1MDB

SATU MALAYSIA HURU HARA

"Pengerusi 1MDB? Najib😂... Menteri kewangan? Najib😂... Perdana menteri? Najib😂.... Bila 1MDB tak cukup duit sebab belanja mewah, Najib mintak kat Najib😂, Najib kata nanti... ""Aku bincang dulu dengan Perdana Menteri, Najib😂... Setelah Najib berbincang dengann Najib😂, maka lulus lah duit rakyat kepada Najib. 😌.
Kata Menteri pertahanan Malaysia yang baru
Hj Mat Sabu.

Jujur teman nak kata...teman sebenarnya malas nak tahu tentang 1MDB.
Pada teman itu urusan Najib dan kuncu2nya.
Teman rakyat biasa,hanya terima tempias untung sabut timbul,untung batu tenggelam.

Setakat hari ini,dari kaca mata kasar,1MDB satu syarikat atas angin yang gagal.Pinjaman dijamin oleh kerajaan.Duit pinjaman di joli sana sini macam duit mak bapak sendiri tanpa rasa bersalah.
Itu yang teman faham.Bayar tak bayar...itu urusan kerajaan Najib.

Kalau ada pun pelaburan,semata untuk tutup mata je...
Untung atau rugi hanya kerajaan Najib je yang tahu...
Zaman Najib jadi PM,Malaysia jadi kalut!duit jadi keutamaan Najib.Di baginya duit juta2 pada menteri di bawah pentadbirannya hingga mereka tutup mata tutup mulut.
Apa je yang Najib buat atau apa sahaja yang Najib kata...mereka tukang angguk tanpa geleng2.

Pada penilaian teman...Najib seorang PM yang suka ambil jalan pintas!untuk berkuasa,Najib tabur duit,untuk kelabukan mata rakyat Najib tabur duit sepah sepah.Yang di panggil BRIM.
Cuma...Najib lupa...Bila dia memberi,rakyat yang menerima akan merasa,TAPI!undi tetap rahsia.

Lepas PRU lalu,isu atau kes 1MBD makin memuncak.Tun berani kata macam2 pasal 1MDB.Kite  yang mendemgar rasa ngilu perut,tapi Najib dengan selamba kata ini semua agenda politik.Masa ni Najib tak mampu tahankan diri.Najib diam seribu bahasa,Najib mula bicara sedih,Najib mula tunjukkan seolah2 dia mangsa politik.
Sehingga kekalahan teruk BN, dikaitkan dengan cara keje Pakatan Rakyat yang kotor.
Walhal......mereka yang berpolitik kotor.Mereka yang kotor sebenarnya.

Sebelum keputusan PRU teman dah tekad tak akan mengundi lagi kalau PH kalah.Teman dah putus asa,dah malas nak fikir pasal politik lagi.Ramai rakyat Malaysia masih tak faham2,masih menyokong membabi buta.
Dalam keluarga teman pun masih ada yang tak menyokong PH.Walau tak ramai,tapi masih ada.Tu yang paling menyedihkan.
PAS tetap kite sokong,cuma di saat macam ni,kite perlu jatuhkan Pemimpin yang buruk dulu,pemimpin yang pentingkan diri sendiri,pemimpin yang mengamalkan rasuah untuk capai matlamat hidup.
Jangan panggil kami penyokong PH sebagai melayu bodoh!kami melayu pemikir,bukan melayu penurut.
Jangan panggil kami macai,sebab tiada siapa membayar sokongan kami.Kami melayu yang bangkit demi negara tercinta.

Sahabat kata....ish ish ish...mujur menang,kalau tidak kite tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.Dah jelas 1MDB hanya tambah bala kat kite semua.
Kan?
Bala kan?
Bukan kecik anak masalah ni,Datuk segala masalah.Anwar dah suarakan bimbang pasal 1MDB,cuma kite tak tahu apa yang di maksudkan,Rafizi dah suarakan juga,semua orang buat dek je...
Hanya bila Tun bersuara baru semua orang nampak 1MDB bukan masalah kecik,bukan masalah yang boleh di anggap remeh.
Sepatah kata anak2 muda serius dowww....!

Apa pun penyokong BN masih ada yang tutup mata,pekak telinga.Masih ada yang fikri ini semua agenda politik PH.Nak menang punya pasal!sanggup buat fitnah.
Semuga kite rakyat Malaysia kena tabah,kena sama2 berganding bahu untuk selesaikan hutang negara yang dengar2 dah capai 1 TRILLION!
Yang penting KERJASAMA,SOKONGAN DIANTARA SATU DENGAN YANG LAIN.JANGAN KITE MENYALAHKAN SESIAPA KECUALI PEMIMPIN ERA NAJIB.




Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

APA HUKUM GUNA MINYAK PENGASIH PADA SUAMI?