Posts

Showing posts from October, 2018

SUMBANG MAHRAM 3

MAKIN MENJADI2 SEKARANG NI

Hari2 kite di sogokkan dengan cerita2 perlakuan sumbang antara keluarga rapat.Terlalu banyak kes ni sampai kite tak terkomen ate 1 pun..
Sumbang mahram...2 perkataan yang menjadikan kite betul2 tak gembira.Agama kite tak ajar ,Buddha,Hindu,Kristian...pasti melarang perlakuan karut ni.Teman pernah menulis tentang ayah rogol anak,itu cerita benar!bukan rekaan okay!bila tak berlaku depan mata,kite mesti kata karut!mana ada seorang ayah tergamak nak rogol anak?
Kalau ada pun....binatang je yang buat gitu.
Itu pun sebab kitaran hidup binatang macam tu.

Sumbang mahram...hubungan seksual antara keluarga terdekat samada ayah,abang,pak sedara,atok..OMG!sebut atok rasa geli tengkok.Atok pasti dah tua..pasti dah nak masuk kubur.
Masih tergamak rogol cucu...
Tak tahu nak kata lah apa nak jadi...

Baru sat...teman terrr baca sumbang mahram antara ayah dan TIGA anak daranya.
Terrrr baca bukan sengaja nak baca.
Berlaku di Semenyih,anak yang di sumbang mahramkan tu berumur a…

CELOTEH ANAK

Image
MAKIN BESAR MAKIN PANDAI MENJAWAP!

Umur anak teman 11thn.
Dalam usia macam tu,kerenah,keletah dan berbagai bagai lagi perangai mula timbul.Kalau sebelum ni apa juga yang teman cakap,dia le penyokongnya,laaa ni...sepuluh teman cakap,50 perkataan dia menjawap.
Tak tahu apa dosa teman dah buat,sehingga ALLAH hantar dugaan ni.

Di zaman serba maju,phone dan games jadi pilihan.
Kat tangan tak pernah kosong,sentiasa ada gadget,samada phone atau komputer.SENTIASA!
Sahabat kata u layan sangat...
Orang kadang2 pandai cakap,bila kena batang hidung baru sedar diri.
Teman bukan lah mengalakkan,teman selalu bising2,selalu tegur,gadget bukan untuk di hadap siang malam pagi petang!
Berapa kali juga phone tu kena baling,pecah berderai.Berapa kali juga kena rampas!
Tulah ...kelemahan kami,tak tegas...
Bila hati sejuk,bagi balik....mungkin faktor usia kami yang makin tua,buat kami...tawakkal pada ALLAH.

Baru2 ni,teman konon2 nak didik dia jadi peniaga coklat.
Pujuk2 punya pujuk...dia setuju,kebetulan ex…

LION AIR TERHEMPAS LAGI

Image
KALI INI TIADA YANG SELAMAT



JT 610 pesawat malang yang jatuh terhempas di dalam laut, Kerawang,Jawa Barat,beberapa minit selepas terbang dari lapangan Jakarta.189 orang di percayai mati.Pesawat berlepas pada  6.20 pagi dan terputus hubungan dengan kawalan trafik pada 6.33 pagi.

SubhanaALLAH!hanya ALLAH yang tahu apa yang berlaku.
Sebaik kite menempah tiket untuk terbang ke mana sahaja.Satu perkara yang ada dalam kepala kite hanyalah ...kalau lah terhempas?habislah aku....
TAPI...sebagai orang islam,kite percaya pada Qada dan Qadar,kalau ALLAH mengkehendaki begitu maka....tiada siapa yang mampu menolak kecuali dengan doa.
Jadi...sebaik kite bersedia untuk fly....berdoalah,semuga perjalanan kite selamat.

Pagi tu,Lion Air di terbangkan oleh seorang pilot yang berpengalaman.Pilot bernama Bhavye Suneja dibantu oleh juruterbang bernama Harvino dan 6 kru bertugas.
Kite merancang ALLAH juga menentukan...

Jumaat ni teman nak fly ke Johor.Hati berdebar debar..
Setiap kali teman guna pengangkuta…

PERJUMPAAN 50thn MAKIN DEKAT

ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?

Kami di lahirkan pada tahun 1968,maknanya 2018 umur kami LIMA PULUH TAHUN !Ingat kami suka?Oh TIDAK!50thn angka paling menakutkan TAPI.....
Kami terpaksa juga terima,bahawasanya...makin tahun berlalu,kami makin ke ambang TUA.Muahahaha!

Sempena umur 50thn,kami nak meraikan sama2...Kami membawa maksud,teman dan rakan2 lama,sama2 menuntut ilmu,sama2 nakal..
Plan dari awal,Jom kite makan2,minum2...
Jawap seorang dari kami....MESTI HOTEL!
No hal!teman dengan sukarela menampilkan diri untuk belanja mereka guna duit EPF yang ada.
Wah!banyaknya duit kau?salah seorang bersuara...
Teman jawap tak ada le banyak,setakat belanja kau orang makan...celah gigi je...

Plan awal tahun,bawa ke hujung tahun...
Jarak teman dengan mereka sangat jauh.Mereka di Johor dan teman di Perak.
Itu yang menjadikan perjumpaan kami tertunda beberapa kali.

Wehh! dah hujung tahun,jangan sampai tahun depan.Kite nak sambut 50thn bukan 52thn!
Teman terpaksa cari masa...
Bila teman bagi tarikh,ada…

BILA SUAMI ADA PACAR

SEMUA MUSNAH BERKECAI

Kelmarin,teman minum sorang2.
Nampak sahabat yang sedang di duga TUHAN.
10 minit kemudian,dia datang....duduk depan2.Senyuman tawar bak air tak ada gula.
Amacam?jumpa suami awak?teman mula bicara.
Belum....tak tahu nak cari kat mana lagi....jawapnya lahan
Teman tak berani nak tanya2 lagi....diam seribu bahasa.

Tak tahu apa nak jadi....api air kena potong,semua dah kena potong.Lihat kak,kaki saya lebam2...
Di selak hujung seluar,nampak tompok2 merah kat kedua kaki.
Tadi saya pergi kerja,anak telefon....kena semput pulak,sekarang nak bawa dia pergi hospital.
Teman diam...tak bergetik.
Anak dia diam je,anak dia tak menyampuk...walaupun dia tak berbunyi,teman tahu dia hampa,kecewa dengan keadaan keluarga.

Bila SPM?soal teman padanya.
Lagi 20 hari MakCik....tapi...saya sakit....saya tak boleh tolong mama cari duit jawapnya sedih.
Alahaiiii...anak,walau kite tak sama bangsa,rasa kesian tetap ada...Tapi...apakan daya,Mama awak dah pakai duit undi MakCik beribu.Kalau Mak…

PENGETUA LIWAT 2 KANAK2

APA NAK JADILAH....HARAPKAN PAGAR ,PAGAR MAKAN PADI

Dari anak sulung teman dah selalu pesan macam2 pasal lelaki.Pada teman lelaki tak boleh percaya sangat kecuali keluarga terdekat.
Kadang2 tak terfikir dek akal....bagaimana perasaan seorang tua meliwat atau buat sesuatu yang buruk pada kanak2.
Kite orang dewasa kena jaga kanak2 tu bukan menganiaya mereka.

Teman selalu pesan kat anak2...
Kalau cikgu lelaki panggil ke bilik guru atau kebilik sunyi,JANGAN IKUT!
Anak kata kalau cikgu marah?
Teman tetap jawap JANGAN IKUT!
Anak kata lagi...kalau cikgu marah?
Sambil menjeling teman jawap bagitahu ibu,nanti ibu tahu apa nak buat......

Teman selalu pesan..TIADA SIAPA BOLEH PEGANG BAHAGIAN DADA,KEMALUAN DAN MUKA.
Anak2 kadang2 banyak tanya....kenapa ibu?
Aduhai...banyak pula ceritanya.

Bila teman baca tajuk2 berita liwat meliwat...teman terfikir 1 perkara....
Dunia nak kiamat,sebab tu benda2 pelik banyak berlaku.Kalau dulu....orang lelaki suka orang perempuan begitu sebaliknya.
Perempuan mesti…

BILA MENANTU PUKUL ANAK PEREMPUAN KITE

Image
PATUT DIAM ATAU BAGAIMANA?



Ingat citer ni berlaku kat China.Maklum,negara China ada macam2 benda pelik!Tapi..jangan salah sangka,Si ayah orang kite, negeri lembayung sana...
Wah!bapak mertua dah UP!syabas2!
Betul2 tabik kat bapak seorang ni,betul samseng!menantu ingat dia samseng,rupa2nya BAPAK MERTUA LAGI SAMSENG!
Bravo! bravo!

Ralatnya....
Dalam masyarakat kite masih ramai yang hanya pandang sepi isu ni.
Selain tuntutan agama untuk taat pada suami,kite juga selalu fikir air muka,fikir anak2 dan lain2 lagi.
SEPATUTNYA!
Kite kena campurtangan bila anak kite kena pukul bantai dek suami.
Perkara paling ibubapa takut,bila anak2 perempuan kite di buli,bila anak2 perempuan kite salah pilih suami.

Betul kata bapak samseng ni,aku jaga elok2 bukan untuk di pukul teranjang.
Jangan fikir sebaik lafaz akad......suka2 nak buat apa kat anak2 kite.
Mereka masih ada keluarga,ada emak bapak.So...hormatlah sikit bro...

Teman ada ramai kawan macam ni...
Dek cinta,perempuan tu tadah je le badan jadi tem…

D PALMA

MAJLIS KAHWIN

Sahabat tanya kenapa kau tak buat majlis anak kat D PALMA?kau kan selalu tido makan kat sana?
Teman terus teringat....
Pada satu masa dulu,teman memang selalu ke D PALMA.
Teman suka sebab....
Hotel ala2 orang melayu islam.
Nak makan pun senang....Dari harga teh tarik 6inggit dah jadi 13inggit!teman tetap setia menginap di sana.Dari bilik bau hapak sampai bau wangi di naik taraf dengan baik.
Kalau ke KL,teman tak pergi hotel lain....hanya D PALMA ada dalam hati.
Ada masjid /Surau kat tingkat 3,boleh solat dan jemaah sama2.
Pekerja pun baik2 belaka....
Pendek kata...D PALMA terbaik setakat itu sahaja.

Dalam tengah tahun 2018,teman ada ura2 nak buat majlis kahwin anak di D PALMA.
Teman dah intai2....Dah risik2...
Satu hari tu teman pergi sendiri ke D PALMA.Teman datang dengan anak2...
Semata2 nak berunding pasal majlis kahwin....kos dan sebagainya.Sebelum tu teman ada call dan kata nak datang untuk bincang lebih kurang,mereka kata okay....
Teman makan kat cafe bawah tu....s…

EYELASH EXTENSION

Image
WUDUK...SAH ATAU TAK?

Kelmarin anak teman ada kata....mungkin dia gurau atau mungkin benar2 dia mahu apa yang dia impikan.
Nak tahu apa yang dia minta?
Sambung bulu mata!Orang putih panggil Eyelash Extension.Orang melayu kata keje gila!
Antara suka dan benci...teman rasa nak sekel je kepala dia..
Bagi teman permintaan ini tak perlu di utarakan.Tak sesuai....tak menasabah!

Teman ada kawan2 yang sambungkan bulu mata.Melentik bagai nak gila.Terkelip2 mata dia...maklum bulu mata dah sampai ke kening.
Bulu mata sambung ni susah jaga,tak lasak sebab untuk lekat gam di gunakan.
Faham2 le gam...mana lekat kalau kena ayaq.

Dari tepi kite boleh kenal bulu mata ori atau palsu.Tak normal..lentik semacam!
ALLAH dah jadikan cukup sempurna.Manusia je yang tak pandai bersyukur.Padahal tahu hukum hakam,tetap buat juga.
Bila kite nasihat...aku tahu....aku uzur,Langkah bijak nak tutup isu.
Bila kite nasihat...jam tu juga uzur,bila uzur pakai apa pun okay.Walhal....sebulan teman tengok,berbulan bulu tu …

CHOCODAPS

Image
BETUL2 SEDAP!



Kawan kenalkan teman dengan coklat jenama CHOCODAPS hasil ramuan bangsa kite.
Di tanggung HALAL dan BERSIH.
Teman terpikat sebab......rasanya betul2 sama dengan Coklat jenama terkini.
Teman dah makan berbagai bagai jenama termasuk Godiva.Jenama mahal di pasaran.

Teman tak menipu,teman betul2 suka rasanya dan keenakkan.
Kadang2 bila lapar,coklat jadi pilihan.
Sahabat kata nanti gemuk!
Teman jawap mana ada?kalau makan bertong tong....insyaALLAH akan jadi macam tong.Setakat makan sebiji dua...tak jadi apa pun.
Sebab tu orang pesan...buat sesuatu perkara biar berpada pada.

Teman nak kongsi sikit,bukan sebab teman dah jadi ahli TAPI...
Nak kongsi le sikit pengetahuan tentang jenama CHOCODAPS.
Kenapa mesti pilih CHOCODAPS?
1)Buatan Bumiputera Muslim
2)Di jamin HALAL
3)Sedap,enak dan tak muak
4)Almond dan hezelmut di letak sebiji di dalam
5)Pelbagai perisa

Keunikan CHOCODAPS

ALMOND MILK CHOC
Sebiji rasa Cadbury.Bukan nak tiru jenama tu,cuma nak samakan sahaja rasanya.Sape yang …

LGBT

MASALAH TERKINI

Makin menjadi jadi golongan ni.teman ada seorang...
Rapat dan kenal sesangat.
Ralatnya...
Teman tak pernah berkesempatan untuk tarbiah dia...
Teman membisu seribu bahasa.Teman ngaku...tak pernah sekali teman kata...
Kembalilah kau kepangkal jalan.....
Semuga ALLAH ampunkan teman...
Teman kurang ilmu,tak pandai nak berhujah bab agama.

Baru2 ni....banyak isu LGBT yang keluar.Lebih2 lagi dengan wujudnya seorang dua golongan ni yang berjaya mencipta nama di Malaysia.
Teman tak berkenan.Teman meluat!bukan cemburu tapi...tak suka.
Teman tahu.....kite tak boleh sokong mereka.
Mereka keluar kenyataan akan kahwin akan beranak pinak dengan lelaki pilihan.
MASALAHYA!
Di Malaysia dah benarkan lelaki kahwin lelaki ke?
Di Malaysia.....dah ada akta tu?atau 2 orang tu syok sendiri?

Selalu orang akan kata....biarlah mereka.....kite bukan TUHAN nak menilai mereka.
Kite jangan ambil kerja TUHAN.....
Hanya TUHAN yang kenal mereka tau tentang mereka.

Kawan  merangkap bapok,rapat dengan seo…

THEGRANDCHOCODAPS

Image
PERCUBAAN TEMAN UNTUK HUJUNG TAHUN 2018

Teman saja2 je...
Dengan modal RM470.00
Teman berharap akan dapat RM47,000....hehehe
Kawan kata...senang jual,murah dan sedap.
Teman hanya jawap tak pe,aku cuba dulu.Mana tau....menjadi.

Teman sebenarnya nak ajar anak2,berniaga.Islam pun galakkan kite berniaga.
Teman daftar bukan untuk teman...
Tapi...untuk anak2.
Teman nak mereka mengorakkan langkah sebagai peniaga.Walaupun bukan berniaga besar besaran.

Sahabat kata....decoupage tu kan dah okay?
Teman jawap...decoupage tu seni,tak semua orang tahu menilainya.Banyak yang nak yang cantik tapi harga mesti murah.
Pada teman decoupage hanya untuk orang yang benar2 minat.Setakat suka tapi lokek...
Mana maunya.
Ada pelanggan masih berhutang.Kadang2 fikir juga...
Mereka lupa ke?

Selepas ni...macam mana susah sekali pun....
kite kena mencuba sebelum kata TIDAK!

Coklat yang bakal teman jual rasanya sedap.macam coklat2 yang lain.Teman makan coklat jenama  Godiva...Mahal tapi isinya di ragui.
Yang teman ak…

LAIN PADANG LAIN BELALANG

ORANG MELAKA DENGAN ORANG JB LAIN CARANYA

Masa anak teman bertunang,teman cuba sedaya upaya buat yang terbaik.
Akak tempah pelamin dengan siapa?
Tak tempah.....
Haii...anak seorang tak kan tak ada pelamin?
Teman nak sederhana,teman tak mahu melebih2.Bertunang je kot?bukan kahwin!

Pelamin bukan wajib,sekadar hiasan dan ikutan.
Tunang sepatutnya senyap2.kalau tak jadi....orang tak tahu.
Sahabat kata kenapa cakap macam tu?tak baik....
Teman bukan doa,tapi...kite merancang,ALLAH jua menentukan.

Pihak lelaki dari Melaka kata....sepatutnya anak perempuan teman kena duduk tengah2 rombongan meminang.
Mak Aii.....teman tak pernah dengar cara tu.Teman tak benarkan.
Tak pernah di buat orang....anak dara yang nak di pinang duduk tercacak kat tengah2 orang ramai.
Wakil teman kata...lain padang lain belalang....

Masa nak sarung cincin...
Anak teman terus di bawa ke pangkin tempat yang teman hiasa cantik.
Sekali lagi...sepatutnya sarung cincin kat tengah2.
Sekali lagi juga wakil teman kata...lepas d…

DUIT KUTU

ALAHAI ...PATUT PUN KERAJAAN HARAMKAN!

Teman main undi RM400 sebulan.Selain adik kakak,ada 2 orang pemain luar.
Awalnya berjalan lancar.Sampai peserta ke 9 ...salah seorang mula tak bayar.Dia main 3 nama berjumlah RM1200.00.
Katanya...nanti dia transfer...
Hari ke hari...bayang duit tak nampak.
Teman sabar.....
Masuk peserta ke 10.Dia masih berhutang RM1200.00.
Bila 2 bulan tak bayar....jumlah dah jadi RM2400.00.Teman mula cuak.Teman tanya...tiada balasan.
Teman hantar pesanan....pujuk rayu bagai nak gila.
Dia tetap membisu.
Hati mula sakit...hati dah rasa ..habislah aku,kena tipu.
Teman manusia biasa,punya hati dan perasaan.
Main undi tak untungkan ketua.Teman hanya tolong kumpulkan dan serah pada yang berhak.
Bila di tinggalkan macam ni,hati mana tak sakit?
Teman hantar pesanan lagi...dia masih membisu.
Dia benar mencabar!

Dah puas hantar pesanan lembut,akhirnya teman minta bantuan seorang AhLong untuk tuntut hutang.
AhLong merangkap tukang sabit rumput bantu teman seadanya.Teman pe…

DUNIA MAK ANDAM

PALING KOTOR!

Teman book seorang Mak Andam.Dari bulan Mei lalu.Cuma tak bayar depo sebab....dia kawan semeja minum kopi.
Harga?
Make up untuk tunang...RM500.00 sahaja.
Make up untuk nikah.....RM800.00 sahaja.
Make up untuk sanding..RM1500.00 sahaja.
MAK AIIII mahalnya!kata seorang kawan.
Mahal tak mahal....terpaksa untuk cantik di hari bahagia.

Teman book dia....bukan sebab apa...
1)  Sebagai kawan,kite mesti pilih orang terdekat untuk jaga hati
2)  Sebagai kawan....kite tiada pilihan lain kecuali dia benar2 sibuk.

2 hari sebelum majlis,teman jumpa dia kat kedai...
Kak!saya tak dapat solekkan anak akak lah!saya ada hal...
Teman bertenang,teman tak nak kelihatan blur...Kat Malaysia ni,MELAMBAK!Mua solek orang.
Saya kenalkan akak dengan kawan2 saya ya?
Teman spontan jawap tak pe,tak perlu!dalam hati marah juga,cuma tak mahu nampak sangat kite mengharap dia.

Teman guna plan B,anak sedara di JB teman paksa solekkan anak dara.
Pandai tak pandai,anak dara teman kena berhias.
Alhamdulillah..…

SALEEM TELAH PERGI..

Image
TINGGALKAN KITE SEMUA...



Teman bukan peminat Saleem,tapi....banyak lagu2 dia sedap di dengar dan menjadi halwa telinga bila sedang mengemas memasak di dapo.
Teman ikuti kisahnya,kisah2 peribadinya...Maklum...teman suka membaca.
Teman masih ingat,masa Saleem kena tahan sebab mengisap dadah di sebuah rumah.Masa tu dia kena tangkap ramai2.
Pada teman....masa tu Saleem cuba daif!
Jauh sungguh Saleem tersasar dari jalan yang benar.

Lama menghilang....Saleem timbul dan tenggelam.
Kejap ada kejap tak ada....
Yang pasti.....Saleem tetap terbaik dalam senarai penyanyi lelaki zamannya.

Pernah Saleem menyanyi masa Juara Lagu TV 3.
Teman tak ingat lagu apa,tapi...masa tu suara Saleem tak keluar.Terus tak keluar!
Kesian.....
Saleem mesti malu.
Sahabat kata nak malu apa?dia bukan sedar pun.Dia hisap Dadah!
Teman diam...bukan teman nak bela Saleem.Kalau betul dia hisap dadah...biarlah....Saleem bukan kecil anak,dia dah tua bangka.Dah tahu baik buruk setiap perbuatan.

Lama....Saleem hilang..
Tup tup …

ALHAMDULILLAH....

Image
ANAKKU DI SUNTING ORANG...

Mereka kawan dah lama,dari awal2 masuk U lagi.
Masa awal2 dulu...teman tak harap apa2,cuma minta mereka kawan baik2,elok2..jaga pergaulan,jangan beri teman cucu free,teman tak sudi.
Masa awal2 dulu...teman tak harap apa2 pun...
Pada teman perjalanan hidup mereka jauh lagi.
Tahun demi tahun.....akhirnya mereka tamat belajar.Sama umur sama belajar....
Buat mereka sepakat nak bersama.

Awal tahun teman dah dapat maklumat,pihak lelaki nak jumpa untuk kenal mesra.
Kali pertama jumpa mereka....
Teman tetap tak mengharapkan apa2...
Yang ada dalam hati...semuga ALLAH permudahkan urusan kami.Kurniakan jodoh baik2 untuk anak2.
Kali pertama jumpa ibubapa calon menantu....
Teman hanya fikir yang baik2 je...
Tak mahu nak ganggu urusan anak2 dengan kerenah kite orang tua.
Hantaran?
Ikutlah awak nak beri berapa,pendek kata ikut harga semasa.
Tarikh?
Ikutlah nak buat bila,lagi cepat lagi baik.
Pendek kata...apa2 pun yang di tanya,teman dan suami tak membantah selagi tak menc…

YB NAIK HANTU!

Image
GARA DI ASAK PENDUDUK KAMPUNG.


Teman tonton video tu,pada teman walau apa pun terjadi sebagai YB,dia tak boleh tinggi suara pada penduduk kampung.
Walaupun ada cerita di sebalik kejadian,YB tetap tidak boleh naik suara dan bercakap kasar dengan penduduk.

Punca:
Tutup jalan alternatif kat Taman Akasia Melaka.Hanya gara2 jalan tu di tutup,penduduk mengamuk,walhal.....di tutup selepas di kaji dan atas faktor keselamatan penduduk Taman tu.
Kadang2 kite ni nak mudah je...
Bila berlaku sesuatu yang buruk,kite akan salahkan pihak berwajib.Bila pihak berwajib bertindak,kite protes pula.
Gitu le hidup ni...tak pernah rasa bersyukur.

Yang marah2 tu Exco Pertanian,Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka Norhizam Hassan Baktee,merangkap Adun Kawasan.
Dia marah sebab penduduk provoke dia..
Mungkin kalau kite pun naik hantu kot...
Kalau dah di asak dengan soalan2 maut.
Keputusan menutup jalan tu di ambil lepas dah di bincang dengan teliti.
Jalan tu di buat atas tanah milik Jabatan Pengai…

PEKERJA 7E KENA MAKI GARA2 ARAK

Image
GARA2 KURANG PEGETAHUAN AM....LELAKI INDIA TELAH MENAMPAKKAN KEBODOHAN SENDIRI



Kadang2 hati benci juga dengan keletah orang2 kapir yang tak faham2 tentang agama kite.
Kadang2 rasa nak maki je..
Kadang2 rasa nak mencarut!
Kadang2...dalam hati.....macam setan!benci betul..
Kadang2 lah,ada masanya mohon ALLAH kurniakan hidayah buat mereka.
Ikut mood teman le...ada masa sabar,ada masa macam setan juga.

Teman lewat komen....bukan apa,sibuk sikit.
Tak sempat nak tonton video ni sampai akhir.Yang pasti!apa yang teman faham,budak perempuan tu tak mahu pegang botol arak yang lelaki India tu beli.
TITIK.

Untuk pengetahuan India 'itu'.
Bagi umat islam,ARAK adalah sejenis minum yang haram dan kami tidak dilarang meminumnya.
Dari kecil2 lagi,kami dah di ajar....ARAK itu HARAM!Seumur hidup,teman sendiri tak pernah sentuh benda itu sebab.....tidak ada keperluan untuk menyentuhnya.BABI dan ANJING
Teman faham kenapa budak perempuan tu tak mahu sentuh botol arak tu.
Nak tahu kenapa?
Bila dah di…

PASKAL

BAGUS JUGA FILEM NI...

Anak ajak nonton wayang...
Cerita apa?
PASKAL jawapnya.
Apa?PASKAL?citer apa tu?Tanya teman hairan
PASKAL ertinya Pasukan Khas Laut.
Oooo baru ke tahu...dari dulu teman sebut Komando.

Jujur kata teman tak ikut sangat perkembangan filem,yg teman kenal dari dulu sampai sekarang!Awie,Amy Search dan beberapa org penghibur tanah air.
Teman ajak suami,jom tengok wayang?
Suami sedang MC terus setuju,urusan tiket tak macam dulu,semua online.

Pukul 9.15 malam ni kata suami.
Balik sekolah teman pesan anak2.. siap cepat!
Pukul 8 kite keluar makan dan terus masuk panggung.

Banyak babak  PASKAL berkisar hidup seorang Komando,dari mula sampai akhir,cerita banyak gaduh2,tembak2,meletup sana meletup sini,pendek kata.. sound kuat! Bising sikit.
Untuk orang yang banyak hutang,lemah jantung,kalah judi,putus cinta...teman nasihat tak payah lah
Maii nonton... buat kepala lagi pening.
Sahabat kata bior le deme pi tengok!awat hang kata macam tu?
Teman gelak... teman balas kat dia...
B…

DAUN PECAH BELING

Image
BANYAK GUNANYA

Teman jumpa kawan...
Agaknya dia perasan kami tak sihat kot?
Muka layu,mana kan tidak,bangun pukul 6 pagi sampai ke petang tak dapat rehatkan badan.
Nak lunjur kaki pun tak sempat.

Dia ajar 2 petua...
1)Rebus bawang besar,bila dah hancur blande dengan susu dan minum
Untuk sakit lutut,sendi dan mengembalikan tenaga.
2)Daun Pecah Beling..Daun ni banyak gunanya..untuk Kanser,kencing manis,batu karang dan diuretik.
Sahabat tanya duiretik tu apa?
Dengan pantas teman goggle......
Diuretik bawa maksud membantu perkumuhan dalam badan.

Caranya...
Ambil 5 helai rebus dan minum airnya.InsyaALLAH akan sihat selalu.
Lepas 1 bulan tambah jadi 7 helai.Cara rebus cara minum semua sama.
Dulu saya pun tak daya sangat,lepas kawan ajar saya,saya amalkan...nampak sihat.Kalau dulu balik kerja terus tido,sekarang tak lagi,Rasa segar sentiasa,

Cara teman mudah je.Balik rebus guna Noxxa..
Kalau guna cerek takut lupa.
Masukkan 'agak2' daun tu,letak air 2 gelas,set 2 minit...
Dah masak,no…

URAT HALUS...

TIDAK BOLEH AMBIL DARAH

Hari ini plan nak test darah.3 bulan dah makan ubat baru,nak tahu sesuai atau tidak.
Teman kena puasa hari ini,nak test darah wajip puasa.Kalau tak...keputusan tak tepat.
Nama di panggil....
Assalamualaikum Doktor,hari ini saya nak test darah.

Doktor separuh umur senyum je,menunjukkan barisan gigi putihnya.
Dia ke belakang,mungkin cari alatan nntuk sedut darah teman.Dalam pada tu,teman bersuara...
Doktor lama saya tak haid
Dia jawap puasa lepas,puasa penuh?
Teman jawap cuti 2 hari lepas tu...ghaib terus!
Doktor kata petanda nak monopause tu...
Teman diam je....dalam umur setengah ribu,tak mustahillah nak putus haid,maklum dah tua...

Doktor test tekanan darah...okay cantik,bacaan awak untuk hari ini sangat cantik(lupa bacaannya..)
Doktor siap2 nak ambil darah,tarik lengan baju ke atas,ikat kuat2 untuk timbulkan urat,cuci2 sikit dengan alkohol,tepuk2...cucuk dengan jarum.
Malangnya....sebaik jarum di masukkan.....Nampak darah separuh jalan,dapat sedikit je.Lepas …

ANGKA KORBAN GEMPA BUMI DI PALU MENINGKAT...

Image
JUMLAH TERKINI 832 ORANG

Jujur teman kata....teman tak tahu nak kata apa...
Nak kata kesian....seolah2 teman tak setuju dengan kerja TUHAN.
Pasti ada sebab....gempa terjadi.Selain daripada kajian manusia,sebenarnya.....ada sesuatu yang ALLAH nak sampaikan pada kite semua.

Beberapa hari ni,banyak video2 yang menyayat hati,ramai yang meratap hiba,ramai yang susah bila rumah ranap di bawa arus.
Jujur teman nak kata....teman tak buka video2 tu,teman tak sanggup nak lihat bencana alam tu.Suami yang rajin buka dan teman hanya mendengar dari jauh.
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
Sedih hati mendengarnya...
Sedih hati lihat mayat bergelimpangan dalam selut dan lumpur.

Hari ke hari...jumlah mangsa meningkat,kelmarin 400orang....hari ini dah jadi 832orang,mungkin esok atau lusa angka akan bertambah menjadi 1000.
Suami hilang isteri,anak hilang emak dan bapa....Isteri hilang suami...Begitulah yang mereka sedang hadapi.
Orang Indonesia pasti cemburu lihat kite....Tak pernah sekali gempa dat…