PERDANA MENTERI KE 7

TUN DR MAHATHIR...

Teman tahu tentangnya lama dulu...
Dari sekolah2 rendah teman dah kenal Tun..
Pertama kali dia angkat sumpah jadi PM pun teman masih ingat.

Dia jaga Malaysia baik
Dia jayakan Malaysia dengan baik.
Duduk bawah penguasaannya buat kite hati berbunga2.
Bila orang tanya awak dari mana?
Dengan bangganya...Saya Dari Malaysia.
kembang hati,jiwa semarak api Patriotik!Sayang Malaysia Sayang Tun!

Tapi....
Itu dulu....
Lepas pemecatan Anwar,teman dah tak minat lagi kat Tun.
Bagi teman,Tun dah mula mengade ngade...
Tak tahu apa yang di takut atau atas desakkan siapa Tun mengila hingga jadi tak waras!
Sejak itu teman mula membenci Tun.
Pada teman Tun melampau!Walhal..setiap kali PRU,teman akan pastikan Tun and The Gang menang besar!Bersusah payah balik kg kat selatan sana,hanya untuk undi BN.Takut benau!parti Tun kalah.

Bermulalah zaman Reformasi.Sana sini orang kata Tun.Dalam diam....rasa suka tak berubah,cuma sokongan untuk Tun,memang tidak le...
Sejak tu juga teman dah tak ikuti cerita Tun,cerita BN,cerita UMNO.
Yang teman tahu....teman dah jadi Pembangkang sejak 1998.Dah boikot surat khabar,TV bagai!
Teman hanya baca sumber dari internet.Teman tak lagi percaya pada Media Kerajaan.Semua penipu!

Hari demi hari,bulan demi bulan dan tahun berganti.
Teman tetap tak anggap Tun seorang yang menarik walaupun tak membencinya.Teman cuma tak setuju cara dia pecat Anwar.
Tu je....
Selebihnya teman akui...dia PM terbaik.
Bila dia berhenti....teman hanya pandang sepi.Tak mendatangkan apa2 keuntungan buat teman..Hidup tetap sama.
Teman hanya perhatikan gelagatnya.Menjadi pengatur politik Malaysia.
Lepas tolak Tun Hussin Onn,naikkan Najib.Keh keh keh...Bala tak dapat di hidu dek hidung manusia.Hanya ALLAH je tahu...kebaikan dan keburukkan manusia itu.
Sebaik naikkan Najib.Tun dah di buang macam sampah!
Najib tak ikut aturan di beri,Najib lagi licik dari Tun.Ambil ko!
Tak semua orang suka di kawal,tak semua orang suka di atur aturkan...
Ada manusia nak jadi diri sendiri.
Tun makan hati dengan PM pilihannya.
Najib bukan macam Anwar,bukan macam Hussin Onn...BUKAN!Najib adalah Najib.Seorang lelaki berkulit putih,berbibir merah.Disisinya ada seorang isteri yang lebih bijak mengawal suami daripada isteri2 seantero dunia.
Isteri yang setanding dengan isteri Marcos,isteri Soeharto..
Boros,suka bergaya mewah,suka membeli belah,suka jenama2 terkini.
Pendek kata.....nafsu 9 yang ALLAH kurniakan di pakai SEMUA!

Sejak Najib naik jadi PM.Malaysia jadi pelik di mata dunia.
Yang mati tetiba,yang datang Malaysia GHAIB pun ada,yang tetiba orang jumpa dalam tong drum pun ada...pendek kata semuanya ada!
Ekonomi jangan cakaplah!
Rosak teruk!
Adik ipar teman dah 2thn jadi penganggur,kakak ipar teman pun sama...
Ini semua berlaku sebab pertumbuhan ekonomi tak memberangsangkan!
Sejak kebelakangan ini...rakyat tak gembira.Bila lihat kehidupan menteri lagi gah dari sultan,dari Agong.
Bila kite rakyat kata...ikan mahal!Menteri jawap....ikan mahal,belilah ayam.
Bila kite kata sayur mahal!Menteri jawap....sayur mahal,tanamlah sendiri.
Bila kata tol mahal!Menteri jawap....tol mahal,ikut jalan lama.Tak payah bayar tol.
Bila kite kata tak cukup menteri...Menteri jawap...buatlah lebih kerja,rakyat di galakkan buat lebih dari 2 kerja.
NAMPAK?
Tak sakit ke hati,bila baca,bila dengar jawapan menteri.
Semua tak serius,menyakitkan hati.
KEMUNCAKNYA!
Bila cukai baru di kenakan kat rakyat,GST 6% setiap barangan yang di beli.Menteri kata dengan GST,harga barang akan turun.
NAMPAK?
Menyakitkan hati kan?
Harga minyak gitu juga,minggu ini turun,minggu depan naik balik,turun naik,turun naik...
Tak tetap setempat.Tiap2 hari rabu...harga baru keluar.Semua rakyat mengeluh tak ada siapa yang boleh bantu.
Paling haru biru...harga barang naik adalah takdir dari ALLAH.
TITIK!
Penyudahnya...ALLAH juga yang di salahkan.

Sebelum PRU,teman sendiri tak pasti nak undi parti mana...
Naik undi PAS,nampak sangat PAS dah sebelah ke BN.Walaupun di nafikan,teman tetap tak setuju cara yang di tunjukkan,ate teman ahli PAS seumur hidup.Nak undi PKR,teman tak suka juga dengan calon2nya...Nampak tak kuat sangat.
Nak pilih DAP,teman bukan ahlinya.
Nak pilih parti BEBAS teman tak yakin denganya.
Nak pilih BERSATU,teman tak suka Tun....
Akhirnya...teman sendiri buntu,rasa tak nak balik mengundi.
Nak jadi cerita....Parti Tun tak boleh di gunakan,RoS haramkan parti Tun,tak boleh digunakan untuk bertanding.Tun terpaksa guna Parti PKR.
Sejak tu....teman dah tahu apa yang teman patut buat.
Sejak tu...teman dah tahu calon mana yang paling sesuai.
Sejak tu...teman dah kempen,Kite mesti pilih PH dari BN.
Orang kata macam2!
Teman tak peduli...PH dalam hati.Orang kata kite kena pilih PAS,sebab ISLAM.
Teman jawap...PH pun orang ISLAM juga.Kite kena pilih pemimpin ISLAMkan?Kak Wan,Anwar Tun dan lain2 tu ISLAM juga kan?Apa masalahnya?Janji pemimpin tu ISLAM bersyahadat kan?
Undi PH umpama undi DAP.
Teman jawap apa masalahnya?
Dalam BN ada MCA ada MIC...tiada bezanya.
Pendek kata....tiada masalahnya kite pangkah PH.Tiada masalahnya...kite pilih gang Tun.
Yang penting dapat kuasa dulu,yang lain boleh bincang.
ISLAM akan kekal pada diri,tidak akan hilang ISLAM hanya kerana undi PH.
Makanya..teman kempen sana sini....PANGKAH PH jangan PANGKAH BN!

Nak jadi cerita...dalam yakin tak yakin...akhirnya PH menang besar!
Mana sangka PH parti pembangkang dah jadi parti kerajaan.Mana sangka BN yang gah,yang tabur gula2 sana sini...Kalah teruk!
Kawan2 yang sokong BN malu2 alah.Kami pembangkang yang tak punya apa2,akhirnya dapat sokongan penuh hanya kerana ketentuan ALLAH dan ketokohan Tun.
Akhirnya...dalam benci,akhirnya kami sayang semula kat Tun.Beri sokongan penuh padanya.
Percaya kebolehan Tun,akui...hanya dia yang mampu kuburkan pihak lawan yang dah tinggi egonya.
Dalam tak sedar...akhirnya...kami setuju dengan Tun setelah hampir 20thn meninggalkannya.

Dari hari pertama mengundi,seharian mengadap TV hanya nak pastikan PH menang.
Tak tido,berjaga sampai pagi,hanya nak tahu keputusan PRU14.Doa jangan cakap lah!minta kat TUHAN macam2.Semua untuk satu kemenangan.
Bila terbukti PH dah menang.SubhanaALLAH!hanya Tuhan yang tahu isi hati kami rakyat jelata.
Ikuti setiap perjalanan.Angkat sumpah pukul 5.30 petang,bawa ke malam 9.30 malam...hati marah juga kat Agong,desas desus kata Agong tak suka Tun.
Bila tengok Tun dok termanggu tunggu berjam.Rasa marah juga.Rasa geram juga...macam di permainkan dek perasaan tak sebulu,walhal rakyat dah pilih.Atas alasan apa pun,kami harap Tun dan Agong akan serasi bersama.Rupanya ada proses yang telah buat majlis tu lewat.Bukan sebab main2 atau bukan sebab Agong tak setuju perlantikan Tun.Ampun Tuanku....salah sangka dari rakyat yang  tak tahu apa2.Hehehe
Sebaik tamat majlis angkat sumpah!
SAH!TUN PM KE 7,PM lantikan ke 2.Puas dikutuk,puas di hina...
Akhirnya Tun berjaya jaga Malaysia lagi,jaga kite semua.

Bermulalah....episod2 baharu dalam politik Malaysia.Ternyata...untuk lebih berdaya saing,kite kena lakukan satu perubahan.Kite perlu tukar pemimpin lama kepada yang baru.
Itu lebih baik daripada kite mengharap perubahan tanpa berani mencuba.

Harap Tun sihat selalu,Harap Tun tak buat kejutan yang bakal buat kami yang memilih Tun kecewa.
Berdiri teguh pada janji.
Berapa lama Tun nak perintah Malaysia kami redha.Kami akui kebolehan Tun,kami percaya bisa Tun masih ada.
Selamat Maju Jaya buat Malaysia tercinta.
Demi perubahan.teman melupa kenangan lalu,dah menerimanya dengan hati terbuka.





Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN