Posts

Showing posts from January, 2013

WILLIAM YAU

Image
ANAK MALANG


Semasa berita kehilangannya aku dengar dan aku baca,hati dah terlintas untuk salahkan ibubapanya.Terlintas juga di hati,mustahil budak ni keluar dan hilang jikalau tidak di bawa pergi oleh seseorang.Umur 6thn walaupun kecil ,kebanyakkan mereka masih boleh berfikir dengan baik.

Cubalah tanya kanak2 seusia William,mereka akan memberi jawapan yang sangat baik jika mereka berada di situasi William.Di tinggalkan hanya untuk sekejap,kebanyakkan ibubapa akan memesan anak2 agar jangan ke mana2,walaupun di tinggalkan,ibubapa akan pastikan anak2 dlm keadaan selamat.Kemungkinan besar mereka akan sentiasa memantau wpun dari dalam kedai tersebut.

Sebagai contoh di kutip daripada FB rakan:

Ibu :Dik..kalau orang panggil atau nak bagi gula2,coklat,adik pergi tak kat orang tu?
Adik:tak.....
Ibu :kalau ibu tinggalkan adik dlm kete utk gi kedai dpn tu sekjp je..adik turun tak?
Adik:tak...
Ibu:klu adik sesat,xnmpk ibu atau ayah..adik nangis tak?
Adik :Nangis le..saya nangis kuat!
Ibu :klu mcm ni le …

MAULIDUR RASUL

DULU DAN SEKARANG..

Dulu2,majlis2 macam ni meriah,di sebabkan aku membesar di kampung,suasananya lagi meriah!
Suasana sambutannya meriah kerana semua orang tau..apa itu Maulidur Rasul.Untungnya kita,membesar dengan cara lama.Pergi sekolah agama,belajar sirah nabi,belajar islam,belajar tentang kehidupan ini.Tetapi,di zaman sekarang,tidak semua anak2 di dedahkan dengan sekolah agama.Ramai yang aku jumpa,langsung tak hantar anak ke sekolah agama atas sebab2 tertentu.Mereka rasa islam blh di ajar di rumah,walhal,islam itu bukan dengan didikkan yang boleh di pandang remeh!Islam wajib di perkenalkan pada anak2 sebagai satu kewajiban.Islam yang asas penting untuk membina jati diri anak2.Jika terlepas pandang,anak2 akan jadi mangsa keadaan.Mereka tiada pegangan yang baik,mereka tiada tiang yang kukuh untuk berpaut.

Sekarang ni,bila tanya anak2,ada yang faham dan ada yang buat tak kisah pun.Nak salahkan anak2 pun tak boleh,mereka ibarat kain putih..ibubapalah yang mencorakkan warna nya.Cuma tu…

CINTA LELAKI

KAJIAN MELAPORKAN TIADA ISTILAH SETIA BUAT MEREKA

Akal lelaki ada 9 tapi nafsu hanya ada 1 je.....
Nafsu yang 1 itulah,buat lelaki sering tak keruan.Salah perhitungan dan salah bawa ajaran!walaupun tak semua le,dalam ramai2 mereka,masih ada yang waras.lagi satu,lelaki ni..kasih sayang diorng mcm chips more je..kejap ada kejap tak de!Jarang le kita lihat lelaki kematian isteri tak kahwin sampai tua atau yang bercerai hidup langsung tak menikah!Yang kita jumpa,belum sebulan gaya dah berubah,mata dah kuyu semacam!Ish,ish,ish....lelaki2,kerana longgarnya cinta kamu,dunia jadi berantakkan!

Perbualan yang tak ingin kita dengar..
"Ko org tau tak?Leman dah nak kahwin..."kata Zana separuh berbisik
"Oh ya ke?dengan siapa?" Aspar kebinggungan
"Budak office sebelah tu..."jawap Zana antara dengar dan tidak je
"Eh!Leman kan ada mak we kat Kg?"Aspar bersuara lagi
"Itulah pasal!budak pempuan tu kan dah lama Si Leman kenal,rasa2nya hampir 5thn lah,tapi mina…

AH SIONG DAN ANJINGNYA

YANG HITAM LEGAM!

Dah lama tak citer pasal anjing Ah Siong!...tengah2 menulis terdengar bunyi salakkan 2 ekor anjingnya itu.Gong!Gong!Gong!entah apa yang dia nampak sehingga menyalak bagai nak rak!Bunyi hentakkan kandang besi membuatkan kita teringat penjara!Gedegang!setiap kali badannya terhentak ke dinding..bising?usah kata lah...sabar separuh dari iman yang buat kami masih bertahan hingga saat ini.
Bau?Aduhai....adakalanya,rasa nak muntah!bukan selalu le cuma kadang2 je....Ah Siong rajin cuci..tapi..kalau dah najis tetap ada baunya.Nak buat report takut jadi masalah nanti.Sebagai jiran,kita tak boleh le nak cari pasal!sikap hormat buat kita kena sabar dalam banyak hal.Kebetulan PM pun dah lancarkan slogan 1MALAYSIA! Slogan tu membawa maksud,kita  berbilang bangsa boleh hidup muafakat.Sebab tu,kita kena sabar,sabar dan sabar....
Pernah terfikir dek akal...bagaimana untuk menghapuskan anjing2 ini tanpa di sedari.Maksudnya...mungkin tetiba je dia mati atau sebagainya.Yang penting Ah S…

POLITIK

MASJID PUN TAK TERKECUALI

Kak..kenapa pihak masjid pecat imam tu?tanya saya pada orang kuat masjid ptg tadi
Bukan pecat tapi..dah habis tempoh perkhidmatan,kata Kak Rodziah
Bukan kah masih ada masa berbaki lagi?
Mana Kamu tau?tanyanya pelik
Saya ada baca dalam blog tempohari..terangku lagi
Oh ya ke?akak tak tau pula...tapi...Imam tu orang kuat PAS!
Apa kene mengena agama dengan politik kan?sepatutnya mereka kena asingkan antara politik dengan agama kak..balasku penuh yakin
Entahlah akak tak tau,tapi..imam baru ni Menteri besar yang pilih,wakil untuk kelas ini pun calon baru yang tak pernah kami kenal pun...tak pernah datang masjid ni pun...terangnya lagi
Kenapa pula jadi begitu?sepatutnya dia pilih lah wakil2 yang ramai ni,mereka dah faham dan kenal di antara satu dengan yang lain...kataku lagi
Tulah...kami pun tak suka juga,tapi...dah Menteri Besar yang pilih,nak buat macam mana?katanya lagi
Entahlah kak,saya orang baru tapi..dalam waktu yang sama rasa terkilan juga..dengan apa yang …

CELOTEH ANAK

LUPA DAN TUA!SAMA SAHAJA!

Ibu!hari khamis cuti!
Kenapa?tanya ibu
Ibu tak tau ke?tanya si anak
Tak tau...jawap si ibu sambil tangan lincah melipat baju
Ibu...hari khamis ni hari maulidur rasul,hari memperingati kelahiran nabi kita wahai ibu....itu pun tak tau ke?balasnya panjang lebar
OOOOOOOOO....ibu lupa le..
Ibu kan dah tua,sebab tu selalu lupa!katanya lagi
Apa kene mengena dengan tua?orang muda pun lupa juga!
Mana ada?orang muda tak lupa...balasnya lagi
Ya ke tak lupa?tu beg kat luar tu,gi ambik sebelum ibu campak luar pagar!
Ok,ok,ok.....sambil berlari keluar rumah untuk mengambil beg sekolah yang di tinggalkan di tepi pintu.
Dalam hati...mentang2 le aku dah tua,bebudak ni...suka2 je kutuk!sekel sorang2 baru tau...Grrrr

CELOTEH ANAK

PESBUK!

Adik!ayah balik...
Ayah belikan apa untuk saya?tanya si kecik
Tak de apa2 lah...
Ayah ni kedekut lah...katanya lagi
Ayah bukan kedekut,tapi..ayah lupa..
Memanglah ayah lupa...sebab ayah ni PESBUK je!jeritnya sambil menjeling tajam kearah si ayah
Pulak!mana ada?ayah lupa je..apa kene mengena dengan PESBUK?
Ialah...bila ayah asyik PESBUK!memang lah semua jadi lupa.....itu pun tak faham!
Si ayah terus terpinga2...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!..padan muka si ayah kena marah dengan si anak gedik!

USTAZ ALIAS YANG MESRA

YANG TUA DAN MESRA

Petang ini,pertama kali aku menghadirkan diri di dalam kelas ustaz tua ini.Berjubah dan berkopiah putih,bercermin mata,orangnya tak tinggi,berambut ikal dan kulit kuning langsat.Orang asal Bota Perak.Loghatnya pekat namun masih boleh di fahami.Masa muda bekerja sebagai seorang guru agama,oleh sebab tu....caranya menyampaikan ilmu sama mcm guru2 agama kita dulu2..
Dalam hidup ini kita kenaaaaaaaa.....belajar,jika tak belaaaaaajar,kita jadi oranggggggg bodoh...

Kebetulan tajuk hari ini banyak berkisar pada masa.Maka,banyak juga 'penampor jepun' yang aku dapat petang ini.
Ustaz kata hidup kita hanya sekali,sampai bila kita nak bersukaria je,makan2,borak2 tak habis2!Setiap hari,cuba hisabkan apa yang kita telah lakukan untuk ALLAH.Celik mata ada tak kita ingat ALLAH?Dapat makan ada tak kita ingat ALLAH?kita ni....ingat ALLAH bila kita dapat duit yang banyak je...bila kita susah baru lah kita ingat ALLAH.Bila kita senang?ingat tak ALLAH?Ustaz kata lagi..kitalah m…

HARUAN MAKAN ANAK..

ATAU ANAK MAKAN HARUAN?

Tak tercapai de akal bila baca atau mendengar cerita2 seumpama ini.Tak terbayang di benak fikiran,bila kita tau ada bapa yang sanggup memperlakukan anak2 sedemikian rupa.
Apa agaknya perasaan mereka?apakah masalah mereka?mengapakah mereka sanggup merogol,meliwat anak2 dari darah daging mereka sendiri?

Anak2 itu adalah amanah ALLAH pada mereka,mengapa mereka tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu?Subhanallah...semuga ALLAH memberi hidayah dan menjauhi kami dari malapetaka atas perbuatan mereka.Perbuatan mereka pastinya mengundang murka ALLAH.Setiap kemurkaan ALLAH pasti ALLAH bagi kita semua bahananya.Walaupun bukan kita yang melakukannya,kesan kemurkaan itu tetap kita kongsi sama2..gempa bumi,banjir besar,ribut taufan semua itu tanda ALLAH marah kita.

Baru2 ini,seorang bapa membiarkan anak2 kecilnya di perlakukan seperti hamba sex!siap ada pesta sex di antara ayah,bapa saudara,atok dah mak sedara.Tak terbayang apa masalah mereka sebenarnya.Yang pasti,semua m…

PRU 13

Image
2013 YANG MENDEBARKAN


Semua orang sedang menunggu tarikh keramat ini,hari2 aku mengira2 untuk balik mengundi.Aku sangat teruja untuk menjadi pengundi di PRU13 setelah tidak berbuat demikian di penggal yang lalu atas sebab2 tertentu.

Kebetulan kami belum tukar alamat dan masih menguna alamat lama.Semua kawan2 sering bertanya mengapa tak tukar je alamat tu?Aku akan jawap...belum bersedia untuk jadi orang utara.Bagi aku,39thn aku jadi orang Johor,dah sebati dengan jiwaku.Walau ke mana sahaja aku berada,Johor tetap di hati.

Sebaik sahaja aku tau,tarikh PRU 13,walaupun hanya ramalan.Hati dah terdetik,alamak!tak dapat mengundi lah jawapnya.Ruginya tak dapat mengambil bahagian lagi kali ini.Penggal lalu,aku tak mengundi sebab menghantar adik bernikah!kali ini,kesuntukkan masa buat aku tak mampu berbuat demikian.Bagaimana aku nak mengundi?kebetulan aku akan berangkat mengerjakan umrah pada 1hb April.Sangat suntuk waktunya,bagaimana nak mengatasi masalah ini pun aku tak tau.Tak terfikir dek ak…

CELOTEH ANAK

ANUGERAH CEMERLANG

Sabtu lalu,ada majlis anugerah cemerlang kat sekolah si bujang.Anakku terbabit sama sebagai calon untuk pelajar cemerlang.Aku tak pasti tang mana cemerlangnya dia.Semasa surat jemputan di beri padaku,aku lihat wajahnya terserlah rasa bangga sambil menjeling kat abangnya.Kebetulan mereka berdua sering tak sebulu walaupun jarak usia hampir 7thn bezanya.Si abang boleh jadi lawan untuk si adik.Tak tau mana silapnya,mungkin rasa cemburu kerana sejak ada si adik,abang sering kena marah kot?hehehe

Wah!Alif dapat anugerah pelajar cemerlang?Dari segi apa cikgu nilai Alif?tanya aku sebaik sahaja selesai membaca surat jemputan itu.
Entah lah.......manalah Alif tau..balasnya spontan
Ok..nanti ingatkan ibu ya,takut lupa pula..pesanku sebelum meninggalkannya sendirian petang itu.

Sabtu menjelang,pagi2 lagi dia telah bangun untuk ke sekolah bersamaku.Mudah sahaja bangunnya pagi itu ,tidak seperti selalu.
Bangun bang!nanti terlambat..kataku
Dia bangkit bangun,mandi,bersiap tanpa pe…

PINJAM DUIT SIKIT?

BERI ATAU BUAT TAK TAHU?

Panik?hati berbelah bagi?dada kencang?tak tau nak kata apa?atau..buat bodoh saja
Semua orang pasti pernah mengalami keadaan begini.Rasa tak selesa,rasa gelisah menusuk ke jiwa!Berbagai2 persoalan menujah di fikiran.Dapat balik ke?berbaloi ke?atau kita juga yg bakal dapat susah!
Aduhai....hidup kita ni perlu di kongsi dengan semua orang.Masalahnya,kawan2 tu....bila tengah senang,kita pun tak di pandangnya tapi....bila mereka susah!pandai pula mencari kita untuk berpaut.Adakalanya,pertolongan kita tu umpama telur di hujung tanduk je.Untung sabut timbul,untuk batu tenggelam.
Apa yang aku hadapi ni,mungkin biasa kat orang lain.Cuma,jalan cerita aje yang berbeza.kebanyakkan kawan2 yang bermasalah ni,muncul sekitar 2011.Selepas reunion sekolah,barulah aku 'terkena' dengan mereka.Mula2 berjalan mcm biasa..lama2 mula menjadikan kita tempat mencurah hati...kemudian baru masuk bab pinjam meminjam ni..Ada kawan yang berani nak pinjam hingga 5 ribu!konon nak berni…

PUTUS CINTA

Image
PERNAH TAK?

Tak pernah rasa.Tak pernah mengalami dan tak pernah ambil tau.
Kalau zaman dulu2,istilah berkawan biar seribu berkasih biar satu!dah jadi slogan kami.
Tak menjadi masalah jika kita berkawan ramai kerana hak kita untuk memilih siapa yang kita serasi bersama.Kadang2,orang yang mengusung kita kesana ke mari,bukan jodoh dari azali.Setengah jalan,ada sahaja punca membawa kepada keruntuhan hubungan.

Mungkin dulu,keadaan berbeza.Tapi,kini dunia tanpa sempadan!hari2 blh berbual,hari2 blh bertemu..Dulu2,kami hanya bertemu setiap minggu sekali je,kalau telefon pun pakai telefon awam.Bila nak telefon kawan istimewa atau tak istimewa,duit syiling berkilo!berat gila!Kreng,kreng,kreng...bila 3@4 kali tak berjawap,kita kena ketepi dan beri laluan pada org lain yg beratur panjang.Untuk berbual mesra,bukannya mudah!cakap lahan2 takut orang belakang dengar.Jika nak berbual mesra kena keluar malam2 sikit,masa tu,org dah tak ramai dan bebas utk berbicara.


Bila ada kemampuan,mak pasang telefon…

RIWAYAT SANG KANCIL

YANG MENGINSAFKAN..

Aku ni,org biasa2 je.Tak kaya tapi tak papa.Abahku hanya seorang Buruh Am.Masa cikgu tanya seorang demi seorang,aku dengar macam2 pekerjaan yang terdapat di dunia ni.Ada cikgu,doktor,jurutera,nelayan,tukang kebun dan berbagai bagai lagi pekerjaan halal yang kita boleh jadikan sumber pendapatan.Masa kecik2 dulu,mana lah tau tentang semua ni.Pada aku,bila cikgu tanya abah kerja apa?laju je aku jawap BURUH KASAR cikgu!aku bangga dengan pekerjaan tu sebab itu aje kerja yang abah boleh lakukan demi kami.

Masa berlalu silih berganti,bila aku besar sikit,aku dah faham,pekerjaan abah bukan lah yang terbaik.Abah terpaksa berhempas pulas untuk mencari nafkah bagi menanggung 9 anak2nya.Tapi,abah lelaki hebat!berbagai2 usaha dia lakukan untuk menampung hidup kami.Jual kain dari rumah ke rumah,jual ikan ,sayur dan jual buah2an.Pendekkata,tiada mengenal erti putus asa buat abah.Aku yang tak mengerti apa2,hanya tau makan dan suka2 je.

Masa berlalu lagi,aku semakin dewasa,aku mula…