BILA KITE BERURUSAN DENGAN KAKI SEMBANG

APA PUN TAK JADI

Teman jumpa seorang Tukang...
Dari gayanya.....tekun dan jujur.
Teman nak buat sesuatu pada penutup longkang.Penutup tu tak menarik dan mencacatkan pendangan.
Teman tanya dia...kamu pandai pasangkan plate besi kat penutup longkang akak ni,supaya batu2 tu tak jatuh ke dalam longkang,maklum teman cuma ikat dengan cable tie,bila dah lama....cable tie tu pun rapuh.Jadi senget benget batu2 tu.

Dia jawap boleh kak,saya cadangkan akak letak batu2 sungai kat atas tu.
Teman dengar cadangan dia terus setuju.sbb teman dapat bayangkan....betapa moleknya penutup tu nanti.
Mula2 dia kata....akak beri saya RM200 untuk beli plate besi.
Teman tunggu seminggu,dek tak ada yang nak di kejar,teman abaikan dia.
Minggu lepas dia call...boleh tak akak beri saya duit untuk beli batu sungai tu?
Teman tanya...berapa?
Dia jawap RM250,batu tu mahal kak...
Okay...teman beri dia apa yang dia minta.Dalam hati tak sabar nak tunggu hasil kejenya.

Khamis lepas dia datang...
Dengan segala macam barang.Teman nampak kejenya tak le berapa teliti tapi boleh lah...
Teman tak kisah sangat sebab....benda dah jadi.Malas nak suruh dia buat balik.

Nak jadi cerita...
Lepas seharian batu tu di pasang kat longkang rumah...
Teman pun masukkan kereta dan lalu atas penutup tu...
Tetiba dengar bunyi benda pecah.Bila turun teman nampak penutup tu pecah.
Alamak!pecahlah pulak.
Teman keluar pegang simen yang pecah tu.
Rapuh,boleh pecah dengan tangan.Teman hantar Whatsapp...teman kata apa yang teman nampak.
Dia kata tak pe kak...nanti saya datang.
Teman tunggu sampai habis hari.
Tanya lagi..kenapa awak tak datang?
Dia kata....insyaALLAH nanti saya datang kak,saya ada keje sikit.
Teman tunggu lagi...sampai ke sudah batang hidung dia tak timbul2.
Hati mula marah.Teman tanya lagi....bila nak datang?
Dia kata...isnin kak
Sampai isnin,dia kata dia tak boleh datang lagi...ada keje katanya.
Teman mula berang!darah dah UP!teman terus kata...tak payah datang,teman tunjuk hasil keje dia...
Sepatah kata Najib..Macam HARAM JADAH!
Simen boleh pecah dengan tangan.Paling teman marah....besi asal yang kukuh di buang dan di tambah dengan plate besi yang nipis.
Teman tanya...kenapa awak buang besi asal tu?
Dia jawap susah saya nak buat konkrit.Dalam hati...apa bezanya penutup asal dengan yang dia ubah.Yang asal sama je dengan yang dia ubah,beza cuma yang asal kukuh yang baru macam keje orang bodoh.
Plate2 nipis di welding hendak tak hendak.Teman tarik tercabut.
Sakit betul hati..teman hempas penutup yang dah siap...Berderai simen.
Dalam hati...apa le keje dia buat.Pandai ke tak pandai?bila tanya pandai je...semua boleh buat.Rupa2nya...macam hampas!

Hati mula baran,teman hantar gambar,hantar video....
Semua hasil kejenya.
Dia cuma jawap maaf kak,silap saya buat simen nipis sangat.
Dia masih tak faham.....bukan simen nipis,tapi besi asal kau buang tu kesilapan paling besar kau buat.Kau buang benda yang elok,kau letak plate2 nipis lepas tu welding macam Pak Pandir .tak betul2 lekat.Apa lah yang ada dalam kepala otak dia agaknya.Apalah yang dia nak cuba hasilkan.
Betul2 teruk keje dia.
Teman betul2 sakit hati...terus kata...jangan datang lagi!saya tak nak berurusan dengan awak lagi.

Jujur kata...teman dah tak boleh pandang muka dia,dah tak boleh kata apa2 lagi.Bab minta duit bagi ke dia.Sikit2 duit,sikit2 duit...nak beli barang sikit duit,langsung tak boleh guna duit dia.Langsung pokai!
Benci betul!
Teman betul2.....MARAH!terasa hari ini hari paling bodoh dalam hidup,bila kite bagi keje kat orang umpama tikus membaiki labu.
Jahanam purba lah wehhh!elok2 penutup tu bagus,kukuh...terus macam SAMPAH!
SETAN!

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?