BILA BINI BERANAK,LAKI SUKA SANGAT ..

SAMPAI  LUPA DIRI..

Dulu2...teman tak boleh sebut beranak,teman kena sebut bersalin.
Emak teman ajar,beranak tu haiwan,bersalin tu manusia.
Dulu2...beranak atau bersalin satu proses yang sulit.
Belum lagi kalau kite tanya macam mana orang tu boleh beranak atau bersalin mak?
Silap haribulan mulut kena cili!
Begitulah  sensitifnya proses beranak atau bersalin tu.

Dulu2....benda2 dalam kain,sangat2 rahsia.
Sampaikan cikgu pun tak akan ajar kite sampai ke mukasurat terakhir Subjek Sains Panduan.Kat situ ada gambarajah organ jantina lelaki dan perempuan.Semua murid2 tunggu part tu,tapi..tanyalah kawan2 kite dulu,sempat tak cikgu2 ajar part tu?
Part2 tu sangat sensitif....belum ada orang melayu yang terang2 cerita atau jelaskan bab tu kecuali orang zaman sekarang.
Orang zaman dulu,malu mengatasi akalnya.
Biar tak faham bab sulit tu daripada mereka kena hurai panjang lebar mengenainya.

Bila ada laki yang sanggup tayang muka bini dia tengah meneran keluar anak,teman geleng kepala.
Ish ish ish...sampai ke situ moden akalnya.
Teman tengok juga...terasa ngilu perut.
Bayangkan tergamaknya laki dia rakam dan sebarkan untuk tatapan umum.
Sahabat kata orang berniaga,dia tahu apa yang akan buat dia untung.Kalau berjuta orang tengok dan kongsi,banyak le dia dapat duit.
Teman terpegun....sampai begitu sekali terdesaknya manusia cari duit,sampaikan perkara yang sulit pun nak di kongsi dengan orang ramai.
Sahabat kata itu kata u,kata dia lain pulak!
Entah lah.....mujur laki teman tak macam tu,tak sibuk nak kongsi semua benda kat media sosial.Mujur laki teman pemalu,kalau brutal macam Si Aliff Syukri!

Apa2 pun....teman tak sokong cara ini,nak tunjuk sayang sekali pun,tak payah lah sampai tayang muka berkerut bini hang tu Aliff!
Peliknya isteri dia tak marah.Kalau marah mesti laki tu tak rakam kot...
Cakap je....sama2 nak lariskan 'Youtube' kot....
Macam2 hal manusia laaa ni..
Aliff....
Kalau berani,rakamlah proses beranak tu sekali!nak tahu juga cara bini hang teran sampai tak koyak bunga tu....




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN