MAJLIS TUNANG ZAMAN SEKARANG

MERIAH MACAM MAJLIS KAHWIN!

Jujur kata...teman tak setuju!
Pada teman....tunang kena buat senyap2.Nak tahu kenapa?bila putus orang tak tahu.Tak perlu le nak soal jawap bila orang bertanya.
Orang dulu tunang....hanya keluarga terdekat je yang tahu.Orang2 jauh tak tahu langsung!
Kadang2 kawan2 pun tak tahu...
Semuanya senyap dan sunyi.

Zaman teman bertunang....
Ada majlis minum petang sikit,tak ada pelamin.Sarung cincin kat bilik atau sudut2 rumah.Baju pun biasa2 je...Paling cantik kain lace sederhana gayanya.
Zaman sekarang dah macam2.
Majlis tunang dah macam majlis kahwin.Siap pelamin bagai.Silap cara tu...kite dah terikut2 gaya artis.
Yang mampu okay je...
Takut yang tak mampu nak juga!

Ada artis tu tunang bukan main meriah.Tak sempat kahwin dah putus,bukan putus je,gaduh lagi.Kata mengata mula kite baca kat FB kat media sosial yang lain.Tambah rancak bila ibubapa masuk campur.Pada teman....tak bagus macam tu.Putus maknanya jodoh tak ada.Tak payah lah nak kutuk2.... kata pihak lelaki tak mampu sediakan hantaran,pihak lelaki itu pihak lelaki ini.Pada teman ini semua mengarut!
Atas sebab itu...
Tunang tak payah meriah macam majlis kahwin,jemput satu Malaysia.Duduk tersipu atas pelamin.
Cukuplah dengan ahli keluarga je....
Bila tak jadi....tak ada le malu sangat.

Minggu lepas...
Anak sahabat tunang...dalam simple,pelamin terbentang indah.
Permintaan anak....kata si ibu.
Dalam suka tak suka...kite kena ikut kehendak anak juga.Pelamin harga kawan2 sekitar RM500.00.dandan gaya artis RM500.00.Baju RM480.00.Belum makan lagi,belum khemah lagi...belum hantaran lagi...
Paling2 cikai!mahu RM5000.00 hanya untuk tunang sahaja,belum masuk hantaran dalam dulang.
Dulu2...hantaran baju,telekung atau barang2 kegunaan harian.Laaa ni.....PS4,helmet,phone pun masuk sekali,bayangkan Ipad pun ada....
Nampak sangat nak menunjuk nunjuk kan?
Dah jatuh riak pulak.

TAPI!
Teman nak bertahan,teman akan buat seringkas yang boleh.
Tak ada pelamin2,tak ada majlis2 besar...kalau ada pun seringkas yang mungkin.
Teman tak mahu ubah tradisi tu.Teman tak mahu ikut2 gaya artis.Merepek semua tu!
Dah belanja besar2...putus di tengah jalan.
Dah habis duit ribu raban....putus di tengah jalan.
Sahabat kata jangan le doa yang bukan2.
Teman jawap lahan...bukan doa tapi dah banyak nampak berlaku macam tu,maklum...duit bukan diaorang yang keluar.Dulu kite tunang cari duit sendiri.Nak baju cantik cari duit sendiri.
Sekarang ni tak...
Anak2 bawa  diri je...tu sebab mengada2 lah pulak!

Sahabat kata lagi...tak pe le...
Cari duitkan untuk anak2...
Teman jawap lemah...yalah....TAPI!saya tetap tak akan ikut gaya tunang terkini.
Sederhana itu lebih baik daripada berlebih lebihan...

Tanya pada diri...boleh ke?
Harap2 anak dara teman tak macam2!



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?