BILA ORANG PAS BERKATA KATA

RASA SUMBANG BETUL!

Teman ahli PAS,teman dah lama daftar dan tak pernah keluar2 lagi.
Teman mula berubah sejak kes Anwar,teman bukan penyokong tegar Anwar,cuma cara pemecatan dia tu macam tak kena je...
Rasa macam ada pakatan jahat!

Setiap kali PRU,PAS jadi taruhannya.
Setiap kali PRU,teman akan pastikan pangkah calon PAS.
Jujur kata....betul2 nak PAS perintah Malaysia.Atau masa tu teman tak de pilihan.
Setiap kali ke Kelantan,,MESTI singgah rumah TGNA.Suami MESTI solat berimankan TGNA.
TGNA betul2 melayu islam yang baik.Masjid dengan rumah kongsi dinding.Ada satu laluan dari rumah ke masjid.
Lepas jemaahkan rakyat,TGNA akan masuk satu bilik untuk mengaji.Lepas solat tiada acara salam2 bagai.Lepas doa terus bangun dan balik.
Terasa berdosa jika kite mengutuk dia,Kite tak layak nak kutuk atau komen TGNA.
Dia pewaris NABI,dia ulamak sejati,dia luaskan ISLAM dengan caranya.Semua orang sayang TGNA.Tak kite Cina India....TGNA tetap di kenang.

Selepas TGNA meninggal,PAS mula kalut!
Tak tahu mana silapnya.Beberapa ahli kuatnya keluar parti.
Dan tubuhkan satu parti baru iaitu AMANAH.Dalam AMANAH ada pemimpin2 yang teman suka,dan ada yang tidak.Tapi apa kan daya...mereka dah tak sehaluan.
Teman benggang betul!PAS sibuk dengan tujuan asalnya,mertabatkan ISLAM.Masalahnya...kuasa nak martabatkan islam tak ada.
Kalau kite tak ada kuasa,siapa nak dengar cakap kite.
Bila tanya pasal maltamat.mesti jawapnya berkaitan dengan Islam.
Betul...bila kite jaga agama ALLAH,isyaALLAH,ALLAH akan jaga kite.
Benar...tapi mesti kena caranya.Setakat cakap dan doa sahaja tak cukup,kena seiring dengan usaha.
Nabi nak luaskan agama,kena beperang tawan negeri atau negara,setakat cakap2 mana maunya.Kena jajah,kena takluk!baru Islam boleh kuat.

Baru2 ni...Naib Presiden PAS kata...biar mereka bayar hutang dulu,5thn lagi kite  ambil Malaysia.
NAMPAK?
Terserlah pentingkan diri parti PAS.Masa susah buat tak tahu..
Bila dah senang baru nak terhegeh hegeh nak tawan Malaysia.Teman baca ayat tu,teman malu sendiri.Macam gini ke pendirian PAS?
Sembang bukan main pandai,nak kuatkan Islam,nak martabatkan Islam...
tapi perangai macam budak tadika.Tak matang.
Sepatutnya...dalam saat negara sedang di landa kegawatan teruk,berganding bahu lah dengan parti pemerintah.ini tidak...dia pun 2x5 serang PH.Tak sudah2 kutuk Parti yang memerintah.
Walhal...bila ekonomi stabil...semua orang akan gembira,termasuklah orang2 PAS.Walaupun tak pangkah PH,faedah di kongsi bersama.

Kalau teman....tak sokong,tak payah lah ambil faedah yang ada...atau tak payah lah sibuk2 pertikaikan manifesto PH,tunggu dan lihat sahaja.
Ini tidak....PAS pun sama nak dok bilang hari untuk tuntut Janji dalam 100hari semua tertunai.
Kami yang pangkah PH tak pernah fikir tu semua.Kami beri kebebasan untuk Tun kawal semua.Kami tak bising2 pun...
Kami sangat hargai usaha Tun dan rakan2 untuk pulihkan negara.
Setakat ni,kami tak kisah pun kalau kena bayar GST asalkan ekonomi negara  bertambah baik.
Jika GST boleh bantu pulih cepat ekonomi negara,kami redha....
IsyaALLAH adalah rezeki ALLAH beri nanti.
Teman bukan penerima BRIM,teman bukan penjawat awam,teman tak kaya raya...
Tapi teman tetap mahukan pembaharuan.
Teman tetap tolak pemerintah lama.

Teman harap PAS faham....sama2 berusaha.5thn lagi,jika PH tak bagus!kite tukar parti lain.
Kuasa di tangan rakyat jelata.Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan,yang penting kerjasama.
Lepas ni,PAS tak payahlah tunjuk bagus sangat.diam lebih baik daripada bercakap.Jika percakapan tu hanya akan menambah sakit hati orang lain.Elok diam...
Islam ajar yang baik2...
Sepatutnya PAS lebih tahu tentang itu.
Dalam PAS banyak ulamak yang pasti lebih arip tentang hukum hakam.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA