TAJUK TERHANGAT MINGGU INI...

MADU MEREKA BUDAK 11TAHUN..

Terperanjat?
Mestilah!teman betul2 terperanjat.Sebelum ni ada cerita2 orang kahwin awal,tapi pasangan tu muda,serasi bersama.
Pernah juga baca atau dengar cerita2 pelik ni,tapi...biasanya kat obersi sana.
Kat Malaysia kurang mungkin sebab didikan agama kite yang baik2.
Kalau ada pun....jarang...jarang.....

Masa teman 11thn,teman mungkin macam kanak2 lain.Main kejar2,main pondok2,main mak2..maon masak2..
Pendek kata...11thn adalah zaman MAIN MAIN SAHAJA.
Kalau main kahwin2,kami cuma sanding2,letak bunga kat tepi rambut....kompang2
Pegantin lelaki tengah lari2,panggil ajak sanding...terus datang dengan relanya.

Masa teman 11thn,teman tak tahu apa2....
Bercinta jauh sekali!
Apa itu cinta pun tak faham....yang teman faham...cinta2 untuk orang besar2.Kami kanak2 tak layak untuk bercinta.Nak tanya banyak soalan pun tak boleh....

Masa teman 11thn....akriviti hidup dari pagi sampai petang...Belajar2,mengaji dan main2.
Tak terlintas untuk punya pacar.
Kalau ada pun...teman sebaya.Itu pun ejek mengejek membawa bahagia.
Jarang berkekalan....bila dah besar,masing2 bawa haluan sendiri.

Masa teman 11thn....teman kena baca buku untuk pekse penilaian darjah 5.Siang malam...kena beleter belajar,belajar dan belajar.
Untuk bercinta amat2lah tak sesuai.
Kanak2 seusia dengan teman..rutin hidup tak cerewet.Santai2....
Nanti petang,janji ramai2 main Polis Century .Bakar ubi kat longgokkan  daun2 kering yang atok bakar.
Bila ubi dah masak.Kuis ke tepi....kalau lambat takut jadi arang,pahit tak boleh di makan,yang pasti isinya gebu dan sedap betul makan ramai2.

Itu zaman teman dulu2.
Zaman sekarang....suasana dah beza.Hidup dah tak ceria macam dulu...
Kanak2 umur 11thn dan matang,walaupun tak semua.
Anak teman 11thn juga...satu apa pun tak tahu.Yang dia tahu...mobil legend,'muzikly' dan hiburan2 yang lain.
Umur 11thn sepatutnya....masih tetap kanak2...
Jangan kaitkan dengan kisah NABI....jangan samakan dengan NABI....kite tak layakkan..
Kite di didikan dengan ajaran agama yang baik,ikut sunnah NABI dapat pahala,dapat banyak manafaat.
Banyak sunnah2 NABI yang boleh di ikut TAPI...orang lelaki cukup peka pada poligami.Bila nak kahwin lagi....alasannya ikut sunnah NABI.
Kadang2...langsung tak layak!
Tetap beri alasan,ikut sunnah NABI.
Teman bukan tak setuju poligami,teman okay je..
Asalkan kaum lelaki faham hala tuju.Jangan kahwin sebab nafsu.Kahwin sebab nak suka2 je...
Banyak benda kena fikir,adil dan saksama,mampu lahir dan batin.
Jangan nanti lepas kahwin...anak2 jadi mangsa.
Berkelahi siang malam,anak2 bergelandangan tanpa tujuan.Bini2 lama...makan pakai cari sendiri.
NABI tak begitu.NABI jaga keluarga sempurna.
Jadi...nasihat teman pada lelaki2 sekelian...Sebelum berpoligami.....mentelaah banyak2.Ilmu mesti penuh di dada.Jangan ikut nafsu kelak masuk nereka.

Minggu ni....
Kite di kejutkan dengan perkahwinan budak 11thn dengan lelaki 41thn.
Apa pun alasannya,nampak jelas lelaki tu tak baik.Bercinta 4thn lepas, di tolak bagi....budak perempuan tu baru umur 7thn.
Umur 7thn dah di goda setengah mati oleh seorang lelaki dewasa.
Budak tu..kawan baik anak2nya.Budak tu.....anak murid kelas ngajinya.Budak tu,emaknya kerja di kedai makan isteri pertama dan budak tu selalu makan tido di rumah isteri pertamanya.
Dan kebetulan budak tu tak sekolah.Dek miskin,pendidikan tak terurus.
Tang ni teman tak salahkan kemiskinan,teman salahkan kebodohan ibubapanya.
Sekolah kat Malaysia bukan lah teruk sangat.Kalau kau miskin tapi kau masih nak menuntut ilmu...Datang je ke sekolah2 pilihan hati,daftar anak2...selebihnya pihak sekolah akan uruskan.
Tak ada baju?
Jangan risau,cerita je....saya tak mampu...bla bla bla...
Sekejapan.....akaun boleh mencecah ribuan ringgit.
Orang Malaysia hebat2,baik budi pekerti.Setakat minta derma untuk teruskan hidup...
Berjuta orang akan tolong.Sekali kes di Viralkan....Nasib anda akan berubah.
Yang penting!
Kena berterus terang...jangan simpan2 dalam hati,kena kongsi2 baru orang tahu.

Dalam kes ni...nampak sangat lelaki itu ambil kesempatan dari kemiskinan budak tu..Banyak cara boleh tolong.selain mengaji,piii lah hantar gi sekolah.
Alasan nak tolong,bukan bermakna kahwin.
Tak kahwin tak bercinta pun boleh tolong..
Yang penting fikirlah sikit...budak tu muda sangat,sebaya dengan anak2..
Teman selalu pesan kat anak2....jangan kahwin dengan lelaki berumur,kahwin dengan anak2 teruna sebaya.Elok lagi jarak umur 5thn antara mereka.
Teman tak sokong kahwin laki orang.Itu PANTANG teman....
Kahwin dengan orang2 muda....orang muda serba serbi baru...Orang tua banyak masalah.Nak kahwin kena gaduh2 dulu,kena makin hamun bagai nak gila.
Penat otak tepu fikiran...

Sahabat kata budak tu suka lah!baca whatsapp dia dengan madu2...budak ni matang tak macam anak u!
Kami gelak sama2.
Ya....budak tu terlebih matang,gaya hidup buat dia cepat dewasa dari usianya.
Malangnya....dia terjebak dengan cinta orang tua.Umur 11thn,patutnya dia masih sekolah,masih bersuka ria main2 dengan kawan2.Bukan kena jadi BINI kepada lelaki yang tua seusia dengan bapak dia!
Sahabat kata dia sukalah!,dia sendiri kata tak nak berpisah dengan lelaki tu.Lelaki tu kata...mereka nikah gantung,lagi beberapa tahun baru ambil bawa balik!baru boleh jadi bini betul2.
Teman tanya...budak tu dah akil baligh ke?
Sahabat jawap dah lah tu.....kalau belum tak kan emak bapak dia kahwinkan?
Fuhh!masih ada emak bapak dungu macam tu.Ambil jalan mudah nak lepas dari tanggungjawap.
Malas nak fikir....main lantak je!Dapat menantu sama baya pun....okay...Dapat menantu tak cukup belanja pun okay...
Yang pasti hidup mesti di teruskan dengan jayanya.
CUMA.....
Yang teman nampak...KERANA BUDI JASAD TERTAWAN.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?