DR MAZLEE

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Sebelum PRU 14,nama dia di calonkan kat Simpang Rengam.
Wah!kali ini PRU paling mencabar.Calon2 PH hebat2 belaka.Calon BN macam biasa,orang yang sama,orang yang kite dah hadap berpenggal2,orang yang tak membantu kite.
Jujurnya...dah tak minat nak pamgkah lagi.
KECUALI!
BN keluarkan muka2 baru.
NAJIB letak jawatan,dan ganti dengan orang lain.
InsyaALLAH...BN akan menang mudah.
TAPI...
Elok juga mereka tak buat perubahan,kalau tidak mungkin PH tak menang mudah.

Teman bantu kempen PH sebab teman pembangkang 20thn lalu.
Mustahil pula nak kempen untuk BN,ate parti tu dah sebati kat jiwa tok nenek kite semua.
Sebaik PRU14 sapu BERSIH JOHOR!
Teman hanya mampu sebut ALHAMDULILLAH.
SEGALA PUJI BAGIMU YA ALLAH,TUHAN YANG MENGATUR SEMUANYA.
SEMUGA PILIHAN KITE SEMUA BETUL2 BERADA DI PIHAK YANG BENAR.

Sebaik calon2 menteri di senaraikan.
Dr Mazlee antara yang berada di senarai itu.
Sekali lagi..ALHAMDULILLAH...semuga pilihan kali ini akan meleraikan isu2 pembelajaran anak2 kami.Membantu membina generasi yang bijak tak macam robot.
Teman tak kenal dia pun...
Teman kenal dia masa debat kat TV,dia jadi moderator debat antara Pembangkang dan Kerajaan.
Masa tu teman dah mula minat dia...
Orangnya tenang dan nampak cerdik.Yang penting dia banyak ke arah pihak teman iaitu Pembangkang.
Teman rasalah....hehehe

Hari ini...beliau berjaya dinobat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Teman bangga bila Malaysia ada barisan menteri yang pandai2 belaka.Dr Mazlee misalnya...

DR MAZLEE...(Copy je...tqvm)

YB Dr. Maszlee Malik dilahirkan di Johor Bahru. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Pada tahun 1989, beliau telah menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor

LULUSAN LUAR NEGARA

Setelah itu permusafiran ilmunya dilanjutkan ke Jordan sehingga berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dari Universiti Al al-Bayt, Jordan dan kemudiannya meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya. Kedua-duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.
Dengan izin Allah,YB Dr. Maszlee Malik telah melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham pada tahun 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.

BEKAS PROFESOR MADYA DI UIAM

YB Dr. Maszlee Malik pernah bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau telah berkhidmat di sana sejak tahun 2000.YB Dr. Maszlee Malik juga merupakan ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, dan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga penaung kepada Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.

AKTIF SEBAGAI AHLI PEMIKIR

Di media pula,YB Dr. Maszlee Malik lebih dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikiran politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari. YB Dr. Maszlee Malik kini merupakan Ahli Parlimen P151 Simpang Renggam yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

SOKONGAN KITE SEMUA AMAT DI PERLUKAN.SEMUGA BELIAU AKAN MENAMBAH BAIKKAN SISTEM YANG ADA.
(Semuga tiada lagi cikgu lupa anak2 kat dalam kereta dek sibuk sangat)

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?