POLITIK TERKINI...

TAK NAK AMBIL TAHU LAGI,SEHINGGA 5THN....
PRU15 BARU KEMPEN BALIK....

Sahabat tanya....awat senyap sekarang?
Teman jawap tak ada apa....malas nak tahu,apa pun berlaku,hidup kena terus macam biasa.
Sahabat tanya lagi..tu je?
Teman angkat bahu..apa nak buat lagi?Perjuangan sebagai pembangkang dah selesai.Kami penyokong PH dah menang besar!apa lagi yang kami nak lagi...biarlah Tun dan yang lain2 buat kerja.
Sahabat tanya lagi...dalam 100 hari,PH janji macam2.Nampak macam payah je nak capai.
Teman angguk...betul,sepatah kata Tun,mereka tak jangka menang besar!sebab tu mereka janji macam2.Semua tu adat bertanding.Sembang mesti kencang!kalau tidak.....memang kalah macam biasa.Apa2 pun....saya pun tak sangka menang gila2.
Sahabat tanya lagi....u tak tuntut manifesto yang PH janji tu.
Teman sebenarnya tak tahu pun apa yang PH janjikan.Pada saya...dah menang pun saya dah suka.Saya  anggap Manifesto tu janji2 manis PH.Mungkin lambat laun tercapai.InsyaALLAH.Biarlah mereka buat yang patut.Kite tunggu je..
Sahabat kata...PH tak boleh lengah2,pemerintahan hanya untuk 5thn je...Kes Najib ,1MDB,juta sana sini,kes2 yang lain kena cepat2 buat,jangan lembut sangat.Takut gigit jari nanti.
Tang tu,saya tak pasti,cuma saya yakin....pemerintah baru tahu apa yang patut mereka buat.

Sekarang ni...teman hanya lihat dan dengar kes2 bekas PM,barang2 kemas,bag jenama terhebat....
Pada teman....setakat PM,mana mungkin dia mampu beli semua tu melainkan..
PECAH AMANAH,MENIPU,MEMBONGGAK ,RASUAH DAN LAIN2 LAGI.
Untuk beli semua barangan yang di rampas dari bekas bekas PM.Teman hanya mampu kata...
Amat mustahil mereka mampu membelinya.
Sahabat kata...tak pe lah...ALLAH sahaja yang maha mengetahuinya.
PH menang dengan izin ALLAH.
Tun panjang umur juga dengan izin ALLAH.
Semua telah di susun oleh ALLAH.Maka....kite tunggu dan lihat sejauh mana kehabatan politik Malaysia.


Kami penyokong PH tidak pernah mempersoalkan manifesto yang di janjikan.
Kami hanya mahu jadi kerajaan,mahu lihat kejatuhan BN,mahu lihat pemimpin2 BN tahu langit tu tinggi ke rendah.
Teringat lagi jawapan2 menteri bila rakyat mengadu.
Teringat lagi macam mana menteri2 layan kami.Menghalau kami dari Malaysia,memaki hamun.
Bangsat!kepala bapak kau!
Semua tu masih tergiang2 di telinga.

5thn tak lama...teman berharap PH akan jadi kerajaan yang lebih baik dari BN.
kerajaan yang memahami luahan hati rakyat,walaupun tak tertunai lagi...janji2 manismu itu...
Kami tetap sabar...Cuma jangan asyik tumpu kat kes Najib,kes 1MDB.Masa tak lama...
Takut PH terjerat pada janji.Kami hanya memerhati,5thn tak ada apa2....Kami cuba 'up' parti lain!ingat tu...PH?

Semuga ALLAH permudahkan segala urusan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?