Posts

Showing posts from May, 2013

CELOTEH ANAK

BANYAK CEKADAK!

Hari ini,malas nak masak!Biasanya akan tanya anak2 nak makan apa?
Pilihan semua ialah makan di Horizon Garden,satu2nya kedai yang terbaik di Manjung.Kat sini,makanan yang tersedia boleh di kira terbaik setakat ini.

Anak2 kecilku sangat menyukai Tom Yam merah mereka.Sehingga Tom Yam air tangan aku sendiri pun tak boleh menandingi Tom Yam mereka.

Ibu!masak apa?tanya Alif sebaik masuk kereta
Ibu Tak masak,ibu beli Tom Yam kat Horizon je!jawapku
Horeyyy!jeritnya suka
Sebaik Tom Yam terhidang...
Ibu beli ke ibu masak?tanyanya kehairanan
Kenapa?ibu belilah!jawapku menipu
Ibu tipu ya...tanya nya menduga
Ibu belilah!tapi..tukang masak No 2,tukang masak No 1 cuti hari ini..jawapku
Alaaa...lain kali Ibu jangan beli tau,kalau tukang masak no 1 cuti...katanya
Kenapa?tanya aku pula
Tak sedap!katanya lagi
Apa?tak sedap?kesian Tukang masak No 2 tu,dia susah payah masak tapi...Alif kata tak sedap!celotehku panjang
yalah ibu!tak sedap!cuba ibu rasa...tak sama macam masakan tukang masak…

BN LAWAN PR!TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA

PENYOKONG TEGAR

Kenal Arip hampir 7thn lalu,orangnya kecil,awet muda dan tak kahwin2 laaaa ni.Jika beli sayur mesti dengan Arip dan nampak sayur pasti ingat Arip!Berkaca mata,rambut ikal mayang,berkulit sawo matang dan boleh tahan rupanya walaupun tak sekacak Arron Aziz!

Hari demi hari,perkenalan kami telah berjaya menjalinkan hubungan antara pelanggan dan tokey yang  akrab.
Seorang penyokong BN tegar!Tak Sah!kalau tak terpasul isu politik setiap kali berjumpa.Mula2 layan juga,tapi...adakalanya,meluat juga.Puji parti sendiri ibarat masuk bakul angkat sendiri!kutuk parti orang langsung tak ingat dunia!Jika di beri peluang bersuara,Arip cukup pandai berkata2,lembut gigi dari lidah!
Bila kita kutuk parti dia...subhanallah!macam nak runtuh langit di buatnya.
Benci pun ada bila tengok muka dia,rasa macam nak bagi penampaq je!

Pagi tadi....
Hai kak!lama tak nampak?sapa Arip
Ada....malas nak pergi pasar..jawapku acuh tak acuh
Ingatkan Akak sedih lagi..katanya lagi
Apasal pulak nak sedih2 Rip…

YES!ESOK CUTI!

AKTIVITI CUTI SEKOLAH ATAU CUTI BERSAMA ANAK2

Seperti biasa,tiada apa2...dok rumah goyang kaki.Makan tidur makan tidur je kejenya.Anak2 dah biasa keluar rumah,jadi cuti atau tak...kehidupan mereka sama je

Jom!kita bawa bbdk gi keluar,,ajak kakak
Aku ok je,nak gi mana?tanya aku pula
Mana2 je...katanya lagi
Mana sempat nak booking?kataku lagi
Alahai...pergi mana2 yang ada je...katanya lagi
Dalam hati.kakakku pasti dah bosan tahaf gaban!

Biasanya,dia tak begitu.Bila di ajak,ada je alasannya.Tapi hari ini,dia pula yang jadi pencadang!

Kita selalu terlupa.masa kita dengan anak2 sgt terhad!mereka akan ada bersama kita semasa kecil sahaja.Bila mereka dah besar dan  mula keluar samada belajar atau berkahwin.Mereka dah hilang.....
Kita dah tak dapat nak tawan lagi,mereka dah ada tanggungjwp sendiri.Masa tu...kita sama macam pungguk rindukan bulan!termenung merenung langit yang gelap gelita.Oleh kerana itu,jika ada kesempatan,bercutilah bersama mereka.

Bila bercuti,kami selalu duduk sebilik.Ram…

LUAHAN HATI SEORANG IBU TUA..

CATATAN KE 187
BILA ANAK MASUK U,MASUK KOLEJ ATAU MASUK APA PUN...

Masa kecil,anak2 memulakan pembelajaran dari rumah,kemudian tadika,kemudian Sekolah Kebangsaan,kemudian Sekolah menengah dan akhir sekali...masuk U atau Kolej atau pusat2 pengajian yang sewaktu dengannya.

Anak sulung,tak ada pengalaman
Anak sulung pembuka jalan dan anak sulung yang beri pengalaman baru
Selepas anak sulung dapat keputusan,boleh lah!nak peluk gunung tapi tangan tak sampai.Makanya,peluk le gunung yang apa adanya.
Dah hampir 2 tahun,anak sulung keluar dari kewalan ibubapa.Syukur....anak sulung masih seperti dulu,semuga anak sulung tetap kekal begitu.

Lagi 2 minggu,anak kedua pula akan keluar mencari ilmu di dada.Kali ini,hanya dapat menyambung ke pusat pengajian swasta sahaja.Syukur...setidak2nya,dia layak juga untuk memeluk gunung,walaupun setakat apa adanya.

Perasaan aku?
Dek sebab dah ada pengalaman,tiada masalah...
Semua masalah nampak mudah je,hari2 doa kat ALLAH semuga segala urusan hidup kami sentias…

POTONG,POTONG,POTONG...

INCOME TAX

Dapat surat tertera URUSAN SERI PADUKA BAGINDA di atas sampul surat kaler putih bersih tu,sama macam dapat surat amaran dari  AH LONG!Jika dulu2,kita tunggu surat begini untuk mohon kerja,surat sambung belajar atau surat2 yang bersangkut paut dengan kerajaan yang pastinya tak melibatkan WANG!

Siang tadi,surat cinta dari kerajaan menyinggah ke rumah!Peng!peng!...adik posmen bunyikan hon setiap kali surat di masukkan ke dalam peti.
Hati dak duk dak duk...sambil mengoyak sampul surat mulut suami mengomel..berapa lah lagi kena bayar..
Buka sahaja....
Jeng,jeng,jeng,,,,
RM2502 sebulan selama setahun!keje gila betul!banyak sungguh!dah tak larat nak bayar,dah tak larat nak catu belanja bulanan,dah tak larat nak baca kepincangan kewangan kerajaan kita,dah tak laratlah...bosannnn!
Baru kebah bayar tambahan income tax tahun 2010,2011 datanglah pulak...tak habis2 kerajaan korek duit rakyat.Agaknya selagi mata celik lah!selagi itu dia kikis sampai licin licau!nak beli apa pun tak dapat…

EKZAME ATAU ALAHAN 1

Image
SATU ALAHAN YANG BUAT ANAK TAK SELESA




Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang,gatal,kering,mengelupas,kemerahan dan bersisik.Penyakit ini ada kaitan dengan tidak balas  hipersensitif pada bahagian kulit,iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.Kesan penyakit ini pada kanak2 boleh dilihat di lutut,pelipat2,atas punggung,buku lali,belakang telinga,muka dan kulit kepala.Untuk orang dewasa ekzema selalu menyerang di pelipat siku dan belakang lutut.Selalunya akan menyerang kanak2 tidak mengira usia,terutama kanak2 bawah 2thn.Ekzame juga ketegori penyakit keturunan!

Apa?keturunan?bila masa pulak aku kena sakit gatal2 bagai ni?
2 anak daraku ada ekzema.Kulit paling sensitif!Aina misalnya,sehingga sekarang masih memakai krim yang doktor cadangkan .Ekzema menyerang dia dari kecil.Selalunya di pelipat2 dan di leher.Lama juga Aina mengidap ekzema.Doktor ketegorikan penyakit ini akan hilang bila dia beransur2 remaja.Syukur,walaupun masih ada walau tak parah.Tapi..setidak2nya ek…

RUMAH KE DUA

MURAH DAN HALAL

Bila turun KL,pasti D PALMA jadi tempat penginapan kami.Ada juga tukar2 angin,dok tinggal hotel2 sekitar KL seperti Corus,One World,The Zon dll.D PALMA tetap di hati.Walaupun ada rumah emak dan rumah saudara mara yang lain,kami tetap mengunjungi D PALMA.Hotel yang tebaik untuk kita berehat.Walaupun jauh sikit dari mall yang hebat,namun D PALMA tetap jadi pilihan kami. Keistimewaa D PALMA D PALMA di miliki atau di uruskan oleh PKNS,hotel pertama yang ada surau di dalamnya,yang mampu menampung jemaah untuk solat jumaat.Masa sampai tingkat 3,aku terpandang banyaknya kasut2 di depan pintu lif!bersepah sepah!
Sembahyang jumaat dalam surau je ke?tanya aku pada si bujang Tak lah...sampai keluar,Akif solat kat kolam renang,jawapnya Ya ke?seronok betul kan?rasa kembang hati ni,bila tau keadaan surau yang di sediakan oleh pihak pengurusan.
Seperti selalu,kami pilih bilik muslim.Tingkat 6 sesuai untuk kami ruang tanpa merokok.Sebaik pintu bilik terbuka,tersedia sepasang telekung,…

DOA

Image
LAKUKANLAH SELALU

Semua orang pernah berdoa,samada doa di kala kesusahan maupun di kala kesenangan.Rugilah seseorang itu jika tak pernah berdoa.berdoa itu perlu untuk kita mohon keredhan ALLAH bagi meneruskan kelangsungan hidup di buminya.Kita hanya menumpang dan kita wajib memohon restunya di setiap kesempatan yang ada.

Samada doa itu di terima ALLAH atau tidak,itu bukan urusan kita.Bersangka baik lah denganALLAH.
Ustaz selalu pesan...bila kita tak dapat apa yang kita hajati dalam sekelip mata,bukan bermakna ALLAH tak bagi..ALLAH sayang kita,mungkin permintaan kita itu ada keburukan selepas kita perolahi,atau apa yang kita pohon tak sesuai untuk kita.Kita hanya merancang tapi ALLAH yang menentukannya.Semua perkara yang kita pohon ALLAH lebih mengetahuinya.Samada elok untuk kita atau pun sebaliknya.
Ustaz pesan lagi...jika kita tak dapat apa yang kita inginkan,bukan bermakna ALLAH benci kita tapi...ALLAH sayang kita dan ingin selalu mendengar rayuan kita,rintihan kita.Usahlah berputus…

MAMEE MEE UDANG

MURAH DAN GUNA UDANG BESO!

Terbaca kat group LOVE MANJUNG,ada gerai makan terkini yang terhangat di pasaran!Kat mana le agak2nya gerai tersebut?kata hati sendirian.
Petang tu  kami menyusur jalan2 cari makan.Masuk Kampung 3 Sagari jalan terus hingga ke hujung kampung,tapi tak ketemui.Keluar balik dan jalan terus hingga ke batu 10!pusing balik...masuk kampung awal2 tadi.
Tetiba..tu lah!asal kita tak nampak tadi?suami bertanya
Mungkin sebab kita fokus,gerai ini mesti kat hujung kampung...terangku
Mungkinlah..kata suami

Kami sampai tepat pukul 7 malam.Nak makan situ tapi dah nak maghrib.Kami suruh tuan kedai bungkuskan sahaja.
Nasi goreng dan nasi goreng juga udang besar kail sendiri.Tanpa pengawet dan tanpa orang tengah!

Sampai di rumah,subhanallah...besar gila udang2nya.Rasa2nya tak patut lah harganya RM15 sepinggan,kita mungkin untung,tokey kedai mungkin garu kepala yang tak gatal.
Kami makan dengan berselera hingga udang hanya tinggal kepala sahaja.
Esok,pergi lagi...makan lagi...
Lu…

ADUH!SAKIT KEPALA

BILA ANAK NAK PEKSE..

Bila anak nak pekse atau orang putih panggil exam!kita sebagai mak,kena tumpang sekaki.Risau takut diorang tak lulus! Bila anak nak pekse,kita sebagai ibu kena banyakkan doa agar anak boleh menjawap soalan dengan baik. Bila anak nak pekse,kita sebagai mami....rungsing macam lah kita yang nak exam.Tetiba je perut naik senak.
TAPI............................ Anak2 selamber je,macam tak de apa2 yang perlu di risaukan. U baca ni,U baca setiap lepas solat tau!pesan rakan seperjuangan Ok....jawapku U baca ni 100x U baca doa yang itu 1000x!terangnya lagi Ok...jawapku
MALASAHNYA............ Kita ibu baca doa bagai nak rak!anak?siap boleh menonton Korea,Running Man dan segala bagai lagi.Kita baca semua doa agar mereka dapat jawap semua soalan.Anak?macam ayam berak kapur,blur tak sudah!
AKHIRNYA......... Kamu semua ni,kan nak pekse?kenapa kamu masih santai2 macam ni?dah habis hafal buku ke?dah boleh jawap semua soalan ke? Pertanyaan biasa seorang ibu yang dah naik angin! B…

MALAYSIA OH TANAH AIRKU

ISU SEMASA

Selepas PRU tempohari,malas nak baca blog2 politik,malas nak tatap akbar atau malas nak ambil tau semuanya.Persetankan mereka!
Namun dah jadi kebiasaan,jari jemari tetap juga menaip laman blog2 yang biasa aku tatap sebelum ini.Tak mahu menyalahkan sesiapa.Semua manusia ada tugas masing2.Jika Papagomo kejenya buat fitnah,manusia lain buat le keje yang lebih berfaedah daripada apa yang Papagomo lakukan.Kepandaian 'kewartawanan' mereka ada gaya tersendiri.Tiada perlu kita pertikaikan kebolehan mereka yang telah menyalurkan maklumat pada kita.Bersyukurlah!

Sebelum PRU 13,ceritanya begini,lepas PRU 13 cerita dah jadi lagu lain.Jikalau sebelumnya contohnya,Zahid kata nak perkenalkan individu yang menjadi dalang kekecuhan di Lahad Datu,sekarang tak perlu pula.Identiti mereka akan terus menjadi rahsia..Sssyyyyy

Jika sebelumnya,Hamidah bertahi lalat nak bunuh Anwar!selepas itu pula...tup2 Adam Adli yang kena tangkap atas akta hasutan.Jika sebelumnya,Ibrahim Ali ajak semua or…

ASAM PEDAS!WALAWEHHH

PALING DI GEMARI

Hari ini aku masak asam pedas!suami dengar pengsan 5 kali!Lemah!katanya
Orang Johor,dengar je asam pedas,boleh meleleh air liur.Terbayang lah menu di tengahari.Asam pedas Johor pekat sikit daripada asam pedas Melaka.Biasanya,asam pedas pekat atau cair bergantung pada isinya,ikan besar ikan kecil semua di ambil kira.Kalau ikan kecil kita masak le cair sikit,pekat tak sesuai!masukkan bendir, bunga kantan atau daum kesum(daun kesum pun hanya untuk beberapa jenis ikan je tak boleh main suka je)

Asam pedas  paling sedap jika rasanya masuk sekali,ada masin ada masam ada manis sikit.Pedas? pasti lah..nak pedas tambahkan lada hitam di kisar sekali atau cari cili kering yang memang dah pedas!

Masak apa hari ini?tanya suami
Asam pedas!jawap isteri
Lomah eden...jawap suami

Apa nak buat,tak kan nak ikut selera orang minang je,sesekali aku nak makan selera orang kampung teman juga.Nasiblah ya bang...esok teman masak lomak cili padi atau ikan keli berlado!

Hari ini,aku masak asam p…

PEPERANGAN YANG MEMBAKAR JIWA

Image
KEZALIMAN DI SYRIA

Buka sahaja FB,terpandang satu video mengenai pembunuhan kanak2 di Syria.Sedihnya...sebaknya...tak tertahan air mata ini melihat penderitaan kanak2 itu.



Sampainya hati...buat manusia begini.Jahatnya mereka2 itu buat kanak2 kecil begini.Sedihnya..air mata tak boleh tahan...mendayu2 macam hujan!doa dalam hati agar ALLAH bantu kami,berilah kemenangan untuk kami yang memperjuangkan islam.Hancurkanlah manusia yang kejam ini.Hapuskan mereka dan jangan ditinggal walau seorang pun!penderitaan mereka begitu terkesan di hati ini.

Bila baca komen2 di wall,berharap agar Malaysia tidak akan terjadi perkara begini.Rasa nak sekel je kepala tu...berharap tanpa usaha pun tak guna.Politik kita yang semakin caca marba itulah yang bakal mengundang semua ini.Pemimpin yang menolak islam lah yang bakal memberi bencana ini pada kita semua.FOC!

Perlu ingat,ALLAH bagi bala tak pilih siapa,semua akan merasa,samarata!tak lebih tak kurang.Hanya doa melewatkan semua itu dari berlaku.Tiada sefaha…

TERUNA IDAMAN MALAYA

Image
ADAM ADLI


Kenal?anak sape?apa kaitan dengan aku?..
Jawapannya ialah...tak kenal,tak tau anak sape pun dan tak ada kaitan langsung!anak bukan,anak sedara pun bukan..hanya saudara seislam je

Siapa dia ni?
Anak Agung?anak sultan?atau anak orang VVIP?
Beliau bukan anak sesiapa,hanya rakyat jelata tapi rajin berfikir!senang kata kaki betah!(org JB panggil orang yang suka melawan sebagai kaki betah!)
Nama dia melonjak naik selepas dia turunkan setengah tiang gambar PM di hadapan PWTC.Dalam deretan  gambar bendera bekas2 PM kita,hanya gambar Najib sahaja yang diturunkan.Bila di tanya mengapa gambar Najib jadi mangsa?jawapnya..kerana Najib yang sedang berkuasa kala ini.Jawapan yang padat dan mantap!

Mengapa Adam berdemo?
Adam tak berdemo percuma,ada matlamat yang dia ingin kongsi sama2
Beliau mengetuai mahasiswa mahasiswi dalam satu perhimpunan menuntut mohon kerajaan melupuskan PTPTN.Adam bukan tuntut untuk dia je tapi...untuk semua.Pendapatnya,negara kita mampu membiayai pendidikan rakyat.D…

SELAMAT HARI LAHIR

Image
SELAMAT HARI ANAK2

AINA FARHANA di lahirkan pada 19hb Mei 1993 AMIRAH FARHANIS dilahirkan pada 25hb April 1995 MUHAMMAD AKIF FARHAN di lahirkan pula pada 5hb March 1997
Ketiga2 mereka telah melewati tarikh2 bermakna dalam hidup mereka kecuali....2 orang anak koret2 ni je yang sedang meniti hari.
Ibu!kenapa kami lahir lambat sangat?tanya Aaliya saban waktu Masa tu ibu belum sedia nak masukkan awak dalam perut..jawapku acuh tak acuh Tapi..kenapa ibu lambat sangat masukkan saya dalam perut?tanyanya lagi di saksikan oleh si abang yang sering mengejeknya selalu Ahh!Aaliya lambat lahir!aku no 4 ko n 5!itulah ayat yang paling buat Aaliya sakit hati. (apa lah nak ku jawap,kalau nak bagi alasan yang logik,mau sampai esok pagi soalan masih panjang) Masa tu,ibu kerja,mana sempat nak gi hospital,mana sempat nak jaga anak,mana sempat nak itu dan ini..jawapku lagi Tapi..kenapa lambat sangat?tanyanya lagi sambil menahan geram (Apa lah cara paling baik nak terangkan..bisik hatiku lagi-proses persenya…

AH SIONG DAN ANJINGNYA

SUKA CITER PASAL MEREKA..HEHEHE

Agak lama aku tak  citer pasal anjing Ah Siong,tak tahu nak citer apa,anjing2 tu senyap je,makan,minum seperti biasa.Tapi...hari ni,lain macam pulak!bising mcm nak kena sembelih!
Keriuhan yang ketara sekali.Menyalak bertalu2!Awat lah anjing ni memekak ni?terdetik di hati.
Siang hari,Ah Siong tak de di rumah,anjing2 tu akan bersendirian.Tengahari atau petang baru Ah Siong balik,beri makan,bersihkan kandang dan pergi lagi.Begitulah gaya hidup jiranku ini.Ada isteri pun mcm chipmore!kejap ada kejap tak de...

Bunyi salakan anjing dia hari ini pelik le sikit.Salakan yang menunjukan anjing2 itu sedang STRESS!Bila anjing2 itu hempas diri,sama macam suasana penjara.Gedegang gedegung!bising yang amat sangat!

Kenapa lah memekak je anjing2 ni?bising betul!kalau terlepas ni mau mati orang di kerjakan..getus hati kecil ku

Dah memang adat manusia,perasaan ingin tau meluap2!jenggah dari tingkap atas....nampak line clear je...
Tak nampak lah pula,ada kelibat orang yang…

PELUANG EMAS BUAT ANAK2

IPTA @ IPTS

IPTA pengajian di biayai oleh kerajaan IPTS  pengajian yang di tanggung oleh ibu bapa Jika di beri pilihan,pasti semua ibubapa suka anak2 belajar di IPTA,tapi...dek nasib tak de,IPTS terpaksa jadi taruhan.
Sebaik tamat exam SPM,bertalu2 surat tawaran sampai di muka pintu.Kolej yang tak pernah nampak pun ada,kolej yang namapun payah nak sebut pun ada.Pendek kata....banyak sungguh pusat pengajian untuk anak2 melanjutkan pelajaran bagi membina impian di masa akan datang.
Selagi kita mampu membayar PTPTN,pinjaman bagai,selagi itulah peluang untuk belajar ada di mana mana.Untungnya anak2 kita,tak ,macam kita dulu,tempat terhad,setakat dapat keputusan nyawa2 ikan.Dah boleh bawa bekal nasi dan air untuk memulakan kerjaya di kilang2 atau apa juga tempat yang menjanjikan pendapatan yang halal.
Masalahnya,apakah pusat2 pengajian yang tak popular itu dapat memberi peluang pekerjaan setelah keluar kelak?Kebanyakan industri2 masa kini memilih pelajar yang keluar dari pusat2 pengajian y…

MASYARAKAT BERBILANG KAUM

Image
MELAYU,CINA,INDIA,INDON,BANGLA,NEPAL DAN LAIN LAIN

Setiap pagi,aku dan sahabat akan minum kopi di sebuah kedai kopitiam dia pekan kami.Setiap hari juga,selepas hantar anak,mesti minum dulu dan pergi pasar!Setiap hari!kecuali sabtu,ahad ,cuti2 umum,bulan ramadhan serta di kala kami ada urusan yang tak dapat di elakkan.
Citer apa tu?sampai hari2 jumpa?soalan2 biasa yang kedengaran.
Tak de apa...borak2 dan citer2 biasa je
Percaya ke?mungkin tak lah kan?kebiasaannya perempuan akan citer mcm2!TAPI...suka atau tak,kena percaya juga!sebab kami tak ngumpat(bila nak ngumpat je ingat UAI...)


Hehehe...tahi ayam dia suruh kita pakai ganti gincu!...payah2!
Biasanya,kami citer pasal anak2,resepi atau hal ehwal semasa yang lain.Orang tak caya,sebab biasanya manusia akan citer yg bukan2 pasal orang lain.Itu dah jadi satu kemestian bila kita berkumpul...ngumpat,ngumpat dan mengumpat!Namun tidak pada kami.Subhanallah..

Berbalik pada tajuk di atas,inginku ceritakan sedikit suasana meriah yang kami milik…

CELOTEH MAK DARA

KRITIKAN MENGENAI PRU 13

Sebaik aku melabuhkan punggung di kerusi yang tersusun rapi,2 orang warga emas menghulur tangan berjabat mesra, sambil berbual2 kosong sementara tunggu ustaz maii..
U tau tak?tsunami cina memang berlaku.masa I jaga ngundi kat Sekolah ACS,ramai Cina sokong PAS!pelik lah...keluh Kak Senah.
Oh Ya ke?mesti ada yang tak kena kan?entah apa lagi yang orang cina maukan?kak Limah bersuara pula
Tulah pasal!Kak Senah emosi
U tau tak?Ustaz Azizan dah kena potong kaki!nak hudud sangat!ambik ko!kata Kak Senah lagi
Kesian....TAPI...tulah!jahat sangat!banyak skandal yang kita tak tau...sambung Kak Limah pula
U all tau tak?...Ustaz Azizan ni banyak skandal...isu KUIN,tutup sekolah agama,balak..semua tu dia punya kerja le!terang Kak Senah lagi
Ya ke?mandai le awak ni..Soal Kak Limah macam tak percaya
Yaaaa....kami dengor banyak citer pasal dia ni...Balas Kak Senah penuh yakin
Tuhan balas kat dunia je kan?...kata Kak Limah lagi
Ehmmm....cemek Kak Senah
PAS nak bergabung dengan U…

KELAS DEWASA

YANG MENGUJI KEKUATAN SEBUTAN KITA..

HUH!awatlah aku ni benak sangat?Ustaz Yaakop ajar pun tak masuk2 dek otak!belajar lagi..belajar lagi tetap blurrrr semacam!

Masa mengaji dengan Atok,tak di ajar mad2 bagai ni,yang di ajar hanyalah bila jumpa kaf bunyinya begini,bila jumpa wau bunyinya begitu.Begitulah sampai habis.Tak de le kaedah macam sekarang.Dulu2 mengaji...kenal huruf dulu,baru kenal baris atas,baris bawah,baris depan dan sebagainya.Bila dah tua2 ni,ustaz ajar macam2 perkataan...aku tercopong je dengar.Bila kawan2 dapat jawap dengan pantas,tercenggang juga....Pandainya diorang ni...

Aku?begitu juga...tercenggang manjang!
Sabtu lepas,masuk lagi kelas tajwid anjuran kelas agama yang biasa aku hadiri.Kaedah pembacaan pantas!baca boleh baca ustaz....cuma benak sungguh bab mad bagai ni...lagi ustaz terang lagi bebal saya ustaz wehhh!

Dalam kelas,aku rasa..bukan aku seorang je yang tak terang hati!ramai kot?bila ustaz tanya,hanya segelintir je yg jawap.Selebihnya,2x5 je dengan aku..…

TGNA

Image
TUAN GURU NIK AZIZ


15thn dulu,dia bukanlah tokoh politik pilihan hati.Zaman tu,aku hanya kenal Dr Mahathir.Pada aku,Dr Mahathir adalah tokoh politik terbaik dalam abad itu.
Bila orang tanya kenal tak Tuan Guru Nik Aziz?aku geleng kepala,kenal tak parti PAS?aku juga geleng kepala,pada aku,parti2 tu semua hanyalah hampeh!mundur dan ketinggalan.

Terasa takut jika beliau di nobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia,macam2 kutukan,andaian buruk aku padanya.Pada aku,dia tak memiliki ketokohan untuk memerintah Malaysia,pada aku terlalu banyak kekurangan yang beliau miliki.Beliau nampak kulut dan tak berkewibawaan.Tambahan pula,percakapannya agak sukar untuk aku fahami.Alasan paling tepat,Orang Johor memang tak NGAM dengan orang Kelantan!sikap kenegerian kami terserlah dan ini berlaku sejak sekian lama dahulu.Bila perlawanan bola sepak di antara Johor dan Kelantan,pasti akan berakhir dengan pergaduhan yang hebat!Pada kami,Kelantan sangat mundur dan tak menarik langsung!
Malu nak ngaku sebenar…

KURSUS HAJI 2013

KALI PERTAMA AKU DOK IKUT..

Daftar sebelum berangkat buat umrah,ralatnya tak habis lagi,pendek kata ilmu masih belum cukup,aku dah berangkat menunaikannya.Mujur faham dan mujur juga pihak Tabung Haji sediakan mutawif untuk memantau serta membantu kami ketika buat umrah tempohari.

Daftar RM70 je,siap makan siap minum!ilmu dapat perut pun kenyang!seminggu sekali.Pergi sesekali,ponteng banyak kali.Tapi..syukur,aku tak buta huruf atau buta hati.Apa yang di ajar,in syaa allah,masuk ke dalam fikiran.
Rugi rasanya sebab lewat hadirkan diri dalam kursus seumpama ini.Bila dah tersedar pentingnya ilmu baru terhegeh2 menyusur jalan ke masjid,sebelum ni...buat tak tahu je.

Siapa rugi?diri sendiri lah!

Namun begitu,mujur masih sempat menimba ilmu,di samping video2 umrah yang terdapat di pasaran.Selebihnya daripada pembacaan buku2 dan kitab2 yang berkaitan dengan umrah.Satu pesanan yang patut semua orang tau,bacalah buku mengenai sejarah Mekah,Madinah,Nabi Ibrahim,Nabi Ismail,Siti Hajar dan Nabi ki…

PERKAUMAN

ISU YANG KURANG MENYENANGKAN HATI

Isu2 perkauman menjadi tajuk2 utama di dada akhbar2 utama masakini?
Patut kah?
Wajarkah di perkatakan secara terbuka?
Dah tak sensitifkah perkataan itu?
Tak ngerikah telinga kita mendengarnya?
Apakah kita perlu membincangkannya atau.......
sudah sampai kemuncakkah hubungan kita semua di uji setelah sekian lama kita hidup bersama?

Selepas PRU13,isu inilah yang di bangkitkan oleh media2 masa.Sedih mendengarnya ,sedih juga ketika membacanya.Mengapa perlu semua ini di bangkitkan?

Aku di lahirkan 45thn yang lalu,sejak sekian lama,aku tahu Malaysia mempunyai penduduk berbilang bangsa Melayu,Cina,India dan penduduk2 lain di Sabah Serawak.Sejak sekian lama juga,kita hidup aman damai.Tiada sengketa!mengapa perlu sekarang hubungan itu di perkatakan.Pada aku,bangsa apa pun,mereka juga punya hati dan perasaan.Jangan di uji kesetiaan mereka dengan maki hamun begitu.Mungkin ada segelintir yang tidak setia kawan namun nisbahnya terlalu kecil.Kebanyakan mereka masih …