MALAYSIA BARU

POLITIK MALAYSIA MAKIN BAIK DI MATA KAMI PENYOKONGNYA,BAGI ORANG SEBELAH?
HEHEHE....

Lepas PRU14,politik Malaysia makin baik,makin matang.lagi2 dengan kawalan Tun,bekas PM yang pernah menguasai Malaysia selama 22thn.
Dalam keadaan Malaysia yang agak tenat,marilah kite sama2 berdoa agar kesukaran itu cepat2 pergi.

Pembangkang....kumpulan manusia yang berjuang untuk satu perubahan.
Kemenangan yang PH dapat,satu kemenangan yang teman sendiri tak sangka2.
Sebelum PRU,risau juga kalau PH tak ada harapan.Takut juga kalau2 rakyat Malaysia tak memilihnya.
Takut2 rakyat Malaysia pilih yang lama,yang bermasalah.
Sahabat tanya mana u tau BN bermasalah.
Aduhai....satu Malaysia dah tahu,kalau ada pun yang tak tahu,kebanyakan dari pengundi saluran 1.
Warga emas yang awal2 hanya tahu lambang dacing.
Sahabat kata mak u?saluran 1 kan?
Teman jawap sambil gelak...emak saya terkecuali.Emak saya dah jadi pembangkang 20thn lalu.
Kuat betul hasutan anak2,emak teman ikut kata anak2.Emak teman cepat faham dan tak taksub sangat dengan parti politik lambang dacing.

Sejak PH menang...
Ramai2 kawan2 teman dari group sebelah bertanya...
Bila nak turun GST.bila nak itu dan bila nak ini?
Teman bukan budak kecik,teman faham...mereka sengaja memancing kemarahan kite.Soalan mereka tu sebenarnya cuba memperlekehkan teman.
Bila soalan2 macam tu keluar dari kawan2,teman hanya mampu kata...baru sangat,tunggulah ...Tun akan uruskan satu2.
Tak lama tu...comfirm!GST ZERO mulai 1 Jun 2018.
Tak lama tu..Harga minyak stabil pada harga terakhir sebelum Najib lari.Biasa turun naik,sejak 10hb kelmarin,tiada lagi harga baru.Tun arahkan harga tu di tetapkan sehingga di beritahu kelak.

Pagi lusa,kecuh!bekas PM dan isteri nak cuti ke Indonesia.Tapi gagal,rakyat dah kepung tak kasi bekas PM jalan2 makan angin.Negara tengah huru hara,bekas PM masih mampu jalan2 makan angin.Kelakar kan?
Tak lama tu...keluar citer beg tangan mewah,cuba di sembunyikan kat sebuah kondo mewah.Malang si polan,guna kenderaan rasmi JPM.Apalagi!sangkut le....dalam waktu yang sama,jumpa beg2 besar penuh duit bukan 1 bukan 2 tapi....72 beg besar,kat rumah teman ada beg2 besar tu tapi tempat letak baju tak pakai,50 beg tangan mewah jenama Birkin,alahai...beg kulit buaya tu!ketul2 emas dan macam2 lagi.
OMG!Kaya gila bekas PM ko orang semua.
Tak lama kemudian....Najib dah tak lalu tido malam siang.SPRM arah dia datang ke opis untuk di soal siasat.
Mula2....Najib tak nak datang,arahkan SPRM mai rumah.
Dek sebab petugas yang berwibawa.
SPRM arahkan bekas PM kena datang sendiri ke pejabat SPRM.Bagi teman...jika kite dah buat undang2,kite kena selaraskan untuk semua manusia di Malaysia.Tak kire PM ke VVIP ke....posmen ke...semua mestilah sama.Siapa yang di kehendaki mesti hadir tanpa banyak soal.
Tak lama kemudian,jumpa lagi harta karun kat rumah bekas PM,jumlah ke seluruhan belum dapat di pastikan,untuk nilaian beg2 mahal tu,PDRM minta pengeluar beg tangan jenama Birkin kirekan.PDRM dah tak terkire,banyak sangat!beg sahaja hampir 320++ biji,belum duit lagi,belum emas belian lagi...
Pendek kata...bekas PM kite sangat kaya raya!
Tahniah le...kerana sokongan anda2 semua mereka menjadi sangat kaya!

Tak lama kemudian keluar citer hutang piutang negara.Dengar2 jejak TRILLION.
Teman dengar teman baca...teman ralat,masih ada rakyat yang tetap kata bekas PM tu TERBAIK!walhal...kau orang kena tanggung hutang yang dia buat demi anak tekak dia dan kawan2 dia.
Hutang2 yang dia buat,ko orang yang kena bayar lah!lagi mahu senyum?
Sahabat tanya kenapa pulak kite kena bayar?
Teman senyum sinis....hutang2 tu jaminan kerajaan,Kerajaan tu bukan kite semua?

Tak lama kemudian...sah!syarikat yang bekas PM agung2kan tu TIPU!syarikat tu hanya ada nama yang di sebut2 sebagai 1MDB,ada seorang pekerja iaitu Arul Kanda di tugaskan untuk jaga syarikat besar tu.Kerani dia,peon pun dia,pendek kata semua hanya DIA.Modal billion habis di joli,di agihkan sesama mereka.Separuh dijoli separuh digunakan untuk PRU14 lalu.Patut lah teman tengok kat youtube,wakil2 BN bagi duit kat pengundi macam tu je...hulur bukan singgit tapi 100inggit!
Seperti biasa,orang bagi kite ambil,pangkah?biarlah rahsia....
Antara sebab teman memang dah lama boikot BN.Dah lama teman tak sokong parti nenek moyang teman tu.
Teman tak mahu tertipu lagi.Jika PRU lalu tak menang,teman dah azam tak akan mengundi lagi.Akan berkecuali dalam politik.
Semua kejahatan buat teman makan hati.Peliknya.....
Ko orang masih boleh sokong lagi?Masih boleh terima dia?Apa nak jadilah?Terang2 kena tipu,korang masih tak nampak,masih kata semua ni tipu.Masih kata PM tu terbaik?
Lantak ko orang lah!teman dah usaha,teman tak ralat,cuma bila orang lain berhutang,kite kena bayar...memang marah lah!rasa nak sekel2 kepala PM lama berbibir merah tu.

Tak lama kemudian...seorang demi seorang di kaitkan dengan macam2 salah laku.
Mujur PH menang,jika tidak....kite masih dapat lihat betapa GAHnya pemimpin2 itu.Tak pedulikan rakyat,perlekehkan rakyat.
Slogan rakyat di utamakan hanya mainan bibir,hanya mainan politik.Walhal...mereka makan seribu,rakyat hanya dapat seringgit.
Itupun rakyat masih tak sedar,masih tak nampak betapa teruknya kerajaan yang dulu.
Semuga kite semua dapat berkerjasama untuk satu tujuan...
SELAMATKAN MALAYSIA,AYUH!KITE BINA SEMULA NEGARA TERCINTA.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?