MAJLIS KAHWIN ZAMAN INI.

TAK MACAM DULU2...

Semalam,teman pergi 3 majlis kahwin.
Pertama di Dewan Tun Rahah,dewan sederhana....kapasiti sehingga 500 tetamu.
Mungkin jemputan tak ramai,sebab tu agak lengang,makanan dari D saji.Adik teman orang KL,katanya...dia dah muak makan sajian D Saji....bertahun2 rasanya sama sahaja.
Tuan rumah cantik berseri,tetamu apatah lagi..
Semua berdandan kemas untuk meraikan majlis yang meriah ini.

Masa balik,kami di hulur bag kertas hitam bunga emas.Cantik sangat.Teman berkenan gabungan warna yang klasik,hitam dan emas itu.
Masuk kereta tak sabar nak tengok isiperut bag cantik ini.
Sebaik buka....OMG!keropok je?
Majlis dah cantik,makanan dan okay....door gift?Very Very Simple...
Bukan nak kata...teman tak makan jajan2 tak berjanama.Teman atau ramai orang akan makan jenama yang popular.
Sahabat kata...dah di jemput mengata pula!
Hehehe...bukan mengata,hanya memberi pendapat.
Mereka golongan orang ado2,mereka bukan tak berduit.Cuma mungkin tak peka betapa pentingnya door gift yang di beri pada tetamu.Kahwin dengan orang Malaya.
Pengantin lelaki kacak menawan,pengantin perempuan ayu dan jelita.
Majlis berjalan lancar.
Makanan ada macam2...antaranya kebab ayam.
Tuan rumah kata....peniaga kebab ni terkenal.Makan berapa banyak pun boleh...
Door gift lebih baik dari majlis pertama.
Cookies coklat berbadam di masukkan dalam kotak berenda pink.

Majlis ke 3...
Nun jauh di atas bukit,di kawasan Ulu Langat.
Sepanjang jalan....mak aiii jauhnya.Mak aiiii sesaknya jalan...
Berpusing2 nak sampai ke Laman Nur Kasih.
Tempatnya cantik,bersih...ada kolam di belakang,makanan sempurna,teman berkenan..
TAPI...
JAUH SANGAT!kawan2 yang dok sekitar,mungkin tak ada masalah,orang yang datang jauh2....comfirm sesat baghat.

Sahabat kata...tak pe lah...cari lahan2 tempat kahwin anak tu.Jangan buru2,takut menyesal pulak.
Benar,anak dara teman kahwin sekali,nak pilih tempat terbaik,dia suka dan dia gembira.
Yang penting!
Dalam bajet yang tidak melebih lebih.

Sebenarnya..tempat2 perkahwinan banyak,kite pening nak pilih yang mana,semua bagus2,semua cantik2.
Bergantung pada bajet.
Teman sedaya upaya nak buat di tempat yang teman mampu.Tak terfikir nak berhabis habisan.
Sederhana lebih baik dari berhutang keliling pinggang.
Orang sentiasa akan bercakap,serba tak kena.Termasuklah teman sendiri...
Yang buruk datang dari kite,yang baik datang dari ALLAH.

Minggu hadapan,ada jemputan di Bizmillah,milik Penyanyi AF Mila.
Belum pernah ke sana,belum pernah cuba makanannya.
Harap2 berkenan di hati.

Majlis kahwin laa ni dah tak buat di rumah,rata2 kawan2 teman buat di tempat2 yang dah di tetapkan.Hotel dah biasa....homestay pun sesuai jadi tempat majlis kahwin.
Yang penting tempat letak kereta luas.Menu baik....bersih dan menarik.

Anak kata...pilihan hanya ada 2...
Glamhall atau Kseena sahaja.
Tiada lagi percarian.Tiada lagi berfikir...
Ibu kena pilih SATU antara DUA.

Akhirnya ibu juga kena buat keputusan.
Alahai....


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?