CENDAWAN MEKAH

BANYAK KHASIAT?

Sejak adik beri Cendawan tu...
Baru teman tahu,selain cendawan butang,cendawan hitam..
Ada satu lagi cendawan yang paling hebat.
Cendawan Mekah.

Adik teman beri dalam bekas kecil.Cendawan ni hidup dalam air manis.
Akan matang dalam seminggu atau 2 minggu.
Caranya...
Buat air teh O,manis2...sebab,cendawan ni mengamalkan gula untuk hidup membiak.
Bila dah sejuk.Tuang air teh dalam balang kaca,tunggu seminggu atau 2 minggu.
Air tu akan jadi cuka,masam.
Dengar2 khasiatnya banyak.Boleh bantu kite sihat.
Sakit sendi dan tulang
Migraine
Kencing Manis
Turunkan kadar kolesterol
Sembelit
Masalah penglihatan
Menyembuhkan batuk,bronchitis dan asma
Darah tinggi
Jerawat dan sakit kulit yang lain
Gangguan Menstruasi dan menopause
Membersihakn racun dalam badan dan sel kanser
Mengatasi masalah impotensi/disfungsi ereksi
Insomnia
Menyuburkan rambut atau mengatasi masalah rambut yang lain
Ketegangan saraf
Menambah tenaga seksual
Awet muda
Lumpuh
Penyakit kronik yang lain

Pendek kata....macam2 kegunaannya.Benar atau tidak...teman tak berani nak kata.Teman baru nak mulakan.Itu pun entah tekun entah tak.Maklum...tekak teman ni bukan lasak sangat.
Benda2 pelik memang payah nak masuk.
Yang pasti cendawan teman makin lebar membiak.Menurut kata adik teman...
Cendawan tu akan besar ikut balang atau tempat kite simpan dia...
Kalau letak dalam akuarium,cendawan tu akan membesar ikut size akuarium tu,
NAMPAK?
Betapa mudahnya cendawan Mekah membiak.

Moh le kite mencuba.Supaya badan kite sihat dan kuat untuk beribadat.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?