SEMUGA SUAMI CEPAT SIHAT

SEMUGA TRIP KAMI KE JOGYA TIADA HALANGAN....

Semua orang susah hati...
Jangan lah tak jadi,duit dah habis ni...
Semuga ALLAH permudahkan urusan kami untuk ke sana,
Benar...
Duit dah habis beli tiket,cagaran agen sana...cagaran hotel,insurance perjalanan...
Semua dah sedia...

Bila suami teman jatuh,tumit retak..
Semua orang susah hati.Suami tak pergi,tak kan le..teman pergi,PASTI teman terpaksa dok di sisi.Bila teman tak pergi anak2 PASTI tak happy......mereka pasti nak induknya turut serta ke Jogya....

Kakak teman kata...tak pe,harap2 dia cepat sembuh,jalan lahan2 pun dah okay,asalkan dia ikut sama.
Kami sama2 berdoa...semuga ALLAH mudahkan urusan kami,ALLAH sembuhkan suami dan emak teman.Semuga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk mereka berdua serta kami juga.

Kite merancang,ALLAH juga yang menentukannya.
Dalam diam,mana sangka....ada yang sakit.Dalam gembira mana tahu...ada juga yang tak dapat serta sama.
Anak teman tak boleh pergi sebab ada kes di Mahkamah pada Khamis.
Anak sedara teman tak dapat pergi sebab persedian SPM yang cikgu wajibkan kehadirannya.
Akhirnya...dari 20 orang,sekarang tinggal 18 orang sahaja.
Booking hotel booking transport untuk 20 orang.
Maka kami berharap agar semua di kurniakan kesihatan yang baik,berharap ALLAH mudahkan urusan ini.
JOGYA!MU TUNGGU KAMI DATANG...ITU PUN JIKA DI IZIN TUHAN...

Amiin...

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?