WANITA DAN BAG TANGAN

BERPISAH TIADA..

Lepas PRU14,baru teman sedar...bag tangan tak boleh di pisahkan dengan sejantina teman.
Kemana sahaja pergi,bag tangan salah satu aksesori WAJIB di pakai.

Macam teman juga...
Walaupun bukan dari jenama mahal,bag tetap teman angkut kemana juga teman nak pii...
Dek sebab teman orang biasa2,harga bag2 teman tak le mahal sangat.
Paling2 mahal...sekitar RM2500 ke bawah.Belum ada lagi bag yang berJUTA!ate berpuluh ribu ate beribu ribu.
Sebabnya....duit eelek,pitih ciput.
Nak buat macam mana....orang kebanyakkan,dapat makan pakai sempurna dah wajib bersyukur pada TUHAN.

Lepas polis geledah rumah bekas PM Malaysia.Baru teman tahu.....
Betapa pentingnya bag tangan buat seorang wanita.Walaupun dah tua.
Hasil rampasan tu,barulah teman tahu rupanya...banyak jenama2 hebat kat luar sana.Teman ingat Bonia paling bagus,rupanya paling mahal bag nama BIJAN.
Suami kongsi berita BIJAN dengan teman,ingat dia main2 atau sekadar meloyar buruk,rupanya betullah!jenama BIJAN harganya melepasi SEJUTA!
Nak beli bag ni bukan boleh beli2 sahaja,kena order,kena buat temujanji..buatannya sangat sempurna,sebab tu mahal.
OMG!hebatnya orang melayu pertama di Malaysia bernama ROSMAH MANSUR yang berjaya melayakkan diri sebegai pembeli BIJAN.
Sebelum ni Hermes ...teman tercopong mulut,harga sebiji pun beratus ratus ribu ringgit.
Mati hidup balik,teman tak akan dapat rasa memakainya.
Kecuali.....bag CIPLAK,gred AAA order dari kawan2 yang nak pii....oversea.

Teman juga ada seorang kawan yang sedang sedang sahaja wangnya,minat sangat dengan bag2 jenama.
Selalu cadangkan teman beli itu beli ini...
Akak kena ada satu bag2 baik kak...senang nak melaram kat mana2 nanti.
Teman jawap senang je....kalai nak beli biar sepadan,kalau ada 1 jenama terkini,tak cukup!tak kan le nak pergi mana2 bawa bag yang sama.Mestilah nak ada macam2 bentuk.
Bentuk atau corak memainkan peranan untuk gaya kite.
Bag majlis malam lain...
Bag majlis siang pun lain...
Bag jalan2 sambil shopping lain...
Bag nak pii rumah anak yatim pun lain..
Bag nak pii kuliah pun lain!hang tau kah?
Bukan boleh angkut sama je...kena ada beza,sebab tu...kak ROSMAH kite ada banyak bag!
Kite kena faham tu..
Cuma.....gaya Kak Rosmah keterlaluan sangat.lebih kerak dari periuk.

Sahabat kata...pelikkan,selalu orang tua dah tak de nafsu melaram.kalau ada pun biasa2 je...
Teman jawap...manusia tak sama,ada yang tua sebelum waktunya,ada yang rasa muda tapi hakikatnya...rumah kata pergi,kubur kata mari.
Begitu lah adanya...






Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?