UNDI POST DI TEMPAT KAMI

5hb MEI 2018

Kami dah rancang nak jadi kak Nam dipondok2 panas.Bukan sebagai perayu undi,tapi sekadar meninjau proses undi tu di jalankan.Lepas sarapan,kami ke pintu utama TLDM di pekan Lumut.
Lenggang.....sunyi sepi..
Tak ada lah!mungkin pintu lagi satu kot?
Suami kata inilah pintu utama...Ya,ini memang pintu utama,masalahnya....TAK ADA!

Jomlah balik!kata teman...
Dalam perjalanan,fikir juga...pintu mana satu?ooo.mungkin pintu Kat Teluk Muruh.
Suami kata mungkin...
Kami ke sana....SAH!pintu tengah sebelum sampai pintu utama.
Ramai petugas kat situ,MB Zamri pun ada sama...
Paling best!mereka kempen sebelah menyebelah.BN,PH dan PAS.
Nampak harmoni,nampak sepakat.

Suami parking jauh dari mereka,jalan lahan2. Lihat gelagat petugas.Semua sibuk dengan urusan masing2.Tak kisah pada orang keliling.
Tetiba petugas BN beri 2 bendera kecil,mungkin dia mahu kami kibar untuk pancing pengundi.
Jujur kata...teman tak sokong BN,teman membangkang sejak Tun pecat Anwar atas tuduhan meliwat.Teman keluar sebab...benci dengan budaya fitnah.
Keluar sebab....meluat bila tilam di usung sana dan sini.
Keluar sebab hari2.....perkataan meliwat keudara kat corong2 TV dan radio.
Lepas tu...teman dah tak sokong lagi BN.
Sahabat kata u tak boleh gitu,kerajaan penting.
Teman jawap rakyat juga penting!Tanpa rakyat tiada negara dan kerajaan.

Teman rasa bersalah nak kibarkan bendera tu,teman pegang je,jauh dari mereka teman masuk dalam bag.Teman ke PH,di sambut baik...teman duduk sebentar dalam kumpulan tu,okay...semua baik2 sahaja.Kempen mereka matang,tak gaduh2.
BN kata KEKAL MB!(kebetulan Zamri MB ada kat situ)
PH balas TUKAR MB!
Tidak ada yang marah2,tidak ada yang balas balik dengan perkataan kasar.
Semua berjalan dengan aman.
Teman susur lagi ke PAS.Hari ini perayu undi PAS tak ramai,mungkin pagi masih muda,pertugas belum sampai lagi.
Teman ada disana beberapa minit sebelum beredar.
Yang pasti...semua baik2 belaka.
Tiada berbalah pendapat,tiada maki2,tiada gaduh2...
Semua dah matang berpolitik.

Teman pernah sertai demo besar2 di Kuala Lumpur.Setakat perhimpunan aman kat pekan teman...
Tak rasa gentar sangat.Mereka baik2 tanpa pihak ke 3.
Semuga SPR akan jadi pemegang amanah yang baik.
Semuga ALLAH buka pintu hati petugas2 SPR supaya jujur ketika menjalankan tugas.
Selebihnya kite serah pada ALLAH .
Kite merancang,ALLAH yang menentukannya.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?