MOBILE LEGENDS (ML)

GAMES PALING MELEKAKAN.

Sana sini orang sibuk tunduk pandang phone.Anak2 teman tak berkecuali.
Sana sini....tak kire jantina,leka dengan phone.
Bila di tanya buat apa tu?
Anak2 akan jawap....kite orang main ML.

Bila anak jantan berkurung,teman ketuk pintu tanya...buat apa tu?kunci2 pintu?
Dari dalam bilik,anak tu akan jawap tak ada apa ibu,Kite main ML!(MOBILE LEGENDS)

Main tak apa....stress tu tak bagus untuk diri.
Bila teman panggil nampak sangat ketegangan jiwa mereka.
Kenapa muka macam tu?tanya teman kat anak dara
Saya tengah main,games ni tak boleh 'pause' nanti mati kena marah dengan orang lain.
NAMPAK?
Sebab tak nak 'mati' sebab tak nak 'nyawa' hilang...sanggup masam muka,sanggup mendengus.
Teman kata..tak baik buat kat ibu macam tu,gara2 ML adik sanggup kecikkan hati ibu?
Bukan macam tu....dia cuba nak terangkan sesuatu,tapi....apa yang teman faham...
ML antara games paling buruk.Sebelum ni cari Pokemon,mujur anak2 tak terpengaruh.
Bila zaman makin maju,nilai murni manusia makin pupus.

Anak2 makin ganas!bila kalah.....fuck bagai!
Bila gagal BI,teman kata...ooooo ingat pandai sangat cakap omputih?
Dia jawap dia tak pandai sangat....
Teman kata..ibu dengar mencarut dalam BI,ingat dah pandai sangat!
Gitu le anak2 kite,mencarut dalam BI,walhal...itu je perkataan yang dia tahu.Di ulang2 sampai mahir.Sampai tak salah loghat!

Sebagai ibu,teman tak gembira....
Selalu teman beri amaran,jangan nak mencarut,nak maki hamun.Ibu tak ajar pun cakap macam tu.
Sekejap je....2 jam kemudian....FUCK Arrrrr!
Paling2....sebagai hukuman....Rampas hp,rampas PS4.Simpan kat peti besi.
Masalah baru datang....Hp teman jadi sasaran.
Orang call,orang Whatsapp dah tak sampai ke teman..
Semua terabai begitu sahaja.
Kawan tanya...aku Whatsapp apasal tak jawap?
Sah!anak aku yang baca.....aku tak tahu apa2 pun...
Begitulah.....dahsyatnya penangan ML,bukan anak2 je stress!dengan ibubapa sekali STRESS tahap tertinggi.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?