Posts

Showing posts from December, 2012

KEJADIAN YANG TAK INGIN DI LIHAT

ADEGAN SUAMI ISTERI
Semalam,kami ke Jusco baru di Pekan kecil ini.Sebaik keluar kereta,terlihat kelibat sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki berjalan untuk sama2 ke Jusco dlm keadaan tergesa2.Tetiba......si isteri mendahului mereka ,berjalan laju jauh dari si suami.

Oi!kang ada yang kena pijak ni....Pekik sang suami garang sambil melangkah laju mengejar isteri.Gedangan!bunyi tolakkan kerusi ke dinding,kelihatan isteri  tersandar di kerusi dan di kepung oleh sang suami lagak samseng Kg Dusun!
Antara tutur kata suami gagah perkasa itu...
Oi!ko tengok muka aku ni...Oi...ko pandang aku..Oi...ko tenung mata aku ni...jerit Si suami lantang bagai halilintar!Jari telunjuk di tunjal2kan ke dahi isteri malang itu.
U malukan I...terdengar bisikan isteri sambil menjeling ke arah kami.Kebetulan aku memang tersangat le kepohnya untuk tau apa punca sebenar pergaduhan mereka walaupun di tegah oleh suami dan anak bujang.Anak2 perempuan sependapat denganku untuk cuba mengetahui apa kehenya mer…

PERCUTIAN HUJUNG TAHUN

Image
UNTUK MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KAMI

Seperti biasa,kami bercuti ikut bajet yang ada je,dalam sethn cuti kami sebenarnya ikut hati dan kaki dan money!hahaha
Sejak tinggal di utara tanah air ni,selalu juga kami bercuti ke Penang dan Ke KL.Bukannya apa...pergi KL sebab menziarahi anak yang belajar.Jika  anak kami tak dapat balik,kami yang akan menjenggah dia di sana.Pergi Penang kerana dekat dan seronok untuk naik Ferry.Anak2 suka dan kami pun turut gembira.
Tahun ini,niat hati nak buat Umrah,tapi...atas sebab2 teknikal di Tabung Haji,visa tak di keluarkan oleh pihak di sana.Walaupun kecewa,kami tak dapat nak buat apa2..kita mentimun je,mana boleh mengubah keputusan orang lain.
Jom kita pergi luar negeri...Australia,Beijing atau mana2 pun...pinta aku pada suami
Tak boleh!kita niat nak gi Mekah,kita kena pergi sana dulu...kalau nak bercuti juga,pergi dalam negeri je...
Ok...(kalau boss dah kata gitu,apa nak buat..bajet boss yang luluskan..cakap banyak nanti,langsung tak dapat pergi..…

BOIKOT MCD

BANYAK BAIK DARI BURUK!

Semalam,adik teman maii rumah..
Riuh rendahlah rumah kami dengan suara kanak2.
Teman terdengar perbualan anak2.
Raziq kata...
Alif!jom kita makan MCD?
Alif jawap.. Tak mahu lah...
Raziq kata lagi.. Jom lah....kita makan je bukan buat apa2 pun..
Dengan mata terjojol,Alif tanya pula.. Ko org serius ke nak makan MCD?
Raziq jawap.. Serius le...apa pulak tak serius,jom lah!
Anak bujang teman jawap.. Tak lah..aku tak mahu sbb MCD salah satu penyumbang dana kepada yahudi.. Zzzzz

Kakak teman pun bersuara, Alif!,Mak Uda dapat tiket free masuk Legoland,jom kita pergi..
Dia jawap... Tak mahu lah...
Kakak teman pujuk lagi.. Jom lah...kita pergi ramai2..Mak Uda ada 29 keping tiket free...jom lah..
Dia tetap kata.. Tak mahu...kan Lego hina Nabi... Zzzzz
(sedikit masa dulu,ada artikel yang mengatakan Lego hina nabi,teman ada tunjuk padanya dan dia membaca sendiri,sejak tu,jenama tu tak di sentuh.Sehinggalah terbukti artikel tu hanyalah palsu)
Anak teman ni pelik sikit,kalau a…