Posts

Showing posts from July, 2018

MASALAH BUDAK ZAMAN SEKARANG

MAKIN TERUK!

Siang tadi,ada tetamu datang dari jauh.
Datang menziarah kami,otw ke Pangkor.Teman saji ikan tenggiri masak kari campur sayur keling di panggil keloi.
Jangan salah sangka....keling bukan untuk manusia,tapi untuk sayur tu.
Teman masak sayur bodoh,dan roti jala serta kari ayam.

Sahabat tu berselera,bukan sedap sangat tapi mungkin lapar.Maklum...dari KL nak ke tempat teman mau berjam jam baru sampai.Pendek kata tido bangun tido bangun baru sampai.
Kalau ada kawan2 yang nak maiii...
Teman akan tanya bertolak pukul berapa?kalau dia jawap pukul 10 pagi....pukul satu belum tentu sampai.
Punya le jauh tempat tinggal teman.

Kami berbual tentang anak.Tentang pergaulan anak2 zaman sekarang.
Terkejut juga...masa dia kata....kat sekolah anak dia ada kes liwat.
OMG!anak siapa gamaknya?
Melayu?
Comfirm!sebab sekolah Kebangsaan.Tang ni,sebenarnya...anak siapa pun sama je..Kebetulan berlaku di sekolah kebangsaan,maka bangsa melayu naik,berlaku di sekolah jenis Cina,maka akan naiklah bangs…

SEMUGA SUAMI CEPAT SIHAT

SEMUGA TRIP KAMI KE JOGYA TIADA HALANGAN....

Semua orang susah hati...
Jangan lah tak jadi,duit dah habis ni...
Semuga ALLAH permudahkan urusan kami untuk ke sana,
Benar...
Duit dah habis beli tiket,cagaran agen sana...cagaran hotel,insurance perjalanan...
Semua dah sedia...

Bila suami teman jatuh,tumit retak..
Semua orang susah hati.Suami tak pergi,tak kan le..teman pergi,PASTI teman terpaksa dok di sisi.Bila teman tak pergi anak2 PASTI tak happy......mereka pasti nak induknya turut serta ke Jogya....

Kakak teman kata...tak pe,harap2 dia cepat sembuh,jalan lahan2 pun dah okay,asalkan dia ikut sama.
Kami sama2 berdoa...semuga ALLAH mudahkan urusan kami,ALLAH sembuhkan suami dan emak teman.Semuga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk mereka berdua serta kami juga.

Kite merancang,ALLAH juga yang menentukannya.
Dalam diam,mana sangka....ada yang sakit.Dalam gembira mana tahu...ada juga yang tak dapat serta sama.
Anak teman tak boleh pergi sebab ada kes di Mahkamah pada Khamis.
Anak s…

DUGAAN KAMI...

BILA ANAK DI TUDUH MENCURI

Awal tahun ni,anak lelaki teman di lantik jadi Bendahari kelas.
Teman dan suami suka yang amat!rasa teruja bila nampak dia bawa tabung kelas.
Wah!macam mana awak di lantik jadi Bendahari?
Dia jawap....cikgu lantik.

Sebagai ibu,teman menyokong,supaya dia ada sifat bertanggungjawap ,walaupun teman tahu...anak teman cukup sempoiiii...
Semua benda...mudah bagi dia.
Teman pesan...jaga duit tu baik2,jangan sampai hilang.Nanti orang kata awak yang curi.

Hari esok lusa tulat....duit tu bertambah,ada duit singgit2 dan duit syiling.
Teman pesan...jaga elok2,nanti hilang....
Itulah pesan yang teman kata kat dia setiap hari.Teman cukup risau,kalau2 dia gagal menjadi Bendahari yang baik.
Dalam bulan 3 atau 4,dia bawa balik tabung tu,dalam tabung tu ada 2 resit dan duit sebanyak RM17.65 sahaja(teman kire sendiri)
Tak lama kemudian,dia bawa balik tabung tu,kosong dan berbaki 5 sen sahaja.
Teman perhatikan je,teman simpan elok2 untuk rujukan masa depan,mana le tau ada kes2 …

TOM KE MANA KAH KAU PERGI...

Image
PULANGLAH...KAMI SENTIASA MERINDUIMU..

Teman beli dari seorang kawan,tak mahal...sekitar RM200.00 sahaja.
Masa tu Tom nama di beri baru 4 bulan.Berbulu oren campur putih.
Membesar dengan sihat,semakin sihat hingga besar badannya menjadi tanda tanya kawan2..
Kenapa dia besar sangat?
Soalan yang teman tak mampu jawap...

Hari berganti bulan dan tahun....Tom masuk tahun ke 5 hidup bersama.
Kucing yang baik,tak pernah timbul masalah,tak pernah buat hal....
Baik,lembut dan sentiasa bersikap baik dengan kawan2 sejenis.

Bila teman habis solat,dia akan berlari tergolek2 atas sejadah.Biasanya teman akan usap2 perut,gosok2 muka,kepala sebelum dia berlalu pergi.
Tido atas kepala..
Setiap subuh...dia akan kejut teman untuk tuangkan makanan dalam bekas.
Pemakan...tapi bila makan sebiji dua tapi kerap.

Kucing2 teman tak makan sebarangan..
Makanannya antara jenama ter gah!Royal Canin..
Satu jenama tak asing di kalangan pengemas kucing.

Hinggalah...sabtu lepas...
Teman keluarkan dia untuk berlibur..
B…

GARA2 SEEKOR KUCING..

SUAMI MASUK HOSPITAL

Kenapa suami kau?
Teman hanya mampu jawap jatuh tangga...
APA?JATUH TANGGA?
Semua bayangkan suami teman jatuh tangga tergolek golek...
Sebenarnya tidak....
Suami teman jatuh gara2 seekor kucing sahaja.

Ahad lepas,teman lepaskan 3 ekor kucing kesayangan.Rasa dah lama kucing2 tak cium bau daun,bau rumput.
Sampai ke petang,hanya 2 ekor yang balik,seekor lagi bayang pun tak nampak.
Bila panggil2...bunyi meownya di kawasan jiran.
SAH!dia dok kat syiling rumah Ah Siong..
TOM!TOM!...meaw.....jawapnya.
Nampak kelibatnya....bila di panggil dia tak datang macam selalu.
Umpan makan pun sama...dia lihat dan buat tak tahu..
Sampai kemalam..dia tetap di situ,bila di panggil,dia menjawap tapi..tetap tak dapat di pegang.
TOM!TOM!
Meow..meow....
Tu je yang mampu di buat.Kami hanya mampu panggil dan dengar suaranya menjawap.
Sampai kemalam...Tom tetap di atas sana,kami tak mampu nak panggil dia pulang.

Biarlah...harap2 dia tak turun malam2 ni,takut bergaduh dengan kucing liar yang …

KASUT PUTIH KASUT HITAM

YANG PENTING......ANAK2 SELESA MAK PUN BAHAGIA

Sejak dulu lagi....pergi sekolah kasut MESTI putih.Teman rasa dah berkurun2 lamanya...
Bila gi sekolah kasut MESTI putih.
Zaman berubah....pengawas kasut hitam.
Anak2 murid lain....kasut MESTI putih.

Semalam....Menteri baru isytihar....tahun depan kasut sekolah dari putih tukar hitam.
Teman nak kata jujur kat sini...hitam ke putih ke....teman tak kisah sangat.Tiada bezanya.
Kasut putih ada baiknya.....
Nampak kemas bersih dan berseri.
Kasut hitam...kemas juga,bersih juga...berseri juga....
Yang penting...mesti basuh atau tukar stokin tiap2 hari.Jangan di kepam stokin selama seminggu.Masuk hari ke 8.....semua orang boleh pengsan dek bau kaki yang busuk.

Menteri kata....ini keluhan ibu,bapa tak kesah sangat,hitam putih..sama je.
Menteri kata..dek faham masalah kaum ibu,maka menteri akan tukar kasut putih pada hitam.

Pendapat teman...
Kasut putih dah sebati dengan kite.Masuk tahun baru....kasut baru yang putih tersarung kemas di kaki.
Sebena…

DOG'S UNCONDITIONAL LOVE

Image
MESTI TONTON UNTUK UJI HATI SENDIRI...

Kawan bagi link ni...
Dia kata MESTI TENGOK!walau cerita lama....Akak MESTI TONTON!
Semalam...sebelum tido,teman cari cerita tu...
Cerita biasa...tapi dek ada anjing yang pandai,cerita tu jadi luar biasa.
Sahabat kata saya bukan tengok cerite ni sekali!tapi 10 kali!
Air mata jangan cakap lah!berjurai keluar!

2 beradik di tinggal ibu,tumpang kasih kat penjaga.
Satu hari penjaga terpaksa pindah atas urusan kerja.Tinggal mereka berdua bersama seekor anjing sebagai peneman.
Adik mati terjerlus dalam ais yang retak,si abang menyalahkan anjing punca kematian si adik.
Selepas kejadian,si abang mula membenci anjing dan cuba merenggangkan hubungan.
Di tinggalkan anjing untuk mencari ibu kandung di Busan.
Si anjing ikut jejak tuan hingga ke Busan melalui rel keretapi.
Berbagai onak dan duri terpaksa di tempuh sepanjang perjalanan.

Di Busan,tuannya dapat jumpa si ibu ,tapi sambutannya dingin.
Si ibu terpaksa tinggalkan anak untuk mengikut teman lelaki pinda…

TRIP KE JOGYAKARTA

PERJALANAN KE 2 BERSAMA INSAN2 TERSAYANG

Trip kami istimewa,ada kanak2,ada warga emas...
Dah pesan dengan travel agen....pengambaraan kami santai2 je...
Kami bukan nak kaji sejarah,kami bukan nak buat buku....
Makanya...perjalanan kami tak usah ribut2.....jalan2 sahaja.

Harga agak mahal....
Sekepala RM625.00 untuk 5 hari 4 malam termasuk...
Bus,supir,tol,minyak,hotel,sarapan,semua tiket untuk semua tempat yang sempat di lawati kecuali Borobudur.
Dengar2 hotel 3 bintang je...
Malas nak gaduh2,takut kena santet!
Maklum....orang seberang banyak ilmu(penangan dari cerita hantu yang pernah teman nonton)
yang penting hotel tu MESTI cantik,bersih,halal dan murah.
Melalui agen kite tak payah susah2 urus semua ,kite dok diam2,semua dah sedia.
Pendek kata....kami hanya sediakan wang untuk makan2,jajan dan shopping sakan.

Ayam Penyek?
Kat Malaysia pun ada ayam penyek,bukan ayam je...keli penyek pun ada!
Beli kain?
Tak lah!kat JTAR pun banyak kain.Semua bagus2 belaka.
Sahabat kata tapi kat Jogya …

PANGGILAN HAJI..

BUKAN SEMUDAH MEMETIK JARI

Kawan di selatan akan terbang tak lama lagi.Dengar2 pada 8hb nanti.
Kawan di utara akan terbang pada tertengahan  bulan depan ini...
Kami masih di sini,setia menanti panggilan Haji.Kepada yang dapat pii..tahniah,doa untuk kami jangan di lupa.

Berbual dengan kawan2 yang nak mengerjakan haji.Hati berbunga sepi..
Bila agaknya nama kami akan naik sebagai jemaah.
Bila agaknya giliran kami..
Itu sahaja yang ada dalam otak kepala.
Bila agaknya?yang pasti....duit kena penuh dulu!pesan rakan taulan.

Kawan kata...kau jangan ye ye sangat,bukan mudah nak pergi haji.Aku pun macam kau,tak sabar nak ke sana.
Kau kena ingat satu perkara.Belum pergi kite dah di uji.
Teman tak faham....teman diam tekun mendengar.
Masa aku dapat surat tawaran ,punya le suka aku laki bini.Ingatkan semua dah selesai.
Rupanya tidak!banyak benda kite kena selesaikan.
Pertama...kite kena buat medical check up.Dan ambil suntikan anti-meningitis,suntikan ni wajib samada nak buat umrah atau haji.
Dala…

KISAH KAWANKU SI TUT....

DAPAT ANAK TIRI NAKAL MENGALAHKAN SETAN.

Bulan lalu dia hantar pesanan ringkas.
Maaf aku tak dapat bayar hutang kau,aku pakai banyak duit.Anak aku buat hal...
Teman okay je...nak paksa bayar pun tak guna,dah kawan tu tak berduit.

Sebelum raya dia hantar lagi...
Maaf aku tak dapat bayar duit kau...aku tak berduit nak raya ni.Teman bagitahu suami...
Halalkan....biar saya bayar.
Penyudahnya....suami yang bayar untuknya.
Bila beritahu...suami aku dah tolong bayarkan duit hutang kau.
Alhamdulillah....terima kasih banyak2.

Minggu lepas,dia tunjuk gambar anaknya kemalangan.Parah juga.Bahu patah,luka sana sini.
Dah anak....marah bagaimana,sayang tetap ada...
Baru sat dia hantar lagi pesanan ringkas...
Anak aku tu nakal,bersekududukan dengan betina 3 bulan dah.Tak terkata aku dengan dia...
lepas kemalangan,dia balik rumah dengan makwe dia sekali,alasan nak tolong jaga dia...
Malangnya....anak orang tu dia marah2 dia terajang mengalahkan bini.Tak tertengok aku dengan gelagat dia.Aku hantar makw…

MAJLIS KAHWIN ZAMAN INI.

TAK MACAM DULU2...

Semalam,teman pergi 3 majlis kahwin. Pertama di Dewan Tun Rahah,dewan sederhana....kapasiti sehingga 500 tetamu. Mungkin jemputan tak ramai,sebab tu agak lengang,makanan dari D saji.Adik teman orang KL,katanya...dia dah muak makan sajian D Saji....bertahun2 rasanya sama sahaja. Tuan rumah cantik berseri,tetamu apatah lagi.. Semua berdandan kemas untuk meraikan majlis yang meriah ini.
Masa balik,kami di hulur bag kertas hitam bunga emas.Cantik sangat.Teman berkenan gabungan warna yang klasik,hitam dan emas itu. Masuk kereta tak sabar nak tengok isiperut bag cantik ini. Sebaik buka....OMG!keropok je? Majlis dah cantik,makanan dan okay....door gift?Very Very Simple... Bukan nak kata...teman tak makan jajan2 tak berjanama.Teman atau ramai orang akan makan jenama yang popular. Sahabat kata...dah di jemput mengata pula! Hehehe...bukan mengata,hanya memberi pendapat. Mereka golongan orang ado2,mereka bukan tak berduit.Cuma mungkin tak peka betapa pentingnya door gift yang …

POLITIK TERKINI...

Image
TAK NAK AMBIL TAHU LAGI,SEHINGGA 5THN....
PRU15 BARU KEMPEN BALIK....

Sahabat tanya....awat senyap sekarang?
Teman jawap tak ada apa....malas nak tahu,apa pun berlaku,hidup kena terus macam biasa.
Sahabat tanya lagi..tu je?
Teman angkat bahu..apa nak buat lagi?Perjuangan sebagai pembangkang dah selesai.Kami penyokong PH dah menang besar!apa lagi yang kami nak lagi...biarlah Tun dan yang lain2 buat kerja.
Sahabat tanya lagi...dalam 100 hari,PH janji macam2.Nampak macam payah je nak capai.
Teman angguk...betul,sepatah kata Tun,mereka tak jangka menang besar!sebab tu mereka janji macam2.Semua tu adat bertanding.Sembang mesti kencang!kalau tidak.....memang kalah macam biasa.Apa2 pun....saya pun tak sangka menang gila2.
Sahabat tanya lagi....u tak tuntut manifesto yang PH janji tu.
Teman sebenarnya tak tahu pun apa yang PH janjikan.Pada saya...dah menang pun saya dah suka.Saya  anggap Manifesto tu janji2 manis PH.Mungkin lambat laun tercapai.InsyaALLAH.Biarlah mereka buat yang patut.Kite t…

BILA ANAK NAK KAHWIN

RASA BERDEBAR DALAM DADA..

Anak kecil hingga besar,kite cuma fikir makan,minum dan pelajaran mereka.
Bila dah remaja,kite fikir pergaulannya
Bila dah lepas semua tu...kite fikir kejayaannya.
Bila dah berjaya menyarung jubah DEGREE!
Kite dah boleh fikir pasal perkahwinannya.

Jeng jeng jeng....
Tang ni...teman tak perasan sebenarnya..
Bila kawan2 cerita pasal perkahwinan anak2,teman dengar je...
Tak terlintas langsung kat kepala masalah2nya.

Kami duduk di Perak,jauh dari sanak saudara.Keluarga teman kat Selatan,keluarga suami kat area KL.
Bila orang tanya nak buat kat mana?
Teman dah celaru.Teman anggan nak buat ringkas tapi sempurna.
Teman ingat nak buat satu majlis nikah yang gemilang.Tapi...anak pulak nak bersanding.Maknanya 2 persalinan.
Sebenarnya...anak2 sekarang tak menurut.Anak2 sekarang suka membantah juga atau tak segan2 nak kongsi impian.
Sahabat kata ikut je le...dia yang nak kahwin,bukan YOU!
Betul....tapi kami yang keluar duit.bukan DIA!
Sahabat dan teman gelak sama2....be…

MASALAH TERKINI..

BILA PONDAN DAPAT SOKONGAN PENUH DARI MASYARAKAT UNTUK BEBAS BUAT APA JE.....

Terus terang...
Teman tak sokong!
Sejak dulu lagi....salah tetap salah,walaupun tak dapat buat apa2,paling2 tak menyokong mereka.

TUHAN ...aku mohon ke ampunan...aku tak sokong semua ini,apa kan daya....aku tak punya kuasa untuk hentikan semua ini.
Mereka punya ibubapa,kaum keluarga,sahabat handai yang rapat...kaitkan mereka dan bukan kami.Aku tak pernah membeli 1 pun produk mereka dan secara tak langsung tiada sumbangan untuk mengkayakan mereka sehingga mereka semakin besar kepala,sombong dan memalukan agama.
Ampunkan aku dan seluruh umat islam yang tiada kaitan langsung dengan mereka.
Sahabat kata ini doa lepas diri sendiri!
Ya...doa untuk lepas diri dari di dakwa oleh TUHAN.
Sahabat kata mana boleh macam tu?U kena nasihat dulu sebanyak 3kali,lepas tu..kalau dia tak dengar juga,baru boleh doa macam tu!
Ya....saya tak dapat buat apa2,kenal pun tidak,orang macam gini,ALLAH je yang dapat bantu.Degil yang amat…

ADAM RAYQAL

Image
BAYI MALANG MANGSA BUNUH

Semalam...teman ada nampak citer dia...
Tapi sambil lalu je...teman tak baca,sebab...malas nak tahu tentang benda2 macam ni.
Semalam...teman hanya terfikir,kes culik atau kes keluarga.
Tak terfikir,bayi comel tu mangsa bunuh terkini di Malaysia.

Seharian...teman cari ,teman baca cerita dia...
Menurut datuknya,kematian Adam sangat tragis!begitu menyedihkan dan langsung tak boleh di terima akal.
Bayangkan,bayi kecil ni polis jumpa dalam peti sejuk,di bungkus dengan napkin dan di sumbat dalam bag baju dia sendiri.
Emak dia kata....dia bawa baju dan barang2 Adam dalam bag hijau tu.
Bayangkan?
Mayat anak kecil tu di masukkan dalam bag pakaian dia sendiri.
Oh TUHAN...hanya kau yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Di bunuh ,di sumbat dalam peti sejuk oleh 2 wanita,seorang umur 33thn dan seorang 36thn.2 wanita ini bukan kecik anak,tapi dah TUA BANGKA!Dah boleh fikir macam2!
Datuk itu cerita lagi,bulan puasa lalu,Adam sebulan bawah jagaan dia di Chendering Terengganu…

NAJIB KENA TANGKAP

SEKARANG ADA KAT LOKAP SPRM

Dari setinggi tinggi kedudukan Najib di mata manusia.Sah!malam ini Najib bermalam di lokap SPRM.
Benar atau salah...NAJIB akhirnya kena lokap!
Jujur teman nak kata...berita paling di nanti.
Sahabat kata tak baik....
Tak payah lah nak tunjuk baik,kalau suka sangat pertadbiran dia kenapa tak sokong dia?kenapa pangkah PH?
Sahabat kata...dulu memang marah,bila tahu dia kena lokap,kesian lah pulak.
Terpulang lah...walaupun Najib kena tangkap.kena lokap...kehidupan keluarganya tak terjejas.Mereka masih boleh makan sedap2,anak2 masih boleh lena di tilam empuk.
Sahabat tanya u mana tau mereka okay?
Mungkin lah.....

Ada kawan kata...jangan ketawakan dia,ini masa dia,masa kite belum tau lagi.
Benar!
Ini masa dia....
Masa kite tak tahu bila...
Masalahnya...
Kite tak tipu orang,kite tak ambil hak orang...
Kite tak ambil pun duit 1MDB tu!kenapa kite mesti rasa takut balasan ALLAH.
Benar...kite tak boleh kata yang buruk tentang orang lain..
Masalahnya....teman hanya manu…

WARGA ASING DI PASAR BORONG SELAYANG AKAN DIHAPUSKAN..

Image
ITU ANTARA JANJI PAKATAN HARAPAN.
OPSSS!JANGAN LUPA DI TEMPAT LAIN JUGA....

Kerajaan baru sedang berusaha ke arah itu.Sebagai rakyat...kami sedang memerhatikan semuanya.
Longgokan warga asing dah membiak pesat!
Bila sebut Pasar Borong Selayang,bermain di mata....gelagat warga2 asing entah berpermit atau haram.
Lagak mereka umpama cacing naik ke mata.
Lagak mereka bak Tuan Tanah.
Ralatnya...
Mereka bukan dok situ sehari dua....dah berzaman.Sezaman dengan kerajaan lama.

Serbuan jangan ikut musim,kalau di buat selalu...
InsyaALLAH....mereka akan pupus akhirnya.
Apa2 pun....pastikan orang melayu kena ganti,kena rajin macam mereka.
Kalau tak....
Orang Selayang makan budu ,cencaluk je gamaknya.

Sebagai rakyat kami mahu perubahan.Tiada pilihan...
Halau mereka atau sekat kedatangan mereka atau jangan bagi muka pada mereka.
Sahabat kata...siapa bagi kelulusan,siapa sewakan tapak pada mereka,siapa berurusniaga dengan mereka?
Orang melayu......
Sudah geharu cendana pula
Sudah tahu bertanya pula..…

TAJUK TERHANGAT MINGGU INI...

Image
MADU MEREKA BUDAK 11TAHUN..

Terperanjat?
Mestilah!teman betul2 terperanjat.Sebelum ni ada cerita2 orang kahwin awal,tapi pasangan tu muda,serasi bersama.
Pernah juga baca atau dengar cerita2 pelik ni,tapi...biasanya kat obersi sana.
Kat Malaysia kurang mungkin sebab didikan agama kite yang baik2.
Kalau ada pun....jarang...jarang.....

Masa teman 11thn,teman mungkin macam kanak2 lain.Main kejar2,main pondok2,main mak2..maon masak2..
Pendek kata...11thn adalah zaman MAIN MAIN SAHAJA.
Kalau main kahwin2,kami cuma sanding2,letak bunga kat tepi rambut....kompang2
Pegantin lelaki tengah lari2,panggil ajak sanding...terus datang dengan relanya.

Masa teman 11thn,teman tak tahu apa2....
Bercinta jauh sekali!
Apa itu cinta pun tak faham....yang teman faham...cinta2 untuk orang besar2.Kami kanak2 tak layak untuk bercinta.Nak tanya banyak soalan pun tak boleh....

Masa teman 11thn....akriviti hidup dari pagi sampai petang...Belajar2,mengaji dan main2.
Tak terlintas untuk punya pacar.
Kalau ada pun.…