ZAMAN YANG MENCABAR

SAMPAI HILANG KEWARASAN.

Sahabat tanya ..
U tak nak ulas pasal anak raja u yang baik hati beri 3ribu setiap pelanggan Aeon minggu lepas?Dengar2 anak raja u tu bawa 1,5JUTA kau!
Teman senyum je...
Dalam hati...ada aku kesah?
U ulaslah sikit....dia tu kan TMJ kesayangan u....
Dalam hati....entahlah!sayang tak sayang....dia tetap anak raja,dia tetap hati gembira ria...tak ada kene mengena langsung dengan ku...

Teman baca semua tu,teman lihat dia FB....mula2 semua gembira,tokey Aeon,pekerja,TMJ dan isteri tersenyum lebar.
Semua orang bersorak riang.Semua orang berasak asak memenuhi troly masing2.
Cuma itulah....
Manusia mudah lupa,manusia suka barang percuma,manusia tamak haloba!kalau tak sebab ketamakan melampau!Malaysia pasti aman sentosa.
Pemimpin2 kite mesti buat kerja betul2,tak makan rasuah,tak pecah amanah.
Sahabat kata pandai je...mana u tau?
Mak aiii...dah jelas lagi bersuluh.Satu dunia mengumpat negara kite,mengumpat rakyat Malaysia yang bebal.Membenarkan pemimpin berkuasa sehingga melampaui batas,membenarkan pemimpin2 buat apa sahaja.
Kadang2 rasa marah!
Tapi...tak boleh buat apa2,kalau nak melawan tunggulah 5thn sekali,masa tu pilihlah pemimpin yang kite suka.
Setengah rakyat menolak,setengah lagi....masih suka tanpa rasa curiga.

Malam tu,adik adik di JB load banyak gambar2 menarik.
Kelihatan pelanggan2 Aeon bersuka ria berbelanja percuma.
Malangnya....ada pelanggan tak sempat membayar,mungkin dah lewat atau masalah teknikal lain.Troly bersepah sepah.Cukup menyakitkat mata memandang.
Sana sini orang mula berkata...
Dari baik dah jadu buruk di mata orang.
Niat TMJ mula di salah ertikan.Banyak komen2 yang tak menyokong dan mengutuk TMJ kesayangan orang JB.
Ada yang kata matlamat tak tercapai,daripada beri begitu rupa,elok di beri pada manusia2 yang benar2 memerlukan.Biasanya orang susah sangat2 menghargai pemberian macam ni.Orang2 miskin tau diri....
Mereka akan berbelanja ikut kemampuan diri.Mereka tidak akan memberi barangan yang bukan2 dan akan segera malu bila barang2 itu berlebihan.
Teman pernah hantar seorang ibu tua,bersama 2 anak.Teman kata...pergi kedai tu,belilah apa sahaja!
Dalam sedar tak sedar...dia tanya balik...ya ke Puan?malu saya Puan...
Teman kata pergilah...nanti saya turun bayar apa yang awak beri.
Dia tak turun segera,dia tak tepuk tangan gembira,dia pandang muka teman...
Ya ke Puan nak bayarkan?tanyanya lembut.
Teman jawap ya!pergilah....beli barang yang awak suka.

Dia turun,anak2 juga turun...
Tinggal teman sendiri,memerhati dari jauh,,betapa gembiranya mereka.
Teman nampak ada beras,milo,biskut dan beberapa keperluan yang lain.
Sebaik habis  berbelanja,dia datang...
Puan,saya sudah habis berbelanja.Barang2 kat kaunter .
Teman turun,teman nampak ada beras,gula,teh,roti dan dan lain2.
Tokey tu tanya...kenapa u bayar?
Teman jawap saja2 je tokey...
Tokey tu kata lagi...mereka tu saya rasa sangat kesihan.mereka tak ada rumah tak ada ayah,duduk bilik sewa atas kedai je...Tu pun orang dah halau,tak tahu mana mereka pergi.
Teman jawap mereka duduk kat rumah hujung sana tu Tokey.
Tokey  berbangsa cina,fasih betul cakap melayu.Setiap butir perkataan...tak langsung pelat.
U tengok apa dia beli....semua makanan yang boleh di makan ramai2,boleh disimpan untuk dipakai kemudian.

Beza dengan kejadian di Aeon...kebanyakkan manusia yang ada sangat tamak!
Kalau boleh mahu diangkut banggunan tu sekali.
Bila lihat gelagat manusia2 tu...teman malu.Kenapalah begitu DAIF mereka.Sanggup berebut rebut macam orang tak pernah makan.
walhal...mereka boleh ambil barang2 sikit2,dalam diam2,penuh troly.Jadilah resam ular...makan lahan2,tapi berjaya makan sekor kambing,manusia dan mungkin gajah juga.

Esoknya...keluar lagi cerita busuk,ada pelanggan dapat tahu,TMJ akan ke Econsave pulak,dengar2 TMJ akan beri setiap pelanggan RM200.00 .Maka bersusunlah troly di tepi dinding menunggu TMJ datang bawa duit.
Malangnya....semua tu tipu!TMJ tak datang....
Maka sekali lagi....manusia tak malu.Mengharap pemberian orang kaya.
Sebab tu...agama dah pesan...jangan miskin,kelak tergadai akhlak.Kelak boleh terpesong akidah.
istifar2....jangan ikut nafsu...
Jagalah maruah,jagalah air muka sendiri.
Barang2 percuma,selalu di beri kat orang2 yang benar2 tak mampu.Kalau kite masih sihat,mampu kerja...Pergilah kerja..
Tangan di atas,lebih baik dari tangan yang menadah.
Tangan di atas lebih mulia dari tangan yang meminta minta...
Makanya...rezeki ada di mana mana...usahalah,jangan harap sangat rezeki orang.Bergantung hidup hanya dengan ALLAH.



Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

KUIH RAYA