SEMANGAT MERDEKA

BERKOBAR KOBAR SEJAK ADANYA KERAJAAN BARU

31hb Ogos 2018,kite rakyat Malaysia akan sambut MERDEKA.
Rasanya...dah lama perasaan ghairah sambut MERDEKA pupus dalam hati.
Kenapa pulak?tanya sahabat
Entahlah.....keadaan semasa kot?buat kite tak minat nak sambut MERDEKA.

Tahun2 lalu...tiada kempen untuk naikkan semangat MERDEKA.Sunyi je..
kalau ada pun...ianya tak bermakna langsung.
Sepatah kata...bila hati tak suka,semua tak seperti yang kite harapkan.
MERDEKA berlalu pergi...

TAPI...
Tahun ni....perasaan ghairah sambut MERDEKA membuak buak.Tak sabar nak pasang bendera Malaysia.Walaupun  hanya bendera kecil2....
Perasaan nak sambut MERDEKA tetap ada dijiwa kite semua.
Sahabat kata...u jangan suka sangat,Pakatan Harapan masih baru...Kite sendiri tak tahu hala tujunya.
Selagi orang kat atas tu melayu Islam.....InsyaALLAH.negara akan selamat.

Sejak menang PRU lalu...kami tak lagi gusar pasal ekonomi,pasal politik.Kami tak fikir lagi pasal Najib dan isteri.Kami juga tak ambil pusing pasal harga ikan dan sebagainya.
Yang pasti!kami beri peluang untuk kerajaan baru buat kerja.
Ada banyak hari dan banyak tahun sebelum PRU15.
Apa yang penting?
KERJASAMA!

Pihak dulunya kerajaan sekarang dah jadi pembangkang,tak sudah2 tuntut janji.Tak sudah2 mainkan isu perkauman,Kami yang pangkah,kami yang kempen macam nak mampus!tak pernah tanya janji2 manis Pakatan Harapan.
Yang kami tahu...
Mereka bawa pembaharuan untuk Malaysia.

Tahun2 lalu,sambutan MERDEKA hambar di mata teman.Mungkin ada yang semarak jiwa,tapi...bagi yang sedar dan tak setuju dengan kerajaan lama,MERDEKA tak membawa erti apa2.
Hidup kami sama...
Perasaan kami dingin .
MERDEKA hanya pada zahir,Bathin merana kerana pendapat kite berbeza.
Maafkan teman...itulah perasaan yang ada dulu.Hak kite untuk bersuara.

Sekarang....2018...
Teman dah berjiwa,dah bersemangat untuk sambut MERDEKA.
Sempena hari bahagia ini,teman nak ucapkan MERDEKA buat semua rakyat Malaysia.
Kite sama2 bina negara tercinta.Kite doakan agar negara kite sukses dalam apa jua keadaan.
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?