BILA ANAK NAK KAHWIN

RASA BERDEBAR DALAM DADA..

Anak kecil hingga besar,kite cuma fikir makan,minum dan pelajaran mereka.
Bila dah remaja,kite fikir pergaulannya
Bila dah lepas semua tu...kite fikir kejayaannya.
Bila dah berjaya menyarung jubah DEGREE!
Kite dah boleh fikir pasal perkahwinannya.

Jeng jeng jeng....
Tang ni...teman tak perasan sebenarnya..
Bila kawan2 cerita pasal perkahwinan anak2,teman dengar je...
Tak terlintas langsung kat kepala masalah2nya.

Kami duduk di Perak,jauh dari sanak saudara.Keluarga teman kat Selatan,keluarga suami kat area KL.
Bila orang tanya nak buat kat mana?
Teman dah celaru.Teman anggan nak buat ringkas tapi sempurna.
Teman ingat nak buat satu majlis nikah yang gemilang.Tapi...anak pulak nak bersanding.Maknanya 2 persalinan.
Sebenarnya...anak2 sekarang tak menurut.Anak2 sekarang suka membantah juga atau tak segan2 nak kongsi impian.
Sahabat kata ikut je le...dia yang nak kahwin,bukan YOU!
Betul....tapi kami yang keluar duit.bukan DIA!
Sahabat dan teman gelak sama2....betul juga.Kite yang keluar duit,kenapa pulak mereka yang berlebih2?
Tapi kite kena fikir....untuk anak perempuan kahwin sekali je,lainlah anak lelaki boleh kahwin 4 kali.
Ya tak ya..........maknanya sebagai ibu kite kena fikir impian mereka juga.

Jika begitu.....suka hati kau lah anak!asalkan belanja tak sampai melimpah ruah..
Kite kena ukur baju di badan sendiri
Jangan membazir,itu amalan syaitan,jangan ada dalam hati nak menunjuk2,jangan ada dalam hati nak bermegah2...
Sederhana lebih baik dari berlebih lebih.
Semuga semuanya akan berjalan lancar seperti yang di harapkan.
Walaupun lama lagi....
Tapi...kalutnya dah mula terasa.

Hellooooo....jangan lupa tempah dewan,orang nak kahwin kena tempah awal setahun!
OMG!awat awal sangat?
Yalah....ingat anak u sorang yang kahwin?ramailah lagi anak2 muda sedang menghitung hari..
Ya ke?
YA!jangan nak lengah2,masa berjalan.....

Ayahnya.....dah boleh enter RM kat akaun saya...sebab banyak benda kena letak deposit ya...
Tak ada duit tak boleh order apa2....
Setakat air lior orang tak layan maaa.......

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?