CUAI BAWA PADAH

GARA2 ASAM PEDAS,MUJUR RUMAH TAK TERBAKAR

Teman dah lama tak masak,kalau memasak hanyalah menu2 simple..Goreng telo,speghetti bolognese dah nasi goreng.
Menu2 berat hanya dimasak bila suami dan anak2 balik kerumah pada hujung2 minggu.

Minggu lepas,teman betul2 teringin nak makan asam pedas masakan sendiri.
Teman beli bahan dan ikan parang.
Sampai rumah,teman siapkan semua.Tumis garing.Jam tunjuk jarum panjang ke 50 minit dan jarum pendek hampir2 ke angka 1.
Suka tak suka...teman kena keluar untuk hantar anak ke sekolah.
Teman tutup periuk dan terus keluar.

Lebihkurang 15minit,teman sampai rumah..
Sebaik buka pintu,aroma asam pedas memenuhi ruang.Dalam hati...macam mana pula ada bau asam pedas.Seingat2 teman....sebelum keluar teman tutup periok dan tutup dapur.
Bila dah jadi macam ni,baru teman berfikir...
Aku dah tutup api ke belum?
SAH!sebaik ke dapo,teman  nampak api ada,marak pulak tu...Buka penutup periuk,tinggal sikit kuahnya.Hampir2 kering.Hampir2 hangus semuanya.
Mujur teman tak menunggu anak  ke 5 balik dari sekolah,.Biasa teman akan tunggu  sebab malas nak ulang alik.
Tak dapat bayangkan kalau teman menunggu sampai pukul 2ptg.
Musnah semuanya.Mujur ALLAH lindungi harta benda kami.Jika tiada izinnya,pasti semuanya tinggal abu.
Terima kasih ALLAH....kepadamu aku serah semuanya.

Sahabat kata lain kali ingat sikit,kalau rasa2 nak keluar,jangan masak dulu...
Dah habis keje baru lah menumis dan memasak.
Biar lambat asal selamat.
Pesanan berguna untuk ibu2 sekelian...



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?