PRU14

AKTIVITI HARI INI 9HB MEI 2018

Pagi2 dah siap2 nak mengundi.lepas sarap,terus ke pusat undi.Orang ramai berpusu2.Peliknya....
suasana hambar.Tiada lagi sambutan macam PRU lalu.
kalau dulu....kat depan gate luar dah ada petugas sambut mesra para pengundi.Beri bantuan mana yang patut.
Hari ini,kami berdikari.Cari sendiri laluan undi.
Dan menunggu sampai 3jam.
Betul2 mencabar.

Datang 9.30 pagi,balik 12.30 tengahari.
kebetulan SPR dan sempadan semula pengundi,anak2 dan kami terpisah.
Kami dah boleh balik,anak2 masih beratur di sek lain.
Kebetulan pagi tadi...ada seorang perayu undi call nak hantar pi ngundi.Teman call nombor tu untuk dia hantar kami pulang.
Wah!dah mengundi berpenggal2,baru kali ini tahu..ada perkhidmatan pergi dan balik.

Dalam perjalanan,kami saja2 borak...
Tanya pemuda tu...Amacam dik?agak2 siapa boleh menang?
Dia jawap BN lah kak.....apa2 hal pun BN akan pastikan PRU ini mereka menang.Kalau kalah,kemungkinan Darurat.
Teman jawap mestilah dia menang.Kerajaan kawal semua.Lagi2 SPR sebelah dia.Tapi tak payah lah darurat bagai!kiteorang tak pernah menang2,okay je...cuba lagi di lain kali.
Dia jawap lagi...itu kata kite kak,kata diaorang lain.Najib tu,kalau kalah,tak dok rumah,kena dok jel!
Kami gelak sama2...
Awak tak pe..dapat banyak rezeki dari BN.
Pengakuan berani darinya...betul kak,saya pemakan dedak!
OMG!dengan penuh yakin dia ngaku dia pemakan dedak.Kami gelak lagi...sama2 walaupun nada tak sama.
Tapi kak....kalau menang memang lumayan,kalau kalah?silap2 claim saya ni pun tak dapat.
Bayangkan?
BN tabur duit macam kite tabur jagung bagi ayam makan,teringat kata Tok Guru....BRIM tu macam jagung bagi ayam makan.
Masa tu semua orang marah!tak suka Tok Guru samakan penerima BRIM dengan ayam.
Sahabat kata....tak faham bahasa sindiran....lurus bendul!

Sebelah petang,piii hantar mak ngundi.Bezanya...dulu,kami hantar mak kat pintu gate depan.Petugas akan uruskan mak.Laa ni..kami boleh hantar sampai ke tempat mengundi,sorong mak sampai ke dalam.Bukan ke dalam sahaja,teman boleh tolong pangkah parti pilihan mak.
Kalau dah teman yang pangkah,memang idok le...teman pangkah biru tua,teman terus pangkah biru muda,biar mak teman nampak muda sikit.

Malam....kami pergi kepusat kiraan undi.Masa tu dah hampir pukul 10malam.Keputusan dah berpihak ke PH.
Seorang lelaki Cina kata...anak i ada dalam,kire itu undi,Sudah call suruh I balik saja.Itu kiraan masih tak habis lagi.BN tak puas hati,suruh kire lagi kire lagi,kire lagi...
Tak ngam,pihak BN akan kata tunggu undi post sampai.
Bila sampai....beza tetap ada...Bayangkan?
PH 61k BN hanya dapat 36k...Undi post tak boleh top up lagi,beza angka banyak sangat!
Anak muda terus memantau,lalu kete tak kire siapa akan dipaksa buka bonet untuk lihat isi perutnya.
Antara sebab undi post susah nak di serap masuk.
Sampai ke pukul 4pagi,baru kami balik...
Susahnya nak pastikan PH menang.SPR tak berpihak pada kite.
Sahabat kata....kalau PRU 13,kire2 blackout!kami dah sediakan penyuluh.Masing2 dah bawa lampu suluh berbagai saiz.Gelap je....lampu suluh akan menyinari ruang.

Kami pulang lepas SPR sign borang 14.Lepas dengar sikit taklimat ringkas,kami balik rehatkan diri.
Esoknya baru dapat tahu....PH menang besar!
Kemenangan yang betul2 memeranjatkan!BN kalah teruk!BN tumbang habis!
Kami penyokong PH gembira.Penyokong BN berdukacita.
Kami dah biasa kalah,jadi...tak rasa apa2 pun...
BN selalu menang,jadi...sugul berlebih lebih...

Emak kakak ipar teman kata...kau orang suka2,emak sedih nangis tak sudah2.
NAMPAK?
Penyokong BN susah terima kekalahan,sebab mereka yakin boleh menang.
Sahabat kata ini semua kerja ALLAH,mesti ada sebab ALLAH beri kemenangan pada PH.
1-Bongkar tentang kezaliman pemerintahan NAJIB.
2-Bongkar tentang isteri NAJIB.
3-Bongkar macam2 kesalahan NAJIB.
4-Banyak masalah akan kite sama2 nampak.
5-Baru kite tau,penyokong2 BN ditabur kemewahan.Duit sana sini.
Pondok panas BN mewah,makanan sentiasa ada...pendek kata tak akan ada penyokong BN kebuluran.
Santai2 menghabiskan duit rakyat.

Bila dah kalah!masing2 dah macam apek kalah judi.Baik pemimpin atas bawah kiri kanan...semua muram semacam.
Tun terus bekerja,tanpa rehat.Bongkar semua kejahatan BN.
Kami rakyat...hanya  sebagai pemerhati...
Tun janji apa pun kami tak kisah...sebab kami hanya mahu pihak lawan kalah.Tu je...
Antara janji Tun...GST akan di hapuskan.Bagi kami...okaylah,kalau boleh di hapuskan kami gembirak je,TAPI!jika GST benar2 membantu pulihkan Malaysia.Kami rakyat Malaysia akan sama2 menanggungnya asalkan negara kite keluar dari belenggu hutang yang Najib atau BN buat..
Begitulah rakyat....sama2 susah tapi senang pemerintah je.
Begitulah rakyat...pemimpin pakai baju cantik2,tak pe...dia Perdana Menteri.Pemimpin makan sedap2!tak pe...diakan orang besar2.kite makanlah apa adanya.
Begitulah rakyat....biar pemerintah kaya raya,mereka hidup sederhana.

Tun terus bekerja...mungkin masa teman menulis,Tun dan rakan2 seperjuangan masih bekerja.Tak kira siang malam.Semuga ALLAH kurniakan umur yang panjang untuk mereka.Semuga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk mereka.
Kami penat hanya hari mengundi,sekarang kami dah boleh lena...Tun ada untuk kami.
Dengan izin ALLAH..banyak perkara akan terlerai.
Banyak persoalan akan terjawap...MH 370 MH 17 akan kite ketahui puncanya.
Sebab tu....
Kami sentiasa sokong PAKATAN RAKYAT.
Kami bukan tak nak sokong PAS,kami nak cari jalan penyelesaian.
Kami nak bantu semua orang hidup bahagia tanpa tekanan ekonomi yang teruk.
Bila negara pulih....insyaALLAH penyokong PAS BN DAN PH akan gembira ria.
Insya ALLAH..

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?