TUKANG KAYU

PROJEK PERTAMANYA.....SYUKUR TAK TERHINGGA!

Teman sedang mencari TUKANG KAYU.Teman cadang nak buat kabinet anak2 dan kabinet buku.
Rumah teman dah macam stor.Banyak sangat barang,buku2 dan lain2.
Mata dah tak larat nak pandang,jalan mudah....cari TUKANG KAYU untuk selesaikan masalah.
Teman cari melalui FB...
Keluar nama sipolan.Terus hantar pesanan dan dijawap sopan.

Temujanji di buat,pada hari tu....dengan kereta wiranya,dia datang bersama seorang kawan.Ukur sana sini....
Esoknya....kesemua kabinet yang teman mahukan berharga RM15500.
OMG!mahalnya!tak tercapai akal ku...
Tawar menawar berlalu....akhirnya....dia kurangkan pada harga yang berpatutan.Teman dapat kabinet buku penuh dinding,kabinet 2 bilik anak dara separa penuh.Satu meja solek.
Fikir punya fikir....tak tahu nak cari TUKANG KAYU yang lain.Teman terus ON.

Seminggu dua...siap semua.
Hasil kerja...biasa2 je...teman tak le kata bagus sangat.
Pada teman....tahaf orang baru nak up.Dia kata saya biasa buat masa kerja dengan syarikat lama.Cuma projek sendiri,inilah pertama kali kak....Saya tak berani nak buat.Bila berurusan dengan akak...saya terus setuju.Saya sewa bengkel,saya sewa lori...
Lepas tu baru saya cari pembantu.
Dalam hati..nasib baik jadi kabinet,kalau tak jadi....matilah aku doe....

Orangnya kasar,walaupun muda wajahnya nampak dah tua...
Saya orang susah kak....saya duda,kahwin dengan janda anak 2.Isteri saya anak orang kaya,tapi saya tak nak harapkan kaya orang kak...saya kena usaha sendiri.
Teman membawang sat....isteri kamu orang mana?
Dia jawap orang sini2 je kak...
Teman membawang lagi...suami  dia mana?
Dia jawap lagi...suami dia kahwin dengan dia sebab harta je kak,bapa dia terserempak dia dengan pempuan lain,terus bapa dia amuk suruh dia keluar rumah.
Teman selalu pesan pada diri...jangan campur hal rumahtangga anak2,biar mereka lalui semua sendiri.
Betul kak...saya cerai dengan isteri sebab keluarga juga.Isteri saya tak nak ikut saya balik sini,dia nak duduk dengan keluarga dia,bila saya balik...marah2,emak bapak dia pun sama...marah2 saya.Mentang2 saya miskin,dia kutuk nya saya kak....
Saya pernah belikan peti sejuk,blender...semua secondhand.Dia kata....dahlah barang lama!kecik hati saya kak.....
Dalam hati...macam dalam drama TV je...

Banyak yang teman belajar...
Dia sentiasa gembira,teman suruh macam2,dia tetap layan...tetap buat apa yang teman suruh tanpa banyak soal.
Hidup ni penuh pancaroba...
Saya anak 1,tapi tak pernah jumpa,isteri saya tinggalkan saya..
Teman membawang lagi...macam mana pulak tak pernah jumpa?
Dia jawap sejak lahir,keluarga isteri saya tak beri saya balik kampung tu.
Oooooo...teman membawang lagi...walau tak jumpa,nafkah kena beri juga.
Dia jawap saya tak mampu kak,saya ada buat simpanan sikit untuk anak saya tu...Biarlah....nanti dia besar cari saya,boleh lah saya beri duit simpanan tu.
Syahdunya....kepada mama di luar,jangan zalim sangat,tak salah beri peluang si bapa kenal anak sendiri.Kenapa nak gaduh2,kalau baik2 boleh le saling membantu.Kos sekolah anak tinggi wehh!

Sahabat kata u ni asyik jumpa orang bermasalah je!I tak pernah jumpa orang2 macam tu....
Entahlah....saya tak tahu,tak terfikir susah orang....bila dah kenal,baru tahu....ramai betul orang kesedihan di dunia ni.
Sabar TUKANG KAYU,semuga ada sinar dalam hidup awak.
Teman tak boleh bantu melainkan awak sendiri bangkit dari kesedihan tu...
Jagalah keluarga baik2,jangan dengar sangat kata2 isteri,ada isteri yang ok,dan ada juga isteri yang ko.
Manusia ada macam2 jenis,ada yang tahu bersyukur dan ada yang tidak tahu bersyukur...
Makanya...kitelah yang mengatur kehidupan hendak lurus atau bengkang bengkuk!

Tidak lupa juga,sila baiki hasil kerja supaya jadi lebih baik,kemas dengan harga berpatutan.

Comments

Popular posts from this blog

JERAGAT

SUMBANG MAHRAM 2

MAJLIS KAHWIN