KAHWINKAN ANAK

TAK MACAM DULU....

Dulu...kahwin sederhana je..
Zaman teman,orang kebanyakan ,majlis buat kat rumah,dewan2 serbaguna atau dimana2 sahaja,asalkan sesuai dan tak menganggu lalu lintas,jika terpaksa untuk tutup jalan,kena mohon kebenaran bertulis dari pihak penguasa tempatan.
Orang kaya...buat kat hotel atau dewan2 hebat.Orang kaya tiada masalah,pilihan mereka LUAS!

Dulu...kahwin tak macam sekarang.Mak andam tak mahal macam sekarang.
Teman kahwin anggaran tak sampai 10ribu.
Tak ada pelamin ala FROZEN,salji penuh ruang.
Tak ada le pelamin bertingkat atau berpusing.
Yang pasti...ada tabir belakang ropol2,kaler2,ada bunga2 plastik penuh sampai lantai.
Paling penting ada bunga pohor tanda majlis ijab kabul sedang di jalankan.

Dulu....solek sekali sahaja.Pakailah baju nikah,baju gaun...muka tetap sama.Tidak ikut tema baju.
Dulu...tidak banyak pilihan.Mungkin orang kaya berkecuali.
Teman kongsi,pengalaman orang kebanyakkan yang di kekang dek RM.
Dulu..dah ada photographer,sekitar RM500.00 dah boleh dapat gambar cantik cuma tak ada edit tahap artis.Tak ada gambar2 kat taman bagai,semua kat majlis.
Dulu...zaman teman kahwin masih berhidang,tak ada bufet2 bagai!masa tu ala2 melayu sejati.
Pendek kata....zaman berubah pantas!tak terkejar dek kemajuan.
Kahwin sekarang lebih trendy,cantik2 dan banyak pilihan.Yang pasti....RM ada semua bisa sahaja.

Sekarang,banyak pilihan...
Siapa banyak RM boleh buat kat dewan2 hebat.Teman ziarah Glamhall MK di Damansara.Wah!hebat!Dewan hebat sangat2.Luas dan sejuk mata memandang.Atas dan bawah boleh di gunakan.Ada banyak pakej dan pilihan.
Yang pasti....artis banyak buat kat sini.
Banyak betul duit artis kan?kite yang keje siang malam pagi petang terkial2 nak adakan majlis kat sini.
Apa2 pun,dewan ni antara yang terbaik.

Teman ziarah KSeena kat Kuang,Sg Buluh.
Cantik juga...cuma....jemputan limit.Hanya 600 orang sahaja.
Tempat ni sangat cantik dan kemas.Alasan pihak mereka...takut jalan sesak,terlalu padat dan tak selesa.Parking jauh dari tempat majlis sebab,mereka tak mahu gambar2 nanti ada kereta,van bagai.
Tang ni teman sokong.Kreatif sungguh.
Dengan RM40k...kite akan dapat majlis yang indah di samping keluarga tersayang.
Teman rancang  nikah dan majlis dalam 1 hari..
Mereka susun atur majlis mula dari pukul 10.30 sehingga 3 petang sahaja.
Nampak padat tapi....insyaALLAH dengan kerjasama dari semua,majlis akan berlangsung dengan baik.
Teman hanya mahu yang terbaik.Teman harap kawan2 yang tidak di undang faham situasi kami.
Selain bajet yang terhad,kami juga mahu yang sederhana.

Masih banyak pilihan...
Banyak lagi tempat perkahwinan yang teman tak ziarah lagi.
Dewan Felda misalnya...dengan RM55 sekepala,kite juga boleh buat majlis gilang gemilang kat situ.Dewan Tun Rahah juga bagus,Laman Kasih kat Ulu Langat pun bagus cuma jauh dan jalan sesak nak ke sana,GlassHouse pun ada...pakej menarik.Royal Chulan pun ada....sekepala RM100 sahaja.
Pendek kata....banyak pilihan untuk bakal mempelai.
Yang pasti...jika di tanya pada teman...elok yang sederhana je...
Tak payah membazir banyak sangat.Lepas kahwin paling penting.Masa ni,kena sepakat,kalau tak...memang boleh gaduh sakan!
Jangan habiskan duit untuk majlis ,kecil orang kata,besar pun orang kata.
Sahabat kata..u kan ramai kawan.Mesti kena jemput semua.
Teman jawap mungkin tidak,kite kena ukur baju di badan sendiri,InsyaALLAH,kawan2 saya memahami.

Berkali kali teman pesan kat anak..
Jangan lebihkan majlis tu,buat ala kadar ,yang penting selamat urusan nikah.
Ada duit simpan,nanti lepas kahwin banyak nak pakai duit,kalau dah habis duit,gigit jari lah jawapnya.Kami ibubapa....hanya mampu nasihat ...
Sabarlah....sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?