Posts

Showing posts from June, 2018

WANITA DAN BAG TANGAN

BERPISAH TIADA..

Lepas PRU14,baru teman sedar...bag tangan tak boleh di pisahkan dengan sejantina teman.
Kemana sahaja pergi,bag tangan salah satu aksesori WAJIB di pakai.

Macam teman juga...
Walaupun bukan dari jenama mahal,bag tetap teman angkut kemana juga teman nak pii...
Dek sebab teman orang biasa2,harga bag2 teman tak le mahal sangat.
Paling2 mahal...sekitar RM2500 ke bawah.Belum ada lagi bag yang berJUTA!ate berpuluh ribu ate beribu ribu.
Sebabnya....duit eelek,pitih ciput.
Nak buat macam mana....orang kebanyakkan,dapat makan pakai sempurna dah wajib bersyukur pada TUHAN.

Lepas polis geledah rumah bekas PM Malaysia.Baru teman tahu.....
Betapa pentingnya bag tangan buat seorang wanita.Walaupun dah tua.
Hasil rampasan tu,barulah teman tahu rupanya...banyak jenama2 hebat kat luar sana.Teman ingat Bonia paling bagus,rupanya paling mahal bag nama BIJAN.
Suami kongsi berita BIJAN dengan teman,ingat dia main2 atau sekadar meloyar buruk,rupanya betullah!jenama BIJAN harganya melepasi …

BILA BINI BERANAK,LAKI SUKA SANGAT ..

SAMPAI  LUPA DIRI..

Dulu2...teman tak boleh sebut beranak,teman kena sebut bersalin.
Emak teman ajar,beranak tu haiwan,bersalin tu manusia.
Dulu2...beranak atau bersalin satu proses yang sulit.
Belum lagi kalau kite tanya macam mana orang tu boleh beranak atau bersalin mak?
Silap haribulan mulut kena cili!
Begitulah  sensitifnya proses beranak atau bersalin tu.

Dulu2....benda2 dalam kain,sangat2 rahsia.
Sampaikan cikgu pun tak akan ajar kite sampai ke mukasurat terakhir Subjek Sains Panduan.Kat situ ada gambarajah organ jantina lelaki dan perempuan.Semua murid2 tunggu part tu,tapi..tanyalah kawan2 kite dulu,sempat tak cikgu2 ajar part tu?
Part2 tu sangat sensitif....belum ada orang melayu yang terang2 cerita atau jelaskan bab tu kecuali orang zaman sekarang.
Orang zaman dulu,malu mengatasi akalnya.
Biar tak faham bab sulit tu daripada mereka kena hurai panjang lebar mengenainya.

Bila ada laki yang sanggup tayang muka bini dia tengah meneran keluar anak,teman geleng kepala.
Ish ish ish…

BILA KAWAN BERMUKA MUKA

BOLEH BUAT GROUP HURU HARA!

Sejak wujudnya WhatsApp..
Bermacam2 group kite atau kawan2 cipta,dengan tujuan untuk eratkan silaturahim.
Group minta derma,group untuk khairat kematian,group untuk Reunion akan datang...Pendek kata,ada macam2 group.
Belum lagi group keluarga.Belum lagi group sekolah rendah,belum lagi group kuliah petang,belum lagi group minyak Zaitun dan macam2 lagi.

Paling mencabar,group sekolah menengah.Mungkin group ni paling dekat,paling banyak memori.Maklum...masa tu dah remaja.Banyak benda kite boleh kongsi sama2.
Cuma tulah...dalam ramai2,ada seorang dua yang pandai bermuka muka.Pandai berkata kata,pandai mengampu..
Mula2 tak perasan,lama2 bangkai gajah yang besar,mana boleh sembunyi..
Lambat laun orang mesti tau.Orang mesti hidu..Perangai sengal dia tu.

Semua orang tak betul,semua orang bermasalah.
Yang okay dia je...
Teman bukan kawan baik dia,cuma sejak dah tua2 ni,malas nak masam muka.
Lantak ko lah!kawan lah juga....

Raya tahun ni,ada seorang kawan yang dah per…

CELOTEH ANAK

SEBAB TAK BUAT KERJA SEKOLAH
Cuti sekolah bermula seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya. Dah pesan... Buat kerjasekolah,nanti tak sempat pesan teman hari2. Dek sibuk,teman pun lupa.... Pada teman sebagai pelajar dia sendiri tau.... Ada kerja yang cikgu bagi untuk di selesaikan sebelum sekolah mula.
Malam tadi,Aaliya tido awal... Pukul 12 belas tengah malam dia bergegas bangun. Teman perhatikan je... Terus ke meja tulis.... SAH!kerjasekolah tak siap.Teman kata... Kerja sekolah tak buat le tu! Nak tau apa jawapnya... Ibulah ni...jalan sana jalan sini...saya tak sempat buat kerjasekolah. MAK AIIII!ibu dah pesan siang dan malam,dia yang tak buat kite juga yang salah? Teman gelak je... Dalam hati....sekali aku PIANG!baru tau!citttt!

BUANG BAYI DARI TINGKAT 3

Image
TERGAMAKNYA KAU PEMPUAN!

Teman tengok video tu...Dari A sampai Z
Seorang bayi kecil terkotek kotek kaki tangannya.Di campak di celah2 besi binaan,jatuh di atas jalan tar dengan uri2nya sekali.
Bayi kecil berkulit putih tak berbaju tergolek atas jalan raya..
Ya TUHAN ku.....sedih betul.
Ini bukan kes pertama,ini bukan kes ke dua atau ke tiga...tapi dah beribu kes buang bayi kat negaraku tercinta.

Cuma ini kes terkini.
Orang ramai tengah menjamu selera tetiba bunyi bising kat belakang kedai.
Lelaki India yang awal sampai,capai bayi tu di balut dengan apron dan bawa ke Klinik.
Sampai klinik,kes kena rujuk ke Hospital sebab keadaan bayi tu parah,dan tangan patah.

Awalnya bayi tu selamat dan hari ini SAH! dia pergi tinggalkan dunia yang fana ni..Tinggalkan ibuya,tinggalkan kite semua pergi bertemu dengan TUHAN yang satu.
Sedih betul...
Sahabat kata bukan orang kite lah!
Teman tanya ..orang mana?
Sahabat jawap Indon....BF nya Bangla...
Ooo...semua dah tahu,si ibu asal dari Indonesia,lelakin…

ANAK KECIL MATI

ANGKARA KANSER

Kanser bukan penyakit biasa2....Kanser penyakit luar biasa.Sebut kanser,rasa dunia gelap gelita,walhal......kanser,diabetes,darah tinggi ate bisul seali pun,kalau tak di rawat,akan bawa maut juga.
Sebelum raya,kawan kat taman sebelah timang cucu,dek sibuk sambut raya,teman tak sempat nak ziarah.Dalam hati..nanti lepas raya,boleh le ziarah bersama keluarga tercinta.
Anaknya sebaya anak teman,bezanya anak teman masih belajar,anaknya umur 21thn dah kahwin.Anak teman masih huha huha...anaknya dah ada isteri untuk di tanggung.
Beza ketara tu....

Khamis lepas....
Dapat call... cucunya meninggal.
Bila teman tanya...kenapa?
Kawan tu kata mati sebab kanser.
SubhanaALLAH!tak sempat nak piii ,anak syurga tu dah tak ada...
Besarnya dugaan mereka,anak kecil yang di tunggu selama 9 bulan 10 hari, hadir hanya sementara.Pergi tak kembali lagi.

Teman tanya lagi...rasa tak puashati dengan cerita yang pendek tu.
Dia kata...masa lahir kat punggungnya ada ketumbuhan,besar penumbuk orang dew…

SELAMAT HARI RAYA

15HB JUN 2018

Seperti biasa..SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA!
Seperti biasa teman sambut raya di kampung halaman nun jauh di mata ,Johor Bahru.
Seperti biasa teman akan balik awal sikit untuk sama2 berbuka dengan bonda dan keluarga.
Pastinya...jika ada kelapangan gi Kotaraya,lihat2 suasana orang JB menyambut raya.
Seperti biasa juga....malam raya,ada jualan lelong biskut dengan harga yang CANTIK!
Jangan di tanya teman beli apa....sebab...teman hanya jalan2 je...

Sehari sebelum raya,jadi rutin kena belanja barang kering dan basah.Selalu...bersama bonda,teman hanya jadi tukang keluar duit dan tukang sorong troly.Memandangkan bonda teman dah tak kuat dan tak sihat...Teman lantik adik bongsu,untuk urus bab belanja.Tugas teman tetap sama...
Tukang keluar duit dan tukang sorong troly.
Sahabat tanya....kenapa u tak belanja?
Teman jawap...saya ni kedekut sikit,selalu fikir tak nak membazir.Makanya bajet makanan selalu tak cukup.
Emak akan bising kalau juadah tak sampai ke petang.
Makanya....dari…

BAZAR RAMADHAN DAN UPTOWN RAMADHAN

SETIAP TAHUN.....KEADAAN SAMA SAHAJA.

Sebelum puasa,MPM pasang banyak khemah untuk di sewa kepada peniaga2 kecil berniaga.
Sudah pasti sewanya mahal sampai tak terjangkau akal.Khemah kecil....sewanya hampir ribu raban.
Sahabat kata...pulangannya berbaloi kak oiiii...
Teman diam je...mungkin lah.....kalau tak berbaloi masakan diaorang sanggup bergolok bergadai nak rebut rezeki Ramadhan ni.

TAPI...
Ada tempat2 niaga yang tak sesuai...Pihak majlis tak kisah,janji ada penyewa,.
Batu krikil,ramput panjang...semua tak terurus.Bila peniaga merungut tak ada orang datang..
Baru tukar tempat yang masuk akal.
Sahabat tanya kat mana tu?
Kat area pekan tu....ada ke patut dia buat bazar niaga kat lopak!Mana maunya....
Bila peniaga komplen,baru tukar kat jalan raya.

TAPI...
Ada tu...keadaan benar2 tak mengizinkan,rumput tinggi,macam mana pelanggan nak datang,rumput panjang.Tak sesuai..nanti cucuk kaki.
Sahabat kata tak semua orang cerewet macam u!
Teman jawap ya ke tak ada?
Sahabat kata...TAK ADA!u …

ANAK KECIL DI BAWA LARI

OLEH PENCEROBOH DI AWAL PAGI

Kadang2 ada cerita yang tak masuk di akal kite..Tapi benar2 terjadi.
Seorang kanak2 kecil,umur dalam 1thn 5 bulan hilang tanpa ibubapa sedar.
Pelikkan?
Tapi...ianya benar2 berlaku.
Sebaik bangun dari tido,seorang ibu meratap hiba bila tak nampak kelibat anak kecil tu.
Anak yang masih menyusu hilang tak dapat di kesan.
Dalam FB penuh dengan cerita ini.
Semua orang share supaya berita ni tersebar merata ke seluruh negeri.

Mula2 teman buat tak kisah,pada teman...ini semua kerja polis.Bila selalu sangat keluar kat wall...
Teman baca dan faham..
Penceroboh ambil 2 hphone dan seorang budak tanpa di sedari.

MOTIF?
Sampai sekarang kite semua tak tahu...
Bila kite sangka baik...mungkin orang tu rindu anak di kampung.
Bila sangka jahat...besar kemungkinan nak jual organ atau buat tebusan untuk duit.
Entah lah...
Yang pasti!Manusia zaman sekarang dah terbukti hamba duit.

Akhirnya dengan berkat doa dan keizinan darinya.
Kanak2 malang tu berjaya di jumpai.
Di hurungi s…

LGE DAN AZAN

Image
TETAP DI KRITIK HEBAT OLEH RAKYAT JELATA



Teman tak mahu komen banyak2.Tak kire apa niat LGE...
Sikap yang LGE tunjuk pada kite semua,satu perkara yang baik.
Orang kite sendiri mungkin tak terfikir untuk berhenti bercakap.,bila dengar azan.Mungkin teman juga macam orang melayu yang lain tu,cakap tak serupa perbuatan.
Bagi teman LGE seorang yang peka keadaan keliling.Pandai mengambil peluang yang ada.

Ada 2 situasi,
Jika dia tak berhenti bercakap...akibatnya di kutuk orang sebagai  YB yang  tak hormat azan dan islam.
Jika berhenti.....akibatnya akan di tuduh berpura pura.
Kite tak boleh puaskan hati orang lain.
Yang penting!
LGE tahu menari di lantai yang tak rata.Dia tahu bawa diri...
Selama ini,orang yang jaga kewangan,jaga negara...semuanya MELAYU ISLAM.
Tapi..
Apa yang kite dapat?
HUTANG MEMBUKIT!
Angkara siapa?
MELAYU ISLAM.
Di P Pinang,sejak LGE jaga negeri tu,hutang yang membukit dah jadi rata.
Tak bugus lagi ke dia?
sahabat kata u kena ingat,bangsa lain mencari peluang atas kebai…