POTONGAN KWSP 2% UNTUK BINI YANG TAK KERJA

TAPI MASIH ADA YANG MEMBANTAH!

Pakatan Harapan janji akan wujudkan satu skim caruman 2 % dari gaji suami untuk isteri2 yang tak kerja.Caruman 2% diambil dari 11% caruman suami.Tiada penambahan jumlah,cuma bahagian suami hilang 2% je...
Tahniah TPM Kak Wan Azizah.
Kami surirmahtangga suka sesangat!
Yang baik kami ikut yang buruk kami tolak mentah2.

Potongan dari akuan suami 2%,kerajaan akan top up lagi 50 inggit.
Wah!banyak juga teman  dapat bila umur 55thn nanti.
Boleh buat pergi LONDON.Boleh beli macam2!

Rata2 ada suami yang faham,ada suami yang tak faham.Selalunya,yang faham ni tak ada masalah,yang tak faham2 ni hidup penuh masalah!Mungkin kahwin lebih dari 1,atau sememangnya berkire zahir dan batin.
Suami teman terima dengan senang hati...mungkin sebab suami teman okay selalu.Duit tu ibarat menyimpan juga,cuma atas nama bini.Bila keluar nanti,boleh guna sama2.Boleh melancung sama2,boleh buat haji sama2...
Pendek kata...kalau jodoh tu panjang,duit 2% tu akan memberi manfaat bersama.

Teman pernah berkerja,berhenti atas sebab nak jaga anak2,nak jadi surirumahtangga normal,teman kerja pergi pagi balik petang.Penat!rumah terbarai.
Bila berhenti anak2 sempurna,duduk rumah sendiri,tak payah rebut2 hantar anak ke rumah pengasuh.
Sahabat kata suami gaji cukup,okay le..kalau tak cukup?terpaksa juga kerja.
Benar...gaji suami cukup2 makan,tak mampu nak mewah2.
Tapi tak pernah lagi kebulur tak makan.

Ada kawan tu bantah gila2.Dia kata 2% tu banyak!
Oh TUHAN ku....awat le suami jadi lagu tu?
Teman kata kau ni buat malu lah!aku tak nak kawan dengan kau lah!2% je kot?
Bini kau dah jadi hamba abdi kat rumah tu.Walhal bini kau punya lah jelita!kahwin dengan kau tua sebelum waktunya.
Kawan balas pandailah kau!sekarang pun cantik lagi...
Teman kata...2% tu bukan dapat tiap2 bulan,tunggu dah tua nanti.Macam aku lagi 5thn boleh le aku angkut keluar semua.Tapi lagi 5 tahun beb!entah sempat entah tidak...
Waallahualam..

Kepada para suami,hargailah isteri.Sebaik seorang pempuan berkahwin,hidup dia akan bertukar 360'!
Daripada lemah lembut,jadi kasar macam HULK!
Mana tak...celik mata sampai tutup mata!kerja kerja kerja...
Malam kerja lagi...tak sempat tarik nafas dah kerja lagi..
Pendek kata...mati je tak payah kerja.
Selagi hidup,boleh berdiri ,tak koma,tak minum air guna straw!...
Kerja kerja kerja.....

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?