KUIH RAYA

MANIS2 BELAKA.

Bila kawan2 jual  biskut raya....
Teman tak beli bukan bermakna teman kedekut,lokek atau seerti dengan nya.
TAPI...
Teman pengidap Diabetes.Teman dah kena makan ubat setiap hari.Teman dah kena jaga makan,kena jaga kesihatan.

Bila kawan2 jual biskut raya..
Teman buat tak tahu,bukan bermakna teman tak minat!
GILA KAU!teman adalah peminat kuih biskut bagai!
Sahabat kata patut le kena kencing manis!
Kan?
Antara sebab kenapa teman kena kencing manis,suka makan benda manis2.Selain keturunan....tabiat tu antara puncanya.
TUHANku....selamatkanlah aku...
Bila emak marah..ish!budak ni makan tak jaga!
Teman biasa akan jawap...alaaaaa .....,ALLAH ada,ALLAH jaga kite...mak jangan risau.

Bila kawan2 jual biskut raya..
Teman beli sekadarnya,buka bermakna kuih raya awak tak sedap.
TAPI....
Teman kena pantau pemakanan.Takut nanti diabetes melarat.Kalau dah sampai potong kaki!siapa yang susah?
Teman dan keluarga teman sahaja.kat rumah teman hanya teman yang suka ulang alik bukan penutup balang.Kadang2 habis juga setelap kuih tart masuk perut.
Makanya...teman tak lokek,bukan teman tak minat,bukan teman tak suka....
TAPI...
Teman adalah pengidap Diabetes tahaf 2 yang perlu berjaga jaga soal apa yang nak di makan.
Namun begitu...
Teman pernah di nasihati oleh seorang Doktor.
Kite makan apa sahaja,tapi dalam kuantiti yang sikit,maksudnya nyamah2 sahaja.
Kite boleh makan tapi sikit2 dan tak banyak2.
Jika Doktor dah beri ubat,makanlah ubat tu tanpa banyak soal.
Sebab....ubat itu membantu merendahkan glukos dalam darah.Kite tak mahir dalam kiraan kandungan gula dalam makanan,maka ubat membantu dalam diam.
Jikalau ALLAH dah takdirkan kematian kite lagi 3thn,cukup masa kite akan mati juga.
Ubat sekadar membantu dan menceriakan hidup.Ubat boleh buat kite sihat.Maka tiada pilihan....
Makanlah ubat tu walau tak suka.
Yang penting...
Hargailah masa yang ada....
Bila badan sihat,kite boleh buat apa sahaja dengan mudah dan tak susahkan orang lain.

Bila kawan2 jual biskut raya...
Teman berharap jangan di hulur kat depan mata,bukan tak suka...
TAPI...
Teman tak mampu nak tolak keinginan membuak itu.
Kerjasama dari anda amat teman hargai.
Sekian..


Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?