KISAH KAWANKU SI TUT....

DAPAT ANAK TIRI NAKAL MENGALAHKAN SETAN.

Bulan lalu dia hantar pesanan ringkas.
Maaf aku tak dapat bayar hutang kau,aku pakai banyak duit.Anak aku buat hal...
Teman okay je...nak paksa bayar pun tak guna,dah kawan tu tak berduit.

Sebelum raya dia hantar lagi...
Maaf aku tak dapat bayar duit kau...aku tak berduit nak raya ni.Teman bagitahu suami...
Halalkan....biar saya bayar.
Penyudahnya....suami yang bayar untuknya.
Bila beritahu...suami aku dah tolong bayarkan duit hutang kau.
Alhamdulillah....terima kasih banyak2.

Minggu lepas,dia tunjuk gambar anaknya kemalangan.Parah juga.Bahu patah,luka sana sini.
Dah anak....marah bagaimana,sayang tetap ada...
Baru sat dia hantar lagi pesanan ringkas...
Anak aku tu nakal,bersekududukan dengan betina 3 bulan dah.Tak terkata aku dengan dia...
lepas kemalangan,dia balik rumah dengan makwe dia sekali,alasan nak tolong jaga dia...
Malangnya....anak orang tu dia marah2 dia terajang mengalahkan bini.Tak tertengok aku dengan gelagat dia.Aku hantar makwe tu balik.
Yang tak bestnya....dah parah macam tu pun masih nak 'projek'!
Benci aku tengok muka anak aku tu...
Teman baca je apa yang ditulis.Dalam hati...anak dia dah melampau!kurang ajar!

Kesian kat kau....balas teman..
Apa nak buat,ALLAH bagi aku ujian...ALLAH tak beri aku satu pun zuriat,tapi...aku kena tanggung zuriat orang pulak.
Banyak betul ALLAH beri aku ujian.
Teman hanya mampu kata sabarlah....

Orang boleh suruh aku sabar,tapi kadang2....perangai anak tu betul2 menguji keimanan aku.
Belajar tak mau,bersekedudukan dengan anak orang.
Malu aku...
Teman tak tahu nak kata apa...
Teman pun ada anak,semuga anak2 teman tak buat macam tu....
Semuga ALLAH jauhkan kami dari perkara yang buruk2 ,dan dekatkan kami kepada perkara yang baik2 sahaja.

Di hujung kata teman doakan agar anak dia selamat.Sembuh seperti biasa.
Dia kata...tak payah doa yang baik2,budak tu bukan anak aku tapi anak setan!

Kite dengar rasa takut...
Kawan tu betul2 tak sabar dengan perangai si anak tiri.
Teman tanya....bini kau tak marah ke kau kata anak dia macam tu?
Dia nak marah apa?
Dah memang anak dia anak setan !

Entahlah....nak nasihat,teman pun tak pandai,hanya berharap anak dia tu sedar....
Bapa tiri dia ni dah meroyan!


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?