BUANG BAYI DARI TINGKAT 3

TERGAMAKNYA KAU PEMPUAN!

Teman tengok video tu...Dari A sampai Z
Seorang bayi kecil terkotek kotek kaki tangannya.Di campak di celah2 besi binaan,jatuh di atas jalan tar dengan uri2nya sekali.
Bayi kecil berkulit putih tak berbaju tergolek atas jalan raya..
Ya TUHAN ku.....sedih betul.
Ini bukan kes pertama,ini bukan kes ke dua atau ke tiga...tapi dah beribu kes buang bayi kat negaraku tercinta.

Cuma ini kes terkini.
Orang ramai tengah menjamu selera tetiba bunyi bising kat belakang kedai.
Lelaki India yang awal sampai,capai bayi tu di balut dengan apron dan bawa ke Klinik.
Sampai klinik,kes kena rujuk ke Hospital sebab keadaan bayi tu parah,dan tangan patah.

Awalnya bayi tu selamat dan hari ini SAH! dia pergi tinggalkan dunia yang fana ni..Tinggalkan ibuya,tinggalkan kite semua pergi bertemu dengan TUHAN yang satu.
Sedih betul...
Sahabat kata bukan orang kite lah!
Teman tanya ..orang mana?
Sahabat jawap Indon....BF nya Bangla...
Ooo...semua dah tahu,si ibu asal dari Indonesia,lelakinya asal dari Bangladesh.
PDRM tak boleh sabitkan kes ni dengan BF dia tu?Kalau boleh kan baik,lain kali tak ada le org lelaki tabur benih sepah2.Paling2 lelaki akan ingat,tak lepas tangan.

Teman tak nak cakap banyak2,teman ada anak perempuan.
Jaga anak zaman sekarang cukup susah,kite jaga baik tapi pengaruh kawan2 lebih kuat dari pengaruh ibubapa.
Teman rasa bukan anak perempuan je kena jaga,anak2 jantan pun kena juga.Jangan rasa anak2 jantan tak salah,semua nak letak kat bahu anak perempuan.
Lelaki perempuan perlu kena jaga,kena kawal..
Alat sulit dalam seluar,kalau tak keluarkan benda tu tetap dalam seluar.Bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi,
Makanya...kedua2 belah pihak kena saling beringat.
Jauhi semua ni...insyaALLAH tidak akan ada lagi kes buang bayi merata2 tempat.


TAKUTLAH KAMU DENGAN ALLAH WAHAI ANAK2...
Buang humban ke mana sekali pun,mereka tetap anak2 syurga...
Hangpa yang punca mereka lahir,tak sempat taubat....masuk neraka ooooo......
Neraka tu bukan tempat yang baik,tempat yang sangat menakutkan.
Dengarlah pesan kami ibubapa.....jauhilah maksiat,ianya indah hanya sementara,tapi....akibatnya hingga ke hujung nyawa.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?