu bertanya
aaeerrr.....MERDEKA LAH!gagap anak menjawap
Tak faham erti MERDEKA tapi bersiap siap ni nak kemana?bentak si ibu
Aaeerrr..gagap lagi...
Apa aaerrrr?erti MERDEKA pun tak tau nak ketimur kebarat!ngada2 je...kata si ibu lagi
Tapi..Ali dah janji dengan kawan2 balas anak
Pergi panggil kawan2 tu,ibu nak tanya sorang2 makna MERDEKA..si ibu mula menunjukan pemerintahan kuku besinya
Ibu ni...malu lah!rayu anak
Kenapa nak malu?nak keluar untuk MERDEKA tapi..makna pun tak tau...yang kau orang faham,MERDEKA tu lesen untuk keluarlah kan?kata si ibu lagi

ALAHAI ANAK...

Image
CATATAN KE 258
DILARANG SALAH DI BIAR PUNNN SALAH!

Mereka tak faham..
Ibubapa mana sanggup lihat anak tak berpelajaran
Ibubapa mana yang sanggup lihat anak2 susah
Ibubapa mana yang sanggup lihat anak kecundang dalam hidup.

Semua ibubapa di dunia ini...
Hanya ingin melihat anak2 berjaya di dunia dan akhirat
Mempunyai keluarga yang sempurna
Mempunyai kehidupan yang baik.

Semua ibubapa hanya berharap agar anak2 berjaya setinggi langit!
Boleh mengapai bintang di malam hari
Boleh terbang kesana ke mari
Dan mampu miliki apa sahaja yang tersirat di hati.

Namun,
Ramai anak2 yang tak faham hasrat nurani ibubapa
Lagi di larang!
lagi ligat mereka lakukan
Lagi di larang
Makin galak mereka merancang sesuatu yang akhirnya menjerat leher mereka sendiri.

Puan kena berbuat sesuatu
Anak Puan bukan bodoh!
Anak Puan ada Otak!
Anak Puan mampu menakluki dunia
Asalkan kita beri sokongan padu padanya.

Sokongan padu?selama ini,tiada sokongan kah?tiada bantuan talian hayat kah?
Cikgu,anda silap besar!
Cikgu mem…

PANGGILAN HAJI

Image
CATATAN KE 257
TUMPANG SUKA....

Bila baca status kawan2 yang dapat panggilan Haji tahun ini,hati berbunga gembira.Cemburu nya...bila lah aku pula dapat menjejakkan kaki ke sana lagi.
Bila dengar kawan2 yang dapat pergi...cerita itu dan ini...Hati rasa pilu,bilalah giliran aku..

Bila perginya?tanyaku pada Shah
Tak lama lagi...saya ambil penerbangan awal...
Ooo..tahniah tau!doakan lah untuk saya..pintaku
Insyaallah...

Terbayang jelas di ruang mata...kenangan semasa pergi umrah tempohari.


Kami sampai ke Mekah lebih kurang pukul 12 tengah malam.Bus2 tak di galakkan untuk masuk ke kawasan masjidilharam waktu isyak untuk mengelak dari kesesakan.Orang solat isyak bukan 1000 tapi melimpah ruah hingga ke jalan2 raya.Sebaik memasuki sempadan,mutawif membaca doa yang si sarankan.Dalam hati....

Ooo..ini rupanya Mekah,tempat kelahiran Nabi kita.
Lihat sekitar,mungkin dulu dengan sekarang banyak bezanya.Zaman nabi mesti tak semeriah sekarang..sayu bila ingat sirah nabi,sayu hati bila ingat perjuanga…

BLOG BERWAJAH BARU!

CATATAN KE 256
YES!WALAU PUN SIKIT SENTUHANNYA,IBU TETAP BERBESAR HATI

Selalunya.. Warna latar peach Selalunya .. Sunyi je... Selalunya...begitulah..
Tapi.. Hari ini,buka je.. Opocot!terpanjat gegirl...dah tukar kaler kuning ke emasan Cantik sekali,warna kegemaran aku Wah!ada muzik pula... Hahaha... Macam2! Siapa yang buat sentuhan terakhir kat blog ibu? Mira...siapa lagi Oooo..terima kasih tapi..patut pun!belajar tinggi2,ambil bidang IT bagai...tak kan tak tahu nak cantikkan blog ibu ni..Tapi..tak payah banyak sangat benda alah kat dalam tu,nanti lambat!kenalah pula kat Pekan kecil jauh dari pembangunan ni...lagilah lambat nanti... Orang dah buat banyak lah pulak komplen..kata Mira Bukan komplen tapi..memberi cadangan je..Line kat Pekan ni macam lahabau!kejap dapat kejap tak.. Lagu apa tu?macam pelik je... Ibu kan suka lagu slow2 macam tu.. Oooo siapa penyanyinya? Penyanyi Indonesia... Lagu lain tak ada ke? lagu apa?tanya Mira Lagu2 yang setanding usia lah... Ok..nanti Mira carikan..…

MOTIVASI PAGI

CATATAN KE 255
ADA BAIK DAN ADA YANG  BOLEH MENAIKKAN DARAH!

Mula2 dengar.. ok je le..boleh terima dek akal Mula2 dengar.. sedap juga pakar motivasi ni.. pandai dia menuturkan kata2 Wah!banyak sungguh perbuatan yang aku silap buat Nampak sangat aku kurang ilmu di dada Wah!kena tukar ni,tak boleh ikut cara lama kena Up grade kan sistem!
Semua pasangan di galakkan memeluk pasangan setiap pagi selama 10 saat!untuk mendapat lebih semangat bekerja... Hahaha....10 saat? Bayangkan 10 saat dalam dakapan suami tercinta.Bayangkan....anak2 yang 5 tu siapa nak uruskan,Walaupun hanya 10 saat,banyak kerja yang boleh di buat. 10 saat!amat bermakna buat aku surirumah tangga atau wanita bekerjaya!
Adakalanya,nak berdandan pun dalam kereta je..nak pakai gincu pun payah!bergoyang kiri kanan.
Pendek kata! Banyak perkara boleh di buat dalam waktu 10 saat tu...
Jangan lupaaaa.... Mati pun boleh berlaku dalam masa 10 saat itu! 10saat,10 minit atau 10 jam...sama je,MASA ITU EMAS!
Ko ni..melawan lah!buat je l…

31HB OGOS 2013

Image
CATATAN KE 254
MERDEKA!

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh
MERDEKA!MERDEKA!
Seronok ke?
Selamber je kan?tak rasa apa2..tak perasan pun kalau tak baca surat khabar atau tak di beritau oleh orang lain.
Kenapa?
Tak tau lah nak kata apa,mungkin sibuk,mungkin terlupa dan mungkin tak bermakna apa2 pun.
MERDEKA atau tak pada kami,sama je...
MERDEKA dari penjajahan je,tapi..realitynya..sama je..Penjajah itu sudah lari,tap,kesanya masih tertanam di sanubari.

Ibu!apa tu MERDEKA?
MERDEKA itu adalah KEBEBASAN!
Dulu2 negara kita telah di jajah oleh kuasa asing.
Kuasa asing yang di maksudkan itu ialah BRITISH!
Tapi..kita cuba untuk bebas dari cengkaman mereka dan akhirnya setelah menempuh banyak rintangan,Akhirnya kita MERDEKA!
YES! kita telah MERDEKA!

Tapi..
Dulu2 mungkin keMERDEKAan tu terasa,sekarang....
MERDEKA kah kita?
Dengan gaya politik masa kini,dengan tuntutan hidup yang mencengkam
MERDEKA KAH ANDA?

Aku pun belajar sejarah.
Aku hargai jasa2 pahlawan2 yang berjuang
Aku sedekahkah Al Fa…

TUDUNG KEPALA

CATATAN KE 253
WAJIB ATAU IKUT SUKA?

SEBELUM..
Mengapa tak pakai tudung?
Belum dapat seru lagi....
Bukankah memakai tudung wajib bagi perempuan muslim?
Tunggulah...
Nak tunggu bila?
lepas kahwin kot..
Tak kesian kat ayah kau ke?belum kahwin tak pakai,bila dah kahwin pula nak pakai...untunglah suami kau sebab tak tanggung dosa tak pakai tudung kau tu..
?????

SESUDAH..
Bila mula bertudung?
Aku mula memakai tudung seawal 21thn.
Kenapa pakai tudung?
WAJIB pakai,maka aku pakailah!
Kenapa tak seawal itu?
Sebab hati hitam!
Tiada pendedahan mengenai kewajipan memakai tudung?
Ada..tapi dasar ungkal maarif!tu yang buat dek je..
Tak takut azab neraka?
Takut,tapi...tak berapa fikir mengenainya
Tau tak?ALLAH murka pada kamu...
Aku tau...tapi..masa tu,tak terfikir pun mengenainya...
Kenapa tetiba terfikir nak memakai tudung kepala?
Kesedaran sendiri..
Bukan BF suruh ke?
Tak lah!sendiri....
Bukan suami suruh?
Bukan..datang dari hati sendiri..
Betul?
Betulllll....

Begitulah antara perbualan biasa pere…

MESIN JAHIT BARU

CATATAN KE 252
ADA ADA AJE!

Kamu dah kecilkan jubah2 saya tu?tanya suami
Ibu!dah jahitkan kain Aina?tanya anak sulung
Ibu!jahitkan baju Mira yang koyak tu!kata Mira
Ibu....seluar Akif ni dah gedobos!kecilkan lah sikit...kata Akif
Ibu!dah jahitkan butang baju Alif kata anak jantan paling keletah
Dan....
Ibu...baju sekolah saya koyak kat peha,ibu betulkan lah.....kata anak dara cilik saya...
ALAHAIIIII
Banyaknya masalah!sakit kepala...

Untuk semua,ibu nak jahitkan tapi..wayar penyambung dah hilang!tak tau kat mana.....
Pindah rumah,orang gaji yang bersilih ganti...buat banyak barangan rumah aku hilang dan rosak.
Untuk semua,ibu nak minta tolong...piii lah carikan benda alah tu rayu ku...
Nak cari kata mana?tanya mereka..
Stor!apa lagi!kataku sambil membulatkan mata

Seharian kami mencarinya.
Sah!tak ada
Sah!dah ghaib tak tahu kemana..Mungkin bibik kami buat ampai kot?Pembantu rumah ni adakalanya..buat benda2 yang tak masuk dek akal!
Marah pun tak guna,mereka akan buat muka seposen!
Sebaik…

DUNIA AKHIR ZAMAN..

Image
CATATAN KE 251
DI MANAKAH SILAPNYA?

Terpandang di dada akhbar,seorang kanak2..bukan kanak2 tapi bayi 18 bulan telah di liwat oleh seseorang.Di sedari oleh ibubapa ketika menyalinkan lampin pakai buangnya.Kejadian berlaku di Segamat,Johor!Subhanallah...orang Segamat dah tak kenal bayi dengan perempuan dewasa kah?atau orang Segamat dah hilang akal?Bayi yang sekecil itu pun boleh menaikan nafsu anda?Sah!anda dah gila,dah mereng dan paling tepat!dah nak mati!

Bayi sekecil itu.,tergamak kamu liwat? Jahatnya kamu wahai si peliwat,di luar sana...masih ramai teruna atau gadis yang suka di liwat!mengapa bayi sekecil itu yang kamu inginkan?
Di India,seorang kanak2 berusia 3thn telah di rogol oleh pemandu bus sekolahnya sendiri.Bayangkan....kanak2 seusia itu,telah kamu tebuk!Syaitanlah kamu2 wahai lelaki perogol,kamu bukan jahat sahaja tapi jahat melebihi hantu!
Kanak2 di dunia ini telah menjadi mangsa kerakusan orang dewasa.Sangat malang nasib kamu anak2,dulu2..aunty hidup aman damai je,kemana m…

DENGANMU AKU HIDUP

Image
CATATAN KE 250
TOLONG YA ALLAH...


Lihat Ya ALLAH..
Tubuh mereka dingin dan kaku...terbiar sepi...
Menunggu giliran untuk di kapan dan kebumikan
Sedihnya hati ini YA ALLAH..



Lihat YA ALLAH..
Kezaliman manusia buat mereka pergi tanpa rela...
Tinggalkan ibuayah di kala semua kanak2 seusia bergembira
Sepatutnya ketika usia begini,mereka bermain kejar kejar,mereka bersorak riang menendang bola..Tapi..
Manusia durjana telah melenyapkan semua kegembiraan itu..



Lihat YA ALLAH..
Seorang ibu sedang mengecam anak sendiri..Pasti ketika ini,dadanya berdegup kencang,dak duk dak duk...
ketika mereka di lontar dengan gas itu,ibubapa tiada di sisi...
Mereka pasti takut dan menangis sendiri...
Gas beracun itu telah melemahkan seluruh anggota anak ini YA ALLAH
Memuntahkan segala isi perut
Menyesakkan pernafasan dan menghilangkan ingatan..mereka dalam keadaan khayal sehingga tak terdaya untuk mendengar apa2 pun..apatah lagi,mendengar namamu di sebut2 sebelum mereka menutup mata 
Tapi..
Aku yakin,kau tau segala2nya...



Lihat …

KARIAH KU

Image
CATATAN KE 249
ALAHAIII..(ANTARA 2 DARJAT)

Aku dok tengah2 di antara 2 taman,di antara 2 masjid.. Aku daftar kat 22 masjid sebagai kariah.Aku pergi belajar di kedua2 masjid secara bergilir,begitu juga suami.Jumaat ke masjid B,waktu2 biasa ke masjid A.
Waktu2 biasa,aku ikut ke masjid A sebab dah tentu perempuan ada walaupun 2 atau 3 orang je.Masjid B,kadang2 ada,kadang tak ada.Tu yang buat aku tak berani nak menjenggah muka kat Masjid B. Kalau buat korban,aku akan ke masjid B kerana kat sini kebanyakkan masyarakatnya  dari golongan sederhana dan rendah.Jika di masjid A,kebanyakkan masyarakatnya pencen penjawat awam dan lain lain lagi.Pendek kata,Masjid A banyak orang berWANG! Mereka dah boleh di kira tua sempurna.Mereka dapat ke luar negara kerana mereka antara orang2 yang berpencen yang berWANG!
Tapi...masjid B,orang2 yang hidup sederhana,rumah pun kos sederhana je..jauh berbeza dengan kehidupan kariah masjid A.
Taman ni,macam2 gajala sosial yang ada!kalau citer 1 hari 1 malam pun tak…

IMAM AL GHAZALI

CATATAN KE 248
BERTANYA...

Satu hari Imam Al Ghazali berkumpul bersama anak2 muridnya lalu...
Imam Ghazali bertanya
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 orang tua!
Murid 2 Guru!
Murid 3 Teman!
Murid 4 kaum kerabat
Imam Ghazali berkata semua jawapan itu benar belaka,Tapi...yang paling dekat dengan kita ialah MATI!(sebab itu janji ALLAH, yang bernyawa pasti akan mati!)

Apakah yang paling jauh dengan kita di dunia ini?
Murid 1 Negeri China!
Murid 2 Bulan!
Murid 3 Matahari!
Murid 4 Bintang2!
Imam Ghazali berkata semua jawapan itu benar belaka,tapi...yang paling benar ialah MASA LALU!bagaimanapun kita,apa pun kenderaan kita,tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu...Oleh sebab itu,kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran ALLAH.

Apakah yang paling besar di dunia ini?
Murid 1 Gunung!
Murid 2 Matahari!
Murid 3 Bumi!
Murid 4 ?
Imam Ghazali berkata semua jawapan itu benar belaka,tapi...yang pali…

ALAHAI ANAK...

CATATAN KE 247

Aku ada 5 anak!3 perempuan dan 2 lelaki
Yang sulung 20thn,kedua 18thn,ketiga 16thn,keempat 9thn dan yang akhir 6thn.
Ramainya....kata sahabat
Rezeki ALLAH beri..jawapku
Weh!ko macam penoreh getah lah!kata sahabat lagi
Apa kene mengena banyak anak dengan penoreh getah?tanya aku pula
Yalah..macam tak de keje lain!kata sahabat separuh mengejek
Tak baik tau kata macam tu,dah ALLAH tulis sejak azali anak aku ada 5!nak buat macam mana?jawapku selamber
Dok lagi kat tempat jin bertendang!orang bandar tak sempat nak buat anak!sebab tu anak2 mereka jumlahnya sedikit katanya lagi
Yalah tu....orang bandar aje yang pandai merancang,orang kampung main terjah je!kataku
Janganlah marah,aku gurau je kata sahabat
Kami saling berbalas senyum,dalam hati....cili mulut tu kang baru tau!Mulut longkang!
Antara dialog yang biasa di dengari,sehingga menjadi lali....:(

Anak ramai sebenarnya memenatkan,bukan nak salah takdir ALLAH,cuma sekadar meluah isi hati ini.ALLAH beri anak ramai itu rezeki s…

TAK BUAT RUMAH TERBUKA KE PUAN?

CATATAN KE 246
TAHUN NI..................TARAK!

Soalan biasa,soalan yang acapkali akan keluar dari mulut sahabat handai.
Anda pernah mengalami?
PASTI!semua orang akan di tanya soalan yang sama cuma nada berbeza.

Seperti tahun2 lalu,aku pasti buka rumah untuk acara ini,seluas2nya pintu rumah di buka bagi meraikan rakan taulan.
Firasat kita,pasti ramai datang,cara bertanya macam nak datang bebenorrr!

Sebagai tuan rumah,dari hari pertama....
Cari catering terbaik!
Cari tukang lemang terbaik!
Cari tukang kek terbaik!
Cari tukang bako sate terbaik!
Pendek kata....semua yang terbaik untuk meraikan sahabat handai yang bakal hadir.

Sebagai tuan rumah dari hari pertama....
Mula mencari nama2 hadirin yang bakal di jemput.
Mula mencari khemah yang sempurna,salah tempah!bakal dapat khemah yang serabai!khemah bocor,tak de kipas,tiang berkarat,tak de alas meja kerana permintaan terlalu tinggi!sana sini rumah terbuka,jika ada pun...gerenti bau hanyir!kena basuh balik letak soflan banyak2 agar wangi.