DULU TEMAN PARTI PEMBANGKANG

SEKARANG  PARTI TEMAN TELAH MAMPU BENTUK KERAJAAN

Ramai kawan2 ucap tahniah..
Teman hanya mampu jawap terima kasih...
Akhirnya...teman tak malu nak ngaku,teman dulu pembangkang tegar!

Ada kawan2 dulu dari parti kerajaan berkawan baik,laaa ni call pun tak nak angkat lagi.
Kenapa?
Ahh!teman tahu...mereka malu sebab kalah,mereka tak setuju dengan Kerajaan sekarang atau...dah itulah sikap orang2 kerajaan lama yang bongkak tak mahu mengaku kalah.

Dalam ramai2....ada juga yang terima kekalahan dengan baik.Ada yang sugul berhari2.
Kau orang suka lah!kami semua sedih tak lalu makan...
Hahaha...nak tahu kenapa? dah biasa mewah...
Pergi penang jalan2,dapat baju dapat tudung bagai...
Dapat makanan percuma,dapat duit dapat itu dapat ini.
Kami tak begitu...
Perjuangan kami tak di bayar.Kalah dah berkali kali.Dah lali dengan kekalahan.Kalah tak pelik,menang satu keajaiban.

Kepada kawan2 sebelah sana...mulai hari ini,belajar lah jadi pembangkang yang baik.
Jaga kebajikan rakyat.Nawaitu mesti baik2,jangan berkira tenaga dan wang ringgit.Kami dah biasa miskin.Dah biasa keluar duit kocek tanpa dapat balik.Parti pembangkang miskin,Nak beli bendera pun kena minta derma orang ramai.
Kami berkerja sama....
Sama2 tak bergaji.Sama2 makan nasi bungkus saja.

Aku meeting...nanti aku call balik...
Kau meeting apa?PRU dah habis lah...teman jawap
Kawan sebelah sana gelak je...nak belajar jadi pembangkang yang baik.
NAMPAK?
Baru ada akal,selalunya bila rakyat mengeluh.Menteri2 kata rakyat tak pandai bersyukur.
Mengeluh harga ikan naik,dia suruh makan ayam.
Menuntut pendidikan percuma,dia halaunya kite keluar negara.
Pendek kata...ada je alasannya.
Sampai rakyat naik jelak.
Akhirnya.......BN kalah teruk!bukan kalah sikit tapi kalah terduduk terjelepuk ke tanah.
Nak salah siapa?
Nak salah rakyat tak sokong?
Tepuk dada tanyalah selera.
Semua jawapan ada pada anda wahai kerajaan dulu,anda yang menjahanamkan parti ada sendiri..
Sekian...



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?