SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

SEMUGA RAMADHAN INI LEBIH BAIK DARI YANG LEPAS.

Malangnya...teman tak dapat sambut.
Sahabat tanya kenapa?
Teman jawap uzur...
Sahabat kata lagi...aii!ingat dah monopause!
Pantas teman jawap..tolong sikit!

Malangnya lagi...tahun ini kami bertiga je...suami dan 3 anak yang lain tiada di sisi.
Suami kerja luar,anak2 belajar tak habis2 lagi
Hari pertama...kami mulakan dengan sahur.
Sahur kami ringkas je...seorang anak cerewet,menu dia susu segar dan kokocrunch.Seorang lagi selera jawa...nasi goreng pedas2 bersama milo panas.
Sahabat tanya tu je?cukup ke tu makan anak2?
Teman jawap cukup lah....kanak2 mangsa perang tu tak makan,okay je...anak2 saya makan lah juga.
Sahabat kata ...jangan lah samakan anak2 u dengan mangsa perang tu!diaorang dah biasa.
Teman gelak je...biasanya budak2 tahan puasa,yang tak tahannya kite...
Pagi2 sampai malam buta!keje tak habis2 lagi.Gerak cergas ke sana ke mari.Kalau tak kuat iman.mahu buka piok pelan2.
Sahabat kata tak kan le...u kan dah tua!
Mak aiii..orang tua le paling tak larat puasa.Mujur ingat dosa...kalau tak dah jadi gang plastik hitam!
Hari ke 2 ke 3 dan seterusnya...Puasa tetap di jalankan dengan penuh iman di dada.Kata ustaz hanya orang beriman rasa puasa tu nikmat.Untuk orang tak beriman atau iman sikit...puasa tu menyekse,fikir2lah....ko orang ada kat ketegori yang mana satu.

Biasanya...lagu raya akan keluar 2 minggu sebelum raya.Laaa ni...dah ada lagu raya ke udara.Mungkin kah sebab kerajaan baru dah berubah?Dah tak kisah semua ni?
Biasanya...kuih raya pun akan keluar 2 minggu sebelum raya.Laaa ...ni....awal2 dah di jual,samada digerai2 atau online.
Sangat aktif semua orang...
Sahabat kata patut le kerajaan lama kata...raya tak nampak terbeban dengan GST,di mana orang ramai berpusu2 ke kotaraya untuk membeli belah.
Sahabat kata masalahnya,kerajaan tau ke yang ramai2 manusia tu beli apa?
Teman geleng kepala....biasanya kerajaan ada mata2 untuk melihat situasi rakyat.Mata2 ni akan buat laporan.Kalau jujur akan di luahkan semuanya.Kalau nak membodek akan di ceritakan yang indah2 sahaja,yang buruk simpan di hati.
Gitu le gamaknya ....orang atas dengar cakap orang bawah,orang bawah dengar pula cakap macai2 yang bersepah di luar sana.
Hipokrit semua orang kat dunia ni!

Semalam teman ke Wisma Yakin,cari baju melayu.
SELALUNYA!orang ramai...nak parking pun susah!semalam....buat kali pertamanya...Teman pergi lenggang je,mana semua orang pergi?
Suami kata...belum gaji kot...
Anak2 kata...orang tak pergi tempat2 macam ni lah ibu...diaorang pergi mall2 yang banyak melambak kat ibukota ni.
Kat mall pun ada jual baju2 melayu lelaki.Cantik2,murah2..
Teman susah payah ke Wisma Yakin,walhal kat KLCC ada jual baju melayu lagi murah dan lagi menjimatkan.
Sahabat tanya kenapa u cakap macam tu?
Teman jawap...sebab...saya beli baju melayu kat Wisma Yakin,dek kedai kawan dapatlah harga baik.Biasa sepasang RM268.00 di beri harga istimewa jadilah RM238.00.
Jauh lebih baik ada  di KLCC...sepasang dari baju,butang dan samping hanya RM390.00 sahaja.
Berbaloi2 kan?
Sahabat tanya kat mana?
Teman jawap di kawasan legar bahagian tengah2 dekat dengan lif tu.
Okay nanti I cari....itu katanya sebelum dia letak phone.Biasa memang kami membawang dulu sebelum mulakan aktiviti harian.

Apa2 pun....banyak lagi tawaran hebat membeli baju melayu di pusat membeli belah.Semuanya ikut kemampuan sendiri.
Bila lalu nampak baju melayu RM99.00 sahaja.
Teman tunjuk suami....lagi murah!sebuk nak gi kedai kawan juga.Last lagi mahal!keh keh keh..
Bila nampak lagi...RM60.00 sahaja..
NAMPAK teman tunjuk lagi....
Akhirnya kemarahan memuncak...JOM BALIK!
Sakit hati lah tewwww......

Kuala Lumpur bukan tempat yang menarik jika kita tak berduit.Jika kite hanya ada duit cukup2 makan..jangan lah anggan tinggi sangat!
Kelak binasa badan...
Kenapa tanya sahabat?
Yalah...semua serba mahal!tak larat rasanya nak berbelanja.Mahal sangat2.Semuga kerajaan baru dapat sejahterakan kite semua.Dapat turunkan harga barang,boleh kawal para peniaga,boleh kawal harga minyak dan lain2 lagi.
Rasa penat bila dapat gaji,masih tak cukup.Walhal dah jimat setengah mati!
Sahabat kata ikutlah macam Kak Mah...menabung dari kecil.
Cit!Kak Mah tu temberang je....nak menabung apanya?mak bapak dapat beli beras pun dah bersyukur selalu.

Apa2 pun...semuga Ramadhan tahun ini akan lebih baik dari  tahun2 yang lalu.
Semuga semua keperitan ini akan berlalu cepat.
Selamat Berpuasa Untuk Semua Umat ISLAM tak kire di mana berada.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?