DOG'S UNCONDITIONAL LOVE

MESTI TONTON UNTUK UJI HATI SENDIRI...

Kawan bagi link ni...
Dia kata MESTI TENGOK!walau cerita lama....Akak MESTI TONTON!
Semalam...sebelum tido,teman cari cerita tu...
Cerita biasa...tapi dek ada anjing yang pandai,cerita tu jadi luar biasa.
Sahabat kata saya bukan tengok cerite ni sekali!tapi 10 kali!
Air mata jangan cakap lah!berjurai keluar!

2 beradik di tinggal ibu,tumpang kasih kat penjaga.
Satu hari penjaga terpaksa pindah atas urusan kerja.Tinggal mereka berdua bersama seekor anjing sebagai peneman.
Adik mati terjerlus dalam ais yang retak,si abang menyalahkan anjing punca kematian si adik.
Selepas kejadian,si abang mula membenci anjing dan cuba merenggangkan hubungan.
Di tinggalkan anjing untuk mencari ibu kandung di Busan.
Si anjing ikut jejak tuan hingga ke Busan melalui rel keretapi.
Berbagai onak dan duri terpaksa di tempuh sepanjang perjalanan.

Di Busan,tuannya dapat jumpa si ibu ,tapi sambutannya dingin.
Si ibu terpaksa tinggalkan anak untuk mengikut teman lelaki pindah ke US.
Si anak berkelana lagi...terjebak dalam dalam sendikit peminta sedekah.Berjuanglah si anak mempertahankan diri dari di buli oleh orang jahat,sesekali anjing yang di benci datang membantu.
Macam2 masalah di tempuhi,akhirnya...cinta mereka bertaut kembali.
Tu pun selepas doktor sahkan anjing tu sakit dan akan mati.
Akhirnya mereka balik ke kampung dan sama2 meratap rindu ada si adik.
Ibunya menyesal dan balik kepangkal jalan.

Sepanjang jalan cerita...
Bukan teman je nangis,anak dara teman nangis lagi teruk!siap ambil saputangan buat lap air mata.
Berjurai2 bagai air hujan.
Alahai..... cerita wayang je kot?
Awat nangis  ye ye nau?

Sahabat kata...jangan lupa tengok Hachiko kak,cerita tu buat akak, bukan menangis tapi melaung!
Gitu lah lembutnya hati...
Muka je garang tapi dalam hati ada taman.


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?